Alexander Helena

By Nasyahani

99.8K 4K 384

cover by @-yourinternetgf ▶️ Presents to you, not a cliche one and an unpredictable love story between Carla... More

beginning of Alexander Helena
p r o l o g
0 1 | hola, malaysia!
0 2 | glance
0 3 | stalker
0 4 | drama
0 5 | bad news
0 6 | meet
0 7 | savior
0 8 | trouble
0 9 | target
1 0 | face
1 1 | enemies
1 2 | truth
1 3 | Razfel
1 4 | Syed's
1 5 | will
1 6 | take
1 7 | bump
1 8 | time
1 9 | shock
2 0 | reasons
2 1 | siblings
2 2 | 'Rish'
2 3 | miss
2 4 | test
2 5 | "what?.."
2 6 | deaths
2 7 | Charles
2 8 | visit
2 9 | "...killer"
3 0 | discuss
3 1 | preparation
3 2 | preparation II
3 4 | preparation IV
3 5 | D-day
3 6 | revenge
3 7 | reception
3 8 | fall
3 9 | safe
4 0 | "menyesal"
4 1 | "our fault"
4 2 | rage
4 3 | "selfish"
4 4 | advice
4 5 | "we've missed something"
4 6 | worried
4 7 | new target
4 8 | dead
4 9 | "too late"
5 0 | past

3 3 | preparation III

993 61 15
By Nasyahani

The Syed's Empire Hotel

Kaki panjang yang berbalut seluar slack hitam itu, melangkah dengan penuh gaya dan dia tahu, setiap langkahnya diperhati oleh orang sekeliling.

"Assalamualaikum tuan."

Hyde hanya mengangguk. Dia menjawab salam oleh pekerjanya dalam hati. Langkahnya laju menuju ke lif khas untuknya. Punat lif ditekan dan beberapa minit kemudian pintu lif terbuka. Dia terus memboloskan diri ke dalam.

Sebaik saja sampai di tingkat 32, di mana tingkat yang dikhaskan untuk pemilik hotel gah ini, dia terus keluar lalu menuju ke pejabatnya.

"Good morning, tuan."

Sapaan pekerja di aras ini hanya dibalas dengan anggukan.

Dia terus membuka pintu, membuka kot hitam yang membaluti tubuhnya lalu mengantungkannya di sebuah tiang dan hanya meninggalkan kemeja biru hitam yang dipakai. Dia terus melabuhkan punggung ke kerusi empuk miliknya.

Komputer dihidupkan. Interkom ditekan.

"Zaf, come in now."

"Alright, boss."

Beberapa minit kemudian, bunyi ketukan kedengaran.

"Masuk." Kedengaran bunyi pintu dikuak dari luar.

"My appointments for today."

"Okay bos, hari ni schedule bos tak berapa nak pack sangat. Bos hanya perlu interview pekerja baru pada jam 10 pagi nanti..."

"Which department?"

"Housekeeping and cleaner."

Hyde hanya mengangguk, tanda 'teruskan'.

"Dan selepas itu, bos ada lunch meeting dengan Encik Firash Hakimi dari RF's Architecture. Sekian."

Hyde menjongket keningnya setelah mendengar jadualnya daripada setiausahanya, Zafri.

"Kau biar betul, Zaf? Itu je?"

Zafri mengangguk.

"Saya dah cakap dengan bos tadi dah kan? Schedule bos memang tak pack hari ni."

Hyde senyum lebar. Dia menyandarkan badannya ke belakang kerusi.

"Aku dah lama nantikan saat ni! Aku boleh relax akhirnya."

Zafri tersengih melihat majikannya itu.

"Tapi bos, bos kena ingat, kurang tiga bulan je lagi, majlis perkahwinan anak hartawan akan diadakan kat sini."

Hyde terus terduduk tegak.

"Majlis perkahwinan anak Tuan Carl Hans tu kan? Fuh, nasib baik kau ingatkan aku. Appointment aku dengan anak dia tu bila?"

"Kejap eh bos, cuak terus bila dengar pasal tu."

Zafri membelek buku notanya sambil tergelak kecil.

"Mana tak cuak? Wedding anak billionaire tu. Semuanya kena sempurna."

"Appointment bos dengan Cik Muda Carla Irish Helena tu, dua hari dari sekarang. Maksudnya, lusa lah bos dapat jumpa dia."

Hyde mengurut dadanya.

"Nasib baik."

"Untunglah bos, dapat bertentang mata dengan anak billionaire tu. Dahlah dia tu low profile. Saya dapat rasakan lah, yang dia tu baik orangnya. Mesti cantik kan dia?"

Hyde mengerutkan dahi mendengar bebelan panjang Zafri.

"Kau dah kenapa Zaf? Kau ada crush kat dia ke? Kau jangan Zaf, dia dah nak kahwin. Dengan anak jutawan jugak tu."

Zafri menggeleng.

"Mana adalah bos. Saya cuma kagum dengan sikap dia yang tak bongkak tu bos. Mana lagi nak cari anak jutawan yang tak sombong dengan rakyat marhaen ni?"

Hyde hanya ketawa.

"Iyalah Zaf."

×××

Hyde mengemaskan kot hitam yang dipakainya. Langkah kakinya laju menuju ke bilik temuduga di bahagian pembersihan di hotel itu. Pintu bilik itu terus dibuka oleh pekerja di situ saat melihat bos besar mereka sudah tiba.

Hyde hanya mengangguk, tanda menyapa pekerja di situ. Dia terus melangkah masuk ke ruang tertutup tanpa melihat bilangan calon temuduga.

Calon temuduga yang berada di situ pula terkedu melihat figura Hyde yang melangkah masuk dengan gayanya tersendiri.

"Kacaknya dia!"

"Handsome sia..."

"Jawline dia tajam! Aku suka!"

Bisikan-bisikan dan usikan nakal mula menggamatkan suasana di bilik temuduga itu.

Bilik temuduga itu bersaiz sederhana namun mampu memuatkan hampir 100 orang dalam satu masa. Bilik itu terbahagi kepada dua bahagian, ruang terbuka di mana semua calon temuduga akan ditempatkan di situ, manakala ruang tertutup dikhaskan untuk pegawai atasan untuk menemu duga calon.

"Tuan," sapa Wafa, salah satu penyelia staf pembersihan di hotel itu.

"You may start." Arahan dijatuhkan. Wafa mengangguk. Dia berlalu ke ruang terbuka.

"Get ready. Nombor giliran anda akan dipanggil sebentar lagi. Sila fokus kepada skrin digital di hadapan."

Suasana yang sedikit riuh tadi, terus berubah senyap. Satu demi satu nombor giliran dipaparkan di skrin, dan satu demi satu calon keluar dari ruang tertutup dengan pelbagai reaksi.

Ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang menangis, ada yang muram.

Barangkali mereka terpegun melihat CEO hotel yang kacak maut itu, ataupun ditolak mentah-mentah?

Hanya Allah yang tahu huhu.

Hyde melihat resume milik calon seterusnya. Wajah di resume itu, seperti dia kenal. Dahi Hyde berkerut seketika. Siapa?

Tit!

764 - Hani Irlana

Gadis itu terus bangun, dan menuju ke ruang tertutup dengan langkah yang yakin. Pintu dibuka lalu dia berdiri tegak di hadapan Hyde yang serius membaca profil miliknya.

"Hani Irlana?"

"Ya tuan."

Hyde terkedu. Suara ini, macam familiar.

"You may sit."

"Terima kasih tuan."

Mata Hyde meneliti bait-bait perkataan di resume gadis ini.

"So, Hani Irlana, you datang ke KL untuk cari pengalaman? Kenapa pilih KL?" soal Hyde lalu dia mengangkat wajah.

Dan-dan matanya membuntang.

"You..."

"Saya Hani Irlana, Tuan Syed." Formal gadis itu memperkenalkan dirinya semula.

"No, you're not Hani Irlana. You're Hanis Arluna. What are you doing here?" kata Hyde. Hanis mengetap bibir.

Tak sangka, jejaka ini dapat mengecamnya! Padahal, dia dah make over diri dia sepenuhnya. Pakai spec palsu, tepek fake pimples, pakai selekeh sikit dan Hyde boleh kenal dia?

Oh wow.

"Hanis, I'm asking you," kata Hyde dengan nada penuh authority. Hanis hela nafas.

"I want to be a part of this hotel, okay?" kata Hanis, mendatar. Dahi Hyde berkerut.

"For what?"

"You know that wedding anak Tuan Carl Hans akan diadakan kat sini? I'm a part of the family, so I want to ensure this hotel are big enough for the grand wedding."

Ujar Hanis, berbohong. Takkan dia nak bagitau pula, yang dia nak jadi staf pembersihan di sini merupakan langkah keselamatan yang diambil untuk keluarga Carls'? Nanti dikatanya tidak yakin dengan kredibiliti Hyde sebagai CEO hotel itu.

"Are you sure, Hanis? You tak ada niat lain?"

Hanis menggulingkan matanya.

"Why should I? I cuma nak pastikan kawasan hotel ni besar untuk tetamu majlis tu nanti. It's gonna be a grand wedding you know? I nak pastikan semua tetamu selesa."

Hyde urut dahinya seketika. Dia merasakan tindakan Hanis ini berada di luar akal. Dan dia juga tidak yakin dengan penerimaan keluarga gadis ini apabila gadis ini sanggup bekerja sebagai staf pembersihan di hotel miliknya ini.

"I tahu, you sepupu kepada Cik Muda Carla, tapi takkan lah you sanggup nak kerja sebagai cleaner kat hotel I ni? Kalau family you tau?" soal Hyde.

"Nah, don't worry. Diorang takkan marah you. I sendiri yang nak buat, bukan you yang paksa I," kata Hanis selamba.

Hyde menggeleng.

"No way, I wouldn't give you the permission."

Mata Hanis membuntang.

"What? But why Hyde? Please..."

"With a condition."

Hanis mengerutkan dahinya apabila mendengar ayat Hyde.

"What is it?"

Hyde mengangkat wajah lalu tersenyum senget.

"Be my temporary PA."

Hanis sudah melopong.

×××

Seperti yang dijanjikan, Hanis kini menjadi PA sementara kepada Hyde, namun masih menggunakan identiti sebagai Hani Irlana.

Punyalah penat reka identiti baru tu, takkan tak guna kut? Lagipun, Hyde tidak mahu pekerja-pekerjanya tahu bahawa CEO kepada Goldsilver Mansion itu bekerja bersamanya.

Pada mulanya Hanis pelik kenapa dia ditawarkan pekerjaan sebagai PA sementara, tetapi apabila dijelaskan, dia sudah faham dan dia juga akan mendapat manfaat.

"Kalau you jadi PA I, you akan selalu turun padang dengan I tengok venue tu sendiri. Kalau you jadi staf pembersihan, you tak boleh masuk sesuka hati. You cuma mampu tengok dari luar je."

"Habis tu, takkan lah tak ada orang langsung nak bersihkan?"

"Ada. But the chosen one."

Hanis hanya mengangguk.

"Tak ada pilihan lain ke? Nanti apa pulak orang kata you," kata Hanis pula.

"Hey this is my hotel, dear. Suka hati I lah nak buat apa. Bukannya I nak buat benda haram kan? Ala, buat-buat tak dengar je. Diorang jealous tu," ujar Hyde selamba.

Jantung Hanis tiba-tiba berdegup kencang. Dear? Oh gosh.

"So, how's it? My special offer is just for you and way more better rather than being an ordinary staff. Besides, you're too cute to be a cleaner. So, please don't."

Hanis memutarkan bebola matanya.

"I tau I cute sampai you pun tak nak approve I as a cleaner. Hina sangat ke kerja cleaner?" soal Hanis. Hyde menggeleng.

"Nope. That's a noble work. But I don't want you to be a part of them. I can't observe you."

Hanis sudah melopong.

"I'm not a little kid that needs your full time attention!"

"For me, you are. Okay, for the last time I'm asking you, did you accept my offer or, you want to step out from my hotel with disappointment?"

Hyde menjongket kening dan tersenyum sinis. Hanis memicingkan matanya.

"Fine, I'll be your PA."

Maka, di sinilah tempat Hanis di The Syed's Empire Hotel. Dia ditempatkan di dalam pejabat Hyde, dan hanya mempunyai sebuah meja dan kerusi. Nasib baik ruang pejabat Hyde besar dan mampu memuatkan lebih daripada dua orang untuk bekerja bersama.

"Luna."

Hanis tersentak. Dia yang sibuk menulis sesuatu di buku nota terus mengangkat wajah. Mata diliarkan ke sekeliling. Siapa pulak panggil dia Luna ni?

"Cari siapa?"

Suara garau Hyde menggamitnya ke realiti.

"Ah, I cari siapa panggil I Luna tadi."

"It's me."

Hanis terkebil-kebil. Wajah selamba Hyde ditenung.

"Why?" soal jejaka itu.

"Kenapa panggil I, Luna? Tiba-tiba je."

"Suka hati I lah, mulut I."

Hanis hela nafas. Sabar Nis, sekarang dia bos. Sabar.

"Ada apa you panggil I tadi?" soal Hanis, mempersoalkan Hyde semula. Hyde berdeham seketika.

"Let's go. I'll show you around the hotel."

Hanis menjongket kening.

Lalu, seperti yang dijanjikan oleh Hyde, dia dibawa ke seluruh tempat di hotel itu, kononnya mahu dia menyesuaikan diri dengan tempat baru, padahal Hanis mahu memastikan bahawa musuh bakal berpangkalan di mana. Dia tahu, musuh mereka sangat bijak dan boleh menyusup masuk di ruang yang sangat kecil.

"Hello. Yes, Dato'. Anything?"

Lamunan Hanis terhenti. Dia memandang Hyde yang sedang bercakap di telefon. Ketinggiannya dan Hyde yang tidak jauh beza membuatkan dia tidak perlu mendongak untuk melihat Hyde.

Jejaka di sebelahnya ini, kacak. Drop dead handsome. Memiliki pakej yang lengkap idaman wanita jika mahu dijadikan sebagai suami. Urat yang timbul di tangannya menunjukkan bahawa dia seorang yang kuat bekerja dan rajin bersenam. Tubuhnya juga sasa, bagaikan seorang model antarabangsa yang dia selalu lihat di majalah maskulin. Ah salahkan siblings dia sebab semua lelaki.

Hanis mengukir senyum nipis. Dia juga tidak tahu, bagaimana dia boleh berdiri di sebelah keturunan Syed yang gah ini sedangkan dia hanyalah orang biasa.

"Luna."

Hanis menoleh.

"Done talking?" soal Hanis. Hyde memicingkan matanya.

"You didn't eavesdropping right?" Hanis tergelak.

"Why would I? Itu bukan kerja I."

"Okay good, jom kita pergi jumpa wedding planner. You tau kan siapa dia?"

Hanis mengangguk. Dia kenal siapa wedding planner yang telah ditempah oleh keluarga Carls'.

Tengku Nurin Kirana, cucu saudara kepada isteri Tuan Carl Noah, Tengku Sophea yang mengusahakan sendiri Bridal's House yang telah diusahakan sejak 7 tahun lalu.

"So, let's go."

×××

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Sedar tidak sedar, berbaki sebulan saja lagi untuk majlis perkahwinan Elena dan Alex dilangsungkan dengan penuh gilang gemilang.

Mereka bakal disatukan di hotel milik Hyde, dan majlis resepsinya juga bakal diadakan di situ. Majlis akad nikah akan disempurnakan di East Hall, manakala majlis resepsi akan diadakan di Grand Hall.

Semua ahli keluarga semakin sibuk dengan persiapan perkahwinan. Elena dan Alex juga tidak menang tangan membantu ahli keluarga mereka menyiapkan cenderamata untuk para tetamu yang hadir nanti. Mereka menjangkakan hampir 3,500 tetamu penting dari pelbagai syarikat korporat yang menjalinkan kerjasama dengan The Carl's Empire, termasuklah pihak media.

Alpha dan Knights pula memantau pasukan WRF yang giat berlatih untuk memastikan stamina mereka kuat untuk mengawal keselamatan majlis itu nanti.

Puan Zubaidah dan Erin? Ah, mereka tahu akan perkahwinan ini dan tidak dijemput hadir. Malah, mereka akan terus dikurung.

Author : padan muka kau agagagaga

Manakala Hanis juga tidak kurang sibuknya, dia fokus dalam melakar peta seluruh bangunan hotel itu dan menyenaraikan tempat yang berpotensi untuk menjadi tempat persembunyian musuh.

Dia dapat anggarkan bahawa, kali ini Red Eagles dan Black Dragon akan muncul kerana berita perkahwinan Elena tersebar luas sehingga ke media antarabangsa. Jadi, Hanis dapat rasakan bahawa Charles akan hadir walaupun tidak dijemput.

Heh, baru kau kenal siapa Elena sebenarnya.

Dia teringat akan panggilan Ray pada hari itu.

Drrrt.

Hanis menyambar telefonnya dan menjawab panggilan telefon tanpa melihat nama pemanggil.

"Helo?"

"Seminggu sebelum majlis, aku dengan Hazel akan check in hotel tu."

Oh, Ray.

"Kau nak goreng apa kat receptionist?" soal Hanis yang sedang memutarkan pen di tangan.

"We're husband and wife."

Pen di tangan sudah terjatuh.

"Weh seriuslah korang dah kahwin? Awal sia! Kalah bos besar. Memang nak kahwin senyap-senyap eh? Oh, dah pandai eh kau Ray. Kau kahwin dengan Hazel kat Siam? Tak roger member. Sampai hati kau..."

"Aku dah cakap, ini sebahagian daripada plan. Aku terpaksa lah menyamar jadi suami isteri, kalau tak identiti aku boleh mencurigakan pihak hotel. Itu je aku boleh fikir, lagipun aku partner dengan Hazel. Mana boleh pisah. Kau tau kan, apa plan kitorang bila kat sana nanti?"

Hanis tersengih.

"Okey. Korang tidur dalam bilik yang sama ke?"

"Maybe."

Mata Hanis membuntang.

"Woi! Kau jangan..."

"Ala pandailah aku uruskan."

Hanis menggulingkan mata.

"Aku syak musuh akan datang dari 3 penjuru."

"What do you mean by that?" soal Ray.

"RE, BD and Charles. Aku tak rasa BD dengan RE nak bergabung masa tu. Dia nak tengok Elena sengsara. In another words..."

"They want she die on her wedding day. Is it?"

Hanis menghela nafas.

"Exactly. So, prepare all the clans. Aku dah highlightkan tempat berpotensi untuk dia berpangkalan. Nanti aku bagi."

Ray hanya menjawab, 'hm' kemudian senyap.

"Hanis."

"Yes."

"Take care. Aku nak kau balik hidup-hidup lepas semua ni selesai."

Hanis hanya ukir senyum nipis.

"Don't worry. I won't die easily, at least without a fight."

Hanis menggeleng seketika saat teringat perbualan bersama Ray. Naluri seorang wanita biasanya betul, dan dia dapat rasakan akan ada sesuatu buruk menimpanya.

"Cik Hani."

Hanis angkat wajah. Planner ditutup.

"Yes, Zaf?"

Zafri tersengih.

"Bos panggil." Hanis menjengahkan kepala ke belakang Zafri.

"Mana dia?"

"Lobi."

Hanis mengangguk. Dia terus keluar dari pejabat Hyde lalu melangkah ke arah lif. Dari ekor matanya, dia dapat melihat dua orang pekerja perempuan berada di sebelahnya. Tapi, dia hanya buat tidak endah.

"Eh, tu ke PA sementara Tuan Syed?"

"Haah lah. Itu lah dia. Nak kata cantik, tak. Buruk adalah. Nerd pulak tu. Macam manalah Tuan Syed boleh terima dia sebagai PA? Mengejut pulak tu."

"Iya weh, lepas tu dia duduk dalam pejabat yang sama dengan Tuan Syed! Eee, aku rasa dia nak menggatal dengan bos kita tulah!"

"Eee, muka buruk tapi ada taste dekat lelaki kaya! Dasar kaki kikis!"

Hanis menahan dirinya daripada tersenyum sinis. Sebaik saja lif terbuka, dia terus masuk ke dalam dan menyekat laluan dua staf itu yang mahu masuk ke dalam lif itu juga.

"Jangan naik lif ni. Nak ke duduk satu lif dengan kaki kikis? Jijik kan?"

Dua staf itu tercengang di hadapan pintu lif yang telah tertutup.

"Berani eh dia! Tunggu lah nasib kau!"

Hanis menghela nafas. Keputusan Hyde yang mengejut itu telah membuatkan ramai pekerja di hotel itu, bersikap negatif terhadapnya. Namun, tidak termasuk Daniel Zafri, setiausaha Hyde. Yalah, masuk temuduga sebagai cleaner tiba-tiba dapat PA pula. Hanis hanya mendiamkan diri dan buat tidak endah dengan kata-kata mereka.

Sebaik saja lif sampai, Hanis terus melangkah keluar dan menuju ke lobi.

"Muka tak tau malu! Dasar perempuan murahan!"

"Aku ni lelaki jugak, jijik weh tengok muka dia ni. Macam pelacur! Entah apa dia buat kat bos aku tak taulah."

"Aku gelilah tengok muka dia. Tolonglah berambus cepat sikit dari hotel ni! Mencemarkan imej Tuan Syed je."

Hanis mengetap bibir. Memang aku dah nak keluar pun.

Dia terus berjalan dan menayang muka selamba. Sebaik saja nampak kelibat Hyde yang elok duduk memerhatikan langkahnya, dia terus mengukir senyum.

"Hyde."

Hyde mengangkat anak matanya. Pandangannya tajam, tidak redup seperti selalu.

"Macam tu pekerja I layan you selama ni?"

Hanis senyum.

"Hyde, nothing much lah. Lebih daripada tu I dah rasa."

"Ini hotel I, you bekerja dengan I, jadi you di bawah tanggungjawab I. Apa I nak jawab dengan keluarga Carls' dan keluarga you nanti kalau tau benda ni?"

Hanis masih lagi tersenyum. Tersentuh hatinya melihat Hyde ambil berat tentang dirinya.

"Trust me Hyde, I'm totally fine."

"No, I tak percaya. Lepas ni, kalau nak pergi mana-mana, jangan seorang diri. Suruh I atau Zaf temankan you," kata Hyde.

Hanis mengerutkan dahi.

"Kenapa pulak? I bukan budak kecil lah."

"Nanti kalau ada orang apa-apakan you macam mana? Apa I nak jawab dekat siblings you nanti? Ke you nak I panggil one of your siblings datang sini temankan you?"

Mata Hanis terus membuntang.

"Eh tak payah. Haish, yalah. I malas nak gaduh."

Hyde senyum nipis.

"Macam nilah Luna I. Good girl. Jom."

"Pergi mana?"

"Makan. Jangan banyak cakap. I bos. Pandai lah I fire diorang nanti guna mata I ni kalau diorang jeling you."

Dan Hyde benar-benar mengotakan kata-katanya. Ada saja pekerja yang menjeling Hanis, Hyde akan mencerlung tajam.

"Aku bayar gaji kau bukan untuk mengumpat aku. Ke kau nak rasa gaji terakhir kau untuk bulan ni?"

Apabila Hyde membuat announcement yang kedengaran agak kuat, semua pekerja di situ terus diam membatu. Jarang Hyde melampiaskan amarahnya terhadap pekerja-pekerjanya kerana dia seorang yang profesional dalam menggalas tanggungjawabnya sebagai CEO hotel itu.

"Listen. She's under my responsibility. Yes, ini keputusan mengejut aku hire dia sebagai PA sementara aku. Tapi, ini keputusan aku. Kenapa kau nak pertikaikan kenapa dia kerja dengan aku? Kau ke aku bos kat sini? Kau ke yang menilai kelayakan dia untuk kerja kat sini? Kelayakan apa? Kelayakan untuk berdiri sebelah aku? Heh. Aku tak ajar pekerja aku untuk jadi biadab dan suka mengumpat. Jangan sampai satu masa nanti kau menyesal dengan apa yang kau buat."

Hanis tersenyum nipis.

"Let's go, Luna."

Hyde ini, jejaka yang sukar dijangka.

×××

carls' inheritors 🔫

Twin kesayangan ❤
Gais

Baju dah siap gais

Kayla call aku tadi cakap kita boleh ambik baju dalam masa terdekat ni

Will do, Elena

Izmeer Bongok
Fael kalau datang butik setakat nak mengorat anak dara orang, baik tak payah ikut

Biar aku dengan adik adik aku je ambik

Aku tak boleh percaya miang kau ni

Izzat Sendu
Ha betul tu bang long!

Bang Fael dah mengada sangat ni

Isyraf Nerd
HAHAHAHAHA

sian kau fael, takde chance nak mengorat dia

Kayla tu cantik bro

Enough lah guys

Aku kat depan mata ni pun

Still nak membawang dalam group ni

Ada yang kena luku kejap lagi

Erfan menggelengkan kepala. Wajah diangkat melihat tiga beradik di hadapannya ini.

"Aku panggil korang ke sini bukan untuk mengumpat aku dalam group."

Izmeer tersengih. Isyraf hanya menunjuk isyarat 'peace'. Izzat pula membuat muka selamba.

"Okay, let's be serious. Kenapa kau panggil kitorang ke sini?"

Soal Rayfal, yang elok duduk sambil bersilang kaki.

Alpha, Knights, Ray, Hazel serta adik beradik Hanis.

"Okay, complete. Except Elena. Let her be. Aku tak nak kacau dia. This is about Elena and Hanis. That's why aku tak suruh korang ajak diorang untuk join."

Hafiey tersentak.

"Hanis dalam bahaya? Seriuslah Erfan?"

Erfan mengangguk.

"Ray, kau dah dapat kan pelan yang Hanis bagi?"

Ray mengangguk.

"Memang tempat yang dia highlightkan tu, berisiko. Dan berkemungkinan jugak, perisik BD dengan RE tau pasal penyamaran Hanis," kata Ray.

Hafiez mengeluh. Hariez sudah meraup wajah.

"Sebab tu, aku susah nak lepaskan dia bila dia cakap nak kerja kat hotel tu untuk sementara waktu," kata Hazriq.

"Tapi jangan risau, Hyde ada. I put my trust on him. Dia akan jaga Hanis. Lagipun, Ray dengan Hazel akan duduk kat hotel tu seminggu sebelum wedding. Dan aku ada letak anak buah aku untuk perhatikan Hanis."

Kata-kata Erfan membuatkan hati keempat-empat jejaka itu menghela nafas lega.

"Bila kau cakap macam tu, aku rasa tenang sikit lah. Tapi dia tu kakak aku, aku rasa macam nak je pergi situ," omel Hariez.

"Hariez, kau sayang dia kan? Percaya dekat kakak kau, she'll be fine," kata Aryan.

Hariez tersenyum nipis.

"Untuk Hanis, kita ada backup daripada WRF korang jangan risau. Untuk Elena pulak, Knights boleh jaga kan?"

Knights mengangguk.

"No problem. Aku pun malas nak duduk Itali lama-lama. Asyik handle syarikat je, bosan aku." Arieq membebel.

Erfan hela nafas.

"Let's just hoping that everything's gonna be fine. Aku tak nak semua cedera. Kita kena pastikan plan kita ni berjalan lancar kalau tak, ada nyawa akan melayang masa wedding tu."

Izmeer, Isyraf dan Izzat mengangguk serentak.

Aryan, Rayfal dan Arieq hanya tersenyum nipis.

Hafiey, Hazriq, Hariez dan Hafiez hanya mendiamkan diri, mengharapkan agar semuanya baik-baik sahaja.

Tanpa mereka sedar, ada mata-mata yang memerhati gerak geri mereka.

"Sir, they're planning something."

"Keep your eyes on them."

"Aye sir."

Hazel hanya diam membatu. Anak matanya tajam merenung ke arah suatu sudut. Rahangnya diketap kuat.

I'm not going to let you ruin their plan easily, assholes!

vote and comment! ❤

Continue Reading

You'll Also Like

230K 9.2K 34
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan b...
37K 4.6K 6
Siri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.
55.4K 3.6K 41
Ian Fayyaz 🤍 Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semu...
942K 30K 68
Fayadh Omar , mempunyai sifat dingin dan tidak suka membuang masa dengan perkara yang baginya tidak berfaedah seperti 'perempuan'. Baginya mempunyai...