The Chaos After You

By mac_axil

2.6K 45 21

Ariana Natasya kecewa saat kekasih hatinya berkahwin dengan kakak kandungnya sendiri tanpa rasa bersalah. Suk... More

-Cp 1-
-Cp 2-
-Cp 3-
-Cp 4-
-Cp 5-
-Cp 6-
-Cp 7-
- Cp8 -
-Cp 9-
-Cp 10-
-Cp 11-
-Cp 12-
-Cp 13-
- Cp 14-
-Cp 15-
-Cp 16-
-Cp 18-
-Cp19-
-Cp 20-
- Cp 21-
-Cp 22-
-Cp 23-
- Cp 24 -
-Cp 25-
-Cp 26-
- Cp 27-
-Cp 28-
-Cp 29-
- Cp 30-
-Cp 31-
-Cp 32-
-Cp 33-
- Cp 34-
-Cp 35-
-Cp 36-
-Cp 37-
-Cp 38-
-Cp 39-

-Cp17-

68 1 1
By mac_axil


< You are the source of my joy, the center of my world and the whole of my heart.>


" Papa.."

Helmi yang sedang menaip sesuatu pada papan kekunci tersentak seketika tatkala terdengar suara Adrian di muka pintu. Adrian yang sedang memeluk anak patung panda menuju kea rah Helmi di dalam bilik kerja itu.

" Iya sayang."

Adrian yang sudah berada di sebelahnya terus didukung sebelum diletakkan atas ribanya. Komputer riba ditutup.

" Ibu cantik tak?"

Helmi terkedu apabila Adrian menanyakan soalan itu secara tiba-tiba. " Ha?"

" Ibu cantik tak?" Soal Adrian lagi sekali.

" Can...cantik..." Jawab Helmi teragak-agak. Namun apabila melihat gambar yang berada di tangan anaknya itu terus dia faham. Mungkin anaknya itu mahu melihat wajah ibunya secara berhadapan. Kalau diikutkan Adrian tak pernah melihat wajah ibunya kerana ibunya pergi saat melahirkannya. Jadi mungkin anaknya itu tertanya-tanya bagaimana wajah ibunya.

" Iya? Cantik macam mama?" Soal Adrian lagi.

Kening Helmi terangkat. " Ha? Mama? Mama mana ni?"

" Ala, mama yang dekat rumah opah tu." Terang Adrian. Dahi Helmi berkerut. Ariana?

" Ouh, cantik. Kenapa Adrian tanya?" Kata Helmi.

"Saja." Jawab si cilik itu pendek. Helmi tersenyum sambil mencium-cium rambut Adrian. Bau shampoo baby Johnson masih lagi melekat pada rambut anaknya itu. Mendengar soalan Adrian, terus dia terbayang wajah Ariana dan Farisha. Kedua-duanya sama-sama cantik. Tiada yang kurang, tiada yang terlebih. Cukup membuat hati tenang saat melihat kedua-dua wajah ciptaan tuhan itu.

" Ibu pergi jauh ke, papa?" Soal Adrian lagi sambil menguis-guis anak patungnya.

" Erm..Jauh...."

" Bila Ian boleh jumpa ibu?"

Sekali lagi soalan Adrian yang membuatkan dia terkedu. Helmi diam seketika sebelum menjawab soalan Adrian. " Bila Adrian dah bersedia untuk hadapi segalanya."

" Apa tu?" Adrian sudah memandang Helmi tanda tidak faham akan ayat Helmi. Helmi mengusap kepala anaknya itu.

" Satu hari nanti Adrian boleh jumpa ibu. Tapi bukan sekarang." Terang Helmi. Adrian mengangguk. Helmi tersenyum. Teringat lagi sewaktu Adrian masih kecil, Helmi mengambil banyak masa untuk sesuaikan dirinya dengan Adrian. Tambahan pula, hanya dia seorang sahaja yang menjaga Adrian. Baru dia faham kepenatan seorang ibu menjaga anak. Bukan senang nak jaga anak, kerja yang di office pun tak susah macam ni. Tapi lama kelamaan, Alhamdulillah dia berjaya menghadapi segalanya.

" Papa, bila kita nak jumpa mama?"

Helmi yang sedang termenung ke arah gambar Farisha di tangan Adrian tersentak.

" Adrian rindu mama ke?" Soal Helmi.

" Iya. Ian rindu nak main dengan mama." Kata Adrian jujur.

" Adrian suka dengan mama?" Soal Helmi lagi.

" Ian suka sangat dengan mama."

Mendengar jawapan Adrian membuatkan senyumannya terukir. Tak sangka hubungan Adrian dan Ariana akan rapat sebegitu walaupun hanya berjumpa beberapa jam sahaja.

" Mama, opah, atuk, nenek semua Ian sayang!" kata Adrian dengan teruja.

" Habis tu, papa ni? Adrian tak sayang ke?" rajuk Helmi. Terus Adrian memeluk papanya itu.

" Sayang! Ian sayang papa banyak."

" Iya? Papa lagi sayang Adrian banyak." Kata Helmi lalu membalas pelukan anaknya itu.

" Ian lagi sayang banyak!"

" Papa lagi banyak!"

" Ian lagi lagi lagi lagi banyak!"

Akhirnya gelak ketawa memecah hening suasana di dalam bilik tersebut apabila masing- masing tidak mahu mengalah.


<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3


" Ariana!"

Hampir terpelanting file yang dipegang oleh Ariana tatkala namanya diseru oleh Encik Arif. Terus dijengukkan kepalanya kearah Encik Arif.

" Iya saya...."

" Sini sekejap. " Tangannya dilambai memangil Ariana. Terus Ariana bangun dari kerusinya dan menuju ke arah Encik Arif.

" Ada apa Encik Arif?" Soal Ariana sebaik sahaja mengambil tempat di hadapan meja Encik Arif.

" Awak sanggggup tak?"

Kening Ariana terangkat. " Sanggup apa?"

" Sehidup semati dengan saya?"

Terbuntang mata Ariana mendengarnya. " Ha?"

Gila ke apa pak cik tua ni. Dah buang tabiat ke?

" Hahaha. Saya gurau je la." Balas Encik Arif dengan gelak tawanya. Seronok melihat wajah terkejut Ariana.

" Ish, Encik arif ni. Ingatkan betul-betul tadi. Baru nak pengsan sekejap." Dadanya diusap tanda lega. Ni kalau betul-betul ni , mampus kepala Encik Arif bocor kene baling dengan kerusi ni ha.

" Ni , awak boleh tak jadi penganti untuk assistant saya?"

Kening Ariana terangkat sewaktu dengar permintaan Encik Arif. Terus diangguk kepalanya. " Saya? Boleh je. Ala macam tak biasa pula Encik Arif ni."

" Bukan sementara tau. Selamanya." Kata Encik Arif lagi.

" Selamanya? Mana Kak Marsya?" Ariana yang dari tadi duduk bersandar pada kerusi terus menegakkan badannya.

" Marsya dah resign semalam. Katanya tak larat bekerja dah. Hari tu hampir-hampir dia keguguran." Terang Encik Arif.

" Iya? Ya allah. Kasihannya kak Marsya."

" Itulah. Saya sebenarnya tak mahu dia resign. Saya kata saya bagi dia cuti untuk sebulan. Tapi dia kata nanti tak adil pula. Jadi dia resign, lagipun suaminya suruh berhenti dan duduk di rumah sahaja." Terang Encik Arif lagi. Ariana mengangguk faham.

" La yeke. Patutlah selalu tengok mukanya pucat sahaja." Kata Ariana sambil terbayang wajah Kak Marsya yang hadir ke pejabat minggu lepas. Tak lama selepas itu, dia mc pula. Jadi jarang dia melihat wajah itu semenjak dua ini. Rupanya ada sebab.

" Jadi awak setuju?" Kata Encik Arif yang membuatkan Ariana tersentak.

" Saya? Tapi saya tak pandai lah Encik Arif." Tolak Ariana. Tak mahu la ambik alih jawatan tu. Macam susah sahaja.

" Apa yang tak pandainya. Lagipun awak dah ada pengalaman kan jadi assistant saya setiap kali Marsya tak ada." Pujuk Encik Arif. Ariana tersengih kambing.

" Ala tapi itu Cuma teman biasa sahaja. Bukan buat apa-apa pun."

" Its okay, Ariana. Benda boleh belajar." Kata Encik Arif.

" Tapi Encik Arif..." Ariana muncungkan bibirnya seperti memikirkan sesuatu. Tak lama itu, Encik Arif menyampuk.

" Awak tak bosan ke tiap-tiap hari hadap komputer buat calculation, collect data, kira profit apa semua tu? At least kalau awak kerja assistant manager, awak boleh cuba benda baru. Try explore benda baru Ariana. Nanti awak boleh naik pangkat, boleh pegang project. Nanti bila awak dah boleh handle project, percayalah awak pasti suka." Nasihat Encik Arif. Sebenarnya memang niat dia pun nak ambik Ariana sebagai penganti. Bukan apa, dia dah lama kerja di syarikat ini. Jadi dia tahu kebolehan dan kelemahan pekerja yang berada di sini.

" Hmmm... Ala tapi kalau jumpe client, saya takut la." Ariana sengaja mencari alasan. Tangannya menguis-guis hujung lengan bajunya.

" Itu tolak belakang. Yang penting awak yakin. Tengok macam haritu awak teman saya jumpe client Yoob Holdings. Okay je awak sampaikan information kepada dia. Tak perlu saya bantu untuk pujuk client tu pun. Awak sendiri yang berjaya menarik perhatian dia sedangkan sebenarnya itu kerja saya." Puji Encik Arif apabila teringkat akan agenda minggu lepas itu. Tak sangka akan kebolehan Ariana yang diluar jangkaan itu. Jadi ia amat menyenangkan kerjanya.

" Aduh, Encik Arif ni. Jangan lah puji. Malu saya." Kata Ariana yang tersipu malu. Ala gedik pulak dia ni.

" Jadi boleh ya?" Pujuk Encik Arif lagi.

Ariana mengigit bawah bibirnya. " Ermm... orang lain tak boleh ke Encik Arif?"

Encik Arif menghembuskan nafas panjang sebelum memandang wajah anak muda yang berada di hadapannya itu. Payah sungguh dia hendak memujuk anak muda ini. " Saya dah tanya ramai pendapat dah. Mereka semua sarankan awak."

" Ish tak mahulah, Encik Arif. Nanti senior yang lain cakap apa pulak." Ariana menolaknya sekali lagi. Iya la, dia ni bukannya orang penting pun. Tup tup naik pangkat macam gitu je. Gila mau nanti orang cakap dia gila jawatan.

" Ariana, bukan saya seorang sahaja yang buat keputusan. Boss sendiri pun setuju dengan keputusan ni. Dia sendiri nampak keyakinan awak. Awak je yang tak nampak. Come on Ariana, bagi peluang untuk diri sendiri. Tak apa, saya bantu." Kata Encik Arif yang tidak mahu mengalah lagi. Sayang kalau Ariana tidak mengambil jawatan ini sedangkan dia layak.

Lama Ariana mendiamkan dirinya dan memikir banyak kali sebelum membuat keputusan. Jika ini apa yang diminta oleh orang ramai, jadi dia setuju menerimanya.. " Okay. Tapi jawatan saya , siapa yang pegang?"

Encik Arif mengucapkan kata syukur saat mendengar jawapan daripada Ariana. Terus tersenyum Encik Arif dibuatnya.

" Esok ada budak baru masuk, awak guide dia. So kiranya bulan ni ya awak kerja sebagai assistant saya."

Ariana mengangguk. Esok budak baru masuk? Wah, harap-haraplah lelak. Dapatlah dia cuci mata. Huhuhu. " Bulan ni dah start?"

" Iyalah. Lagipun memang bulan ni awak banyak ikut saya pun kan. Jadi baik saya terus tukar jawatan awak terus." Terang Encik Arif. Ariana menepuk dahinya. Iya tak iya jugak. Memang bulan ni dia banyak keluar teman Encik Arif jumpa client. Yela, kak marsya kan tak ada. Jadi kasihan nak lepaskan Encik Arif yang semakin meningkat usia ni pergi sorang-sorang. Lagipun kerjanya bukan banyak pun, jadi apa salahnya dia teman Encik Arif kan.

" Baik, Encik Arif. Terima kasih sebab percayakan saya." Kata Ariana sambil tersenyum. Tiba-tiba terfikir akan gajinya bakal naik bulan ni. Wah, bolehla dia enjoy sikit. Huhuhu.

" Saya yang patut berterima kasih kepada awak sebab tolong saya banyak." Balas Encik Arif yang membuatkan Ariana makin tersenyum riang.

" Hehe. Mana ada. Saya tolong demi kebaikan company jugak." Kata Ariana yang tidak mahu mengalah.

" Ha iyalah, Ariana." Encik Arif sudah mengelengkan kepalanya. Ariana sudah tersengih kambing.

" Kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi sambung kerja saya ya." kata Ariana. Punggungnya terus diangkat dan kaki sudah mula bersiap untuk dilangkah.

" Okay. Terima kasih."

" Sama-sama!" Balas Ariana bersemangat sebelum berlalu pergi.

" Encik Arif! Saya kene alihkan meja ke?" Kata Araian yang kembali muncul pada meja Encik Arif.

" Ha lupa saya nak bagitahu lagi. Lepas awak habis kerja ni, awak alihkan barang awak ke meja Marsya. Biar budak baru duduk tempat awak esok."

" Aip Aip Captain!"

Ariana menabik hormat kepada Encik Arif sebelum berlalu pergi. Encik Arif sudah tersenyum. Riuh betulla Ariana ni. Kalau tak ada dia di pejabat ni, sunyi sahaja rasanya pejabat ni macam semalam. Hari ni dia ada kat pejabat, mau gegar pejabat ni dengan keriangan dia ni. Memang tak salah keputusan untuk mengambil dia sebagai penganti.

Continue Reading

You'll Also Like

859K 85.4K 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...
27.8K 2.4K 28
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
422K 36.3K 41
Tiada yang mampu meneka bagaimana cara semesta berkerja. For real, it wasn't me." Esakan yang nak meletus, ditahan walaupun pipinya mula basah. "Real...
398K 14K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...