End Of Love ✓

By Iqa_Dean

44.5K 1.2K 57

"Sebenarnya saya sukakan Hazel" - Tengku Syamil ------------ "Boleh tak awak janji yang kalau saya tak ada,aw... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Part 42
Part 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Epilog

Bab 32

524 16 9
By Iqa_Dean

Hazel melihat jam di tangan kanannya.Dah pukul 12.Maknanya dia lambat setengah jam.Hazel mula merungut.

"Alah mana minah ni?Lambat gila.Bersiap mengalah perempuan memang patut aku panggil dia minah pastu nanti nak marah aku panggil dia bla bla bla bla bla..."marah sungguh nampaknya Hazel sambil siap menghentak kaki ke lantai beberapa kali.

"Are you okay girl?"tanya suara suara dari belakang.Hazel menoleh.Dia tergamam.

"Hello?"lelaki tersebut memanggil Hazel.Risau melihat dia yang seperti terpaku.Heart attack ke?

"Ouh..ya ya I'm okay thanks for asking"balas Hazel.Dia masih merenung ke arah lelaki tersebut.Dia seperti tak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang.

"Erm why you look at me like that?"tanya lelaki itu lagi.

"Erm..no just your face..err..your face just looks like my friend"jawab Hazel tergagap.

"By the way I'm Darren,Darren Williams"lelaki tersebut menghulurkan tangan.Hazel menyambut tangan tersebut perlahan.

"You..american?"tanya Hazel tak pasti.

Lelaki itu tersenyum manis."Yes"

Hazel terpaku.They just same.Mata Hazel mula berkaca.

"And what is your name?"tanya Darren.

"I'm Hazelina.Just call me Hazel"dia cuba menahan sebak.

"Ouh nice to meet you.Can i know why you look so angry?Someone make you mad?"

Hazel cuba tersenyum."My friend.He late."Dia tak mahu berhadapan dengan Darren kerana wajah Darren.Dia segera meminta diri apabila melihat kereta milik Tengku Zairul.

"I got to go.Bye.See you next time"no,dia tak nak terserempak dengan Darren lagi.

"Okay bye sweetie"Hazel terpaku mendengar ayat tersebut.Damn.Mereka sebijik.Bahasa sahaja yang lain.

Hazel segera masuk ke dalam kereta Tengku Zairul sebaik sahaja kereta tersebut berhenti di depan nya.

"Siapa tu?"tanya Tengku Zairul ingin tahu.

"No one"

Dia cuba menjenguk sebelum di tegah Hazel.Dia memandang Hazel pelik.

"Gerak terus"Tengku Zairul ingin bertanya namun melihat mata Hazel yang sudah berkaca dia segera menggerakkan kereta.

Tengku Zairul hanya mampu melihat Hazel yang sudah mengalirkan air mata.Dia tahu tiada guna dia bertanya kerana Hazel tidak akan jawab.

"jangan menangis nanti mata kau bengkak orang cakap apa pulak nanti"

Hazel segera mengelap air kata yang jatuh.

"Nanti kau dah sedia kau bagitahu aku okey?Aku dengar."

Hazel hanya menganggukkan kepala.Dia kemudian membetulkan kedudukan dress yang dipakai.Untuk birthday party di rumah Tengku Zairul dia mengenakan dress paras bawah lutut berlengan pendek berwarna putih dengan corak bunga rose.Rambut nya di biar lepas.

"How?"tanya Hazel tiba tiba

"What?"soalan dibalas dengan soalan.

Hazel memutar bebola mata.

"Macam mana baju aku?Okey?"Tengku Zairul tidak menjawab sebaliknya menfokuskan pandangan ke arah jalan.

Sampai di lampu merah,Tengku Zairul segera memusingkan badan sedikit menghadap Hazel.Dia meneliti baju yang dipakai Hazel.

"Not bad"balas nya.Sebaik sahaja lampu hijau di segera berpusing ke hadapan semula.

"Tak nampak over?Or seksi?Or pelik?Or.."percakapan Hazel dipintas.

"No no kau nampak elok je la kacang.Don't worry.Nothing wrong with your dress."

"Betul?"

"Ye sayang.You look beautiful."wajah Hazel membahang.Oh God.Dia dah mula dah.

Hazel segera mendiamkan diri.Kalau dia bercakap nanti makin banyak 'sayang' yang dia dapat.

*******

Sampai di depan rumah Tengku Zairul,Hazel sudah berasa gugup.Belum keluar dari kereta dah rasa gelisah.Belum termasuk kalau dia berjumpa orang di luar.

"Kau ni dah kenapa?Dah macam cacing menggeletis aku tengok?"hairan dia melihat Hazel yang kejap tengok telefon,kejap di simpan,kejap tengok luar,kejap tengok baju.Pening.

"Err aku takutlah weh"balas Hazel.Dia takut.

"Nak takut apa?Family aku tak makan orang"

"Aku tak tau tapi dari tadi aku rasa tak senang duduk.Rasa takut"dia tak tipu.Tangan dia menggigil.Hazel mula mengopek bibir.Tindakan spontan bila terlalu takut atau gelisah.

Tengku Zairul segera memegang tangan Hazel.

"Don't do that.Rosak bibir kau"Tengku Zairul kemudian terdiam.Dia memandang tangan Hazel yang dipegang.Menggigil.

"Okay,listen here.No one gonna eat you.Just act like usual.Kalau kau takut sangat,kau ikut je aku nanti aku kenalkan kau dekat family aku.Okey?Now jom."

Tengku Zairul keluar.Hazel menarik nafas dan menghembus nafas sekali sebelum keluar dari kereta.

Tengku Zairul memegang tangan Hazel dan menarik dia untuk masuk.

"Eh apa ni.Nanti family kau cakap apa nampak kau pegang aku?"

"Aku dah cakap kan aku nak kenalkan kau dekat diorang sebab kau girlfriend aku?"

"Eh bila masa aku girlfriend kau?"

"Aku cakap dekat kau haritu kau je kawan perempuan aku kan?Kawan perempuan tu maksudnya girlfriend.Okey"

Hazel mendengus geram."Kau pakai taktik kotor eh"

Tengku Zairul tersengih sedikit."Ini Tengku Zairul Zafrin la"

Hazel mahu membalas namun tidak mampu bila semua mata memandang mereka sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah Tengku Zairul.

Hazel kemudian memandang sekeliling.Masa tu Hazel seperti nak bunuh Tengku Zairul.

Tiada birthday party.Tiada jamuan.Yang ada hanya keluarga Tengku Zairul semata mata.Nampaknya Tengku Zairul terlalu banyak menipu dia untuk bawa dia ke sini.

"Ha sampai pun.Jemputlah masuk"

Hazel diam.Terasa seperti deja vu.

"So inilah Hazel yang Zairul cakap tu?"kata seorang lelaki yang agak berumur.Pasti ayah Zairul.

Hazel hanya tersenyum bila nama dia disebut.

"Haah nilah dia Hazelina"kata Tengku Zairul.Dia nampak terlebih ceria semasa memperkenalkan diri Hazel pada ahli keluarga nya.

Dia tahu tak aku tengah sakit hati gila sebab dia tipu aku?Boleh pulak buat rilek.

"Hai,nama aunty Tengku Nur Fatimah.Aunty ibu Zairul"aunty?lain sikit dari Tengku Syahirah yang membahasakan dirinya mama.Eh?apa dia merepek ni?Itu dah lepas.

"Ni ayah Zairul Tengku Zahin"Aku membalas senyum yang diberi oleh Tengku Zaihan.

"So inilah orang yang Zairul asyik cerita tu?"aku tersentak.Sama seperti dulu.Kenapa banyak sangat perkara hari ini yang mengingatkan dia pada masa lalu?

"Ehehehe"Tengku Zairul hanya mampu ketawa kecil sambil mengusap belakang tengkuk nya tanda tidak selesa.

"So ini semua adik saya.Awak tahu saya anak sulung kan?"tanya Tengku Zairul pada Hazel.Hazel hanya mampu tersenyum sambil mengangguk kan kepala.

Entah bila masa dia cakap dekat aku dia anak sulung.Suka suki je.Tunggu kau balik nanti.

"Hai.My name is Tengku Nur Zahirah.I 3 tahun lagi muda dari you."kata salah seorang dari perempuan yang duduk di sofa panjang.Nampak seperti minah salleh disitu.

"Saya Tengku Nur Zafrina.20 years old."jawab Zafrina pendek.

"Kita pulak pulak!Nama saya Tengku Nur Zarina.15 tahun"jawab Zarina tersengih sengih sambil menunjuk angka lima dengan jari.Periang betul.

"Erm.Nama aku Tengku Zaril Zafri.25 years old"kata seorang lelaki yang duduk di sofa tunggal di situ.

"Err..nama saya Nur Hazelina.Panggil Hazel je.Umur 25 tahun."balas aku pendek.Dia tak pasti perlu ke dia nak bahasakan diri dia akak atau tidak kerana walau yang perempuan semua nya lagi muda dari dia,salah seorang nya hanya 3 tahun muda.Agak awkward untuk dia bahasakan diri kakak.

There's something yang membuatkan suasana di ruang tamu tersebut agak...dingin?Hazel beranggapan yang itu hanya perasaan dia sahaja.

"Nur Hazelina je?Akak bukan anak dato' ke,Tengku or Tan Sri?"tanya Zafrina selamba.

Hazel hanya tersenyum sedikit.

"Akak anak orang biasa biasa je"

"Ouh ye ke."hanya ayat biasa namun bila diucapkan Zafrina terasa seperti dia memperlekehkan Hazel.Hazel hanya terdiam.

"Erm semua dah ada kan jomlah kita pergi makan.Kitorang semua tunggu korang berdua sampai before makan."ujar Tengku Nur Fatimah memecah kesunyian selama 2 saat sebelum bangun untuk melangkah ke meja makan.

Yang lain turut bangun dan berlalu.Hazel sengaja bergerak paling lambat dengan berpura pura memeriksa sesuatu di dalam beg.Hazel kemudian bangun bila tinggal dirinya dan Tengku Zairul sahaja.

Hazel memandang Tengku Zairul tajam.Sangat tajam sehingga membuat Tengku Zairul terhenti dari melangkah.

"Aku tak tahu apa yang kau fikir apa yang kau plan tapi tak apa.Aku ikut.Dengan syarat nanti balik aku nak kau explain-dekat-aku-satu-satu."ujar Hazel sebelum melangkah ke meja makan meninggalkan Tengku Zairul sendirian.

Bila merasakan Tengku Zairul seperti lambat semacam,Hazel berpusing ke belakang.Dia tersenyum manis kepada Tengku Zairul sebelum berkata

"Jom lah abang diorang dah tunggu tu.Saya pun dah lapar ni."Hazel dengan sengaja melembutkan suara sambil menghulurkan tangan kepada Tengku Zairul.

Wanna play a game?Fine.

Tengku Zairul menyambut huluran tangan Hazel perlahan lahan.Haa menipu lah lagi.

Mereka pun berlalu ke meja makan dimana semua orang baru nak mengambil tempat.Hazel memandang kek coklat moist di atas meja.Dia menelan liur sendiri.Sedapnya!

*******

"Erm awak saya nak pergi tandas kejap.Kat mana eh?"tanya Hazel lembut pada Tengku Zairul.Tengku Zairul sedikit tidak selesa dengan suaranya namun cepat di 'cover'

"Ermm awak terus je sampai dapur pastu pusing kiri"

"Okey"Hazel mula melangkah meninggalkan Tengku Zairul dan ahli keluarga nya yang lain di ruang tamu berborak.Ada dua orang yang tiada di situ namun tidak dipedulikan.Maybe diorang naik atas.

*******

Tengku Zairul segera memandang Hazel yang baru sahaja sampai disebelah.

"Kenapa lambat sangat?"tanya Tengku Zairul perlahan

"Awak saya nak balik.Perut saya sakit la.Banyak sangat makan kot."kata Hazel sambil memegang perut.

"Ouh okey."

"Ibu,Zairul nak hantar Hazel balik."kata Tengku Zairul pada ibunya.

Hazel hanya mampu tersengih apabila Tengku Nur Fatimah memandang aku.

"Kenapa awal sangat nak balik?Besok bukan Ahad ke?"

"Hazel sakit perut la.Makan banyak sangat kot tadi.Kek dia sedap sangat"balas Hazel.

"Hmm okay lah macam tu.Nanti lepas ni datang la sini lagi."pelawa Tengku Zahin.

Hazel tersenyum sahaja.Datang sini lagi?Hell no.

Mereka sekeluarga menghantar Hazel sehingga ke depan pintu.

Sebaik sahaja masuk dalam kereta,Hazel memandang ke atas.Cuba menahan air mata dari keluar.Dia cuba menampal senyuman plastik di wajah semasa melambai ke arah keluarga Tengku Zairul semasa kereta yang dinaiki meluncur laju keluar dari kawasan perumahan itu.

Lepas sahaja dari pondok pengawal disitu,air mata Hazel jatuh berderai.Dia tak mampu untuk mengawal perasaan nya lagi.

Tengku Zairul disebelah mula risau.Dah kenapa pulak dia ni?

"Hazel?Kau okey tak?Kenapa menangis?Sorry la sebab tipu kau.Aku bawak kau pergi satu tempat dekat sana aku explain okey?Please,jangan nangis"

"Hantar aku balik"

"No.Aku dah plan nak pergi satu tempat ni lepas bawak kau jumpa family aku.And sekarang kita dah separuh jalan dah pun.Please."

Hazel terdiam.Dia kembali menangis sambil menutup muka nya dengan tangan.Perbualan yang dia dengar semasa pergi ke tandas kembali berputar dalam fikiran Hazel

Flashback:-

Sampai di dapur dia mendengar suara orang bercakap.Dia berhenti melangkah.

"Serious la abang pilih perempuan tu jadi girlfriend dia?Tak setaraf langsung.Punya banyak anak dato' Tan Sri dekat luar tu yang suka abang.Perempuan biasa tu jugak dia nak pilih?"kalau tak silap dia,ini suara Zafrina.

"Aku pun tak tahu.Aku tengok perempuan tu pun bukan nya cantik mana pon.Slim je lebih.Tak ada yang special pon.Yang part anak orang biasa tu aku menyampah.Dah la jawab bajet baik 'akak anak orang biasa biasa je' lepastu nak senyum senyum.Ingat lawa?Dia tak tahu orang menyampah dengan dia."sahut lagi satu suara.Suara si Zahirah.

Hazel mula mahu menangis mendengar dirinya dihina.Namun ditahan.

Jangan buat drama kat sini Hazel.Sabar!

"Tulah tu.Dia tak sedar diri ke yang dia tu tak setaraf langsung dengan kita?Ada hati nak dekat dengan abang.Entah entah dia rapat dengan abang sebab nak kikis duit abang.Eee."balas Zafrina lagi.

"Kan.Dasar perempuan tak sedar diri.Tak malu"kemudian kedengaran suara mereka ketawa seronok dapat mengutuk orang.Hazel menarik nafas panjang sebelum masuk ke dalam dapur.

Mereka memandang Hazel sambil lewa.Tiada tanda tanda mereka nak rasa bersalah atau takut jika Hazel mendengar perbualan mereka.

Hazel memberi senyuman segaris sebelum berlalu ke tandas.Sambil berjalan laju dia terdengar suara Zafrina berkata perlahan

"Dia tak dengar kan?"

Nampak sangat mereka terkejut bila Hazel masuk ke dapur namun pantas dikawal.

Masuk di dalam tandas,air mata Hazel mula jatuh setitik demi setitik.Terlalu banyak perkara sedih berlaku padanya hari ini.Such a bad day.

Dia mengelap air mata yang jatuh.Dia bernasib baik kerana dia tak memakai sebarang mekap kecuali lipstik.Kalau tidak mesti mekap dia cair kerana menangis.

Dia menarik nafas panjang sebelum melangkah keluar dari tandas ke ruang tamu.Tiada apa dalam fikiran dia sangat kini kecuali keinginan untuk keluar dari rumah itu.

Aku nak balik.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2K 56 8
Twins both different looks 5 yrs old twins have been abused and mistreated but the only thing they care about is themselves the twins passed away du...
1.8M 110K 41
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
65.6K 3.1K 64
[Start - 18/12/2019] [End - 7/1/2020] Lain sikap, Lain imej, Lain perasaan, "Aku takkan terima mana-mana perempuan melainkan dia yang aku pilih" - Te...
9.7M 635K 75
Yaduvanshi series #1 An Arranged Marriage Story. POWER!!!!! That's what he always wanted. He is king of a small kingdom of Madhya Pradesh but his pow...