TAKDIR DHIA

By ayraakookie

140K 7.3K 1.4K

"Because they were roses and I was just a dandelion." **** Apa rasanya menjadi cantik? Apa rasanya bila kau... More

CAST
╰1 ╮
╰2 ╮
╰4 ╮
╰5 ╮
╰6 ╮
╰7 ╮
╰8 ╮
╰9 ╮
╰10 ╮
╰11 ╮
╰12 ╮
╰13 ╮
╰14 ╮
╰15 ╮
╰16╮
╰17╮
╰18╮
╰19╮
THIRD BOOK
╰20╮
╰21╮
╰22╮
╰23╮
╰24╮
╰25╮
╰26╮
╰27╮
╰28╮
╰29╮
╰30╮
╰31╮
╰32╮
╰33╮

╰3 ╮

4.1K 202 19
By ayraakookie

"Dasar anak tak guna! Sudah laaa cacat, lepastu menyusahkan orang lagi! Ni baju ni, sapa nak ganti?"

Farhana menjerkah kuat ke arah Dhia Aryana. Baju ditangan yang sudah luntur warnanya itu digenggam geram.

"Aku suruh basuh guna tangan, bukan mesin! " kepala Dhia Aryana ditolak kuat ke dinding. Berdesing telinganya apabila dihantuk begitu.

Dhia Aryana diam. Tidak melawan mahupun mempertahankan diri.

"Sudahlah hodoh! Kau dengan mak kau yang sial tu sama je kan. Hidup menyusahkan orang. Nasib mak kau dah mati." kali ini Farhana bersuara sinis sambil menapak kaki untuk keluar.

"Ibu jangan sesekali nak hina mak saya."

Farhana berhenti dihadapan pintu. Niatnya untuk keluar terbantut. Di pusing badannya menghadap gadis itu.

"Kau cakap apa tadi? "

Farhana kini berdiri di hadapan Dhia Aryana. Wajah merah padam gadis itu dipandang suka.

"Hahaha salah ke apa yang aku cakap? Memang betul pon mak kau tu sundal. Beromen dengan jantan lain sampai tak ingat dunia. Patut dapat anak pon macam sial. Keturunan rupanya." makin galak Farhana menghina. Cuba untuk memprovokasi gadis itu.

"Oh yaa satu lagi aku lupa nak bagitau. Mak kau tu sebenarnya pelacur... "

"ARGHHHH!!! "

Dhia Aryana menjerit kuat sambil mencengkam bahu Farhana.

"Apa yang bising-bising ni?!" Encik Helmi yang kebetulan baru pulang dari kerja itu segera ke bilik anaknya.

"Astagfirullah Aryana!!" Encik Helmi menepis kasar tangan anaknya dari bahu Farhana.

"Abang.. Saya tak tahu kenapa anak awak ni benci sangat dengan saya. Saya cuma nak ajak dia makan je, lepas tu tiba-tiba dia jerit dan cengkam bahu saya. Sakit.. " Farhana merengek manja. Kepala di lentokan pada dada bidang suaminya.

Encik Helmi yang mendengar itu mula naik berang. Dipandang wajah Dhia Aryana penuh geram.

"Ibu tipu! Ibu hina mak Aryana!" Dhia Aryana cuba mempertahankan dirinya didepan encik Helmi.

"Sebab memang mak kamu tu hina pon! Mulai saat ini, aku dah taknak dengar perkataan 'mak' keluar dari mulut kamu. Faham?! " encik Helmi mengherdik kuat.

Jatuh jua air mata Dhia Aryana yang dia tahan sedari tadi. Farhana sudah tersenyum meleret melihat situasi itu.

"Benci sangatkan babah dengan arwah mak? Babah lebih percaya cakap perempuan ni berbanding cakap mak." Dhia Aryana menunding jarinya kearah Farhana.

"Jaga percakapan kamu Aryana. Dia ibu kamu."

"Sampai macam tu sekali babah agungkan perempuan ni kan? Kau dah buat apa ni kat babah sampai dia jadi macam ni?"

Pang!

Pipi Dhia Aryana rasa berpijar.

"Jangan nak kurang ajar Aryana! Aku tak ajar kau macam ni. Jangan nak ikutkan sangat perangai mak kau tu."

Dhia Aryana tersenyum sinis mendegar ucapan encik Helmi.

"Biarlah kalau Aryana ikut perangai mak pon. Sekurang-kurangnya Aryana tak hipokrit macam semua orang kat dalam rumah ni." Dhia Aryana bersuara sambil melangkah keluar. Pintu biliknya dihempas kuat.

Suara encik Helmi yang menyinga itu tak di hiraukannya. Yang dia tahu, dia perlu keluar sebelum tangan encik Helmi hinggap sekali lagi dipipinya.

Dhia Aryana jalan menuju ke kedai 7eleven yang terletak di bahu jalan. Air mata yang dari tadi mengalir dihapus kasar. Dia sudah penat menangis untuk situasi yang sama berulang kali.

****

Dhia Aryana pov

Aku merenung maggie cawan yang baru di isi air panas itu. Nak tunggu tiga minit pon rasa macam tiga jam, ughh.

Kepala aku sandarkan pada dinding kedai sementara menunggu maggie itu kembang.

Tiba-tiba wajah arwah mak datang menjengah ke akal minda. Sudah 2 tahun sejak mak meninggalkan aku. Arwah meninggal kerana depresi. Bagi aku, ibu punca mak meninggal.

Sebab fitnah yang disebarkan ibu, semua orang kampung jadi benci dekat mak. Termasuk babah. Aku tak faham kenapa babah terlalu membela perempuan tu. Sampai sanggup nak dijadikan bini.

Mak, mungkin mak kalah dalam medan pembelaan dunia, tapi tidak disana. Allah itu Maha mengetahui.

"Sedapnya maggie ni."

Slurppp

Aku melihat gerangan itu dengan pandangan yang tidak percaya. Ini sudah masuk kali keempat aku bertemu dengannya harini. Kebetulan apakah.

"Awak tengah buat apa ni?"

"Tengah makan maggie la takkan tengah bagi mandi meow kot."

Itu apa yang aku maksudkan. Macam mana dia boleh makan maggie aku tanpa rasa bersalah. Padahal aku baru je kenal dia harini.

"I mean, that's my maggie." aku bersuara perlahan.

Adam mengangkat kepalanya sambil tersengih sebelum kepala itu menunduk kembali menjamah maggie kari aku.

Ya Allah dugaan apa lagi ni. Aku dah la kebulur sebab makan roti ikan bilis je pagi tadi. Itupun kongsi dengan kucing.

"Ah kenyang..berk" Adam sendawa tanpa riak. Dia kemudian masuk ke dalam kedai 7eleven. Untuk membeli air mungkin.

Sebab dari awal lagi aku sudah memegang botol mineral aku rapat. Aku tak nak berkongsi bekas mulut dengan dia.

Sekarang aku menatap bekas maggie yang kosong itu penuh kesal. Aku mana ada duit untuk nak beli yang baru.

"Nah.. "

Adam yang muncul secara tiba-tiba itu menghulurkan bekas yang terisi dengan nasi lemak instant.

"Maaf sebab habiskan maggie awak. Lepas ni jangan la makan makanan yang tak sihat macam tu lagi." Adam bersuara sambil melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan aku. Air tin nescafe dibuka disuakan kepada aku.

"Makanlah."

Aku teragak-agak untuk mengambil nasi yang diberinya itu. Macam mana kalau dia letak racun.

"Jangan risau, saya tak letak racun pon dalam tu."

Adam bersuara sambil tersenyum, seolah-olah tahu apa yang sedang bermain di dalam pemikiran aku sekarang ni.

Nasi lemak itu aku ambil dan suap kedalam mulut secara perlahan. Situasi ini sangat tak selesa sampaikan aku rasa aku lebih rela untuk berlapar daripada makan sambil dilihat Adam.

"Selesa ke makan tak ikat rambut? Saya tengok rambut tu hampir termasuk ke dalam mulut awak."

Adam bersuara sambil tangan panjangnya menyelak rambut aku ke belakang telinga. Semua itu berlaku terlalu pantas sampai aku tak sempat untuk menahan.

Suasana hening untuk seketika. Seperti tersedar, aku segera mengalihkan rambut ke bahagian pipi kembali.

"Awak malu dengan parut tu? "

Aku tidak mengangguk mahupun menggeleng sebab aku rasa dia sudah tahu jawapannya.

Siapa je tak malu bila ada parut macam zombie.

"There's no need to be shy Aryana. Awak perlu jadikan kekurangan awak itu sebagai satu kelebihan. Saya pasti awak akan bertambah cantik bila awak yakin dengan diri awak."

Adam bersuara dan aku dapat dengar keihklasan dalam ucapannya. Perlahan-lahan wajah lelaki itu aku tatap.

Senyuman dia, pandangan mata dia. Semuanya nampak sangat ikhlas.

Atau aku sedang berkhayal sekali lagi sekarang ini?

"Saya cuba tetapi keadaan sekeliling selalu tidak mengizinkan."

Macam mana kau nak yakin bila orang-orang disekeliling kau selalu cakap yang kau buruk dan tidak cantik. Percaya atau tidak, aku sudah pins ayat itu di dalam otak aku.

"Hati awak sudah terlalu patah dan kecewa dengan perilaku manusia Aryana. Mulai hari ini, detik ini lepaskanlah pergantungan awak kepada manusia."

Tali pergantungan itu telah lama saya lepaskan Adam. Termasuk babah. Saya sudah berputus asa dengan dia.

Entah nak menjawab macam mana, aku hanya mengangguk kepala lemah. Malas nak berdebat mengenai perkara ini. Tiada siapa akan faham sekuat mana aku cuba untuk meneruskan hidup.

"Makan la nasi tu Aryana. Nanti sejuk tak sedap."

Baru hendak menyuap nasi kedalam mulut, sebuah kereta Audi hitam berhenti disebelah kami.

"Actually motor saya rosak kat depan tu, so abang saya datang ambik. Saya balik dulu ya Aryana. Jumpa esok."

Sempat lagi Adam mengusutkan rambut depanku sebelum meloloskan dirinya ke dalam perut kereta Audi hitam itu. Aku pelik setiap kali dia berkelakuan seperti sudah lama mengenali aku.

Aku rasa aku kena pins satu perkara lagi di dalam otak aku sebelum hati ini jadi tak terkawal.

Adam sudah ada girlfriend.

****

"Who's that girl?"

"Kawan." Adam menjawab sepatah sambil matanya tak lepas dari cermin side mirror kereta.

Dia ketawa kecil melihat pantulan wajah Dhia Aryana dari cermin itu.

"Behave yourself Adam. You already have Zara right?"

"I know." Adam menghela nafas perlahan.

****

"Shit! What's time now?!" Nadhim Irshad menyumpah perlahan. Tubuh berat seorang perempuan yang menindih tubuhnya ditolak kasar.

"Ouch!" perempuan itu berdesis sakit apabila tubuhnya selamat mendarat di atas lantai.

Nadhim Irshad bergegas bangun dan menuju ke bilik air. Dia sempat mandi koboi je memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 7 suku.

"Alaaa baby.. You tak morning wood ke. Sini laa I puaskan you dulu.. " Adira menghampiri tubuh Nadhim Irshad. Tangannya liar menuju ke ereksi lelaki itu. Digosok dan diramas perlahan.

"Stop it Adira. I'm gonna be late for my first day. " tangan Adira ditolak kasar.

Selesai mengenakan kemeja putih dengan tali leher hitam, dia mengambil kunci kereta kasar. Pipi Adira dicium sekilas sebelum beberapa not lima puluh diletakkan atas katil.

Nadhim Irshad memandu laju keretanya menuju ke sekolah. Seketika bibirnya menyumpah perlahan apabila melihat benjolan dari dalam seluar.

"Bodoh Adira!"

Dia mengambil masa 10 minit untuk menurunkan benjolan ereksinya. Dan itu membuatkan dia lambat 15 minit untuk melapor diri.

Matanya melilau dikawasan sekolah itu. Besar. Mati kutu dia nak mencari bilik pengetua.

"Adik, bilik pengetua dekat mana?" Nadhim Irshad menegur salah seorang pelajar lelaki yang kebetulan lalu disitu.

"Dekat sana bang." pelajar itu menunjukkan jarinya ke arah kiri bangunan.

Tanpa menunggu lama, Nadhim Irshad bergegas ke tempat yang dimaksudkan pelajar itu.

"Aduh!"

Tubuh Nadhim Irshad jatuh terbaring apabila dihempap dari depan. Apa lah nasibnya harini kerja kena hempap je.

"Mm-ma-maaf.. "

Perempuan yang menghempap tubuhnya tadi itu bersuara tergagap. Kalut sahaja tubuh genit itu cuba untuk bangun, tetapi entah silapnya di mana dia sekali lagi tergelincir.

Nadhim Irshad menyumpah di dalam hati apabila bahagian bawahnya rasa dihimpit dan ditekan. Segera tubuh gadis itu ditolak ketepi.

'You make my dick getting harder again girl.'

♣♣♣

Continue Reading

You'll Also Like

73.9K 7.4K 41
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
864K 34.9K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
70.4K 6.4K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
36.3K 1.8K 63
2nd Next generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kena...