╰5 ╮

4K 207 18
                                    

Dhia Aryana tersenyum sendiri memandang langit gelap yang dihiasi dengan taburan bintang. Seketika matanya tertancap pada satu butiran bintang yang agak malap. Malah bintang itu juga terasing dari bintang-bintang yang lain.

Nampak menyedihkan.

"Macam aku."

Senyuman gadis itu pudar. Dipandang bintang-bintang terang yang lain dengan satu rasa yang tak dapat diungkap.

"Seronok tak bila diberi kelebihan untuk bersinar macam tu?" gadis itu menyoal sendiri sambil tangannya mencapai roti ikan bilis yang dia beli tadi.

Roti ikan bilis itu kemudian dia gigit sambil kepala di dongak ke langit. Dhia Aryana termenung memandang bintang malap itu dengan roti yang masih dimulut.

Namun lamunan gadis itu terhenti apabila pandangan matanya di hiasi dengan wajah Adam. Hampir nak terjatuh dari kerusi gadis itu apabila Adam selamba mengigit rotinya. Sudahlah dia juga belum melepaskan gigitan. Buat seketika mata mereka bertembung.

Dhia Aryana cepat-cepat menegak sambil menjarakkan wajahnya dari Adam. Roti ikan bilis tadi diletakkan kembali ke atas meja yang berlapik plastik.

"Sedap." Adam bersuara perlahan. Roti ikan bilis itu diambil dan dikunyah.

Dhia Aryana mengetap bibir geram. Ini sudah masuk kali kedua lelaki ini muncul secara tiba-tiba dan mencuri makanannya. Namun niatnya untuk marah dibatalkan apabila melihat mata bengkak Adam.

"Kenapa menangis?" soalan Dhia Aryana mematikan selera Adam. Roti ikan bilis yang masih bersisa separuh itu diletak ketepi.

Adam mengeluh. Tangan kanannya dibawa pada dahi dan diurut perlahan pada bahagian situ.

Dhia Aryana semakin pelik dengan kelakuan lelaki itu. Tetapi dia taknak soal banyak. Lagipun mereka berdua bukannya rapat sangat sampai boleh berkongsi masalah.

"Boleh tak saya nak tumpang tidur rumah awak malam ni?" soalan dari Adam membuatkan Dhia Aryana tersedak. Air liur ditelan kasar.

Memang tempah maut la kalau dia izinkan Adam menginap dirumahnya.

"Saya melawak je lah. Muka tu jangan la gelabah sangat." Adam ketawa perlahan. Namun masih dapat dikesan kesedihan pada raut wajahnya.

Keadaan menjadi sunyi seketika apabila dua-dua melayan perasaan sendiri.

"Saya bergaduh dengan abang saya." Adam bersuara selepas beberapa minit mereka berdua senyap.

Dhia Aryana memandang mata sembap lelaki itu. Sempat lagi dia mengutuk di dalam hati.

'Bergaduh dengan abang sampai boleh menangis? Manja.'

Adam tersenyum nipis melihat reaksi Dhia Aryana. Dia tahu yang gadis itu tengah mengejeknya ketika ini.

"I just found out that I'm adopted." Adam bersuara sambil melihat reaksi gelabah Dhia Aryana.

Gadis itu mati kata. Terus ditarik kutukannya sebentar tadi.

Mata Adam yang berair membuatkan Dhia Aryana tak senang duduk. Dalam masa yang sama dia kesian dengan nasib yang menimpa lelaki itu.

"I'm sorry to heard that.."

Dhia Aryana semakin gelabah apabila melihat Adam menangis. Lelaki itu tersedu sedan mengawal suaranya.

Tubuh Adam dihampiri. Kemudian bahu lelaki itu digosok perlahan. Dhia Aryana tidak pandai memujuk. Jadi hanya ini yang dia mampu lakukan.

Badan Dhia Aryana mengeras apabila Adam tiba-tiba memeluknya. Kepala lelaki itu disorok pada ceruk lehernya. Habis basah bahagian itu dengan air mata Adam.

Dhia Aryana tidak sampai hati nak menolak walaupun leher adalah tempat sensitifnya.

Nafas berat Adam, air mata Adam. Semua bersatu sehingga Dhia Aryana rasa jantungnya berdegup kencang.

Namun semua itu ditolak ketepi. Adam benar-benar memerlukan seseorang untuk berada dengannya.

Banyangkan bila kau dapat tahu yang kau sebenarnya bukan anak kandung kepada mak dan ayah kau. Mesti hati kau akan hancur bukan? Begitu juga Adam.

Lelaki yang penuh dengan aura positif ini tiba-tiba meraung menangis. Bayangkan betapa hancurnya seorang Adam ketika ini.

"Sabar Adam. Saya tahu awak kuat." Dhia Aryana mengosok perlahan tubuh belakang lelaki itu. Kata-kata semangat tidak putus diberikan sedari tadi.

Adam sudah berhenti menangis tetapi kepalanya masih diceruk leher gadis itu. Diperketatkan pelukannya pada tubuh Dhia Aryana. Dia perlukan kekuatan.

Nasib sahaja suasana diluar kedai 7eleven ini agak malap. Hanya lampu jalan dan lampu dari dalam kedai sahaja yang menyinari tempat mereka.

"Thanks." Adam mengucap perlahan sambil melepaskan pelukannya dari tubuh gadis itu. Mata Dhia Aryana dipandang sedalam mungkin cuba untuk mencari kekuatan.

Dan kekuatan itu hadir apabila dia melihat parut pada wajah Dhia Aryana. Dia perlu kuat sebagaimana gadis didepannya ini kuat menghadapi dugaan hidup.

Sengaja dia datang ke kedai 7eleven ini kerana dia yakin yang Dhia Aryana mesti sedang menjamah makan malamnya disini.

Bukannya Adam tidak tahu mengenai kisah hidup gadis ini. Satu sekolah sudah hebah tentang penderaan yang diterima Dhia Aryana oleh ibu tirinya.

Disebabkan itu jugalah Dhia Aryana sering dijadikan mangsa buli disekolah.

"Kalau awak ada nak luah apa-apa lagi lepas ni, saya sedia untuk tadah telinga dan bahu saya."

Kata-kata Dhia Aryana dengan wajah yang serius itu mengundang ketawa kecil dari Adam.

"Bila-bila masa pon boleh?"

Dhia Aryana mengangguk penuh yakin.

"Pasti?" Adam bersuara teruja setelah melihat wajah yakin gadis itu.

Dhia Aryana sekali lagi mengangguk laju.

"Ok saya pegang kata kata awak."

****

"But.. promise are meant to be broken right ? "

TAKDIR DHIAWhere stories live. Discover now