╰13 ╮

5.6K 269 42
                                    

Nadhim Irshad mengusutkan rambutnya setiap kali degupan jantung itu terasa laju.

Kepalanya menggeleng laju cuba menghalau memorinya bersama Dhia Aryana tadi.

"Kau ni dah tak betul ke Nadhim? " lelaki itu bermonolog sendirian.

Seputung rokok diambil dan diletakkan pada bibir.

"She's ugly. Pins that " dia bersuara sekali lagi cuba menyedapkan hati.

Atau lebih tepat, cuba memberi amaran kepada diri sendiri.

Kali ini pemetik api dicapai dan di cucuh pada muncung rokok. Asap rokok itu disedut sepuas hati sebelum dihembus keluar.

IPhone pro max dikeluarkan dari kocek seluarnya sambil jari galak mencari nombor telefon seseorang.

Miasara

Nama dengan emoji love yang tertera pada screen telefon itu ditatap lama. Nadhim Irshad tersenyum sinis sebelum melempar iPhone nya ketepi.

"Fuck off!" Nadhim Irshad mencarut keras sambil satu tumbukan dilepaskan pada dinding.

Sakit ditangannya tidak setanding sakit di hati.

Setiap kali 'nama' itu muncul, rasa sakit ini pasti akan sekali menjengah.

Nadhim Irshad duduk menekur lantai seketika. Kepalanya di angguk seperti orang gila dengan senyuman seram yang penuh maksud.

"Yes, aku perlu gunakan dia untuk hilangkan rasa sakit ni."

'Now i own the real reason'

****

Dhia Aryana berjalan dengan kaki yang terhincut-hincut. Perlahan sahaja dia mengatur langkahnya menuju ke sekolah. Sesekali gadis itu berdesis pedih saat kain sekolahnya berselisih dengan peha.

Langkah gadis itu tiba-tiba terhenti tidak jauh dari pagar sekolah. Wajah Adam yang berada di hadapan pagar sekolah itu menghiasi pandangannya ketika ini.

Dhia Aryana mengeluh berat. Dia berkira-kira mahu panjat sahaja pagar sekolah di belah belakang, tetapi dengan keadaan kakinya sekarang ini, dia pasrah.

Nafasnya ditarik dalam sebelum langkah itu diatur sekali lagi. Sampai sahaja di hadapan pagar sekolah, gadis itu terus meluruskan pandangannya tanpa melihat kiri kanan.

"Woooo wait. Kau lambat kan? Tulis nama dulu ye." seorang lelaki pengawas yang berada di sebelah Adam tadi itu kalut menahan langkah Dhia Aryana.

Gadis itu mengetap bibir geram sambil tangannya mengambil buku nota kecil milik pengawas itu. Laju sahaja tangannya menulis nama dan kelas. Buku itu dihulurkan kembali tanpa menunggu arahan yang seterusnya.

Dhia Aryana menyambung perjalanannya sebelum sekali lagi dia ditahan oleh pengawas yang sama.

"Apa lagi? " gadis itu bersuara dengan wajah yang berkerut.

"Hello cik adik, semua student yang lambat dikehendaki lari satu pusingan padang dulu ye. Rules baru from our new cikgu disiplin, cikgu Nadhim."

Dhia Aryana sudah menyumpah nama cikgu itu di dalam hati. Dia memandang keadaan kakinya sebelum matanya bertembung dengan Adam. Benda yang paling dia nak elak dari tadi.

"Is okay, bagi aku settle budak ni." Adam bersuara tenang sambil menepuk bahu kawannya tadi.

Matanya turun memandang kaki Dhia Aryana.

"Kenapa dengan kaki? " lelaki itu menyoal prihatin.

Dhia Aryana pula sudah seperti kucing yang kehilangan anak ketika ini.

TAKDIR DHIAWhere stories live. Discover now