√3 [C] Haunt You | Kim Taehy...

crabyjoon tarafından

52.2K 5.6K 997

Park Chan Mi. Anak gadis kumpulan mafia terbesar. Kehidupannya yang gelap mula berubah setelah bertemu dengan... Daha Fazla

Hey! Welcome to Dark Love Story! 💕
HY : 1
HY : 2
HY : 3
HY : 4
HY : 5
HY : 6
HY : 7
HY : 8
HY : 9
HY : 10
HY : 11
HY : 12
HY : 13
HY : 14
HY : 15
HY : 16
HY : 17
HY : 18
HY : 19
HY : 20
HY : 21
HY : 22
HY : 23
HY : 24
HY : 25
HY : 26
HY : 27
HY : 28
HY : 29
HY : 30
HY : 31
HY : 32
HY : 33
HY : 34
HY : 35
HY : 36
HY : 37
HY : 38
HY : 39
HY : 40
HY : 41
HY : 42
HY : 43
HY : 44
HY : 46
HY : 47
HY : 48
HY : 49
HY : 50
HY : 51 (ENDING)
❤️❤️Special Chapter❤️❤️

HY : 45

1K 100 38
crabyjoon tarafından


"Pasang bahan letupan pada semua tempat yang kita dah rancang. Pastikan semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Aku nak Hotel Rock Bison hancur malam ni jugak. " tegas Jungkook memberi arahan. 

Dahinya berkerut hebat sambil membaca document di tangan.

"Baik bos. Malam ni juga anak buah kita akan bertindak. Bos tak perlu risau.  Kalau tak ada apa apa, saya keluar dulu." pamit orang kanan Jungkook.

Pemergian lelaki itu dihantar dengan pandangan mata.

Jungkook lepaskan keluhan berat. Carta kewangan milik Syarikat Silver Snake dipandang lama.  Ada sesutu yang membuat dia hairan.

"Hmm....banyak jugak profit yang berjaya Silver Snake dapat dalam masa setahun." jeda Jungkook sendiri bila membaca angka yang tertulis.

Helaian seterusnya diselak. Dia tersenyum sinis sebaik membaca data yang tercatat pada sekeping kertas itu.

"Bwo? 'Internasional bisnes yang kami usahakan telah berjaya naikkan kemasyuran syarikat kami'.. " satu persatu Jungkook membaca apa yang tertulis dalamnya.

Jungkook ketawa kecil lalu berdecit.

"Tch! Agak agaklah nak menipu pun. Internasional bisnes konon. Bodoh punya Silver Snake, ingat aku tak tahu ke aktiviti keji korang yang sebenar."

Jungkook menggeleng perlahan. Data dalam document itu semuanya palsu. Segala maklumat yang tercatat hanyalah untuk mengaburi mata manusia dari perkara sebenar.

Padahal kebenarannya, tidak selari dengan apa yang berlaku di realiti.

Silver Snake berjaya mendapat kedudukan ketiga dalam carta syarikat yang paling berjaya di ibu kota. Tapi, itu semua hasil dari kerja kotor yang mereka buat secara rahsia.

Hotel Rock Bison

Siapa yang tidak tahu? Inilah hotel paling mewah dan berklas tinggi di Seoul.

Hotel 7 stars yang merupakan milik Silver Snake.  Salah satu aset paling berharga bagi puak itu kerana hotel inilah yang menjadi penyumbang besar pada kekayaan yang dimiliki Silver Snake pada hari ini.

Namun jangan tertipu pada luarannya. Realiti tidak seindah itu. Secara rahsia,  Silver Snake menjalankan aktiviti kotor dalamnya tanpa sesiapa menyedari.

Perjudian, pelacuran dan jual beli manusia bagi tujuan hamba sek*. Berjuta juta wang ringgit berjaya diperoleh dari aktiviti kotor itu.

"Tch..jadi tak hairanlah kalau puak kau kaya raya. Tapi semuanya hasil duit haram." bisik Jungkook sendiri sambil melihat satu persatu gambar gambar yang berjaya anak buahnya ambil.

Semuanya gambar bukti kerja kotor yang menjadi permainan Silver Snake selama ini.

"Tak lama lagi, puak kau akan tumbang. Aku akan hancurkan semua rancangan korang selama ni.  Aku akan balas balik apa korang cuba buat. Berani kau pujuk granpa untuk jual adik aku pada Yakuza? Berani kau permainkan maruah adik aku? Huh..kau akan menyesal.  Sangat sangat menyesal.. " mata Jungkook berubah merah.

Urat lehernya timbul. Sekeping gambar yang terdapat dua manusia dalamnya ditatap tajam.

"Granpa... " tutur Jungkook bila melihat wajah tua itu di dalam foto.

"Dasar pengkhianat...aku tak sepatutnya percayakan kau dari dulu. Kau memang ular. Dasar orang tua tak guna.. Aku tahu,  kau yang bunuh mak aku dan kau juga yang bunuh mak ayah Chan Mi! "  air mata Jungkook menitis setitik.

"Kenapa? Kenapa kau buat kami macam ni?  Kau besarkan kami agar kami jadi hamba untuk kepentingan kau! Masih layakkah kau digelar manusia selepas apa yang dah buat? Granpa...kau besarkan aku agar aku jadi binatang. Kau tunggu,  binatang ni akan datang pada kau satu hari nanti." senyuman sinis terbentuk.

Perlahan gambar itu dironyok lalu dibuang dalam tong sampah. Jungkook merengus kasar. Dia mengambil nafas dalam dalam.

"Encik Jungkook? "

Terkalih Jungkook sebaik namanya dipanggil. Dia tergamam sebaik melihat wajah ayu itu.

Tidak berkelip matanya memerhatikan gadis genit itu melangkah masuk ke dalam wadnya.

Rasanya inilah Doktor yang akan menjaganya nanti. Dan ini kali pertama mereka berjumpa,  jadi Jungkook agak gugup.

"Awak apa khabar hari ni? Sihat? Dah bersarapan? " soal Doktor itu.

Jungkook diam. Dia tenggelam dalam dunianya sendiri.  Wajah ayu doktor muda itu dipandang dengan jantung yang berdegup kencang. Segala masalahnya terasa terbang melayang sebaik menatap wajah polos itu.

Dup dap dup dap...

Wait! Apa yang sedang berlaku?!  Kenapa aku berdebar macam ni!!

Jungkook hilang arah. Dia keliru dengan perasaan asing yang makin meresahkan.

"Hello, Encik okay ke? "

"Eo? Apa dia? " Jungkook terkebil kebil.

"Encik Jungkook berangan ya? Pagi pagi lagi dah berangan. Saya tanya,  keadaan encik macam mana ? "

"Aaaaaa..s..saya rasa..saya rasa makin baik. " tergagap Jungkook menjawab.

"Baguslah macam tu. Gembira saya dengar.  Eh, alamak!  Maaf!  Saya lupa nak perkenalkan diri! " menggelabah doktor ini jadinya bila dia sedar ini pertama kali mereka berjumpa. 

Sudah pastilah Jungkook tidak mengenalinya. Patutlah lelaki itu blur semacam.

"Anyeong...saya doktor yang bertanggungjawab dalam pembedahan encik haritu dan saya yang akan menjaga encik sehinggalah encik dibenarkan pulang.  Selamat berkenalan nama saya Hanmin. Kang Hanmin." dengan ramah, doktor muda ini menghulurkan salam pengenalan.

Jungkook terkedu. Perlahan tangan gadis itu disambut. Jungkook ketap bibirnya perlahan bila jantungnya  rasa macam nak meletup.

"Eh? Sejuknya tangan. Encik yakin ke encik baik baik saja?  Mari sini,  saya nak periksa kadar degupan jantung." tiba tiba Doktor Hanmin menghampiri Jungkook.

Jungkook yang tidak bersedia terkejut dengan tingkah gadis itu.  Secara automatik,  fail ditangan terus dibaling ke arahnya.

"Ke...keluar dari sini. Ja..jangan periksa aku!  Aku dah okay! " Jungkook menggelabah.

"Eh, ta...tapi.."

Jungkook abaikan. Tanpa kata selimut terus ditarik sehingga menutup kepalanya. Dia terus berbaring kaku. Langsung tak hiraukan Doktor Hanmin yang masih tercengang.

"Keluar laa wehh..jangan buat aku macam ni. Aku boleh lemas tau tak kalau kau ada kat sini. " bebel Jungkook sendirian dalam selimut.

Dadanya dipegang.  Jungkook berdecit perlahan bila degupan jantungnya masih mengganas.  Tiada tanda akan surut.

Masalahnya sekarang, dia tak faham apa yang sedang berlaku pada dirinya!  Jungkook rasa nak marah bila otaknya gagal memproses perasaan ini. Seumur hidupnya dia tak pernah alami perkara pelik seperti sekarang.

"Kalau macam tu, takpela. Saya faham kalau encik tak selesa. Nanti bila encik dah tenang,  saya akan datang periksa balik. Erm encik rehat lah ye. Saya minta diri dulu. " sejurus itu Doktor Hanmin terus keluar.

Sebaik pintu wad ditutup,  Jungkook terus bangun dari pembaringan. Dia bernafas lega bila kelibat gadis itu tiada.  Baru lah jantungnya boleh memproses secara normal.

"Fuh! Gila betul.. Apa benda semua ni.. " rambut lebatnya ditolak ke belakang.

Jungkook menggeleng. Dia agak trauma dengan keadaan tadi.  Dia hampir lemas gara gara seorang perempuan!

_________________________________________

Buk!

Buk!

Buk!

"Buka pintu ni!!  Buka!!  Aku nak keluar! Aku lapar woi! Aku nak makan!! Roti sekeping ni mana cukup! " jeritan Namjoon kedengaran kuat diselangi ketukan di pintu.

Chan Mi yang sedang menuruni tangga bersama Taehyung terhenti.  Mereka memandang hairan pada bilik Namjoon di tingkat atas. Rasanya suara itu datang dari arah sana.

"Ha! Korang bersiap bagai ni nak pergi mana? " Seokjin yang baru muncul dari arah dapur menegur pasangan itu yang tercongok di tangga.

Apron masih tersarung pada tubuh tegap Seokjin. Nampaknya dia masih memasak dan memandangkan hari ni mereka cuti, jadi dia ingin luangkan masa di dapur.

Sesekali mata Seokjin menjeling Chan Mi.

Heh,  jangan ingat  dia akan lupa apa yang raksasa tu dah buat.  Telefon pink  kesayangannya akan sentiasa segar dalam ingatan.

"Selamat pagi hyung. Hari ni Tae nak bawa Chan Mi gi hospital.  Ada hal sikit kat sana." jelas Taehyung sambil senyum nipis pada gadis di sebelahnya.

"Eh, buat apa pula gi hospital? Takkan chekup baby kot. Aku rasa benda tu lama lagi. " ujar Seokjin sambil merenung Chan Mi.

Mata mereka bertemu.  Masing masing tidak mahu kalah. Hanya pandangan mata menghantar mesej tersendiri.

"Ada lah sikit benda nak buat. Kan sayang kan? " wajah Chan Mi ditatap tapi gadis itu hanya beriak beku.

"Aku tunggu kat kereta." Chan Mi berlalu pergi.

Namun sempat dilanggar badan Seokjin dengan bahunya. Senyuman sinis dihadiahkan pada lelaki itu lalu dengan hati yang puas,  Chan Mi melangkah keluar dari rumah.

"Yaishh... " Seokjin sabarkan hati yang membara.

Gadis itu memang biadap! 

"Hyung, mian. Chan Mi tak berapa 'sihat' , maybe sebab tu dia tak behave. " tutur Taehyung.

"Takpe,  aku dah biasa.  Aku dah faham sangat dengan perangai bakal 'mem besar' tu. Dasar raksasa." Seokjin menjeling tajam pada kelibat gadis itu yang sudah menghilang.

Taehyung hanya mampu mengeluh perlahan.  Dia bukan buta,   dia nampak jelas hubungan Chan Mi dan Seokjin memang tak baik. Dengan perangai keduanya yang jenis tak mahu kalah,  memang susah jika mereka nak berkerjasama.

"Eh, Namjoon hyung mana?  Tak nampak pun,  selalunya pagi pagi dia dah kat bawah." pelik Taehyung jadinya bila ruang tamu itu sunyi tanpa kelibat abangnya itu.

"Dia ada dalam bilik.  Yang menjerit tadi tu dialah. Huh, tahu pun lapar.  Padan muka. Siapa suruh cari pasal.. "

"Ha? " Taehyung tak faham.

"Namjoon masih dalam proses hukuman, tiada makanan dalam seminggu sebab dia cari pasal dengab aku semalam.  Tak guna punya budak,  habis epal aku dia main. Macam dah takde benda lain untuk lepaskan bosan.. "

Taehyung terkelu. Hilang kata katanya sebaik mendengar cerita Seokjin.

Oh tidak. Jadi sekarang,  Namjoon dalam tempoh hukuman. Taehyung hanya mampu bersimpati. Dia faham betapa sengsaranya untuk bertahan dalam tempoh itu. Dia dah pernah kena sekali dan lepas tu memang dia serik!

"Kau tercegat apa lagi kat sini? Tadi kata nak ke hospital. Mengamuk pulak budak tu kalau kau lambat keluar."  Taehyung tersedar dari lamunan sebaik ditegur.

"Er...er..nae.. "

"Dahlah aku nak ke atas,  nak hantar makanan untuk Namjoon. Mati pula budak tu nanti. " Seokjin masuk semula ke dapur dan kembali bersama sepinggan nasi goreng kimchi di tangan dan sebotol air mineral.

Ouh jangan salah faham. Nasi goreng itu hanya separuh sahaja akan diberikan pada Namjoon. Itu apa yang Seokjin akan buat,  semua kuantiti makanan yang sebelum ini akan dikurangkan separuh sepanjang hukuman berjalan.

Dia taklah kejam untuk biar Namjoon kebulur. Kunci bilik Namjoon dicapai,  lalu dengan dengan cermat tangga didaki.  Memang sengaja dia kurung Namjoon dalam bilik.  Sebab dia tahu Namjoon tu pandai cari cara untuk dapatkan makanan.  Jadi dia tak boleh pandang rendah pada kebolehan si adik.

Hukuman tetap hukuman!  Tiada patah balik. Itulah prinsip The Kims.

________________________________________

"Taehyung... " tiba tiba lengan jejaka itu dipegang sebaik dia melangkah masuk ke dalam kereta.

Taehyung menoleh ke arah Chan Mi.

"Kenapa sayang?  Ada apa apa yang tak kena ke? "soalnya.

Chan Mi menggeleng perlahan sambil berfikir. Dia perlu batalkan rancangan Taehyung untuk ke hospital. Dia perlu bertindak pantas.

"Sayang taknak pergi hospital? " terkejut Chan Mi sebaik Taehyung memegang lembut pipinya.

Mata bundar lelaki itu menatap lembut wajahnya. Chab Mi terkedu bila Taehyung meneka dengan tepat.

"Perlu ke kita pergi?  Kau tak percayakan aku?  Kau rasa aku gila?" perlahan Chan Mi menyoal.  Dia menundukkan kepala. Dia akan pujuk Taehyung tak kira apa pun jadi.

Taehyung terdiam. Perlahan senyuman nipis terbentuk.  Rambut panjang Chan Mi diusap lembut.

"Aku tak pernah fikir kau gila sayang.  Aku cuma risaukan kau. Aku takut apa apa terjadi pada kau.  Sebab tu,  aku nak kita dapatkan rawatan awal. Kita ke hospital ya? " pujuknya lembut.

Chan Mi terus menepis tangan Taehyung.  Dia berpaling ke tepi.  Dalam dia dia berdecit perlahan bila rancangannya tidak menjadi.

Aduh payahlah macam ni...

Chan Mi mengeluh perlahan. Sungguh otaknya tak dapat berfikir sekarang.

"Chan Mi... " Taehyung memanggil lembut.

Chan Mi menoleh dan matanya terbeliak luas bila tiba tiba Taehyung membenamkan bibir hangatnya pada bibirnya. Terasa rahangnya disentuh perlahan,  Taehyung mula mendominasikan ciuman itu.

Chan Mi tergamam dengan tindakan mengejut lelaki itu. Dia hanya kaku tidak membalas. Mata Taehyung sudah tertutup rapat menandakan lelaki itu sudah tenggelam sepenuhnya.

Baru Chan Mi ingin menolak, tiba tiba mereka dikejutkan dengan deringan telefon Taehyung.

Ciuman terus dilepaskan. Sempat bibir basahnya diusap perlahan.

"Jangan merajuk sayang. Semua ni untuk kebaikan kau. Sekejap eh, biar aku jawab panggilan dulu." Taehyung senyum manis padanya sebelum keluar dari kereta.

"Tch....tak guna, dasar miang." kutuk Chan Mi sendirian sambil lap bibirnya dengan tapak tangan.

Masih terasa kehangatan bibir Taehyuhg di situ . Jantungnya berdebar laju bila teringatkan ciuman tadi.

Haishhh..lelaki itu memang tak guna bila berjaya mendatangkan  debaran pada jiwa wanitanya.

"Baik. Aku datang sekarang." wajah Taehyung bertukar serius.

Chan Mi mengintai dari dalam kereta. Perlahan senyuman lebar terbentuk.  Dari reaksi lelaki itu, dia tahu yang Taehyung ada hal lain.  Dan ini bermakna rancangan ke hospital batal!

Wah, akhirnya apa yang dia hajati tercapai dan sekarang dia dah terlepas dari satu masalah. Jadi selepas ini,  dia hanya perlu merancang untuk langkah seterusnya.

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

228K 8.7K 65
𝐇𝐈𝐋𝐌𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐀𝐀𝐂 𝐍𝐈𝐂𝐊 & 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐌𝐈𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 "𝕎𝕚𝕝𝕝 𝕒𝕝𝕨𝕒𝕪𝕤 𝕓𝕖 𝕪𝕠𝕦𝕣 𝕡𝕣𝕠𝕥𝕖𝕔𝕥𝕚𝕠𝕟, 𝕄𝕣𝕤 ℕ𝕚...
99.9K 9.1K 22
-"Noona , redha je lah dengan perangai kami yang kuat menyetan ni ye." - Hampir setiap hari aku layan karenah mereka semua. Tak pernah bosan , malah...
1.2M 61.8K 133
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
1.2M 55.7K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...