End Of Love ✓

By Iqa_Dean

44.5K 1.2K 57

"Sebenarnya saya sukakan Hazel" - Tengku Syamil ------------ "Boleh tak awak janji yang kalau saya tak ada,aw... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Part 42
Part 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Epilog

Bab 21

656 17 0
By Iqa_Dean

"Please don't leave me"

Hazel di belakang pintu wad hanya mampu mengalirkan air mata mendengar suara Syamil merayu memanggilnya kembali.

Hazel menekup mulut untuk menghalang dari mengeluarkan suara.Suara Syamil seperti serak-serak.Syamil menangis?Dia tak sanggup untuk berdiri di situ.Dia terus meninggalkan tempat tersebut dengan menundukkan kepala tanpa menyedari dia sudah berselisih dengan Tengku Zairul.

Tengku Zairul yang mula mula tak perasan kerana leka bermain telefon terpaku.Dia seperti kenal bau minyak wangi orang yang baru sahaja berselisih dengan nya.Dia menoleh.Dia tak nampak sesiapa pun yang nampak seperti Hazel.Perasaan aku je kot.Bukan Hazel sorang pakai minyak wangi tu.Getus Tengku Zairul lalu menyambung langkah.

Sampai sahaja di depan pintu wad,dia mendengar suara seseorang menangis.Dia menekup telinga ke pintu untuk mendengar dengan lebih jelas. Sah dari bilik ni.Tak kan Syamil?Mamat tu mana pernah nak menangis. Dia pandang pintu wad, dia pandang sekeliling.Aku tak salah tingkat,tapi serious la Syamil yang menangis?Tak suka buat andaian,dia terus saja masuk ke dalam wad dan terpaku.

Dari pintu wad dia boleh nampak Syamil menangis.Dia segera mengambil tempat di sisi Syamil.

"Wei asal wei?Tak pernah pernah kau menangis.Tiber hari ni menangis.Asal?"mata merah,muka lesu.Itu apa yang dia nampak di muka Syamil sekarang.

"Hazel"
"Ha?"
"Hazel tinggalkan aku."
"Di..dia tinggalkan kau?Means dia dah putus dengan kau?Kau biar betul?"
"Maksud aku dia tinggalkan aku.Dia tak nak datang sini dah after this."
"Tapi kenapa?"
"Sebab aku tak nak terus terang dekat dia pasal penyakit aku"

Tengku Zairul terus terduduk di kerusi dan mengeluh kasar."Aku dah cakap awal awal kan jangan sorok benda ni dari Hazel?Kau kena faham perempuan ni kita sorok apa pun bila dia dapat tahu cara dia layan kita macam kita dah curang dengan diorang.Kau tak nak dengar.Sibuk dengan 'tak nak sesiapa sedih kau' tu.Tengok sekarang apa jadi?Haih"

Dah berbuih buih mulut Tengku Zairul nasihat Tengku Syamil.(selama ni dok pakai 'Syamil' je ada jugak yang sis lupa dia Tengku🙈)Jangan sorok benda ni tapi nak jugak disorok.Kan Hazel merajuk.Siapa nak pujuk?

"Aku tak nak dia sedih je.Cuba kau bayangkan,first time dia tengok aku macam ni dia dah pengsan,2 minggu aku terlantar,dia dah sampai bengkak mata macam tak boleh bukak dah.Sebab apa?Sebab menangis banyak sangat.Cuba kau bayangkan kalau dia tahu pasal penyakit aku?"

"Habis tu cuba kau fikir apa jadi kat dia bila kau dah tak ada?At least kalau dia tahu sekarang,dia always ada dengan kau.Sekarang?Apa pun tak ada.Belum apa dah tinggalkan kau macam tu je."balas Tengku Zairul.

Syamil terdiam.Tak tahu nak cakap apa.

"Dah la kau heret aku sekali tipu dia.Kau nak suruh aku jaga dia tapi in the same time kau ingat dia nak dekat dengan aku yang dah tipu dia?Mimpi lah"Tengku Zairul mendengus.Dia kenal Hazel.Hazel paling pantang penipu.Lagi lagi kalau yang ditipu tu dia sendiri.

"Aku malas nak nasihat kau,kau pun dah besar so fikir sendiri la eh.Aku tak nak campur"Tengku Zairul sudah ingin berlalu sebelum Syamil berkata

"Kau jangan berani berani nak bagitahu apa apa dekat Hazel."

Tengku Zairul mengeluh.Mamat ni degil nauzubillah."Suka hati kau".

Tengku Syamil hanya melihat tubuh Tengku Zairul menghilang disebalik pintu.

*******

"Weh Hazel jawab la phone tu!Bising gila"marah Mai.Mana tak,ni dah masuk kali kelima phone Hazel berbunyi tanda ada orang call.Kalau lagu kpop ke lagu ballad ke okey la jugak.Ini lagu rock.Bising gila.

Hazel menjeling Mai dari meja makan.Lama.Sehingga Mai tak pandang Hazel dah.Setelah puas menjeling dia hanya berkata "biar je lah".

"Kot ye kau tak nak jawab at least mute la.Dah la pakai lagu rock"Mai masih merungut even dia dah tak memandang dan meninggikan suara kepada Hazel.

Hazel buat bodoh je dan sambung makan nasi campur yang dibeli lepas balik dari hospital.Mai dah mengetap gigi tanda sakit hati.Minah ni buat bodoh pulak.Aku campak phone ni kat dinding baru tahu.

Akhirnya phone Hazel berhenti berbunyi.Kemudian berbunyi lagi sekali.

"Ya Allah!!!"seru Mai sebelum dia mencapai phone Hazel dengan niat nak menjawab.Sekilas dia melihat orang yang tak putus asa nak call Hazel tu.

❤Syamil

Mata Mai membulat.Bila masa mamat ni sedar?Dia bukan terlantar ke?Belum sempat dia menekan ikon butang hijau phone tu dirampas dari tangan nya.

"Kau tak payah sibuk boleh tak?Siapa suruh kau jawab call tu?Sibuk je."marah Hazel kemudian terus menyorokkan phone di bawah sofa setelah di 'mute' kan.

"Sejak bila Syamil sedar?Kau tak bagitahu aku pun?"Mai berpusing menghadap Hazel memandang kan meja makan yang membelakangi dia.Mai tidak kesah bila Hazel marah dia.Dia nak tahu pasal Syamil je sekarang.

Hazel memutarkan bebola mata ke atas sebelum menjawab "pagi tadi".

"Lepastu asal kau tak tengok dia?Bukan kau stay situ sampai pukul 5 ke?Ni apahal baru pukul 1 dah ada kat sini?Bukan kau ke yang nak sangat tunggu dia sedar?Ni dah sedar asal kau balik cepat sangat?"

Hazel yang memang tengah tak ada mood terus bangun.

"Yang kau sibuk sangat nak tahu kenapa?Nak tahu sangat pergilah tanya mamat tu sendiri!Apa yang dia buat!Tanya aku buat apa?Kacau orang nak makan sial."Hazel terus berlalu membawa pinggan ke tingkat atas.Dia nak makan kat bilik dia.Jauh dari gangguan.

Mai yang tergamam melihat Hazel mengamuk terus terdiam.Dia melihat kelibat Hazel menghilang sebelum dia ambik keputusan untuk call Syamil sendiri.Tapi dia tak ada nombor Syamil.Phone Hazel!Dia pun melilau mencari telefon milik Hazel.Setelah 5 minit mencari akhirnya dia jumpa jugak di bawah sofa.Dia membuka phone Hazel untuk mengambil nombor Syamil.

"Aduh ada pin code pulak anjing ni"

Dia cuba meneka."Nama Hazel kut?"

Fail.

"Nama Syamil?

Fail.

"Dah tu apa benda?Haih"Dia mengeluh.Kemudian dia tengok wallpaper phone Hazel.Gambar Brendon Urie.

"Nama Brendon?"

Berjaya.

"Heh,senang sangat minah ni punya pin code"

Dia terus menyambung kerja nya.Dia menghantar nombor Syamil ke nombor nya sendiri.Setelah selesai dia pun call Syamil tanpa bertangguh.

"Hello ni Syamil ke?"

"Ye ni siapa?"

"Ni Mairah kawan Hazel.Ni aku nak tanya kau dah sedar,kenapa Hazel tinggalkan kau?Kau buat apa kat dia?"

"Err..cerita dia macam ni..."

Mai terus mendengar dengan teliti.

*******

IF YOU LOVE ME LET ME GO~
IF YOU LOVE ME LET ME GO~
CAUSE THIS WORDS ARE KNIVES AND OFTEN LEAVE SCARS
THE FEAR OF FALLING APART
TRUTH BEEN TOLD I NEVER WAS YOURS
THE FEAR OF FALLING APART

Hazel yang sedang khusyuk berkaraoke sambil melipat kain baju yang berlonggok setelah habis makan hanya buat tak endah pada Mairah yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik dia.Dia hanya menjeling sekilas sebelum sambung berkaraoke sorang sorang.

"Weh"

Hazel tak dengar.Pakai earphone gamaknya.

"Weh"

Still tak dengar jugak.

Last last Mai ambik satu baju,dia gumpal  lepas tu dia baling dekat Hazel.

Pap!

Tepat kena muka.

"Hesyh kau ni kenapa tak reti nak elok elok ke?Tadi kacau aku makan ni aku nak menyanyi nak lipat kain pun kau nak kacau?Kau tak ada kerja ke?"Marah Hazel sebelum mencabut earphone dari telinga.

Mai again dia buat bodoh je dengan kata kata Hazel.

"Ni aku nak tanya kau kenapa tinggalkan Syamil?"

"Aku rasa tadi aku dah tinggalkan phone aku kat bawah.Kau mesti dah ambik nombor Syamil dari phone aku kan?Mesti kau dah call kan?Nak tanya apa lagi?"

Mai terkedu.Mana Hazel tahu?

"Mana kau tau aku dah call dia?"

"Kalau kau tak call,tak ada nya kau nak naik sini tanya pasal benda tu lepas setengah jam.And kalau kau belum call pun,kenapa kau bawak phone aku naik sekali?Nampak sangat kau dah guna phone aku tadi kan?"Dia menjeling tangan Mai yang  memegang phone dia dan phone milik  Hazel.Nampak sangat gigih dok cari mana dia letak phone sampai boleh bawak naik atas.

Mai terdiam.Obvious sangat.

"Ni aku nak tanya kenapa kau tinggalkan Syamil dekat wad?"

"Weh kalau kau semata mata nak datang sini,kacau aku dengar lagu,kacau aku menyanyi,kacau aku lipat kain dengan soalan bodoh kau tu,baik kau masuk bilik kau"kata Hazel sebelum menyambung lipat kain tapi tak memakai semula earphone.Dia tahu Mai mesti nak memekak lagi.

"Aku nak tahu je ke..."

"Tak sekarang ni kau dah call Syamil,kau dah tau KENAPA aku blah dari situ.So sekarang ni kau datang sini just nak tanya lagi sekali KENAPA aku blah dari situ?Kenapa?Nak 'kepastian'?"Hazel segera memintas percakapan Mai.Malas nak dengar.

"Tak yang kau ni asyik nak marah orang dari tadi kenapa?Kau gaduh dengan Syamil gaduh je lah tak payah la libatkan aku sekali.Tiber nak bad mood."Mai dah berasap.Orang tanya elok elok nak melenting.Hazel sebelum ni even tak ada mood dia still layan kawan dia elok elok.

"Kau dah tau aku tak suka orang kacau aku kalau aku tengah bad mood kan?Yang kau still datang sini tanya macam macam even dah terang lagi bersuluh aku tengah bad mood?"balas Hazel.

Mai diam.Dia lupa Hazel memang akan baran kalau orang kacau dia masa bad mood.

"Okay la aku malas nak masukkan kau dalam hal aku so sekarang ni kau datang sini bukan nak tanya KENAPA pun kan?Kau just datang sini nak nasihat aku macam macam kan?Go ahead."Hazel terus menyambung kerjanya yang tergendala.

Tanpa berlengah,Mai terus berkata.

"Kenapa kau nak tinggalkan Syamil just sebab dia tak nak bagitahu kau tentang penyakit dia?Nak sentap sebab Syamil tak nak share rahsia dia dengan kau?Ke kau just nak jadi typical awek yang mesti nak jadi orang yang paling tahu pasal bf?"

Pedas.Sangat pedas sindiran Mai pada Hazel.Hazel hanya terdiam buat buat fokus pada kerja dia padahal hati dah rasa lain.

"Kau fikirlah sikit,dia tak nak bagitahu kau mesti ada sebab dia.Kau ingat dia tu jenis yang nak buat benda membuta tuli ke?Nak melamar kau pun ambik masa berbulan bulan.Inikan pulak benda macam ni.Lagipun yang kau nak marah sangat kenapa?Dia sorokkan penyakit dia bukan dia sorokkan girlfriend lain ke apa.Cara kau marah dia macam dia ada gf lain belakang kau"sambung Mairah.

Hazel masih diam.

"Lagipun cuba kau fikir logik kenapa dia tak nak bagitahu kau.Try to think.Maybe dia tak nak kau sedih ke apa.Yelah kau tu memang la baran tapi kalau bab bab macam tu memang kau lah yang first menangis kan?Remember first time kau nampak dia atas katil hospital,apa reaction kau? Kau pengsan kan?Tu baru kau NAMPAK dia terlantar.Ni kalau kau tahu penyakit dia?Aku rasa mesti kau meninggal kat situ jugak.Tak pun dia tak nak kau hilang fokus masa kerja ke apa.Memanglah boss kau sepupu dia.Tapi tu tak jadi lesen untuk kau tak fokus dalam kerja.Kerja is kerja.Tengok kau sekarang,belum apa apa kau dah bad mood nak marah marah orang.Kalau kau dekat office?Mahu nya kau kena kutuk seminggu."

Hazel masih lagi diam.Dia tak nak bercakap langsung.Tapi kali ni tangan dia sudah berhenti melipat kain.Mai mengeluh melihat Hazel yang degil tu.Ego.

"Aku malas nak nasihat banyak sangat tapi satu je lah nak cakap kan.Cuba fikir dulu before kau buat something.Selidik.Tanya.Bukan terus nak marah.Dah lah aku balik bilik aku dulu."kata Mai sebelum keluar dari bilik Hazel.

Sebaik sahaja Mai keluar dari biliknya.Hazel terus menunduk menghadap baju yang belum dilipat.Setitik demi setitik air mata jatuh pada baju tersebut.

Salah aku ke?

Continue Reading

You'll Also Like

646K 54K 32
"Excuse me!! How dare you to talk to me like this?? Do you know who I am?" He roared at Vanika in loud voice pointing his index finger towards her. "...
9.9M 644K 75
Yaduvanshi series #1 An Arranged Marriage Story. POWER!!!!! That's what he always wanted. He is king of a small kingdom of Madhya Pradesh but his pow...
1.3K 664 14
| Completed | "but I'm already in love with you, why do you have to leave me so fast?" "I have fallen in love with you too.." "It won't feel the same...
10.6K 308 9
Jessica and Madison got lost after a horde took over the farm. After a few months on their own they come across a town called woodbury. Madison was a...