End Of Love ✓

By Iqa_Dean

44.5K 1.2K 57

"Sebenarnya saya sukakan Hazel" - Tengku Syamil ------------ "Boleh tak awak janji yang kalau saya tak ada,aw... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Part 42
Part 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Epilog

Bab 20

687 22 2
By Iqa_Dean

Hazel sedar semula.Namun dia tak mampu nak bangun.Dia kemudian menangis sendirian.Tiba tiba pintu wad nya terbuka.Dia segera lap air mata yang tumpah.

Tengku Zairul masuk diikuti Anne di belakang yang still takut kalau Hazel mengamuk.

Tengku Zairul bagi senyuman yang boleh mencairkan hati semua wanita kecuali Hazel.Dia bertanya

"so how Hazel?Okay tak?Sorry la sebab aku terpaksa panggil doktor suntik kau.Kau..ganas sangat tadi"

Hazel hanya tertunduk.Malu dengan diri sendiri.Mesti boss dia dah nampak sisi ganas dia.Anne yang sudah yakin Hazel tidak akan mengamuk terus menyampuk

"Tulah tu.Kau dah la tarik rambut aku pastu pulas tangan aku.Sakit kau tau tak? Kuat gila kau.Kau ada belajar taekwondo ke apa ke doh?"Anne sebenarnya ada tak puas hati sikit dengan Hazel sebab ganas dengan dia tadi.Tapi dia faham keadaan Hazel.

Hazel hanya mampu tersengih dengan muka bersalah

"Sorry la aku pon tak expect aku macam tu sekali.Mana tangan kau tu?Meh aku tengok"pujuk Hazel.Dia tahu salah dia.Dia boleh nampak kesan lebam di lengan Anne.

"Sorry again.Aku tak sedar sangat masa tu.Okay so aku dah sedar ni,dah relaks,boleh tak bawak aku jumpa Syamil?Aku nak sangat jumpa dia.Aku nak tahu keadaan dia.Aku tak sempat tahu pun kenapa dia ada kat sini.Please?"pinta Hazel yang sememangnya dari tadi menahan air mata untuk keluar semula.

Tengku Zairul dengan Anne saling berpandangan sebelum mereka mengeluh kecil.

*******

Anne membantu Hazel memapah dia yang masih lemah sebab pengsan dua kali berturut-turut untuk ke wad Syamil.

Sampai sahaja di dalam bilik Syamil,dia terus duduk di sisi Syamil dan menangis di situ juga.Dia sangat rindukan Syamil.Dia menggenggam erat tangan Syamil yang masih tidak sedarkan diri dan berkata pada Syamil, lebih kepada cakap sorang sorang

"Awak,awak kenapa sakit tak bagitahu saya?Awak tahu kan saya risau.Chat tak balas.Call tak angkat.Awak tahu tak saya dah macam kucing hilang anak bila awak hilang macam tu je?Saya rindukan awak.Awak sakit apa?Kenapa boleh terlantar macam ni?Awak bangunlah.Awak dah janji kan untuk always ada dengan saya?Mana janji awak tu?Awak bangunlah jangan la buat saya macam ni."Hazel dah meratap di tepi Syamil.

Anne dan Tengku Zairul hanya mampu menunduk mendengar kata kata Hazel.Sedih.Siapa je tak sedih bila orang tersayang terlantar sakit tanpa tahu kenapa?

Hazel memalingkan wajah ke arah Tengku Zairul untuk bertanya.

"Boss, Syamil sakit apa boss?Kenapa dia boleh terlantar macam ni sekali?"

Tengku Zairul menjawab tanpa memandang terus ke anak mata Hazel

"Ta..tak tahu la dia sakit apa sampai macam ni sekali.Dia just cakap dengan aku dia sakit je."100% tipu.

Hazel pandang Tengku Zairul dengan pandangan curiga.Amat curiga

"Tak akan tak tahu?Boss best friend dia,mesti dia bagitahu boss kalau dia ada sakit serius ke apa.Ni mana mama,papa,kak Fira and Sofea?Diorang family Syamil kan kenapa diorang tak lawat Syamil?"

"Syamil tak bagi aku bagitahu family dia.Dia cakap dia tak nak diorang risau.Sepatutnya kau tak boleh tahu tapi aku tak sanggup tengok Syamil yang kadang kadang ada meracau nama kau so aku bawak la kau datang sini"Tengku Zairul terpaksa berterus terang sedikit untuk mengalihkan perhatian Hazel daripada menyoalnya tentang penyakit Syamil.

Berjaya.

"Kenapa pulak dia tak nak family dia tahu? Family dia patut tahu"

"Aku mintak tolong kau untuk tak bagitahu apa apa dekat family Syamil.Please,hormat permintaan dia."

Hazel terdiam.Kalau itu yang Syamil nak,dia terpaksa akur.Dia kemudian kembali memegang tangan Syamil dan merenung wajah Syamil yang agak pucat tanpa mempedulikan langsung dua orang yang turut ada dalam bilik tu.Air mata jatuh semula tanpa diminta.

*******

Setelah hampir dua minggu berulang alik melawat Syamil yang tidak sedarkan diri,akhirnya Syamil sedar juga.

Hazel yang ketika itu sedang menggenggam tangan Syamil sambil memerhati kan Syamil yang tidak sedarkan diri.Rutin dia sejak first time lawat Syamil.Dia akan datang setiap kali ada masa melawat dan dia jugak la yang stay dekat hospital setiap malam.Puas ditegah tapi Hazel si kepala batu mana dia nak dengar?

"Awak,bila awak nak sedar?Awak tak kesian ke dekat saya?Saya dah macam orang gila cakap dengan awak sorang sorang tapi awak tak balas pun.Bangun la awak boleh teman saya cari baju pengantin.Awak?"

Secara tiba tiba dia merasakan tangan yang menggenggam tangan Syamil seperti digenggam semula.Dia secara spontan memerhatikan tangan Syamil dan mata Syamil silih berganti.Tangan Syamil bergerak gerak dan matanya seperti nak terbuka.Dia sabar menunggu sehingga mata tersebut terbuka.Penantian selama 2 minggunya memang tak sia sia.Syamil dah sedar.

*******

Orang pertama yang Syamil nampak masa dia buka mata,tak lain tak bukan,Hazel.

Dia terus tersenyum memandang wajah Hazel.Tak dinafikan dia memang rindu dengan wajah tu.Rindu nak tengok Hazel tersenyum macam biasa.Senyum yang boleh buat dia tak tidur malam.

Tapi apa yang dia nampak sekarang wajah Hazel yang agak sembap,tak bermaya dan mata yang bengkak sebab menghabiskan masa menangis.

Kenapa sampai macam ni sekali?Awak dah janji untuk tak sedih dan terus move on kalau saya tak ada.Tapi saya baru terlantar sekejap awak dah sedih sampai mata bengkak semua ni? Syamil tak mampu untuk luahkan semua apa yang dia fikir.Dia hanya tunggu Hazel untuk berkata kata dulu.

Hazel yang masih terlalu gembira dan sedih tak mampu bercakap.Setelah seminit,baru dia memberi reaksi dengan berkata"Saya pergi panggil doktor"dan terus meluru keluar dari wad dengan tangan yang menggigil(apakah?)

Hazel hanya dapat masuk setelah doktor selesai periksa Syamil.Dia dilaporkan dah agak stabil walaupun masih lemah namun doktor masih tak nak bagitahu dia apa penyakit Syamil.Orang tanya tu jawab la ini tak,'minta maaf cik saya tak boleh bagitahu'.Sibuk dengan maaf dia.Ingat aku kesah ke?Orang tanya lain dia jawab lain.Ada gak yang aku tanam hidup-hidup kang.

Sebaik sahaja doktor keluar,Syamil diberikan pandangan tajam yang buat Syamil tak senang duduk.Pandangan nak bunuh orang.

"Baik awak bagitahu saya sekarang awak sakit apa.Boss tak nak bagitahu saya, doktor tak nak bagitahu saya.Kenapa?Awak sakit apa sampai kena sorok sangat?"

Syamil senyum dan menjawab dengan suara lemah"tak ada apalah saya sakit biasa je ni.Awak tak payah risau la."

"Tak payah risau?Ni yang awak terlantar nak bercakap pun susah lepastu awak boleh cakap TAK PAYAH RISAU?"suara Hazel sudah naik satu oktaf.Siapa tak mengamuk doh bila orang yang baru sedar dari terlantar macam koma suruh dia tak payah risau?

Syamil hanya tersengih buat muka tak bersalah(memang dia ni tahu nak tersengih je dari tadi)

"Saya dah sedar kan?Ni mana Zairul?"cuba alih topik

"Ouh saya terlupa nak bagitahu dia awak dah sedar kejap saya call dia"Hazel terus berlalu keluar untuk call Tengku Zairul.Boleh je call kat situ tapi dia tak nak Syamil nampak lagi air mata dia yang dari tadi dia tahan.Tak tahulah kenapa dia asyik nak menangis je sejak Syamil dekat hospital.

Sebaik sahaja selesai call Tengku Zairul,Hazel masuk semula ke dalam wad Syamil dan duduk di sisi katil Syamil lalu memegang tangan Syamil.Dia memandang Syamil tepat ke mata tanpa niat langsung untuk sorokkan mata dia yang merah.

"Awak,cuba awak bagitahu saya awak sakit apa?Sampai terlantar macam ni?Hm?"kali ini Hazel cuba cara lembut.

Syamil tahu taktik Hazel.Dia menjawab dengan tenang "saya sakit biasa je lagi 1 ke 2 bulan elok lah nanti.Awak jangan la risau sangat.Saya okey."

Hazel menundukkan kepala memandang ke bawah.Lama.

"Hazel?"

"Macam mana awak boleh suruh saya untuk jangan risau?First time saya datang,saya pengsan.Kenapa?Sebab saya takut tengok awak dengan semua wayar dekat badan awak.Orang yang sakit biasa tak akan sampai macam tu sekali.Awak sakit apa?Kenapa awak tak nak bagitahu saya?Awak tak nak saya takut bila saya tahu pasal penyakit awak?Awak rasa kalau saya tahu pasal penyakit awak nanti saya jauhkan diri dari awak?Ha?Itu ke apa yang awak fikir pasal saya?"Hazel mengangkat kepala memandang Syamil semula.Mata dia bengkak dan merah semula.

Syamil tergamam.Dia tak tahu macam mana nak terangkan dekat Hazel.Hazel dah salah faham.Dan satu satu nya cara yang ada untuk betulkan salah faham tu hanya dengan berterus terang.Dia tak boleh buat macam tu.Dia cuba meraih semula tangan Hazel yang ditarik.

"Aw..awak awak dengar dulu saya nak cakap apa.Salah faham je.Saya tak pernah fikir awak orang yang macam tu.Please"dia sanggup merayu janji Hazel tak tinggalkan dia sebab dia boleh nampak Hazel seperti ingin meninggalkan nya.Mungkin kerana berasa diperlekehkan?

Hazel bangun dari kerusi dan terus mencapai beg tangan di meja disitu sebelum melangkah ke pintu keluar.Tapi ada tangan yang menghalang.Tangan Syamil.

"Awak nak pergi mana?Awak nak tinggalkan saya?Semata mata sebab saya tak nak terus terang?"

"Saya nak balik."

Dia merentap tangan yang dipegang Syamil sebelum kembali melangkah keluar.

"Hazel!Hazel! please!jangan tinggalkan saya!Tolong.Saya merayu.Jangan tinggalkan saya waktu macam ni.I need your support."Syamil cuba memujuk Hazel.

Hazel terhenti dimuka pintu.Dia berpaling dan berkata

"How i want to support you for the things that i don't even know?"Hazel kemudian terus keluar dari wad tersebut.

Syamil tergamam.Dia tak percaya yang tindakan dia akan memakan dirinya sendiri.Setitik demi setitik air mata dia jatuh.For the first time.

"Please, don't leave me."

Continue Reading

You'll Also Like

65.4K 4.1K 31
[FANTASY] Larriance sebuah negara yang dijuluki dengan kemodenannya, kemegahannya, kekayaannya. Jauh dari kemondenan negara itu terdapat satu desa ke...
1.2K 56 8
Twins both different looks 5 yrs old twins have been abused and mistreated but the only thing they care about is themselves the twins passed away du...
10.2K 675 98
Corazon + Sensacion ♥ Writing emotion and feeling. Movin' on, Letting go.🍃 Strong, like Wonder Woman.
9.9M 646K 75
Yaduvanshi series #1 An Arranged Marriage Story. POWER!!!!! That's what he always wanted. He is king of a small kingdom of Madhya Pradesh but his pow...