A : 2

93 10 0
                                    

ALUNAN merdu daripada suara para muslimin dan musliman membaca surah yassin, penuh di setiap ruangan dalam Masjid Indah. Tahlil untuk arwah yang dibuat oleh Syad Ashwar di Masjid Indah, sedikit sebanyak memberikan kelegaan dihatinya. Semoga sedekah surah yassin untuk kedua orang tuanya ini cukup untuk melindungi dan mempertempatkan kedua orang tuanya dalam Syurga Allah.

"Hey, Ashwar. Kau okay tak? Dari tadi asyik termenung ja," tegur Johairi yang duduk bersebelahan dengan Syad Ashwar sebaik saja pembacaan yassin selesai. Johairi menegur kerana sahabatnya ini hanya diam tidak berkutik. Fikirannya jauh melayang entah ke mana.

"Aku okay, Jo. Cuma..."

"Cuma kau masih teringatkan arwah?" pintas Johairi.

"Memanglah. Aku sentiasa akan ingat ibu dan ayah aku. Tapi..."

"Tapi apa lagi?" Pintas Johairi sekali lagi lalu tangannya naik menyentuh bahu Syad Ashwar. Kekadang sahabatnya ini sukar ditafsirkan.

"Tiadalah" Syad Ashwar memilih untuk tidak menceritakannya. Tapi, entah mengapa hatinya terfikir tentang gadis yang terlibat dalam kemalangan tadi. Apa yang berlaku pada gadis itu?

Selamatkah dia?

"Kau janganlah banyak fikir, Ashwar. Lebih baik kau jaga adik kau tu. Dia masih perlukan kasih sayang dari keluarga, terutamanya kau," kata Johairi.

Syadira Ashmira ialah satu-satunya adik kepada Syad Ashwar. Masih berumur 16 tahun. Pasti gadis itu lebih terkesan berbanding dirinya.

"Aku akan jaga dia, Jo. Kau jangan risaulah. Aku okay," balas Syad Ashwar tenang dengan senyuman kecil.

"Dah lah. Jom pergi makan sikit. Aku tengok kawan aku ni macam hilang seri," gurau Johairi lalu berdiri dari duduk. Syad Ashwar hanya mengikut saja.

Tapi bukan hatinya.

Kenapa dia merasakan sesuatu yang tidak baik?

***

"MAMA, dah lah tu. Adik akan baik-baik saja." Seorang jejaka muda memujuk mamanya yang duduk dikerusi menunggu agar berhenti menangis. Sudah berjam-jam mereka menunggu Doktor Amru keluar dari ruangan ICU, namun bayang lelaki itu langsung tidak kelihatan.

"Adik kamu, Ashrian..." ibu mana yang tidak sedih bila dikhabarkan berita buruk yang menimpa anaknya? Bukan hanya ibu, Ashrian juga turut berasa sedih.

"Ma... adik Rian kuat. Ash mesti bertarung habisan di dalam tu. Kita doakan yang baik-baik saja mama" pujuk Ashrian. Bahu Puan Amunirah dipeluk erat. Memberikan semangat.

Tiba-tiba

"Rian!" Seorang lelaki usia 50-an memanggilnya sambil berlari anak mendekatinya dan Puan Amunirah.

"Papa..."

"Macam mana dengan adik kamu? Dah keluar?" Itulah soalan pertama yang keluar dari mulut Tuan Abdullah.

"Belum pa... dah tiga jam tapi Amru masih belum keluar," jawab Ashrian terus. Doktor Amru sebenarnya sahabat rapat pada Ashrian Hawlingson.

"Bang...Ash bang..." Puan Amunirah yang sedar kewujudan suaminya, terus bangkit dan memeluk tubuh suaminya. Hati seorang ibu itu berkecai.

"Sabarlah Irah... Kita semua tahu Ash kuat. Sabar..." kini giliran Tuan Abdullah pula memujuk Puan Amunirah apabila isterinya itu memeluk tubuhnya. Hati seorang ayah juga turut sedih namun, dikuatkan hati untuk memberika sokongan semangat pada si isteri.

Ashley AshwarWhere stories live. Discover now