TAKDIR DHIA

By ayraakookie

140K 7.3K 1.4K

"Because they were roses and I was just a dandelion." **** Apa rasanya menjadi cantik? Apa rasanya bila kau... More

CAST
╰1 ╮
╰2 ╮
╰3 ╮
╰4 ╮
╰5 ╮
╰6 ╮
╰7 ╮
╰8 ╮
╰9 ╮
╰10 ╮
╰11 ╮
╰12 ╮
╰14 ╮
╰15 ╮
╰16╮
╰17╮
╰18╮
╰19╮
THIRD BOOK
╰20╮
╰21╮
╰22╮
╰23╮
╰24╮
╰25╮
╰26╮
╰27╮
╰28╮
╰29╮
╰30╮
╰31╮
╰32╮
╰33╮

╰13 ╮

5.6K 269 42
By ayraakookie

Nadhim Irshad mengusutkan rambutnya setiap kali degupan jantung itu terasa laju.

Kepalanya menggeleng laju cuba menghalau memorinya bersama Dhia Aryana tadi.

"Kau ni dah tak betul ke Nadhim? " lelaki itu bermonolog sendirian.

Seputung rokok diambil dan diletakkan pada bibir.

"She's ugly. Pins that " dia bersuara sekali lagi cuba menyedapkan hati.

Atau lebih tepat, cuba memberi amaran kepada diri sendiri.

Kali ini pemetik api dicapai dan di cucuh pada muncung rokok. Asap rokok itu disedut sepuas hati sebelum dihembus keluar.

IPhone pro max dikeluarkan dari kocek seluarnya sambil jari galak mencari nombor telefon seseorang.

Miasara

Nama dengan emoji love yang tertera pada screen telefon itu ditatap lama. Nadhim Irshad tersenyum sinis sebelum melempar iPhone nya ketepi.

"Fuck off!" Nadhim Irshad mencarut keras sambil satu tumbukan dilepaskan pada dinding.

Sakit ditangannya tidak setanding sakit di hati.

Setiap kali 'nama' itu muncul, rasa sakit ini pasti akan sekali menjengah.

Nadhim Irshad duduk menekur lantai seketika. Kepalanya di angguk seperti orang gila dengan senyuman seram yang penuh maksud.

"Yes, aku perlu gunakan dia untuk hilangkan rasa sakit ni."

'Now i own the real reason'

****

Dhia Aryana berjalan dengan kaki yang terhincut-hincut. Perlahan sahaja dia mengatur langkahnya menuju ke sekolah. Sesekali gadis itu berdesis pedih saat kain sekolahnya berselisih dengan peha.

Langkah gadis itu tiba-tiba terhenti tidak jauh dari pagar sekolah. Wajah Adam yang berada di hadapan pagar sekolah itu menghiasi pandangannya ketika ini.

Dhia Aryana mengeluh berat. Dia berkira-kira mahu panjat sahaja pagar sekolah di belah belakang, tetapi dengan keadaan kakinya sekarang ini, dia pasrah.

Nafasnya ditarik dalam sebelum langkah itu diatur sekali lagi. Sampai sahaja di hadapan pagar sekolah, gadis itu terus meluruskan pandangannya tanpa melihat kiri kanan.

"Woooo wait. Kau lambat kan? Tulis nama dulu ye." seorang lelaki pengawas yang berada di sebelah Adam tadi itu kalut menahan langkah Dhia Aryana.

Gadis itu mengetap bibir geram sambil tangannya mengambil buku nota kecil milik pengawas itu. Laju sahaja tangannya menulis nama dan kelas. Buku itu dihulurkan kembali tanpa menunggu arahan yang seterusnya.

Dhia Aryana menyambung perjalanannya sebelum sekali lagi dia ditahan oleh pengawas yang sama.

"Apa lagi? " gadis itu bersuara dengan wajah yang berkerut.

"Hello cik adik, semua student yang lambat dikehendaki lari satu pusingan padang dulu ye. Rules baru from our new cikgu disiplin, cikgu Nadhim."

Dhia Aryana sudah menyumpah nama cikgu itu di dalam hati. Dia memandang keadaan kakinya sebelum matanya bertembung dengan Adam. Benda yang paling dia nak elak dari tadi.

"Is okay, bagi aku settle budak ni." Adam bersuara tenang sambil menepuk bahu kawannya tadi.

Matanya turun memandang kaki Dhia Aryana.

"Kenapa dengan kaki? " lelaki itu menyoal prihatin.

Dhia Aryana pula sudah seperti kucing yang kehilangan anak ketika ini.

Persoalan Adam dibiar sepi. Dhia Aryana menggaru kepala yang tidak gatal dek tidak tahan dengan rasa janggal yang menyelubungi.

"Pergi balik kelas. Nanti saya tolong cover untuk awak." Adam bersuara lembut sambil matanya tidak lepas menatap wajah gadis itu.

Tidak menunggu lama, Dhia Aryana mengatur langkahnya menjauhi lelaki itu. Ucapan terima kasih pun tidak sempat diucapkan.

" fuh " Dhia Aryana menghembus nafas lega. Kakinya yang semakin pedih itu diurut perlahan. Dia terpaksa duduk sekejap di kerusi kantin bagi menghilangkan rasa perih yang teramat.

"Oh God! Now masa cikgu Nadhim! "

Dhia Aryana kembali gelabah saat mengigati jadual kelas harini. Mampus dia, memang cari pasal betul.

Setelah bersusah payah mendaki tangga kejayaan, akhirnya gadis itu berdiri tegak dihadapan pintu kelas. Tangannya teragak-agak untuk mengetuk apabila mendengar suara lantang Cikgu Nadhim mengajar.

Tok! Tok!

Dhia Aryana memberanikan dirinya. Pintu kelas dibuka perlahan selepas memberi ketukan. Kelihatan wajah cikgu Nadhim yang garang menghiasi pandangannya.

"Siapa izinkan masuk? " lelaki itu menyoal saat selangkah kaki Dhia Aryana sudah melangkah masuk.

"Suka-suka hati nak interrupt kelas aku. Berdiri kat luar sambil angkat tangan ke atas." Nadhim Irshad bersuara tegas sebelum tangannya menyambung tulis pada papan putih.

Dhia Aryana terkedu dihadapan kelas itu. Sudahlah kelasnya berhadapan dengan kelas tingkatan enam. Merah padam wajahnya ketika itu.

"Now Dhia! " suara Nadhim Irshad makin keras. Dia tersenyum dalam diam saat tubuh gadis itu akur dengan perintahnya.

Dhia Aryana menahan air mata yang ditubir. Bukan sebab dia malu, tetapi sebab sakit yang teramat di kakinya. Satu lagi dia agak kecewa dengan sikap Nadhim Irshad yang berubah secara drastik itu.

Lelaki yang bahagiakan dia semalam adalah lelaki yang sama, yang kejam dengan dia sekarang.

Tetapi Dhia Aryana faham, tugas seorang guru harus profesional. Dia tidak boleh campur urusan luar dengan dalam.

"Keep your hands up Dhia." Nadhim Irshad menegur lantang.

Dhia Aryana sudah mencebik geram, hilang terus husnuzon dia sekejap tadi. Sekarang pakej kaki dan tangan sakit. Kedua kakinya sudah menggeletar teruk. Kalau dia buat-buat pengsan sekarang boleh tak?

Kring!

Dhia Aryana melafaz syukur panjang saat loceng kelas berbunyi menandakan masa lelaki itu sudah habis.

Dengan kaki yang bertambah tempang, dia menuju ke dalam kelas.

"Kaki kau dah kenapa? Aku suruh berdiri kejap pon dah tempang? " Nadhim Irshad menyoal hairan.

"Oh ya Dhia, sebelum aku lupa, tolong letakkan barang-barang aku ni dekat bilik kesihatan kejap. This is extra punishment untuk kau sebab lewat kelas aku."

Dhia Aryana menggengam penumbuk erat. Kalau boleh nak sahaja dia menjerit kuat dihadapan muka lelaki itu.

'Kau tahu tak bilik kesihatan tu kat tingkat tiga cetannnn! '

Jeritan itu hanya mampu dilepaskan dalam hati. Buku Nadhim Irshad yang berada di atas meja itu di ambil geram.

" Kalau aku jadi suster ngesot malam ni, jangan tanya kenapa."

Dhia Aryana mengagahkan kakinya memanjat anak tangga satu persatu. Mulutnya dari anak tangga satu, sampailah ke anak tangga yang terakhir tidak henti memaki lelaki itu.

"cikgu tak bertauliah" anak tangga satu.

"Cikgu gila kuasa" anak tangga dua.

"Cikgu otak sengkek! " anak tangga tiga....

Dan sampailah anak tangga yang terakhir..

"Cikgu bodoh!"

Wajah gadis itu merah padam menahan sakit. Pintu bilik kesihatan ditolak kasar sebelum buku-buku lelaki itu dihempas ke atas meja.

"Marah?"

Dhia Aryana terkejut saat satu suara berbisik perlahan ke telinganya. Badannya di pusing laju menghadap ke suara itu.

"What's wrong with your leg? " Nadhim Irshad menyoal. Kali ini kedengaran lebih prihatin berbanding tadi.

"Jatuh." Dhia Aryana menjawab sambil menolak sedikit tubuh lelaki itu.

Belum sempat dia melangkah keluar, Nadhim Irshad bertindak menolak tubuhnya jatuh ke atas katil yang berada di dalam bilik kesihatan itu.

Dhia Aryana terjerit kecil saat kain sekolahnya diselak sedikit ke atas sehingga menampakan betisnya yang putih gebu itu.

"Lebam. Siapa pukul kau? "

♣♣♣

" I went crazy when i was with you..

I can't let that happens again..! "




Heyoo! Waktu publish ni pukul 3.20 a.m tau , so nak ucap mornite jela , heheh 😜

Miss y'all ♥

Hopefully can update more bfore my final begins :(

Don't forget to tap the star okiee ★☆★☆

Xoxo

Continue Reading

You'll Also Like

41.2K 4.9K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
36.6K 3.5K 21
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
819K 84.2K 71
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
74.7K 8.8K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...