╰3 ╮

4.1K 202 19
                                    

"Dasar anak tak guna! Sudah laaa cacat, lepastu menyusahkan orang lagi! Ni baju ni, sapa nak ganti?"

Farhana menjerkah kuat ke arah Dhia Aryana. Baju ditangan yang sudah luntur warnanya itu digenggam geram.

"Aku suruh basuh guna tangan, bukan mesin! " kepala Dhia Aryana ditolak kuat ke dinding. Berdesing telinganya apabila dihantuk begitu.

Dhia Aryana diam. Tidak melawan mahupun mempertahankan diri.

"Sudahlah hodoh! Kau dengan mak kau yang sial tu sama je kan. Hidup menyusahkan orang. Nasib mak kau dah mati." kali ini Farhana bersuara sinis sambil menapak kaki untuk keluar.

"Ibu jangan sesekali nak hina mak saya."

Farhana berhenti dihadapan pintu. Niatnya untuk keluar terbantut. Di pusing badannya menghadap gadis itu.

"Kau cakap apa tadi? "

Farhana kini berdiri di hadapan Dhia Aryana. Wajah merah padam gadis itu dipandang suka.

"Hahaha salah ke apa yang aku cakap? Memang betul pon mak kau tu sundal. Beromen dengan jantan lain sampai tak ingat dunia. Patut dapat anak pon macam sial. Keturunan rupanya." makin galak Farhana menghina. Cuba untuk memprovokasi gadis itu.

"Oh yaa satu lagi aku lupa nak bagitau. Mak kau tu sebenarnya pelacur... "

"ARGHHHH!!! "

Dhia Aryana menjerit kuat sambil mencengkam bahu Farhana.

"Apa yang bising-bising ni?!" Encik Helmi yang kebetulan baru pulang dari kerja itu segera ke bilik anaknya.

"Astagfirullah Aryana!!" Encik Helmi menepis kasar tangan anaknya dari bahu Farhana.

"Abang.. Saya tak tahu kenapa anak awak ni benci sangat dengan saya. Saya cuma nak ajak dia makan je, lepas tu tiba-tiba dia jerit dan cengkam bahu saya. Sakit.. " Farhana merengek manja. Kepala di lentokan pada dada bidang suaminya.

Encik Helmi yang mendengar itu mula naik berang. Dipandang wajah Dhia Aryana penuh geram.

"Ibu tipu! Ibu hina mak Aryana!" Dhia Aryana cuba mempertahankan dirinya didepan encik Helmi.

"Sebab memang mak kamu tu hina pon! Mulai saat ini, aku dah taknak dengar perkataan 'mak' keluar dari mulut kamu. Faham?! " encik Helmi mengherdik kuat.

Jatuh jua air mata Dhia Aryana yang dia tahan sedari tadi. Farhana sudah tersenyum meleret melihat situasi itu.

"Benci sangatkan babah dengan arwah mak? Babah lebih percaya cakap perempuan ni berbanding cakap mak." Dhia Aryana menunding jarinya kearah Farhana.

"Jaga percakapan kamu Aryana. Dia ibu kamu."

"Sampai macam tu sekali babah agungkan perempuan ni kan? Kau dah buat apa ni kat babah sampai dia jadi macam ni?"

Pang!

Pipi Dhia Aryana rasa berpijar.

"Jangan nak kurang ajar Aryana! Aku tak ajar kau macam ni. Jangan nak ikutkan sangat perangai mak kau tu."

Dhia Aryana tersenyum sinis mendegar ucapan encik Helmi.

TAKDIR DHIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang