╰22╮

2.4K 187 31
                                    

"Terima kasih Adam." aku bersuara saat turun dari motosikal milik Adam.  Tanganku ligat membuka ikatan helmet di bawah daguku. Tanpa sedar, aku merengek perlahan saat ikatan itu gagal untuk dibuka. Entah kenapa benda sekecil ini pon boleh buat aku jadi emosi.

"Slow-slow Aryana. come, let me help you." Adam bersuara sambil menarik bahu aku mendekatinya. Dengan sekali tarikan sahaja, tali helmet itu berjaya dirungkaikan. Adam menarik helmet itu perlahan dari kepalaku.

"Are you crying Aryana?" soalan Adam mengejutkan aku. Pantas aku membelek pantulan wajahku pada cermin motor Adam. Kelihatan mataku merah dan sembap.

"Eh tak lah! Angin kuat sangat kot tadi, sebab tu mata saya merah. " aku cuba berdalih padahal memang jelas-jelas aku menangis dibelakangnya tadi.

Adam tersenyum nipis. Matanya masih memandang wajahku tanpa sebarang kata.

"Maaf.." entah kenapa aku rasa bersalah pada lelaki ini. Seolah-olah menjadikan dia mangsa kepada perasaanku sendiri. Aku kesal sebab layan dia acuh tidak acuh waktu di restoran tadi.

"For? " soalan Adam buat aku terdiam sendiri.

"For.. For.. Aaa this. " aku cepat-cepat menunjuk ke arah helmet yang berada di dalam raga motornya.

"Sorry sebab saya dah ketuk dia tadi. "  aku mengosok lembut helmetnya. Lega hatiku selepas mendengar Adam gelak besar.

"Ya Allah Aryana, kenapa la awak ni comel sangat." Adam masih dengan sisa tawanya.

"Okay lah Adam, hati-hati balik ya. Saya masuk dulu." aku berkata sambil memusingkan badan. Belum sempat melangkah, Adam sudah menarik lenganku sehingga menghampirinya.

"Aryana.." ayat Adam terhenti disitu. Dia menilik wajahku seketika sambil tangannya cuba naik mengusap pipiku.

"Maaf." aku menepis tangannya. Wajahku menunjukkan riak tidak selesa akan perlakuannya.

"You really love him don't you? " aku terkedu dengan soalan Adam. Siapa yang dia maksudkan sekarang ini?

"Is okay Aryana. Take your time to figure out your own heart, your own feelings."

"Saya balik dulu." Adam bersuara sambil menghidupkan enjin motornya dan berlalu pergi.

Kini aku sendiri di hadapan pintu pagar rumahku, masih mencerna kata-kata Adam.

"I really can't figure out what happen inside of me Adam.." aku mengomel perlahan sambil membawa diri ke dalam rumah. Fikiran aku masih serabut dengan kejadian di restoran tadi. Tidak seharusnya aku bertindak begitu sehingga menimbulkan rasa curiga Adam terhadap diriku. Kini, mungkin dia tahu yang hati aku sudah jatuh pada yang lain.

Keadaan rumah yang gelap gelita itu menandakan tiada sesiapa dirumah. Aku menghela nafas lega, sekurangnya aku tidak perlu bersoal jawab dengan babah.

Aku merebahkan tubuh aku ke atas katil. Fikiran aku melayang pada gadis yang bersama dengan cikgu Nadhim tadi. Cantik sangat gadis itu. Berhijab dan sedap mata memandang. Aku sendiri sebagai perempuan pon tertarik dengan kecantikan neutral gadis itu. Pantas sahaja cikgu Nadhim tak berkelip mata memandang tadi.

Aku sendiri lihat bagaimana pandangan mata cikgu Nadhim terhadap gadis sopan itu. Sangat redup, tidak seperti saat dia melihat aku.

Wahai hati, tolong sedar diri. Awak ni cuma kodok kalau nak dibandingkan dengan gadis tadi yang persis cinderella dalam kisah-kisah dongeng tu. Aku tekad, hati ini tak boleh terlalu lemah.

Samada Adam atau cikgu Nadhim, aku tidak perlukan kedua-duanya.

***

Adam pov's

Aku memandang tubuh Aryana dari jauh, menunggu sehingga gadis itu selamat masuk ke dalam rumah. Cantik sangat Aryana malam ni, tapi tubuh lesu gadis itu menunjukkan dia benar-benar serabut. Sejak dari restoran lagi, wajahnya muram sahaja.

Bukannya aku tidak tahu yang Aryana memang menaruh hati pada lelaki tidak siuman itu.

Macam dirancang, Cikgu Nadhim sepertinya sengaja ingin tunjuk kemesraan dia dengan gadis berhijab tadi itu kepada Aryana.

Baguslah, sekurang-kurangnya Aryana akan sedar awal dan kembali suka pada aku.

****

Aku berjalan lambat menuju ke sekolah. Fikiran aku bercelaru, serabut sangat. Baru semalam aku tekad hendak melupakan kedua-dua jejaka itu. Tapi mimpi semalam seperti mempermainkan aku. Sedar-sedar sahaja mata aku basah sebab menangis.

Kenapa aku seperti orang tidak siuman ni...

Aku sedar yang peperiksaan aku masih bersisa berapa bulan sahaja lagi, tapi lihat sahaja aku, masih di sini bermain dengan permainan hati.

Seketika aku merasa titisan air hujan pada kulitku. Aku memandang ke langit, mendung. Nampak gayanya hujan akan menghamburkan air matanya sebentar lagi. Lebih baik aku berlari sekarang.

Aku termengah-mengah saat sampai ke dalam kelas. Baru berniat hendak melabuhkan punggung, tiba-tiba tangan aku ditarik kasar oleh seseorang.

"Lepaslah! " aku berteriak saat dia mencengkam tanganku dan mengheret menuju ke tandas wanita yang terletak dihujung kelas. Badan aku dihempas ke lantai tandas.

Kelihatan beberapa orang pelajar wanita mengerumuni aku sehingga salah satu wajah yang aku kenali muncul. Zara. Dia tersenyum sinis kepadaku sebelum satu kakinya bertindak memijak perutku.

"I already give you a warning right? " dia menyoal kasar. Sekeping gambar dari telefon bimbitnya ditunjukkan ke arah aku.

Gambar aku dengan Adam di restoran semalam.

"Kau memang cabar aku kan pompuan? Tak padan dengan hodoh! Ada hati nak rampas boyfriend orang." Zara bersuara lagi dan kini wajahnya menggerunkan.

Kakinya yang sedari tadi memijak perutku kemudian beralih pada batang leherku. Ditendang dan dipijak sehingga aku dapat rasa leher aku hampir terputus.

Sakit sangat ya Allah. Saat ini, aku hanya berharap sesiapa sahaja untuk datang selamatkan aku. Hendak menjerit minta tolong pon aku sudah tidak larat sebab tekak aku rasa perit sangat.

"Ladies, your turn. " zara bersorak puas selepas habis melunyaikan tekak ku. Kini dia meminta kawan-kawannya pula untuk mengerjakan tubuh aku.

Baju sekolah aku rasa direntap kuat sehingga meninggalkan aku dengan sehelai singlet putih yang aku pakai di dalam. Tubuh aku tidak dapat meronta sedikitpun dek dikunci oleh tangan mereka.

Aku merintih pedih saat tubuhku dihentam dengan batang mop berulang kali. Tidak cukup dengan itu, kakiku pula rasa perih seperti ada benda tumpul yang tidak henti menoreh disitu.

Aku hanya sempat mengucap sebelum kepala aku dihempas kuat dengan baldi yang dipegang oleh Zara. Pandanganku gelap. Pengsan atau mati, aku sendiri tidak pasti.

♣♣♣

"Sorry for the night's

I made the wrong choice.. "








Rasa-rasa apa akan jadi dekat Dhia? Heheh jap eh , next chap is on the way (inshaallah esok)

Don't forget to tap the star ★😘

TAKDIR DHIAWhere stories live. Discover now