Alexander Helena

By Nasyahani

99.8K 4K 384

cover by @-yourinternetgf ▶️ Presents to you, not a cliche one and an unpredictable love story between Carla... More

beginning of Alexander Helena
p r o l o g
0 1 | hola, malaysia!
0 2 | glance
0 3 | stalker
0 4 | drama
0 5 | bad news
0 6 | meet
0 7 | savior
0 8 | trouble
0 9 | target
1 0 | face
1 1 | enemies
1 2 | truth
1 3 | Razfel
1 4 | Syed's
1 5 | will
1 6 | take
1 7 | bump
1 8 | time
1 9 | shock
2 0 | reasons
2 1 | siblings
2 3 | miss
2 4 | test
2 5 | "what?.."
2 6 | deaths
2 7 | Charles
2 8 | visit
2 9 | "...killer"
3 0 | discuss
3 1 | preparation
3 2 | preparation II
3 3 | preparation III
3 4 | preparation IV
3 5 | D-day
3 6 | revenge
3 7 | reception
3 8 | fall
3 9 | safe
4 0 | "menyesal"
4 1 | "our fault"
4 2 | rage
4 3 | "selfish"
4 4 | advice
4 5 | "we've missed something"
4 6 | worried
4 7 | new target
4 8 | dead
4 9 | "too late"
5 0 | past

2 2 | 'Rish'

1.1K 64 9
By Nasyahani

Seminggu lepas..

Mata Puan Zubaidah masih menatap bait-bait perkataan di atas kertas itu.

Ian Alexander Nuhayl should be marry with Carla Irish Helena, not with other girls out there even he was in love with someone else. He must be Carla Irish Helena's legal husband. Not anyone else.

This agreement has been approved by Ian Alexander Nuhayl's father, Ian Hanafi Aqiff and Carla Irish Helena's father, Carl Hans Ezzery.

Puan Zubaidah mengerutkan dahinya.

"Perjanjian jenis apa ni? Menggadaikan kebahagiaan seseorang?" soalnya sinis. Hazel angkat wajah.

Senarai tugasan yang baru saja dihantar oleh Ray sebentar tadi tidak menarik minatnya lagi. Sebaliknya ayat sinis yang dilontarkan oleh wanita ini.

"Am I misheard something or this is for real? Kau bercakap pasal kebahagiaan ke? Atau kau bergurau dengan aku?" soal Hazel pula, sinis.

"Ya. Mak aku bercakap pasal maruah Alex yang digadai macam tu je dengan perjanjian bodoh ni. Hey, this is modern world okay? Tak perlu jadi macam drama cliche, kahwin atas pilihan keluarga!" celah Erin pula.

"Excuse me Miss Erinnatasha, this is not just about family arrangement or family's choice or similar with that. Memang perjanjian ni menampakkan Tuan Alex perlu menikah dengan bakal isteri dia mengikut pilihan ayah dia dan ayah bakal isteri dia bersetuju untuk menikahkan mereka berdua. Tapi kau tau, apa impak seterusnya kalau diorang teruskan perjanjian ni?" Hazel menjongket kening.

Erin kaku.

Hazel merenung tajam dua beranak itu.

"The problem right now is, who the hell is that bitch yang beria nak jaga kitorang tu? Kenapa? Dia ada kaitan ke dengan papa? Dia berdendam ke dengan papa sampai nak campak kitorang sesuka hati ke sini. Hah? Woi perempuan jawab la!" tengking Erin setelah dia membaca perjanjian itu.

Hazel hanya mendiamkan diri, malas mahu menjawab soalan Erin yang dianggap bodoh di fikirannya.

Perjanjian di antara Tuan Ian Hanafi Aqiff dan Tuan Carl Hans Ezzery.

"Mama rasa kan, dia suka Alex. Dia culik kita sebab dia tak dapat kahwin dengan Alex. Yalah, Alex dah ada bakal isteri. Kaya pulak tu. Anak jutawan," tokok Puan Zubaidah lagi.

Imbasan memori lalu yang bermain di minda yang membuatkan Puan Zubaidah mula membenci Alex pada satu masa dahulu dilupakan seketika. Apa yang perlu difokuskan sekarang adalah motif gadis bernama Rish itu menculik mereka berdua!

Dan Puan Zubaidah dapat mengaitkan antara isi kandungan perjanjian itu dan keadaan sekarang ini.

"Heh, dasar perempuan tak tau malu! Macam perigi cari timba!" sambung Erin lagi.

Hazel mendecit sinis. Pandai pulak perempuan ni berperibahasa. Aku ingatkan dia bodoh sangat.

"Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Erin, perempuan tak laku memang macam tu. Sibuk kejarkan lelaki sekarang kita jadi mangsa. Dia nak paksa kita pujuk bakal isteri Alex tu undur diri la tu," kata Puan Zubaidah.

Kening Hazel terangkat. Walawei, dua-dua berperibahasa ni dah kenapa? Tapi salah siot dia punya peribahasa. Tak kena langsung! Hidung Elena punya la mancung dia tak nampak ke sia? Rabun ke buta?

Hazel yang duduk bersantai hanya mengendahkan sindiran itu. Telefon di tangan ditelek. Malas aku nak membalas bebelan diorang tu.

Ray sewel 🦊
Online

Woi

Pahal seen?

Mana ada seen

Aku kat rumah witches la

Solo?

Nak aku teman?

Nah it's okay

Bodyguard lain ada ni

Aku tengah dengar diorang mencarut entah apa apa pasal Elena

Aku tak percaya bodyguard lain

Kejap lagi aku sampai

Hazel menjongket kening. Erin yang berada di hadapannya itu dikerling sekilas.

Hell no. Nanti minah ni menggedik dengan Ray depan mata aku. Berbulu mata aku. Eh kejap, kau ni kenapa protective sangat Zel?

Tak payah la

Susahkan kau je

Mana ada

Aku tengah free la

Bosan pulak tu

Zel!

Weh!

Hazel!

Hazel Ariana Benjamin Ayden!

Woi!

Hazel yang mendengar notifikasi bertalu-talu itu hanya mengendahkan buat seketika. Panas telinganya mendengar hinaan yang dilemparkan kepada rakan baiknya itu.

"Dia panas hati sebab dia tak laku. Sebab tu dia nak Alex!" kata Puan Zubaidah.

"Entah-entah kan ma, Rish tu pakai topeng. Mana tau muka dia hodoh sebenarnya."

"Minah tak tahu malu. Dasar perempuan murahan!"

"Heh rasanya dia ni pelacur kelas bawahan. Dia tengah pokai sebab upah banyak sangat bodyguard. Perempuan depan kita ni lagi. Sebab tu sekarang ni dia tengah cari jantan kelas atasan," celah Erin.

Hazel bangun lalu memijak kaki Erin dengan tapak rata di heelsnya. Erin menjerit kesakitan. Puan Zubaidah sudah menjegilkan matanya. Terkejut anaknya diperlakukan sebegitu rupa. Baru saja dia mahu memarahi Hazel, pistol diacu ke kepalanya.

"Sit before the bullets eat your body parts." Dingin Hazel berkata.

Wajah Puan Zubaidah berubah pucat. Siapa saja tak gentar saat pistol diacukan di hadapan mata? Lainlah kalau manusia itu tiada saraf ketakutan.

"Lepaslah betina tak guna! Kau kenapa pijak kaki aku sial?!" jerit Erin. Pistol kembali disimpan. Rambut perang Erin ditarik kasar. Erin menyeringai kesakitan. Tanda dia menanggung kesakitan yang amat dahsyat.

"Kau tak kenal siapa musuh kau sebenarnya betina. Kau tak kenal Rish tu siapa. Jadi jangan hina dia macam kau kenal dia sejak kecil. Kau tak tau ke, yang kau sebenarnya tengah bercakap pasal diri sendiri? Bukan ke kau la pelacur kelas bawahan tu? Cari jantan kelas atasan untuk memberikan kemewahan pada kau dan mak kau?"

Erin diam tanpa bicara namun bibirnya masih menyeringai kesakitan.

"Dengar sini Erinnatasha, aku cakap dalam bahasa Melayu bukan bahasa lain. Kau sebenarnya musuh kepada Rish. Oh ya mak kau sekali. Dua-dua ada dalam list seterusnya menanti untuk dibunuh. Sebab apa? Kau tau sendiri kan? Kalau kau masih tak tau, fikir sendiri apa sebabnya."

"Ma, sakit ma~" adu Erin. Hati Puan Zubaidah luluh saat anaknya diperlakukan sebegitu rupa.

"Kau lepaskan anak aku la perempuan!"

"Kau tak ada hak untuk bagi arahan kepada aku. Terpulang kepada aku sama ada nak lepaskan atau-"

"ARGHHH MA SAKIT MA!"

Mata Puan Zubaidah terbuntang.

Hazel yang sedang memintal rambut Erin lalu menariknya dengan lebih kasar hanya menayang muka tiada perasaan.

"Kau kejam! Kau kejam!" Tangan Puan Zubaidah naik untuk memukul tangan Hazel yang mencengkam rambut anaknya itu.

"Baru tau? Heh, ni baru sikit. Anggap la ni cuma permulaan wahai Erinnatasha dan Zubaidah."

Hazel melepaskan cengkaman lalu mengalihkan kakinya daripada memijak kaki Erin.

"Balik ni aku kena sental kasut aku sebab dah terpijak najis. Najis yang tak sedar diri," sinis Hazel selamba.

Dokumen putih di atas meja dicapai.

"Dokumen ni aku ambil balik. Kalau kau tak puas baca, kau boleh bagitau."

Telefon di kerusi dicapai. Langkah kaki diayun menuju ke pintu.

"Oh ya aku pergi dulu. Selamat menanggung kesakitan yang amat ya Erin. Ciao," kata Hazel lalu melangkah keluar.

Puan Zubaidah yang sedang memeluk anaknya hanya menjeling tajam gadis berambut blonde itu.

Kau tunggu balasan aku nanti!

×××

Telefon yang berdering meminta untuk diangkat dipandang sekilas oleh Hazel.

Incoming call...
Ray sewel 🦊

Punat handsfree ditekan.

"Helo?"

"Where did you go señorita?! Kau tau tak aku risaukan kau bagai nak rak, kau seen je chat aku?! Kau pergi mana?!"

"Ray, calm down. Aku dah kata kan aku kat rumah witch tu tadi."

"Sampai tak boleh balas chat aku?"

"Ray, aku tengah handle dua ekor tu. Kau faham kan baran aku macam mana?"

"Kau suka buat aku risau la Zel."

"Kau yang melebih Rayqal oi. Dah la aku tengah drive ni."

"Hm. Drive safe. Lain kali ajak aku."

Hazel ketawa besar.

"Oh kau merajuk ke sebab aku tak ajak kau?"

"Mana ada la!" Separa merengek suara Ray di hujung talian.

"Cute la kau ni. Kejap lagi aku balik. Aku belanja kau dinner. On?"

"On!"

"Kita jumpa kat company Elena."

"Okey again, drive safe!"

"Ai ai captain!"

Hazel menggeleng saat talian dimatikan. Perangai kebudak-budakan Ray memang terserlah habis bila dengan dirinya sahaja atau dengan orang lain? Atau dia yang tersalah anggap?

Ah Hazel, jangan kata kau dah angau dengan manusia bernama Rayqal Hakimi tu! Wake up, Hazel Ariana! He deserves better than you!

Hazel hanya tersenyum kelat. Kereta Range Rover Evoque putih dipandu laju membelah jalan raya.

×××

Sekarang..

Hazel memicit kepalanya. Baru hari ini dia datang ke sini semula untuk tinjau kawasan, sudah lebih lima kali jugalah dengar benda yang sama; hinaan dan cercaan yang dilemparkan ke atas Elena yang mereka kenali sebagai Rish.

Mereka tidak tahu bahawa Rish dan Carla Irish Helena adalah individu yang sama. Kalau mereka tahu, hm entahlah.

"Slut! Tau je Alex ada kaitan dengan aku terus culik aku." Puan Zubaidah merengus untuk kesekian kalinya.

"Erin ni yang jadi mangsa keadaan. Ma, Erin rasa kan perempuan tu psiko tau. Dia nak Alex dan dia nak kita pujuk Alex untuk terima dia sebagai isteri dia," kata Erin.

"Mama pun rasa macam tu. Kan mama kata dia ni terdesak nak jantan! Gatal sangat! Entah-entah dia tu andartu sebab tu la dia nak Alex."

"Tapi kan, macam mana dia boleh kenal Alex?"

"Dia- stalk Alex kut?"

"Hah nampak tak betapa terdesaknya dia nak lelaki dalam hidup dia?"

"Eh kesiannya! Nak attention la perempuan ni!"

Hazel menggulingkan bebola matanya. Malas nak masuk campur. Jadi dia buat keputusan untuk menghubungi Elena.

Carla Helena
They insulted you Helen. Come here now.

Pandai la diorang nak hadap amarah bernama Elena.

Incoming call..
Ray sewel 🦊

Hazel bangun lalu melangkah ke arah pintu utama. Pandangan pelik dua beranak itu tidak diendahkan. Telefon ditekapkan ke telinga.

"Yes Rayqal, anything?"

"Where are you? I'm on my way to your office."

"Eh, aku tak ada kat office. Aku kat luar."

"Mana?"

"Witches la."

"Ya Allah, kau masih kat situ Zel? Buat apa?"

"Melawat kawasan la apa lagi?"

"Alone again?"

"Eh ada bodyguard lain la. Ada Samuel kat tepi aku ni hah."

Samuel yang terdengar namanya disebut terus mengangkat wajahnya sambil berkerut hairan. Mulutnya bergerak tanpa suara kepada Hazel, 'kenapa nama aku terlibat sekali?'

Hazel tersengih. Dia membalas. 'Pinjam sekejap'. Samuel hanya mengangkat bahu.

"I'll be there in few minutes."

"Eh eh Ray!"

Tut! Talian sudah dimatikan. Hazel merenung telefonnya yang sudah gelap.

"Rian. Aku memang dah agak. Qal tu syok kat kau tau Rian," celah Daren.

Hazel memandang Daren pelik.

"Kau kenapa tiba-tiba cakap macam tu?" soal Hazel.

"Haih cara dia memang sangat gentleman bila dengan kau. Dengan perempuan lain dia jadi beku. A cold Rayqal Hakimi was appeared at that time. Bila dengan kau, dia berlembut sangat," kata Ariel pula.

"Ariel, Daren please. Aku dengan dia bestfriends. Tak lebih daripada tu," kata Hazel lagi.

"Eleh, jangan sampai nanti aku dapat kad kahwin korang sudah." Sinis Ariel kemudiannya.

"Masa tu aku luku korang berdua cukup-cukup." Daren menambah. Serentak mereka bertiga termasuk Samuel tergelak sama.

Prranggg!

Hazel menoleh. Tawanya terhenti. Ariel, Samuel dan Daren turut berhenti ketawa dan melihat apa yang berlaku.

"What was that?" soal Samuel. Hazel angkat bahu.

"Aku check kejap," kata Hazel lalu melangkah masuk kembali ke dalam rumah. Ruang tamu yang menjadi tempat Puan Zubaidah dan Erin duduk sudah kosong.

Hati Hazel mula berdetak laju. Dia terus berlari ke arah dapur. Matanya dililaukan ke sekeliling. Lalu matanya tertumpu ke arah tingkap dapur yang baru dipecahkan.

"Woi! Apa korang buat?!" jerkah Hazel yang ketika itu sedang memulas tangan Erin yang memecahkan tingkap tadi. Puan Zubaidah di sisi anaknya sudah cuak. Rancangannya gagal!

"Kau jangan cuba untuk lari la! Masuk sekarang! Kau pun sama orang tua!" Hazel terus merengkuh lengan Erin dan Puan Zubaidah dengan kasar.

Mata Puan Zubaidah kemudiannya tertancap ke arah serpihan kaca tingkap di sebelah kakinya lalu dicapai menggunakan lengan kiri yang tidak dicengkam oleh Hazel.

"Kau tu lepaskan kitorang!" Kaca tersebut terus ditusuk ke rusuk kiri Hazel. Bebola mata Hazel membesar. Genggaman tangan automatik terlepas.

"Bullshit you bitch!"

Kakinya terus naik menendang tubuh Puan Zubaidah mengenai bucu dapur. Erin yang tergamam dari tadi terkejut saat ibunya jatuh ke lantai dengan dahi yang berlumuran darah.

"Apa kau buat kat mak aku sial?!"

Hazel mengetap rahangnya kuat. Kesakitan mula menjalar ke seluruh saraf.

"Mak kau yang tikam aku tak guna."

Erin mula bangkit. Wajahnya merah padam.

"Padan la muka kau! Siapa suruh halang kitorang?!" Rusuk kiri Hazel yang cedera ditolak kasar.

Hazel terus menjerit.

"Sakit sial! Kau memang nak mati cepat sangat ke?!" Kepala Erin ditarik lalu dihentak ke dinding. Terus gadis itu pengsan.

Hazel mengetap rahangnya sebelum jatuh ke lantai. Kedua-dua belah tangan dirapatkan, menutup luka tersebut. Mahu menghentikan pendarahan.

"S-Samuel."

"Ariel."

"Daren."

Semuanya hanya terkeluar sebagai bisikan. Namun matanya sempat menangkap bayangan satu figura lelaki yang mendekatinya.

Ray.

"Hazel! Hey Hazel! Wake up!"

Sebelum semuanya gelap.

×××

Elena's POV

Kereta McLaren dipandu laju membelah jalan raya. Rahangku bergerak-gerak saat dikhabarkan berita Hazel dikejarkan ke hospital. Aku masih ingat betapa dinginnya suara Ray ketika dia menelefonku.

"Helo Ray, kenapa?"

"Hazel, she's in emergency."

"What?! Macam mana boleh jadi macam tu?!"

"She's injured. Kena tikam."

Dingin suara Ray ketika berkata. Aku masih menahan marah saat mendengar mereka melontarkan kata-kata nista kepadaku.

Hazel memang tak inform aku, tapi aku dah letak mikrofon di segenap ruang rumah itu. Jadi, aku dengar segalanya. Tentang Hazel ditikam pula, aku tak sempat nak dengar lebih lanjut sebab aku dalam perjalanan ke sana.

"Jaga Hazel. Aku tau apa aku nak buat."

"Okay, drive safe Lena."

Talian terus dimatikan setelah itu. Dapat aku rasakan amarah aku semakin mencanak naik saat hampir sampai ke rumah tersebut.

Aku baru nak happy lepas dapat tau Hanis sepupu aku, perempuan-perempuan ni buat hal pulak.

Kereta aku parkirkan melintang di hadapan rumah tersebut. Aku dapat lihat Samuel, Ariel dan Daren mendekati keretaku. Yang lain tegak berdiri di tempat masing-masing. Saat aku buka pintu kereta, mereka bertiga sudah menyerbuku.

"Helen, Hazel macam mana?"

"Weh Rian okey tak?"

"Is she okay?"

Aku menghela nafas.

"Aku tak tau. Ray akan pantau dia. So tanya dia. Yang penting sekarang ni, mana betina yang dah tikam kawan aku tu?" soalku dengan nada sinis.

"Ada kat dalam. Pengsan," kata Ariel.

"Okey, korang bertiga kawal kat depan. Biar aku settle diorang."

"Helen, control your temper." Sempat Samuel berikan aku nasihat. Aku sengih sinis.

"Why should I? She stabbed my best friend. You know that I hate people hurts my loved ones, right?"

Tanpa sempat mendengar apa-apa balasan, aku berjalan menonong masuk ke dalam rumah. Erin dan makcik tu terdampar di atas sofa. Masing-masing cuma cedera ringan. Luka segaris je, Hazel tu? Tikam tau tak!

Aku terus melangkah ke arah dapur lalu mencapai cawan untuk diisi air. Kemudian aku membawa cawan itu ke ruang tamu lalu menyimbah air kepada mereka berdua.

Mereka tersedar lalu merenung antara satu sama lain.

"Erin, Erin okey ke?"

"Erin okey. Mama, mama sakit tak?"

"Sakit sikit."

Aku diam sambil rahangku terketap rapat menahan amarah. Berani diorang sakitkan orang yang aku sayang! Mereka berdua yang baru sedar akan kehadiran aku terus mencerlungku tajam.

"Kau! Kau punca kitorang cedera!" jerit Erin.

"Kau tengok dahi aku ni! Sakit tau tak! Betina sial tu tolak aku sampai cedera!" Makcik itu menyampuk.

"Siapa kau untuk cakap dia betina sial perempuan tua?!" jerkahku lantang. Dapat aku rasakan nafasku turun naik. Dan anak mataku berubah menjadi gelap.

"Betul la! Dia yang tolak mak aku sampai jatuh! Tengok, mak aku cedera sebab dia tau tak!" Erin mula menengking aku. Aku tersenyum sinis.

"Setakat luka segaris nak kecoh. Kawan aku masuk emergency tak nak kecoh pulak? Disebabkan mak kau ni la, kawan aku cedera tau tak?" bangkangku.

Sungguh, mereka mencabar kesabaran aku.

"Hei, kawan kau memang layak kena tikam! Siapa suruh dia halang aku nak keluar dari rumah ni? Lagi satu, kau kenapa nak risau sangat dia cedera? Kau tu setaraf dengan dia je kan? Orang suruhan. Hamba. Kau siapa nak marah aku tikam dia?"

Makcik tua itu mencabar aku dengan kata-kata sinisnya. Aku melangkah setapak ke hadapan. Pistol yang tersisip di pinggang aku keluarkan lalu aku acukan di kepalanya. Erin melihatku dengan mata yang membuntang manakala makcik itu terkedu.

"For your information, she's not just my friend. She's my PA. In addition, one of Carls' Empire worker. And she's work with me, her employee. Oh ya, aku lupa untuk perkenalkan diri aku."

Aku melangkah setapak lagi. Muncung pistol hampir mengenai kepalanya.

"I'm not Rish. I'm Carla Irish Helena, the woman that should Ian Alexander Nuhayl marry with."

Mereka menarik nafas terkejut. Manakala aku, masih dengan muka tegang dan pistol di kepala makcik itu.

vote and comment! ❤

pardon me if everything was kelam kabut hahaha

psst, ni hadiah untuk 3k readers! thankyouuuuuu!

Continue Reading

You'll Also Like

38.2K 4.7K 6
Siri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.
209K 8.9K 81
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...
8.9M 577K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri...
50K 2K 73
Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepa...