╰15 ╮

4.6K 241 38
                                    

"Perlu ke nak pijak Adam sampai macam tu?" Dhia Aryana menyoal dingin. Air mata yang tersisa itu dilap dengan hujung baju sekolahnya.

Nadhim Irshad memandang gadis itu sebelum tergelak kecil. Rasa lucu melihat hidung merah gadis itu.

"Apa yang lawak? Saya serius. Lagi satu, kenapa cikgu cakap saya mengadu yang bukan-bukan pasal Adam?" Dhia Aryana merengus geram.

"Wooo stop it kids. Aku tak nak masuk campur urusan cinta bodoh budak-budak mentah macam korang ni"

"Kalau taknak masuk campur, delete laa gambar tu! "

Dhia Aryana bersuara keras. Hampir sahaja dia hendak menampar lelaki di depannya kini. Namun semua itu terhenti saat Nadhim Irshad merapatkan wajahnya dengan Dhia Aryana.

" no. " Nadhim Irshad tersenyum nakal sambil jarinya bermain dengan anak rambut gadis itu.

Dhia Aryana menepis kasar. Sudahlah dia masih trauma dengan sikap Adam tadi, ni datang pula kucing miang yang entah dari planet mana.

"Tepilah! Saya nak balik." Dhia Aryana bersuara.

Belum sempat dia membuka langkah, Nadhim Irshad terlebih dahulu merampas beg galasnya.

"Harini balik rumah aku. Kau jangan buat-buat lupa janji kita eh." Nadhim Irshad memberi amaran kepada gadis itu. Hatinya tersenyum suka melihat wajah cemberut Dhia Aryana.

"Tak boleh lah, nanti babah marah."

"Itu masalah kau." Nadhim Irshad menjawab kering. Langkahnya menuju ke kereta miliknya bersama beg galas milik gadis itu.

Dhia Aryana sekali lagi mencebikkan bibirnya. Hidup dia dah terlalu serabut sekarang. Di tambah pulak dengan jembalang besar depan dia ni, memang malapetaka terus!

****

"Pergi la mandi dulu. Aku alergik sikit kalau ada orang busuk dalam rumah ni."

Nadhim Irshad bersuara nakal sambil melemparkan kain tuala ke arah gadis itu.

Dhia Aryana menghentakkan kakinya geram. Sudahlah dia terpaksa berbohong babah tadi, kononnya nak tidur rumah kawan sebab nak study sama-sama. Padahal, seorang kawan pon dia tak ada.

"Ke kau nak aku mandikan? "

Dhia Aryana terus menapak beberapa langkah ke belakang apabila Nadhim Irshad cuba mendekatinya. Kain tuala yang dilemparkan tadi diambil dan diletakkan atas kepala.

"Gila." Dhia Aryana berdesis perlahan sebelum membawa diri ke bilik air yang terletak di tingkat atas. Kadang-kadang gadis itu terfikir macam mana Nadhim Irshad boleh hidup seorang diri di dalam rumah yang dua kali ganda lebih besar dari rumahnya itu.

Dhia Aryana membuka pintu bilik air. Seketika dia terpegun melihat bathtub yang sebelum ini hanya dia lihat di dalam kaca televisyen.

Gadis itu membuka semua pakaiannya sebelum melangkahkan kaki masuk ke dalam bathtub yang berisi air suam itu. Dhia Aryana baring sambil kepala disandarkan pada hujung bathtub.

Aroma sabun yang sedia diletakkan di dalam air suam itu menenangkan fikirannya. Seketika dia menenggelamkan seluruh kepalanya ke dalam air sebelum bangun kembali dengan nafas yang tercungap-cungap.

Dhia Aryana merenung kosong pada pantulan cermin yang berada di depannya itu. Parut pada pipi dipegang lama.

Sebab ni ke Adam benci sangat dekat aku?

Tiba-tiba kepala otaknya melayang pada peristiwa 11 tahun lalu. Ketika itu Dhia Aryana baru berusia 6 tahun.

---

TAKDIR DHIAWhere stories live. Discover now