Xander's Mine: Queen For Him

By imoutt

68.9K 4.9K 369

Disebabkan satu kejadian hitam yang berlaku dirinya hilang separuh nyawa, air mata sering menjadi teman di ka... More

XM: prolog
XM:1
XM:2
XM:3
XM:4
XM:5
XM:6
XM:7
XM:8
XM:9
XM:10
XM:11
XM:12
XM:14
XM:15
XM:16
XM:17
XM:18
XM:19
XM:20
XM:21
XM:22
XM:23
XM:24
XM:25
XM:26
XM:27
XM:28
XM:29
XM:30
XM:31
XM: 32
XM:33
XM:34
XM:35
XM:36
XM:37
XM:38
XM:39
XM:40
XM:41
XM:42
XM:43
XM:44
XM:45
XM:46
XM:47
XM:48
XM:49
XM:50
XM:51
XM:52
XM:53
XM:54
XM:55
XM:56
XM:57
XM:58
XM:59
XM:60

XM:13

1.1K 89 16
By imoutt


Mata di halakan memandang Rumah agam kepunyaan keluarga Handerson, sebelum nafas di hela perlahan mengaturkan langkah ke arah pintu.

Belum sempat tangan mencapai tombol pintu yang berada di hadapan,figura seseorang yang seakan berdiri di sebalik pintu ,membuatkan segala pergerakan terhenti. Kedua pergelangan tangan digenggam perlahan bagi menyalurkan sedikit kekuatan,sebelum terpaku melihat susuk tubuh seseorang yang turut sama terpaku melihat dirinya.

"Cik muda?" Wajah wanita separuh abad yang kemas berpakaian seragam lengkap seorang ketua pembantu rumah. Membuatkan dirinya berasa sebak,melihat wajah yang telah lama ditinggalkan bersama rumah agam yang pernah di diaminya.

"Marilyn!" Dengan segera tubuh wanita separuh abad bernama Marilyn di peluk erat. Terasa usapan lembut pada bahagian belakang tubuh semakin membuatkan dirinya terasa sayu.

"Apa yang cik muda buat dekat sini? Cik muda nak tinggal balik dengan keluarga ni ke Cik muda?" Suara riang Marilyn yang teruja, membuatkan dirinya segera meleraikan pelukan dengan perlahan, sebelum menggelengkan kepala sebagai jawapan pada persoalan yang di berikan.

"Vy datang cuma nak ambil semua barang-barang Vy yang tertinggal dalam rumah ni. Mama ada kat rumah ke?" Usai berkata mata segera menangkap pandangan mata berkaca wanita yang berada di hadapan.

"Vy bukan nak hilangkan diri pun. Vy cuma nak sambung belajar, sebab tu Vy datang. Vy nak ambil semua barang-barang yang tertinggal kat sini" senyuman kecil di berikan,sebelum menerima pukulan manja dari wanita yang telah di anggap sebagai wanita kedua yang menjadi permaisuri di hati selepas ibunya.

"I know you vey well Vy Carter, and i also still remember your words my dear. Masa Cik muda nak tinggalkan rumah ni. Perkataan 'bukan nak hilangkan diri' tu juga ayat yang sama cik muda gunakan untuk pergi. Sampai nak dekat 3 tahun cik muda hilangkan diri, sekarang ni cik muda munculkan diri, sebab cakap nak pergi untuk sambung belajar. Sampai bila cik muda nak larikan diri ni?"

Nafas berat di hela perlahan sambil mata di halakan memandang wajah Marilyn yang masih setia berada di hadapan. "Vy bukan larikan diri. Masa tu Vy memang perlu pergi, untuk tenangkan diri"

"Kami semua tahu cik muda, yang cik muda pergi bukan sebab nak tenangkan diri tapi sebab Puan Besar yang selalu sakitkan cik muda,Betulkan? Cik muda tak perlu nak sembunyikan kesakitan yang cik muda alami selama ni dari kami. Sebab kami semua sendiri jadi saksi kepada penyeksaan yang Puan besar lakukan pada Cik muda. Kami faham penderitaan yang cik muda alami, tapi sampai bila cik muda nak sorokkan diri dan terus menjadi alas untuk kaki-kaki yang kotor ni?"

Air mata yang hampir bertakung segera di seka sebelum terasa lengan di tarik lembut masuk ke dalam rumah. "Cik muda tanya mana Puan Besar?Dia tak ada dekat rumah, dia tengah sibuk dengan persiapan"

"Persiapan? Persiapan apa?" Kaki hanya mengikuti langkah Marilyn yang berada di hadapan sebelum melabuhkan duduk pada sofa."Persiapan untuk-"

"Vy!" Suara nyaring seseorang yang memanggil dirinya,membuatkan tubuh segera berdiri tegak memandang figura yang berada di hadapan pintu, sambil mendepakan tangan ke arahnya. "Kenapa kau balik kau tak inform aku dulu! Aku rindu gila dengan kau"belum sempat dirinya meneliti wajah yang menyapa, terasa tubuh di peluk erat sehingga membuatkan dirinya sukar untuk bernafas.

"Le-lepas" tangan segera menepuk bahu si gadis yang masih memeluk dirinya, sebelum terasa pelukan erat yang di berikan semakin terlerai. "Aku tak dapat bernafas" usai pelukan di lerai, tubuh segera di bongkokkan dengan tangan yang masih memegang dada,sambil cuba mendapatkan semula oksigen yang di perlukan.

Selesai menarik nafas panjang, tubuh segera di tegakkan memandang figura yang berada di hadapan,sebelum terpana dengan kehadiran si gadis. "E-Evie? Bi-bila kau balik?" Wajah Evie yang tersenyum manis semakin membuatkan dirinya berasa gugup ,sambil mata di halakan ke arah pintu yang terbuka luas mencari figura seseorang.

"Cari siapa? Mama? Mama tak ada. Kenapa kau balik kau tak bagitahu aku dulu Vy! I really miss you my sister" usai berkata dengan segera tubuhnya kembali di peluk erat si gadis. "Aku datang cuma nak ambil barang-barang aku je" suara di perlahankan sebelum mata terpandangkan wajah Evie yang muncung sedepa sambil meleraikan pelukan.

"Kau masih marah dengan mama ke Vy?" Kepala segera di gelengkan laju. "Aku tak pernah marah dengan mama Evie. Aku cuma datang sini nak ambil barang-barang aku"

"Kenapa kau nak ambil barang-barang kau?kau nak pergi mana Vy? Kau jangan cakap kau nak larikan diri lagi. Vy tolonglah jangan macam ni, sampai bila kau dengan mama nak bermusuhan ni?" Wajah Evie yang berharap sambil mata tetap memandang ke arahnya membuatkan diri segera menundukkan kepala memandang lantai. 'Aku tak pernah terdetik pun dalam hati ni nak benci mama'

"Evie? Siapa yang datang ni?" Tubuh segera berpaling menghadap Marilyn yang tertunduk 90 darjah ke arah suara yang menyapa. Sebelum wajah turut di palingkan menghadap wanita yang sedari tadi cuba dielakkannnya. "Vy Carter? Well, well , well, long time no see young lady. dah jumpa jalan pulang? Ingatkan nak terus hilang dari munculkan diri. Apa yang kau buat dalam tumah aku ni! Siapa yang benarkan kau masuk?!"

Suara nyaring wanita yang berada di hadapan membuatkan dirinya menggeletar seluruh badan, apabila mendengar suara lantang wanita yang di panggil mama. "Mama! Apa ni?! Vy baru balikkan. Kenapa nak marah dia pulak? What is going on with you?"

"Evie Amanda Handerson! Stop to treat her like your sister! She is not your sister, Evie. And kau?! Aku nak kau pergi dari rumah ni dengan segera. Aku tak nak tengok muka anak yang tak sedar diri macam kau." Wajah merah padam wanita yang sedang tajam memandang dirinya segera di balas dengan senyuman yang cuba di maniskan.

"Vy akan pergi mama tapi-" belum sempat dirinya berbicara ,suara lantang dari wanita yang berada di hadapan segera memotong dengan laju. "Kau tak payah nak susah-susah panggil aku mama! Sebab aku tak ada anak yang menyusahkan macam kau! Jijiklah kau panggil aku mama, untuk pengetahuan kau. Mulai hari ni, aku bukan mama kau. Tapi aku Puan Handerson! Jangan berani nak panggil aku mama!"

"Apa ni mama?! Vy ni anak mama tau! Apa yang mama merepek ni. Walaupun dia bukan darah daging Evie tapi dia tetap kakak Evie! This is too much! Mama dah-" suara si gadis yang semakin lantang berbicara, membuatkan dirinya segera menarik perlahan lengan si gadis untuk segera berhenti dari terus berbicara kasar.

"Evie, sudah. Tak perlu nak lawan mama, memang betul apa yang mama cakap, Vy memang anak yang tak mengenang budi. Mama dan papa dah cukup baik ambil Vy jadi anak angkat diorang, sampai Vy boleh merasa jadi kakak untuk Evie. Tapi tengoklah apa yang Vy buat, Vy cuma tahu larikan diri dan risaukan diorang." Suara yang semakin perlahan kerana cuba menahan tangis segera di kawal dengan segera.

"Apa yang kau cakap ni Vy? Kau tak pernah salah, kau dah-" tangan segera menggenggam erat tangan Evie untuk menghentikan si gadis dari terus berbicara. "Dah, Evie. Kau tak perlu nak pertahankan aku. Aku tahu ni semua salah aku" ayat yang terakhir sengaja di bisikkan ke arah si gadis,sebelum mata mula memandang semula ke arah wanita yang masih setia berada di hadapan.

"Mam-, sorry. Puan Handerson, izinkan saya untuk ambil semua barang-barang saya yang dah lama terbiar di dalam rumah ni." Tubuh segera di tundukkan 90 darjah seperti yang di lakukan Marilyn,sebelum mata terpandangkan muka Evie yang terpanar dengan aksi sopannya ,seperti seorang pembantu yang meminta izin dari tuan rumah.

Hanya jelingan yang di berikan sebagai jawapan sebelum melihat susuk tubuh Puan Handerson yang berlalu pergi. "Kenapa kau buat macam tu Vy?!" Bahu segera di gosok perlahan saat terasa pukulan dari si gadis.

"Sekali sekala aku kena buat macam tu. Lagipun aku mesti minta izin dari mama,sebelum nak ambil semua barang-barang aku" tubuh segera di tegakkan semula. "Kenapa kau nak ambil barang-barang kau? Kau nak pergi mana Vy?" Evie yang berpeluk tubuh sambil memandang tajam ke arahnya hanya di pandang sekilas, sebelum mata menghantar isyarat ke arah Marilyn agar tidak membocorkan rahsia tentang tujuan dirinya kembali ke rumah agam Handerson.

"Adalah! Yang tu kau tak boleh tahu. Marilyn tolong ambilkan Vy kotak. Vy nak isi semua barang-barang Vy dalam tu" usai berkata Marilyn segera menundukkan wajah. "Baiklah Cik muda, nanti saya tolong hantarkan" figura Evie yang berada di sebelah hanya di pandang sekilas.

Mata segera memandang ke arah tangga utama sebelum kaki menapak perlahan ke arah ruangan dapur yang menempatkan bilik pembantu rumah. Tombol pintu berwarna dark gold segera di pulas laju, sebelum mata di hiasi dengan ruangan bilik yang menjadi tempat tinggal buat dirinya selama 15 tahun.

"Cik muda, ni kotak yang cik muda minta tadi. Nak saya tolong apa-apa ke?" Kepala segera di gelengkan memandang wajah Marilyn yang berada di hadapan pintu. "It's okay, Marilyn. Biar Vy je yang buat, and thanks sebab sediakan kotak."

Usai berkata tubuh segera di palingkan ke arah Evie yang masih setia mengikuti dirinya. "Evie, kau nak apa? Nak tolong kemas jugak ke?" Mata yang terpandangkan aksi si gadis yang muncung sedepa di endahkan, sebelum tubuh segera mendapatkan kotak yang diberikan Marilyn.

"Kau serious ke nak ambil semua barang-barang kau ni?" Suara Evie yang sayu hanya di balas dengan anggukan. "Jangan la macam ni Vy, kau tak sayang aku ke? Memang mama selama ni tak pernah layan kau dengan baik, tapi aku tak kan? So janganlah pergi Vy. Aku masih perlukan kau" wajah Evie yang sayu melihat dirinya membuatkan tubuh segera di alihkan memandang ke arah yang lain. 'Bukan sebab mama je Evie'

"Kau betul ke nak pergi ni Vy! Aku dah banyak kali tanya benda yang sama." Hanya kepala yang di anggukkan sebagai jawapan sebelum terpandangkan figura si gadis yang mula berlalu meninggalkan dirinya.

Sedang dirinya sibuk memasukkan kesemua barangan yang bakal di bawa, biasan diri pada cermin yang berada di sisi katil membuatkan langkah di bawa menapak perlahan ke arah cermin.Kilauan pada leher membuatkan dirinya segera menarik perlahan rantai yang terselindung di sebalik baju. Sebelum kejadian beberapa hari lepas kembali terulang.

"Cerita di sebalik rantai ni, masa hari Xander larikan diri. Hampir kesemua pengawal yang jaga dia di seksa dengan kejam sebab tak dapat cari lokasi dia dekat mana. Bila dia balik semula dekat dalam rumah tu, dia nampak banyak pengawal yang hampir kesemuanya cedera parah.Dia nak memberontak,tapi bila salah seorang pengawal dapat tahu yang dia larikan diri dari rumah,sebab dia selalu perhatikan kau. Dia ambil langkah untuk jauhkan diri dari terus keluar" Wajah Mel yang sayu melihat dirinya di pandang sekilas.

"Sampailah satu kejadian, yang buatkan diri dia hilang sabar. Alessandro dapat tahu tentang kewujudan kau. Kitorang tak tahu apa yang jadi pada hari tu, tapi yang pasti. Seluruh empayar golongan aristocrat gempar dengan berita Xander yang baru berumur 5 tahun setuju untuk jadi pewaris sulung Alessandro Zochovic."

"Aku yakin!untuk jadi perwaris sulung tu sebenarnya adalah benda terakhir yang dia akan buat dalam dunia ni. Tapi bila aku tanya dia apa yang dia akan dapat bila dia setuju untuk galas tanggungjawab yang besar tu. Dia kata dia dapat rantai yang kau pakai sekarang ni. Rantai yang dia tempah mengikut citarasa dia untuk kau. Hadiah pertama yang dia akan bagi dekat gadis kecil untuk hilangkan sedih dari gadis tu" rantai yang tergantung cantik pada leher jinjangnya di belek sekilas sebelum kembali fokus pada Mel yang berada di sisi.

"Sebenarnya kau special Vy.sebab kau dapat tawan hati batu Xander.Dan aku harap kau takkan pernah mengalah untuk terus kejar cinta kau" pandangan segera di halakan ke arah luar tingakap sebelum nafas berat di hela perlahan. 'Aku harap aku akan ada cukup kekuatan untuk kejar cinta aku sendiri Mel, tapi aku tak mampu'

"Jika hanya terdapat dua jalan yang harus di lalui, lebih baik memilih pergi dari terus menanti"

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 61.5K 38
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-๐Š๐€๐‘๐‹ ๐€๐™๐‘๐ˆ๐„๐‹ Mana mungk...
23.4K 2.2K 26
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
77.8K 6.7K 25
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ƒ๐ข๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง "๐“๐š๐ค๐ก๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ ๐ ...
3.3M 296K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...