╰26╮

2.9K 198 70
                                    

Aku melihat wajahku pada pantulan cermin. Solekan nipis yang aku pelajari dari youtube haritu memang tidak sia-sia. Sekurangnya sekarang, aku sudah ada keyakinan diri.

Kini mata aku tertancap pula pada dress yang tersarung pada tubuhku. Warna pink lembut ini memang sangat sesuai dengan kulit cerahku. Pandai pilihan Adam, kena dengan seleraku.

"Ok siap!" aku bersuara teruja selepas olesan lipstick yang berwarna nude itu digayakan pada bibir. Kini mataku memandang pada jarum jam.

7.58 pm

Aku menarik nafas panjang sambil memperingati diri aku yang ini hanya makan malam biasa. Jadi aku tidak perlu rasa bersalah pada Adam. Lagipun, cikgu Nadhim sudah bertunang. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Tiba-tiba jantung aku berdegup kencang saat terdengar bunyi hon kereta dari luar rumah. Pantas sahaja aku mencapai kasut loafer yang berada di rak.

Kelihatan cikgu Nadhim sudah berdiri diluar keretanya. Dia nampak sangat tampan dengan tshirt casual putihnya itu.

"Where's your babah? Aku nak mintak kebenaran untuk bawa anak gadis dia ni keluar makan." Cikgu Nadhim menyoal dan untuk sesaat itu hati aku menjadi cair.

"Babah tak ada, semua balik kampung sebab nenek sakit. Tapi jangan risau, saya dah minta izin babah untuk keluar." aku bersuara sambil mata tidak berani untuk menatapnya.

"Oh okay." katanya sambil membuka pintu untukku.

Suasana di dalam kereta sangatlah kekok sehingga aku rasa lebih rela untuk merendam wajahku di dalam air sahaja sekarang.

"How's your life. Going well? " dia menyoal cuba untuk mengusir suasana kekok antara kami.

Aku hanya mengangguk. Tiba-tiba anak tekak ni rasa tak boleh nak berfungsi pula.

Dia kelihatan hanya tersenyum nipis sebelum suasana kembali sunyi. Buat seketika aku mengutuk diriku di dalam hati.

Apa salahnya kalau kau cakap 'ye hidup saya baik sangat! Macam mana pula dengan cikgu, happy ke hidup lepas tunang ni? '

"Apa yang kau omelkan? " aku tersentak saat dia menegurku.

Sekejap, aku cakap kuat ke tadi? Bukan dalam hati? Omaigod Dhia!

"Ye hidup aku okey je selepas bertunang. Aku bahagia." dia bersuara dengan sengihan yang makin lebar.

Aku tersenyum kelat. Baguslah awak bahagia.

"Aku rindu kita yang dulu. Kau jangan la rasa awkward dengan aku." ayatnya berjaya memalingkan wajahku ke arah dia.

Apa maksud dia kita yang dulu?

"Kau menjauh dari aku sejak bercinta dengan Adam. Kau takut Adam cemburu?" soalnya.

Siapa yang menjauh dari siapa sekarang ini? Sejak dia bertunang, pandang wajah aku pon dia taknak.

"Bukan cikgu yang menjauh dari saya? " soalan berbalas soalan.

Kini keretanya sudah elok terpakir. Dia memalingkan wajahnya ke arah aku. Tiba-tiba sahaja jantung aku ni gedik nak pam darah dengan laju.

"Kenapa muka kau merah? " dia menegur membuatkan aku mengambil tindakan untuk keluar dari kereta.

"Panas." hanya itu yang aku sempat sebut sebelum menutup pintu kereta rapat. Aku menghirup udara malam sambil memberi amaran keras buat diri sendiri.

Sesaat mata aku menangkap pemandangan yang terhidang di hadapan mata. Pantai?

"Jom." cikgu Nadhim menarik lenganku untuk mengikuti langkahnya. Aku hanya berdiam saat tangannya mengenggam tanganku erat.

TAKDIR DHIAWhere stories live. Discover now