╰23╮

2.7K 224 66
                                    

"Cikgu! Ada pergaduhan dekat tandas perempuan." seorang pelajar menjerit kuat dari luar bilik guru. Wajahnya yang tersembul di depan pintu itu kelihatan cemas.

Aku yang melihat hanya berdecit malas. Ini sudah masuk kali ketiga kes buli yang aku terpaksa hadap dalam minggu ini. Memang menyusahkan. Apa diorang ni tak ada kerja lain ke selain bergaduh.

Mahu atau tidak, aku terpaksa terlibat kerana jawatan guru disiplin yang disandang sekarang ini.

Rata-rata guru di situ sudah memberi pandangan ke arah aku, tanda menyuruh aku untuk segera pergi. Yes, i know it bitch.

Aku terlalu serabut untuk beriak sopan. Hal Miasara semalam memang betul-betul buatkan mood aku kelaut. Tiga tahun aku tunggu dia macam orang bodoh, dan semalam tanpa sedikit pon rasa bersalah, gadis itu menyuruh aku untuk tunggu dia selama 5 tahun lagi. Perasaan sayang terhadap gadis itu terlalu kuat sampai aku tak mampu nak bantah sedikit pon keputusan dia.

Ingatan aku terhadap Miasara terbantut saat tangan aku tiba-tiba direntap kalut oleh pelajar yang berdiri tegak didepan pintu tadi.

"Cepatlah Sir! Budak tu dah nyawa-nyawa ikan saya tengok." dia sekali lagi bersuara cemas seolah-olah kes kali ini memang betul teruk.

"Perempuan atau lelaki?" aku menyoal tanpa minat. Habis teruk kalau lelaki, mereka hanya bertumbuk sehingga meninggalkan sedikit kesan lebam. Dan kalau perempuan pula, hanya bermain tarik rambut. Selama lima bulan aku mengajar disini, aku sudah tahu corak pembulian mereka.

"Perempuan. 6 lawan 1. Habis lunyai budak tu saya tengok." langkah aku terhenti saat mendengar itu. Menarik. Belum pernah ada kes macam ini sebelum ni.

Mata aku tertancap kearah pelajar-pelajar yang sedang berkerumun di depan tandas wanita itu. Oh ya, ada pengetua juga. Macam betul-betul serius kes kali ini.

"Cikgu Nadhim.." pengetua sekolah menegur aku dengan nada suara yang reda. Matanya kemudian menunjukkan syarat ke arah kumpulan pelajar yang terlibat dengan pembulian itu. Rata-rata mereka menunduk malu.

Pandangan aku tertuju pada pelajar yang berada di tengah antara kalangan mereka. Teman wanita Adam? Tch, kalau Dhia tahu ni mesti dia seronok, musuhnya bakal terima hukuman selepas ini. Mata aku meliar mencari kalau-kalau ada kelibat gadis itu di sini.

"Teruk kes kali ini cikgu." suara pengetua mematahkan niat aku untuk masuk ke dalam tempat kejadian. Lihat dari riaknya, seperti ada kematian pula yang berlaku.

"Mana mangsa? " aku menyoal sambil meliar mencari kelibat gadis yang di buli itu.

"Masih di dalam. Cikgu Izzati dan Cikgu Nadiah cuba uruskan sebelum tunggu ambulans sampai. Teruk sangat keadaan mangsa sampai saya sendiri tak sampai hati nak lihat." pengetua yang bernama cikgu Zamri itu bersuara sebak. Kemudian aku lihat dia menghampiri kumpulan pembuli itu. Muka dia nampak sangat menggerunkan.

"Kalau jadi apa-apa dekat Dhia Aryana, saya akan pastikan kamu semua masuk sekolah Henry gurney." jerkahan cikgu Zamri kepada pembuli itu lantang di dengar. Aku hanya memasang wajah tanpa riak sebelum ayat cikgu Zamri tadi diputar layar di dalam kepala otak.

Dh--Dhia?

Aku melangkah laju masuk ke tempat kejadian. Tubuh para pelajar yang menghalang, aku tolak kasar. Aku mengetap gigi melihat sekujur badan yang terbaring lemah di atas riba guru wanita itu.

Aku perlahan menghampiri sebelum kaki aku tiba-tiba menjadi lemah. Tubuh Dhia Aryana yang sebentar tadi berada di atas peha guru perempuan itu kini sudah beralih ke dalam rangkulan aku. Wajahnya yang pucat itu aku tatap lama.

"Dhia, wake up. What's wrong with you. Hey, i'm here. " seperti orang gila aku cuba mengejutkan gadis itu. Tubuhnya yang terdedah, aku balut dengan kemeja luarku. Kelihatan kulitnya yang putih itu berbirat dan lebam-lebam, kesan daripada dipukul.

TAKDIR DHIAWhere stories live. Discover now