╰30╮

2.9K 218 69
                                    

Saat kedengaran sayup-sayup azan subuh, Dhia Aryana terjaga dari lenanya. Terpisat-pisat dia tatkala cuba mengingati keadaan dirinya waktu ini.

"Aku kat mana? "

Dalam mamai, Dhia Aryana tertanya-tanya sendiri. Dia tersentak bila tersedar tubuhnya berada di dalam pelukan seseorang. Erat.

Dengan keadaan yang samar-samar itu, dia mendongak. Berdebar jantungnya tatkala terpandang wajah tenang milik Nadhim Irshad. Rapat benar kedudukan wajah mereka hingga hembusan nafas lelaki itu mampu menyentuh kulit muka Dhia Aryana.

Seketika gadis itu termenung, cuba mengigati di mana dirinya sebelum dia tidak sedarkan diri.

"Adam..? " Dhia Aryana menggigit bibirnya saat satu persatu memori semalam menjengah ke minda.

Tanpa sedar, air matanya jatuh membasahi pipi.

"Kenapa menangis ni? Kepala kau sakit lagi? "

Dhia Aryana tersentak saat jari kasar Nadhim Irshad naik menghapus air matanya. Wajah lelaki itu sengaja didekatkan sehingga hidung mereka bertembung.

"Jangan sentuh saya." mendatar sahaja suara itu. Dhia Aryana memalingkan wajahnya ke tepi sambil kedua tangan menahan dada lelaki itu yang semakin menghimpit ke tubuhnya.

Nadhim Irshad berdecit perlahan. Tangannya kini mengusap rambut Dhia Aryana yang terjuntai.

"Marah sebab aku pukul kekasih kau?" sengaja soalan itu ditanya, cuba menarik perhatian gadis itu.

Dhia Aryana mencerlung Nadhim Irshad tajam. Kejadian semalam benar-benar buatkan dia mahu bunuh suaminya sendiri.

"Dah dia sentuh isteri aku, mesti la aku marah kan? Kalau tak nanti, orang panggil aku suami dayus." Nadhim Irshad tertawa kecil dengan sindirannya sendiri. Tak lama, dahi isterinya dikucup lembut.

"Aku boleh lepaskan kau pada lelaki tu. Tapi dengan satu syarat." kini wajahnya sedikit lebih serius. Dibetulkan posisi mereka dalam keadaan duduk. Dia mencapai kedua tangan Dhia Aryana dan digenggam erat tangan kecil itu.

"Izinkan aku kahwin satu lagi."

Terbit ketawa kecil dari bibir Dhia Aryana. Gadis itu kini tersenyum sinis sambil tangan direntap kasar.

"Kenapa perlu minta izin? Eh saya tak kisahlah kalau cikgu nak kahwin sepuluh sekalipun. Janji, lepaskan saya." dingin sahaja wajahnya. Air mata sudah kering untuk mengalir.

Tetapi sebenarnya, Dhia Aryana tidak mampu tipu dirinya sendiri. Dia benar-benar kecewa dengan Nadhim Irshad.

"Tiga bulan. Bagi aku masa tiga bulan dan aku janji akan lepaskan kau."

"Kenapa perlu seksa saya selama itu?"

Nadhim Irshad terdiam. Matanya merenung wajah tanpa perasaan gadis itu.

"Kau kenal miasara kan? "

Dhia Aryana hanya mengangguk. Bayangan gadis cantik berhijab itu kini bermain di fikirannya.

"Dia janji akan berkahwin dengan aku kalau kau izinkan hubungan kami. Jadi Dhia, tolong aku sekali ni je." Nadhim Irshad kembali meraih tangan gadis itu. Dia berbicara seolah-olah dia seorang sahaja yang punyai hati disini.

Dhia Aryana menarik tangannya dari genggaman lelaki itu. Matanya yang berkaca di tahan agar tidak kelihatan lemah.

"Kalau saya melarang sekalipun, cikgu tetap dengan pendirian cikgu kan? Jadi terpulanglah. Saya dah penat. Cuma satu yang saya minta, jangan sentuh saya lagi." gadis itu bersuara tanpa nada. Entah reaksi apa yang sewajarnya ditunjukkan kini pon dia tidak tahu.

TAKDIR DHIAWhere stories live. Discover now