╰18╮

2.8K 177 15
                                    

Dhia Aryana pov

Aku memandang papan putih dengan pandangan kosong. Setiap patah yang dilontarkan oleh Cikgu Sejarah itu langsung tak masuk dalam kepala otak.

Memori semalam asyik berlayar lagi dan lagi sehingga aku tidak perasan akan kehadiran Cikgu Zakiah ke mejaku.

"Dhia.. " meja aku diketuk beberapa kali sebelum aku mendongak melihatnya.

Wajah garang wanita tua itu menghiasi pandangan aku.

"Kamu dengar tak apa yang saya dok bebel kat depan tadi?" Soal Cikgu Zakiah tanpa sedikit pon senyuman di bibirnya.

"Dengar.. Mengenai Kerajaan Maritim." aku menjawab yakin. Sejujurnya, aku dapat jawab pon sebab tajuk tu dah tertera pada papan putih.

"Terangkan dekat saya apa yang Kerajaan Maritim buat."

Mampus! Aku mulai gelabah saat tiada satu penerangan pon tertulis di papan putih. Nak belek buku pon, Cikgu Zakiah ni dah tutup rapat buku aku.

Pap!

Kedengaran rotan panjangnya menghentak mejaku.

"Kamu tahu tak SPM kamu lagi beberapa bulan sahaja lagi?! " cikgu Zakiah mulai meninggikan suaranya.

"Sudahlah peperiksaan percubaan pon markah kamu cukup-cukup makan sahaja. Kamu nak jadi apa nanti kalau gagal sejarah! " Cikgu Zakiah nampak betul-betul marah dengan aku kali ini.

Keputusan percubaan SPM yang baru keluar minggu lepas memang agak mengecewakan aku. Mungkin kifarah atau takdir, aku juga tidak pasti. Padahal aku sudah mengulang kaji sehabis baik.

"Saya nak kamu belajar dengan Hafiz. Tanya dia macam mana dia boleh dapat A+."

Aku menelan liur kasar saat nama ketua gangster itu diseru. Aku tak faham betul macam mana laki tu boleh dapat straight A sedangkan hampir semua kerja sekolah dia aku yang buat.

"Hafiz, tolong cikgu ye. Ajar Dhia supaya keputusan dia boleh score macam kamu." ujar Cikgu Zakiah tanpa memikirkan nasib aku selepas ini.

Wajah Hafiz aku pandang sekilas. Dia menganggukkan kepalanya sebelum jelingan tajam dihadiahkan kepada aku.

Haa sudah...

"Okay kelas, saya harap sangat kamu semua fokus betul-betul sampai hari peperiksaan kamu tiba. Terutama sekali kamu Dhia. Buktikan dekat cikgu yang kamu boleh berjaya." kata-kata Cikgu Zakiah sedikit sebanyak mengembalikan semangat aku yang hilang.

Aku akui sejak munculnya cikgu Nadhim Irshad, pembelajaran aku hancur. Bukan aku nak salahkan dia tapi...

Bum!

Meja aku ditendang kuat. Tak perlu tengok pon dah tahu siapa. Aku memejam mata mencari kesabaran untuk menghadap lelaki bengis ini.

"Habis waktu sekolah ni tunggu aku dekat library. Kau lambat, siap eh! Aku cungkil biji mata kau."

Belum sempat aku nak bersuara, dia dah beredar ke tempat duduknya.

Adakah seorang Hafiz yang dulunya seorang perengus kini sudah menerima hidayah daripada Tuhan?

Baguslah begitu. Aku perasan juga sejak kebelakangan ini semua pelajar dalam kelas ini sudah tak menganggu aku. Semua mereka tekun membelek buku rujukan kecuali aku.

Nampak sangat aku yang masih leka sekarang ini. Sudahlah semalam aku....

Oh shit! Aku meremang.

Wajah aku membahang setiap kali teringatkan cikgu gila itu. Jantungku pula usah tanya la, degupannya makin menjadi-jadi.

Aku menggeleng kepala laju cuba membuang jauh-jauh aksi yang tidak senonoh semalam itu.

TAKDIR DHIAWhere stories live. Discover now