╰31╮

3.4K 232 59
                                    

Dhia Aryana

Pandangan kosong kuhalakan pada jendela biru dihadapanku. Sesekali tirai jendela menari-nari ditiup angin. Aku memejam mata saat angin itu lembut menyapa wajahku.

Keluhan berat aku lepaskan.

"Dhia, kita kan dah bincang pasal ni?"  suara cikgu Nadhim kedengaran lembut tetapi cukup mendesak. Lelaki itu dari tadi tidak berputus asa.

Kertas dan pen yang berada di atas meja kecil dihadapannya itu aku kerling sekilas sebelum wajahnya aku tatap.

"Apa tujuan cikgu sebenarnya ni? Kenapa susah sangat nak lepaskan saya? Kenapa perlu tunggu tiga bulan lagi? " aku meluahkan rasa hatiku. Semalaman aku berfikir akan logiknya rancangan dia. Sungguh tidak masuk akal.

Kini aku melangkah mendekatinya. Kertas yang memerlukan tandatanganku itu, aku ambil dan baca.

Surat persetujuan dari isteri pertama.

Aku berdecit perlahan.

"Mahu pulak bakal isteri sah taraf cikgu tu bermadu dengan saya ya? Perempuan jenis apa ni sampai sanggup kongsi barang? " suaraku kedengaran sinis. Rasa marahku membuak sampai aku sendiri tidak pasti apa yang aku bicarakan sekarang.

"Sudah pasti dia bukan perempuan macam kau Dhia. Jauh sekali kalau nak dibandingkan."

Kata-kata yang berbaur hinaan dari lelaki itu hanya aku diamkan. Aku melangkah selangkah ke belakang saat dia mula berdiri.

"Aku dah cuba layan kau dengan baik Dhia. Tapi kau sendiri yang cabar aku."

"Berhenti!" aku menjerit saat badan aku sudah tersandar pada dinding. Tiada lagi ruang untuk aku melangkah saat tubuhnya semakin dekat.

"Yaa saya sedar diri, saya dan Miasara tu bagai langit dengan bumi! Tapi saya juga punya hati. Kalau cikgu tak mampu nak jaga hati ni, sekurang-kurangnya jangan sakitkan. Tolong lepaskan saya dengan cara yang baik. Saya merayu. " aku bersuara dengan suara yang terketar.

Cikgu Nadhim menghela nafas berat. Tangannya yang cuba menyentuh wajahku itu aku tepis perlahan. Kini anak matanya merenung aku tajam.

"Aku kejam kan?" dia menyoal dengan sengihan di bibir. Seketika aku lihat ada butiran air mata yang mengalir dipipinya. Aku terkedu.

"Aku pon tak percaya aku boleh jadi sekejam ni Dhia. But i really love her, freaking much. Aku akan buat apa sahaja untuk jadikan dia milik aku."

"Termasuk sakiti saya?" aku menyoal, memotong kata-katanya.

Hati aku retak saat melihat cikgu Nadhim mengangguk kepalanya tanpa teragak-agak. Kini aku sedar, aku tidak akan pernah mendapat tempat di dalam hatinya walau sekuat manapun aku berusaha.

"Help me Dhia. Aku janji tak akan kacau kau lagi selepas ni. Aku tak kisah kalau kau nak jumpa dengan Adam atau dengan mana-mana lelaki sekalipun. Cuma bagi aku masa untuk lepaskan kau." Cikgu Nadhim bersuara sambil meraih kedua tanganku. Matanya penuh berharap.

"Jangan buat saya nampak murah. Walaupun harga diri saya sudah tiada, sekurang-kurangnya maruah saya masih tersisa."

Aku mengetap gigi kuat cuba menahan sabar. Tubuhnya aku rempuh kasar sebelum kertas itu aku tandatangan dan lempar kebawah.

"Saya harap dengan bahagia yang cikgu cipta atas penderitaan saya ini, boleh buat cikgu gembira." aku berkata tanpa menoleh ke belakang. Pintu biliknya aku hempas kasar.

TAKDIR DHIADove le storie prendono vita. Scoprilo ora