A : 6

72 5 1
                                    

AKU duduk bersendirian di gazebo yang berada di belakang rumah. Jam sudah menunjukkan tepat dua belas setengah malam. Termenung jauh entah ke mana. Air kolam renang berwarna biru kelihatan bersinar akibat cahaya bulan penuh.

Aku tak pasti apa yang aku lihat itu benar...

...atau tidak

Pandangan aku alihkan pada dada langit malam yang terbentang luas dengan bintang menjadi hiasannya.

Alangkah indahnya jika aku mampu bersinar seperti bintang.

Tapi itu hanyalah imaginasi.

Fikiran aku mula berlayar tentang apa yang berlaku beberapa jam yang lalu...


"Abang Syad..." panggil Syadira Ashmira dengan memandang wajah tenang abangnya memandu kereta di waktu malam. Jam sudah menunjukkan sepuluh suku malam.

Syad Ashwar hanya menganggukkan kepalanya dan memandang seketika wajah Syadira Ashmira sebelum dia memandang semula ke hadapan.

"Abang Syad nak jumpa siapa dekat hospital? Kawan abang cedera ke?" Soal Syadira Ashmira. Sudah berkali-kali dia bertanya pada abangnya tetapi satu patah pun tidak dijawab.

"Nanti Dira tahu lah. Mungkin Dira akan lupa ingat lupa orang ni," balas Syad Ashwar perlahan namun begitu jelas di pendengaran Syadira Ashmira. Adiknya itu hanya mengangguk faham dan mula duduk diam.

Mungkin fikiran gadis itu masih mahu meneka siapakah manusia yang ingin abangnya jumpa di hospital. Macam tidak ada tempat yang lain.

***

Kereta Lamborgini yang dipandu Syad Ashwar terus terletak cantik di tempat meletakkan kenderaan yang telah disediakan oleh pihak hospital itu. Tanpa menunggu Syadira Ashmira, dia terus turun dari badan kereta.

"Abang Syad! Tunggulah Dira" panggil Syadira Ashmira yang terpaksa melajukan langkah kakinya kerana ingin mengejar langkah kaki Abangnya itu.

Laju-laju nak ke mana abang oi! Adik kesayangan mu ketinggalan nih!

Dengan pantas Syadira Ashmira merentap belakang hoodie yang dipakai Syad Ashwar sehingga lelaki itu berhenti melangkah.

"Tunggu lah Dira. Laju betul Abang Syad jalan" kata Syadira Ashmira dengan muncungnya yang sudah nampak seperti mulut itik. Nak merajuk lah!

"Dira tu yang lambat. Kaki pendek mulut itik... quack! quack!" Sempat lagi Syad Ashwar mengenakan adiknya sebelum teruskan langkahnya ke arah kaunter pertanyaan.

"Ish! Abang Syad ni..." Syadira Ashmira terus mengejar abangnya.

Sementara itu, Syad Ashwar sudah tiba di depan kaunter. "Boleh saya tahu bilik wad pesakit bernama Ashley Hawson?"

Jururawat yang berada di kaunter itu mengangguk perlahan lalu menekan papan kekunci pada komputer dihadapannya. Syad Ashwar hanya menunggu dan Syadira Ashmira dibelakang sudah berkerut seribu dahinya.

"Siapa Ashley Hawson?" Gumam Syadira Ashmira perlahan. Memaksa otaknya untuk mencari nama yang disebut oleh abangnya sebentar tadi dalam kotak memorinya.

"Ada Encik. Wad VIP tingkat 5 bilik nombor 023" Beritahu jururawat itu mengikut apa yang telah dia cari dalam komputer khas untuk hospital itu.

"Terima kasih.." sebaik saja mengucapkan kata itu, Syad Ashwar terus berlalu pergi.

"Eh! Tapi Encik sekarang bukan waktu untuk melawat!" Jerit jururawat itu kepada Syad Ashwar yang sudah habis jauh dari pandangan.

Namun begitu, Syadira Ashmira masih berdiri di depan kaunter. "Tak apa, Kak. Biar saya beritahu abangnya. Terima kasih ya, kak" bicara Syadira Ashmira penuh sopan sebelum berlari perlahan mengejar langkah abangnya yang entah hilang ke mana.

Ashley AshwarOn viuen les histories. Descobreix ara