╰8 ╮

4K 217 35
                                    

"Aryana, did someone just kiss your lips?"

Dhia Aryana terkedu. Kepalanya di geleng laju bagi menafikan dakwaan Adam.

"Mm-mana ada!" Dhia Aryana menjawab dengan nada yang agak keras.

Adam hanya tersenyum sambil memeluk tubuhnya.

"Janganlah marah. Saya tanya je." Adam bersuara sambil mata masih tertancap pada bibir gadis itu. Dilihat kesan luka pada tepi bibirnya.

"I wish i could get your first kisses." perlahan sahaja ayat itu di utarakan. Adam kemudian menggaru belakang lehernya perlahan. Wajah Dhia Aryana yang cemberut itu ditatap lucu.

"Jom lah saya teman awak balik. Gelap sangat kat sini ni."

"No! Tak payah, saya boleh balik sendiri." Dhia Aryana membantah laju. Dalam kepala sudah terbayang wajah singa ibunya yang berada dirumah itu.

"Bye jumpa esok di sekolah! " Dhia Aryana pantas berlari anak tanpa menunggu jawapan dari Adam. Tangannya di lambai dari jauh.

Adam tersenyum suka melihat telatah Dhia Aryana. Bagi Adam, itu semua boleh diklasifikasi sebagai comel.

Seketika telefon bimbitnya berdering. Tentera nama Zara disitu. Adam mengeluh perlahan. Dijawab panggilan itu dengan nada yang dibuat buat.

"Hello sayang. Jap I on the way. Lagi 10 minit I sampai ok."

***
Dhia Aryana memeluk bantalnya erat. Ayat dari Adam tadi buatkan hatinya berbunga-bunga.

"I wish i could get your first kisses."

"Kyaaa!" Dhia Aryana menjerit perlahan sambil menyelubungi dirinya di bawah selimut.

Pertama kali hatinya goyah disebabkan lelaki.

Tidak pernah terlintas langsung untuk dia menyukai mana-mana lelaki sebelum ini. Sebab seorang Dhia Aryana sangatlah sedar diri.

Tetapi bila dengan Adam, dia rasa lain. Adam baik dan selalu buat dirinya rasa dihargai.

'Mom, i think i has fall in love with him. Dia cinta pertama Aryana! '

****

Nadhim Irshad memandang wajah anak muridnya tanpa riak. Sungguh harini dia tiada mood untuk mengajar. Semuanya gara-gara kejadian malam semalam.

Dia ternampak mummynya keluar dengan lelaki lain. Berfoya-foya di club malam tanpa pengetahuan daddy. Meneguk air kencing syaitan tanpa ada rasa bersalah.

Nadhim Irshad sudah mengetahui perbuatan curang mummynya ini sejak 3 tahun lepas lagi. Sengaja dia berdiam diri kerana tidak mahu rumah tangga keluarganya musnah.

Salah satu cara dia melepaskan geram terhadap mummynya adalah dengan memperlecehkan kaum hawa. Baginya itu adalah kepuasan hati dan nafsu. Kaum hawa layak di curangi sebelum mereka berlaku curang.

"Sir!"

Nadhim Irshad tersentak setelah mendengar suara kuat memanggilnya. Kening di kerut kearah pelajar itu.

"May i go to the toilet? "

Pertanyaan pelajar itu hanya dijawab dengan sekali anggukan. Kemudian matanya dialihkan ke arah pelajar yang lain. Rata-rata mereka hanya melakukan kerja sendiri. Ada juga yang sudah bersedia dengan buku biologi di atas meja. Dan pelajar itu semestinya adalah gadis berparut kegemarannya.

Nadhim Irshad sendiri tidak pasti mengapa dia selalu menjadikan Dhia Aryana sebagi target. Kalau kata sebab cantik, memang tidak logik dek akal. Tetapi gadis itu benar-benar menguji kesabaran dia sebagai seorang lelaki.

TAKDIR DHIAWhere stories live. Discover now