A : 3

86 11 1
                                    

"GOODMORNING"

Syad Ashwar yang baru tiba di meja makan sudah terkejut melihat figura seorang gadis di hadapannya.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Syad Ashwar hairan dengan kehadiran seorang gadis yang sudah lama menghilangkan diri. Kini, muncul tanpa dijemput.

"I datang cari you lah." selamba saja gadis itu menjawab lalu duduk di salah satu meja makan. Perangai sungguh tiada adab. Datang tidak diundang, buat rumah orang macam dia punya.

Baru saja Syad Ashwar mahu pergi kerana tidak betah melihat gadis itu layan diri sendiri di meja makan, suara adiknya pula menyapa...

"Abang Syad... kenapa tak sarapan? Mak Ani dah..." terhenti percakapan Syadira Ashmira bila dia menghampiri abangnya namun figura seorang gadis pula yang terlihat.

"Abang ada mesyuarat lagi sejam. Nanti saja abang sarapan di pejabat" balas Syad Ashwar tanpa memandang sedikit pun gadis yang sibuk layan diri.

Syadira Ashmira hanya mengangguk faham. Faham sangat kenapa abangnya tidak mahu sarapan.

"Ye lah... take care." Lalu Syadira Ashmira menyalam tangan abangnya sebelum bayang Syad Ashwar menghilang dari pandangan. Kedengaran enjin kereta milik abangnya juga sudah memakin jauh.

Kini, Syadira Ashmira memandang tepat dan tajam pada gadis yang tidak beradab itu.

"Kau buat apa datang rumah aku?" tanya Syadira Ashmira dengan nada kasar.

"Eh? Dira... akak tak sedar pun Dira kat situ. Ashwar mana?" Gadis yang memakai pakaian seperti tidak cukup kain itu pula menyoal Syadira Ashmira kembali. Baru mahu sedar dengan persekitaran. Asyik mahu cari masalah betul.

"Eh? Akak? Setahu aku lah kan... aku tiada kakak lagi-lagi macam kau ni. Baik kau keluar dari rumah aku! Berambus dasar perempuan rambut negro," kata Syadira Ashmira dengan suara keras. Dia bukan benci pada gadis itu, tapi bila teringat masa lalu yang ada kaitan dengan abangnya membuatkan dia tidak suka pada gadis itu.

Depan baik macam malaikat namun sebaliknya syaitonirojim!

"Fine!" Gadis itu terus berdiri dari duduk. Dia rasa tercabar bila mendengar suara tinggj Syadira Ashmira berkata sedemikian pada dirinya. Baginya, Syadira Ashmira itu tiada adab.

"Aku akan keluar, tapi kau kena ingat Dira. Abang kau akan jadi milik aku dan masa tu aku akan halau kau keluar dari rumah sendiri!" Tempik gadis itu kuat. Tangannya sudah mengepal tumbukan di bawah meja.

"Oh... takutnya saya..." ejek Syadira Ashmira dengan memek wajahnya yang sengaja meniru gaya orang ketakutan.

"Ini Lisa Yazlina, tidak akan mudah undur diri. Ingat tu!" Lalu gadis itu mengambil beg slingnya jenama Gucci. Telinganya sempat mendengar balasan dari adik Syad Ashwar.

"Saya akan ingat Nek Kebayan"

Hati gadis bernama Lisa Yazlina sudah mendidih. Tapi, dia hanya teruskan melangkah. Hari ini bukan harinya, tapi hari lain pasti menyebelahi nasibnya.

***

WAJAH pucat seperti tiada darah yang baring lesu di atas katil itu dipandang sepi. Balutan pada kepala dan leher gadis itu sangat menguris hati seorang ibu, Puan Amunirah.

"Ash sayang... bangunlah nak..." Puan Amunirah sejak tiba di hospital sehingga sekarang, air matanya tetap mengalir deras.

Dan yang lebih terkejut apabila Doktor Amru iaitu sahabat baik Ashrian, mengatakan bahawa gadis dihadapannya...

Dalam keadaan koma. Tidak tahu bila gadis itu akan sedar, terpulang pada kekuatan yang masih terkumpul dalam diri gadis itu.

Ashley AshwarWhere stories live. Discover now