[COMPLETED] Bila Aku Ada Kau

Par sweetiftisour

48.3K 2.9K 734

Yang kacak, yang tenang, yang sabar, yang kuat, yang peka, yang mengambil berat, yang matang, yang menjaga it... Plus

๐ŸŒทTeaser๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 1๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 2๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 3๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 4๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 6๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 7๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 8๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 9๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 10๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 11๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 12๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 13๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 14๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 15๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 16๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 17๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 18๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 19๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 20๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 21๐ŸŒท
โค๏ธI Need Your Pendapatโค๏ธ
๐ŸŒทBab 22๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 23๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 24๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 25๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 26๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 27๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 28๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 29๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 30: Ending๐ŸŒท
โค๏ธHaiโค๏ธ

๐ŸŒทBab 5๐ŸŒท

1.7K 133 12
Par sweetiftisour

[Disember-2011]

***

"AKU doa kau kebuluran kat sana."

"Okey."

"Aku harap kau dapat senior yang tak best!"

"Baiklah."

"Aku harap kau stress study sampai naik jerawat banyak kat muka."

"Terima kasih."

"Aku doa rambut kau gugur lepastu kepala kau botak kat depan sebab kau rasa bersalah tinggalkan aku sorang-sorang."

"Thanks."

"I hate you!"

"It's okay."

"Aku benci kau Izzat Naufal!"

"Tak apa, aku faham."

Hela-hembus bunyi nafas kedengaran kuat. Naik-turun dadanya menahan geram. Geram bila setiap ayat provokasinya dibalas dengan gaya yang sangat tenang.

Sesungguhnya dia tak perlukan balasan-balasan penyedap hati. Yang dia perlu adalah respons yang menyakitkan hati dari Ejat. Barulah dia akan rasa puas berlawan kata.

Dia mengepal penumbuk. Ikutkan hati nak je dia halakan buku lima ke wajah selamba Ejat barang sedas dua. Tapi tu lah, macam tak gamak pula. "Berambuslah, Jat!!!" Maka bergemalah suara Jaja di tengah padang yang luas terbentang.

Nasib baik sekarang dah pukul 10.15 minit malam. Jadi tak adalah Jaja nak tarik perhatian orang sebab tak ada siapa yang melepak disitu selain mereka berdua dan dua orang pakcik jaga yang berada di dalam pondok guard tak jauh dari mereka. 

"Eh, kau nak pergi mana?" Hayunan laju buaian yang dia naik sekarang cepat-cepat dimatikan. Kalau tak silap, tadi Ejat dengar Jaja suruh dia berambus. Tapi kenapa sekarang Jaja yang nampak macam nak berlalu dari situ?

"Balik! Malas layan kau." Bidas Jaja dengan suara yang sangat tak mesra.

Kedua-dua kaki dipacakkan pada tanah yang dia pijak, menstabilkan tubuh. "Takkan nak balik dah? Kita belum habis borak lagi."

Langkah terhenti. Jaja lipat leher seratus lapan puluh darjah ke belakang. Pantulan dari lampu jalan yang cerah, membantu dia menghalakan pandangan maut tepat ke mata Ejat. "From now on, we are not friends anymore. Titik!"

Mendengar pengumuman itu mata Ejat jadi besar. "Ja..."

"Aku benci kau!"

Tahap kebesaran mata Ejat jadi lagi besar. Kali ini bukan disebabkan oleh kenyataan Jaja tapi disebabkan dengan apa yang dia nampak sekarang. "Kau nangis ke?" Soal dia seraya berdiri dan bergerak mendekati Jaja.

Apabila pandangan terasa kabur, Jaja pejam mata rapat-rapat, membiarkan beberapa titisan air jernih laju menuruni kedua-dua pipinya.  "Haah." Tanpa berselindung dia mengaku.

Ejat jatuh bahu. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Kepala ditunduk sedikit, menyamakan paras wajah mereka. "Is it that bad?"  Soalan itu ditutur perlahan.

"Indeed!" Tebak dia lagi. Air mata dikesat dengan belakang tangan. "Kalau aku tahu kau akan dapat, kalau aku tahu aku akan rasa sedih macam ni sekarang... aku akan ikut kau apply untuk masuk MRSM hari tu."

"See? Hari tu aku bersungguh ajak kau apply kau taknak. Kau cakap tak boleh nak tinggal jauh dari aunty dengan uncle. Takut homesick kononnya. Lepastu bila aku dapat kau jadi macam ni pulak. Salah siapa?"

"Salah aku." Air hidung disedut. Jari jemari pula tak tinggal diam dari mengesat air mata yang laju mengalir.

"Dah tu yang kau nak marah aku kenapa?"

"Sebab..." Jaja jeda sekejap untuk ambil nafas dalam-dalam. "...a-aku tak boleh bayangkan kalau kau masuk asrama dan tinggalkan aku sorang-sorang. Aku t-tak biasa tak ada kau." Luahan itu ditutur berselang seli dengan esakan.

Penat berdiri, dia menapak semula mendapatkan buaian yang dia duduk tadi. Dihenyak dengan kasar punggung di situ. "Nanti  aku dah jarang nak dapat jumpa kau, lepak dengan kau. Siapa nak teman aku makan cendol kat kedai Mak Ya petang-petang? Siapa nak teman aku keluar pekan, tengok wayang? Siapa nak bergaduh dengan aku? Dahlah kak Intan dengan Seman pun masuk asrama. Semua orang tinggal aku!"

Ejat berpusing mendapatkan Jaja. "Apa kau ni? Aku bukan nak pergi berperang pun. Masuk asrama je kot. Dua minggu sekali aku balik cari kau la. Tak pun kau pergi je cari aku kat sana masa minggu melawat. Apa susah?"

"Tak, kau kena faham Jat. Bila aku ada kau, aku rasa hidup aku completed. Kau pun tahu, kau orang ketiga yang paling aku sayang lepas mama dengan papa. Dari kecik kau ada dengan aku. Kita tak pernah berjauhan lama-lama. Maksimum pun empat hari. Sebab musim raya masing-masing balik kampung." Sedu-sedan Jaja makin menjadi.

"Jaja..." Ejat mati kata. Dia meraup muka sebelum menyebak rambut ke belakang. Dia memang dah agak Jaja akan marah bila dia sampaikan berita pasal permohonan dia masuk ke MRSM diterima. Tapi dia tak terfikir Jaja akan bagi respons serupa ini. Jaja bukan jenis yang mudah menangis. Jarang sangatlah budak perempuan itu menjatuhkan air mata. Last dia tengok Jaja menangis masa dua tahun lepas. Dan itu pun disebabkan dia tengok Ejat jatuh basikal dengan mata sendiri. Padahal dia cuma luka sikit je. Tapi Jaja punya menangis macam dia dapat tahu Ejat nak mati lagi satu jam. Heh!

"Negeri Sembilan dengan Shah Alam jauh kot."

Ejat guling biji mata. "Duh. Kau tolong logik sikit boleh? 60km je pun. Tak sampai sejam."

"Jauhlah tu. Biasa aku nak cari kau jalan kaki je. Tu pun tak sampai sepuluh minit dah sampai kat rumah kau. Nak laju sikit aku naik basikal. Ini paling kurang nak kena naik kereta atau bas bagai baru boleh jumpa kau."

"Dah tu takkan kau nak kayuh basikal sampai Negeri Sembilan?"

"Dah basikal je yang aku reti bawak pun. Motor dengan kereta lambat lagi nak boleh ambil lesen."

"Kau ni kan..."

 "Aku dah biasa ada kau. Aku tak boleh imagine bila aku tak ada kau nanti. Aku tak biasa tak ada kau. Tak boleh, Jat... tak boleh..." Sambung dia lagi seraya menggeleng berkali-kali. Kedua-dua tangan menutup muka, menyembunyikan tangisan dia dari pandangan Ejat. 

Ejat juga menggeleng. Menggeleng kesal. Dia yang kini sedang berdiri menghadap Jaja, terdiam sekejap. Berfikir sejenak akan ayat apa yang perlu dia tuturkan untuk memujuk. "Kesimpulannya nanti kau takut kau rindu aku la?" Soal Ejat separuh mengusik, cuba memancing mood Jaja. Sambil tu dia berjaga-jaga juga kalau Jaja ada berniat nak baling selipar atau sepak kaki dia. Biasa kalau diusik, itulah antara tindak balas yang dia akan terima dari budak perempuan itu.

Jaja cuma diam sekejap membiarkan soalan Ejat tergantung tanpa jawapan. 

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Tangan diturunkan dari menutup muka, Jaja mendongak mencari mata Ejat. "Kalau aku rindu kau macam mana?" Hujung tudung bawal yang dipakainya dipintal-pintal.

Melihat wajah Jaja sekarang, hati Ejat jadi sayu. Rasa bersalah mula menyesakkan dada. Helaan nafas dibuat dan dilepas berat. Dia melangkah lagi satu tapak ke hadapan. Mendekatkan jarak dia dan Jaja. Dekat tak dekat pun dia tetap pastikan ada halal gap diantara mereka.

Perlahan-lahan dia merendahkan tubuh, bercangkung bertentangan dengan sahabatnya itu. Mata berkaca Jaja dia tatap dalam-dalam. "Kalau kau macam ni, aku tak jadi pergilah. Aku stay je dengan kau kat sini."

Mata Jaja jadi besar. "Betul kau tak pergi kalau aku taknak kau pergi?"

Lambat-lambat Ejat mengangguk. 

"Kalau macam tu... kau pergi jelah."

"Uh?" Ejat tersentak sekejap. Ayat-ayat yang baru keluar dari bibir Jaja dihadam betul-betul. Salah cakap ke apa budak ni?

Jaja mengangguk dua kali. "Kau pergi, Jat... Pergi. Sayanglah kalau kau tak grab peluang ni. Memang impian kau nak masuk sekolah sains pun kan?"

Lagilah Ejat jadi pelik. Dengan dahi berkerut dia memerhati wajah sembab Jaja. "Mana satu kau ni? Bagi aku pergi atau tak bagi?"

"Kau nak aku ubah fikiran ke?" Tajam mata Jaja memanah mata Ejat.

Spontan, Ejat menggeleng laju.

"Dah tu jangan banyak soal. Aku dah okey ni. Jangan sampai aku jadi tak okey balik."

Ejat terdiam. Baru seminit tadi Jaja menangis meraung tiba-tiba dalam sekelip mata dia jadi okey? Macam tak ada apa-apa. Bibir gatal je nak berkata-kata tapi amaran Jaja buat dia menahan. Penat bercangkung, Ejak melipat sila terus di atas tanah kering berhadapan dengan buaian Jaja. "Macam ni lah... Kat sana nanti aku akan call kau setiap hari. So tak adalah kau rasa macam aku tak ada kat sini."

Jaja jungkit kening sebelah. Kata-kata Ejat menarik perhatian. "Sure? Kau janji akan call aku hari-hari?"

Ejat mengangguk bersungguh. "Betul. Aku janji." Kedua-dua tangan diangkat tinggi."So are we cool now?"

Jaja memandang ke arahnya, dan mengukir senyum. "Since kau dah janji tak akan buat aku rasa kau tak ada, then ya... We are totally cool."

Ejat rasa macam sebiji batu besar dialihkan dari atas kepala lepas tengok Jaja dah mampu senyum. Jawapan positif dari sahabatnya itu betul-betul buat dia rasa lega. Alhamdulillah, dia berjaya memujuk.

*****

#Yang baca, yang vote, yang komen... terima kasih 😘😘

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

359K 27.4K 39
Raja Nur Ameena dan Aisar Haddad. Satu-satunya permata dalam keluarga masing-masing. Di mata Aisar, Ameena adalah adik perempuan kesayangannya. Di ma...
109K 8.6K 22
"๐˜พ๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™– ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™จ๐™š๐™Ÿ๐™–๐™ฉ๐™ž ๐™–๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™˜๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™– ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™จ๐™–๐™ก๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™ข๐™š๐™ก๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ฅ๐™ž." - ๐’ท๐“Ž ๐’œ๐“ˆ๐“Š๐“ƒ๐“ƒ๐’ถ๐“‡๐’ถ๐’ถ ๏ผด๏ฝ•๏ฝ๏ฝŽ ๏ผฎ๏ฝ•๏ฝˆ ๏ผฆ๏ฝ๏ฝ”๏ฝ…๏ฝˆ | ๏ผฒ๏ฝ...
13K 1.4K 22
[ 13 | COMPLETE romance - short ] *unedited* Pretty Fate Between Us, adalah kisah tentang HADIF WASHIF dan NAIHA AIEYSA. Mereka tidak pernah bercint...
196K 9.1K 32
Pada aku ingin melepaskanmu, kau muncul semula. Cukuplah luka yang dulu. Kenapa sekarang mahu memutarkan segala memori diantara kita? Tanpa aku seda...