╰24╮

2.5K 182 90
                                    

Aku membuang pandang ke luar tingkap. Fikiran aku masih melayang pada kejadian tempoh hari. Aku masih ingat dengan jelas macam mana mereka memperlakukan aku. Sakit. Sakit sangat sampai aku rasa aku dah mati waktu itu.

Seketika telinga aku menangkap bunyi riuh di luar bilik. Suara kuat babah menarik perhatian aku. Dengan sedikit kudrat yang ada, aku gagahkan diri untuk menjengah ke luar bilik.

"Kau pergi! Jangan tunjuk muka kau lagi depan anak aku! Sebab kau lah dia jadi macam tu." jerkahan babah mengejutkan aku. Tubuh Adam yang berhadapan dengan babah itu aku tatap sebelum lengan babah aku tarik perlahan.

"Babah.. "

"Ya Allah Dhia, kamu tak sihat lagi kenapa keluar ni? " babah menyoal sambil cuba memapah tubuhku.

"Dhia.. Dhia nak cakap dengan Adam sekejap boleh?" aku menyoal sambil mata aku memandang wajah Adam. Kesan lebam pada wajahnya merisaukan aku. Babah ke yang buat?

"Hm." babah berdehem perlahan sambil melangkah masuk ke dalam bilik meninggalkan aku dengan Adam.

Aku mengukirkan senyuman nipis pada Adam sambil kaki melangkah menuju ke lift. Dia mengikuti langkah aku tanpa bersoal banyak. Sesekali tangan dia cuba menahan tangan aku dari terjatuh, tetapi entah kenapa sedikitpun dia tidak bercakap dengan aku.

Aku melihat langit senja yang terukir dihadapan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku melihat langit senja yang terukir dihadapan aku. Cantik. Lama aku mengamati pemandangan itu sebelum tangan Adam naik menyentuh balutan pada tangan kiri aku. Dia mengusap perlahan pada balutan itu.

"I'm so sorry Aryana.. Every single time you're with me, you only get hurt." kata-kata Adam mengalihkan perhatian aku kepada dia. Dapat aku lihat butiran air mata yang mengalir pada pipinya.

"This is not your fault Adam." tangan aku naik menghapuskan air matanya. Dia nampak menyedihkan. Darah pada hujung bibirnya aku kesat perlahan.

"Babah yang buat? " aku mempersoalkan kesan luka pada wajahnya. Adam hanya menggeleng. Buat seketika aku menghela nafas lega.

Angin senja yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu aku nikmati dengan mata yang tertutup, cuba untuk melenyapkan segala memori buruk. Tiba-tiba tubuh aku dibaluti dengan jaket hitam Adam.

"Jom masuk Aryana, nanti badan awak masuk angin." suara lembut Adam membuka mataku. Ketinggiannya yang lebih dariku memaksa aku untuk mendongak.

Aku menggeleng. "Saya bosan duduk dekat atas katil je seharian."

"Degil as always. " leteran Adam menghadirkan tawaku.

"Zara macam mana? " terbit soalan itu dari bibirku. Langkahku dibuka menuju ke tepi rooftop, sambil mataku memerhati kesesakan lalu lintas di bawah.

"Henry gurney." jawapan pendek Adam cukup untuk memuaskan hati aku. Kalau boleh, mahu sahaja aku sumbat Minah sewel itu ke dalam penjara.

"Saya dah putus dengan Zara." sambungnya lagi. Wajah dia nampak, kecewa? Oh, jadi dia masih sayangkan gadis itu. Tiba-tiba aku rasa bersalah padanya.

TAKDIR DHIAWhere stories live. Discover now