TAKDIR DHIA

By ayraakookie

140K 7.3K 1.4K

"Because they were roses and I was just a dandelion." **** Apa rasanya menjadi cantik? Apa rasanya bila kau... More

CAST
╰2 ╮
╰3 ╮
╰4 ╮
╰5 ╮
╰6 ╮
╰7 ╮
╰8 ╮
╰9 ╮
╰10 ╮
╰11 ╮
╰12 ╮
╰13 ╮
╰14 ╮
╰15 ╮
╰16╮
╰17╮
╰18╮
╰19╮
THIRD BOOK
╰20╮
╰21╮
╰22╮
╰23╮
╰24╮
╰25╮
╰26╮
╰27╮
╰28╮
╰29╮
╰30╮
╰31╮
╰32╮
╰33╮

╰1 ╮

6.6K 262 58
By ayraakookie

Dhia Aryana langut merenung langit mendung itu. Seketika bibirnya mengeluh perlahan. Perjalanan dari rumah ke sekolah memakan masa 15 minit jika berjalan kaki. Kalau hujan turun, mahu lencun dia nanti.

Payung yang berada ditepi pintu dilihat geram. Sudah terkoyak dek perbuatan kakak tirinya itu. Entah apalah yang dia benci sangat dengan Dhia Aryana.

Tidak membuang masa, Dhia Aryana bergegas keluar dari rumah. Laluan pejalan kaki dilihat sunyi. Mungkin masih terlalu awal untuk segala umat manusia memulakan aktiviti harian mereka.

Langkah diatur satu persatu. Sesekali rambutnya diselit kebelakang telinga. Dhia Aryana memeluk tubuh menahan dingin pagi. Dah macam kat Korea tahap kesejukan dia.

"Shit." Dhia Aryana menyumpah perlahan apabila setitik air hujan jatuh mengenai kepalanya.

Tidak menunggu lama, laju sahaja kaki panjangnya membuka larian.

Air hujan yang sepertinya dengki dengan gadis itu mula menurunkan tentera-tenteranya. Kilat yang sambung menyambung membantutkan larian Dhia Aryana.

Kini gadis itu berteduh di satu kedai runcit yang belum dibuka. Dilihat air hujan yang turun satu persatu. Semakin lama, semakin lebat.

"Kau pon nak benci aku jugak ke?" Dhia Aryana bersuara. Tangan dihulur mengenai titisan air hujan itu.

Entah lah apa yang telah terjadi pada gadis malang ini, sampai alam pon disalahkannya.

"Hmm..." bibirnya melepaskan keluhan berat. Jam sudah menunjukkan pukul 7.10 pagi. Tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum pintu pagar ditutup.

Namun hujan seperti tidak menunjukkan belas kasihannya pada Dhia Aryana.

Hampir 5 minit menunggu hujan reda , akhirnya Dhia Aryana mengalah.

Diredah hujan yang lebat itu tanpa sebarang payung ataupun baju hujan. Habis comot kain sekolahnya dek percikan air lopak.

Dhia Aryana merenung jam ditangan.

7.25

Lima minit sudah berlalu sebelum pintu pagar itu ditutup rapat. Gadis itu menelan liur kasar apabila melihat dua orang pengawas sudah bersiap siaga untuk menulis nama pelajar yang lewat.

"Kenapa lambat?" salah seorang dari pengawas itu bersuara. Adam, Ketua pengawas tingkatan enam.

Dhia Aryana menunjukkan jarinya ke atas langit menandakan hujan. Kadang rasa nak tampar pon ada muka pengawas ni. Dah tahu hujan, tanya lagi.

"Saya tahu laa hujan. Tapi pelajar lain boleh je datang awal. Diorang pon redah hujan jugak, tapi takde laa basah kuyup macam awak." Adam menundingkan jarinya ke arah baju gadis itu.

Dhia Aryana hanya diam dan menunduk ke bawah. Hujan yang masih renyai-renyai itu menambahkan lagi basah pada bajunya.

Adam mendekatkan dirinya dengan Dhia Aryana. Jacket dibuka dan disarungkan pada tubuh gadis itu.

"Saya boleh nampak bra pink awak dengan jelas, so pakai ni." Adam menzipkan jacket itu sehingga ke atas.

Dhia Aryana membulatkan matanya. Wajah sudah memerah dek diserbu rasa malu. Sudahlah dia tidak pernah bercakap dengan Adam. Bukan sahaja Adam, malah sesiapa sahaja dari tingkatan enam tidak dikenalinya.

Belum sempat Dhia Aryana membuka langkah ingin lari, Adam terlebih dahulu memegang erat beg galasnya dari belakang.

"Kalau ye pon nak marathon, bagitahu nama dulu ye cik adik. Salah tetap salah. No excuse."

Adam sudah mengeluarkan buku nota kecilnya bersama pen.

"D-Dhia Ar-Aryana." tergagap-gagap sahaja disebutnya.

"Pardon? Macam ni ke eja?" Adam menunjukkan buku nota itu ke Dhia. Hampir tersembur Dhia Aryana.

Ejaannya ditulis sebijik macam apa yang digagapkan Dhia Aryana. Yes, dia tulis D-Dhia Ar-Aryana.

"Pelik nama awak. Macam tuan dia jugak."

Dhia Aryana tersentak. Tidak jadi terus dia nak mengubah ejaan lelaki itu. Terus sahaja dia melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.

Anggapnya, Adam baik dan tidak seperti pelajar lain. Rupanya dia silap. Semua orang mengangap dia pelik.

"Hoi Dam! Kau pehal doh layan budak pelik tu baik sangat?" seorang lagi pengawas yang dari tadi hanya menonton aksi mereka mula bersuara.

"Apa yang pelik?"

"Kau sendiri yang cakap dia pelik kan tadi?"

"Nama dia je yang pelik. Dia tak, dia unik je."

"Gila. Rambut yang hampir tutup separuh muka tu kau kata unik. Kau memang gila." lelaki itu bersuara sinis.

Adam hanya mengabaikannya. Sesekali bibirnya mengukirkan senyuman kecil apabila teringat gelagat lucu gadis itu.

****

"Wehh bodoh! Kau buta ke apa. Jalan guna mata lah sial!" Tubuh Dhia Aryana ditolak kuat. Nasib sahaja dia sempat untuk menyeimbangkan badannya dari terjatuh.

"Maaf." gadis itu bersuara perlahan. Ucapan maaf tetap dikeluarkan walaupun dia tahu yang dia tidak bersalah dalam hal ini.

Lelaki yang melanggar Dhia Aryana tadi hanya menghadiahkan jelingan tajam. Bahu Dhia Aryana dirempuh kuat.

Dhia Aryana menghela nafas perlahan. Kakinya melangkah menuju ke bangunan B yang terletak di seberang padang sekolah.

"Weh tengok tu, Alien sudah datang lah."

"Eh eh Alien nak pergi mana tu? "

"Tu bukan Alien! Tu zombie terlepas dari kandang. hahahahaha "

Kata-kata yang keluar dari mulut pelajar perempuan itu disambut dengan hilai tawa gengnya yang lain.

Dhia Aryana hanya diam. Dia melintasi area gazebo yang menjadi tempat lepak pelajar pelajar perempuan itu pada waktu rehat.

'Pekakkan telinga kau Aryana.. Please.. '

Dhia Aryana memperlajukan langkahnya menuju ke rooftop di bangunan B. Tiada pelajar yang akan berani berkunjung ke bangunan usang itu selain Dhia. Bagi Dhia Aryana, dia lebih sanggup menghadap hantu yang betul-betul daripada menghadap manusia yang perangai macam hantu.

Sebungkus roti dikeluarkan dari beg galas miliknya. Cukup lah untuk alas perut sehingga petang nanti.

Kadang-kadang Dhia Aryana teringin nak makan di kantin seperti pelajar-pelajar yang lain. Tetapi..

"Kau boleh tak blah dari sini? Semua orang geli tekak laa tengok muka kau!"

"Ish potong selera makan laa tengok muka dia ni! "

"Kau jangan tunjuk muka hodoh kau kat kantin ni. Sekali kau jejak kaki kau kat sini, kau mati! Faham? "

Pelbagai tohmahan diberikan membuatkan Dhia takut untuk menjejakkan kakinya kesitu. Nak cakap tidak terasa dengan kata-kata itu tipu sangatlah kan? Tapi Dhia Aryana sudah terbiasa. Sepuluh tahun hidup dalam hinaan sudah cukup membuatkan dia lali.

Whore?

Shrek?

Alien?

Semua tu benda biasa untuk seorang Dhia Aryana. Malah lebih teruk dari itu pon dia pernah terima. Ini bukanlah kisah cinderella yang bakal bertemu putera raja. Tetapi ini kisah gadis hodoh yang bakal bertemu putera katak, mungkin.

****

Hi, nama aku Dhia Aryana. Mungkin korang dah tahu serba sedikit mengenai kisah hidup aku. Yes, kisah hidup aku bukan seindah cinderella. Walaupun kisah hidup kami lebih kurang sama, tapi takdir kami sangat berbeza.

Dia ada ibu tiri? Aku pon ada.
Dia ada kakak tiri? Aku pon ada.
Dia kena dera? Yes, aku pon sama.

Dia ada wajah cantik? Maaf, aku tak ada.
Dia ada putera raja yang datang melamar? Maaf, aku jauh sekali.

Ini bukan kisah dongeng. Ini kisah Dhia Aryana, gadis berparut.

Nak tahu tak aku tengah buat apa sekarang ni?

Bingo!

Aku tengah siapkan kerja sekolah ketua gangster disini. Entahlah macam mana aku boleh lupa nak siapkan semalam. Tak pasal-pasal roti ikan bilis aku terpaksa dikorbankan separuh.

"Apa jawapan binatang ni eh?" soalan mengenai otak. Bagi aku, semua bahagian nampak sama. Macam usus perut. Hentam jela, serebelum kot!

Setelah bertungkus lumus menghentam jawapan, akhirnya tugasan itu berjaya diselesaikan. Silap kau la Hafiz sebab suruh aku buat subjek alah ni.

Dhia Aryana dan biologi macam air teh cicah kopok lekor. Tak sebati langsung!

Aku menghampiri meja Hafiz. Buku itu aku letakkan di bawah mejanya. Baru hendak melangkah ketempat duduk, mata aku tiba-tiba tertangkap satu gambar yang berada di atas mejanya.

"Kakak Rose?" gambar itu aku ambil. Yes, ni kakak rose! Ok actually nama dia di eja R-O-S, tapi sebab nak acah kpop, dia suruh tambah E.

Nvm. Macam mana Hafiz boleh ada gambar kakak. Aku bukanlah seorang adik yang baik untuk ambik tahu, tapi akak aku pedofil ke nak bercinta dengan budak sekolah ni.

"Woi!" suara jerkahan kuat menyentakkan lamunanku.

Gulp. Wajah Hafiz sudah menyeringai dimuka pintu kelas. Gambar yang berada ditangan segera aku sorokkan di belakang.

"Kau ambik apa?" belum sempat nak mintak maaf, dia sudah menarik kuat rambut aku. Rasa macam nak tercabut je kulit kepala.

"Ma-ma-maaf Hafiz." aku tak tahu kenapa, tapi kalau aku malu atau takut, mesti aku akan tergagap.

Aku menyeringai pedih. Makin kuat pula tarikan tangannya di rambutku. Pelajar yang lain hanya mampu tengok dari jauh tanpa ada niat nak membantu sedikitpun. Well, kadangkala mereka pon akan buat apa yang Hafiz pada aku ketika ini.

"Kenapa kau sentuh barang aku?!" suara Hafiz kali ini lagi kuat dari yang tadi. Gambar ditangan aku diambil kasar.

"S-saya nampak gam-gambar kakak r-rose.. Sebab tu saya ambil."

"Sedar sikit kau tu cuma anak angkat! So tak payah laaa beria nak kakak bagai!" kali ini tubuh aku ditolak kuat ke belakang.

"Are you ok?"

Aku membuka mata yang tadinya terpejam erat. Aku sangka aku sudah jatuh dan terhantuk pada bucu meja atau bucu kerusi. Tetapi elok sahaja tubuh ini mendarat kedalam pelukan seseorang.

Adakah akan wujud kisah cinderella pada gadis yang berparut?

♤♤♤

"I feel like I'm waiting for something that isn't going to happen."





Hola peeps! I'm back with my second karya 😆 do support this story ya! 🥰

Continue Reading

You'll Also Like

2.3M 102K 79
#1 ENCIK'S SERIES 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 𝐊𝐀𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐀𝐈𝐘𝐀𝐇 "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...
489K 17K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
17.9K 2.3K 12
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
2.9M 262K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...