Me vs You

By fvrvhlee

123K 3.9K 216

Barangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu pen... More

1 // Birthday
2 // Angan-Angan
3 // Kisah Dulu
4 // Nombor Telefon
5 // Family A
6 // Plan
7 // Kisah Ting. 6
8 // First Day
9 // Akmal
10 // Gay
11 // Nombor
12 // Saudara Jauh
13 // Call
14 // Baran
15 // Nekad
16 // Suprise!
17 // Kantoi
18 // Date
19 // Janji
20 // Saingan
21 // Partner
22 // Berubah
23 // Terakhir
24 // Malam Graduasi
25 // Permulaan
26 // Hati
27 // Rancangan
28 // Kucar-kacir
29 // Rahsia
30 // Separuh Rela
31 // Kebenaran
32 // Hati Yang Terusik
33 // Confession
34 // Esok
35 // Penentuan
36 // Air mata
37 // Seorang Diri
38 // Noktah
39 // Terkejut
40 // Hilang
41 // Berpisah
42 // Buku Baru
43 // Sunyi
44 // Geram
46 // Penjelasan
47 // Biarkan
48 // Impian
49 // Rumah
50 // Permulaan

45 // Mimpi Ngeri

2.3K 71 22
By fvrvhlee

"You really have no idea how much I love this, Lin. Rasa macam tak nak balik," ujar Afiq yang sedang tersenyum lebar sambil khusyuk melihat pemandangan indah Derwentwater Lake di hadapannya. Cuaca yang semakin sejuk sedikit pun tidak membuatkan Afiq patah semangat untuk terus menawan bumi Keswick itu. Malah, dia juga berkata yang dia takkan balik sama sekali selagi dia tidak puas meronda jajahan Cumbria itu.

Adlina sekadar tersenyum nipis tatkala mendengar Afiq berkata begitu. Sejujurnya, dia juga berasa begitu saat pertama kali dia menjejakkan kaki ke Cumbria. Bandar yang sememangnya terkenal dengan ketenangan dan masih mengekalkan ciri tradisionalnya tidak membuatkan Adlina mengambil masa lama untuk jatuh cinta. Oleh sebab itu, Adlina tidak pernah melepaskan peluang untuk datang ke Keswick setiap kali dia mempunyai masa lapang. Ada kalanya bersama Nina, teman sebiliknya dan kadang-kala hanya berseorangan.

"Ni abang tengok time winter. You should see this place in spring or autumn season. Romantik teruk. Orang yang takde boyfriend serta-merta boleh jadi sendu tau," kata Adlina separuh sedih. Afiq terus memandang ke arah Adlina sambil ketawa terbahak-bahak.

"Seriously sendu? Adlina Haziqah, the ice queen sendu?!"

Adlina terus menarik muncung. "Eee betullah. Orang lain datang dengan partner masing-masing, yet Lin datang sini sorang je. Nina dahlah kadang-kadang tak nak ikut Lin. Dia kata bosan and lagi pilih nak lepak dalam bilik dan tidur. Benci tau,"

"Alolo. Tu lah jual mahal lagi. Abang dah tanya banyak kali nak suruh abang datang sini ke tak, Lin jual mahal. Kata tak payah. Tengok siapa sendu sorang,"

"Ada abang buat apa? Lin nak boyfriend okay," balas Adlina selamba. Afiq ternganga mendengar jawapan Adlina. Laju terus tangannya mencubit pipi Adlina sehingga gadis itu mengaduh kesakitan. Sudahlah cuaca sejuk sudah menyebabkan pipi Adlina menjadi kemerahan. Ditambah pula dengan cubitan Afiq.

Ewah!

"Abang boleh je jadi boyfriend Lin. Memilih sangat kenapa ni?"

"Eee tak nak lah. Nak orang lain please," Adlina jual mahal sambil mengangkat kaki dan berlalu menuju bangku yang disediakan di sekitar tasik itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas bangku itu dan memasukkan tangannya ke dalam kocek baju sejuk yang berisi pek panas. Adlina sememangnya tidak gemar memakai sarung tangan. Dia lebih rela bergantung kepada pek panas jika tangannya memerlukan sedikit haba panas.

Afiq ketawa lagi sambil menuruti jejak langkah Adlina. Namun, dia tidak pula segera duduk di sebelah Adlina. Malah, dia sekadar berdiri di hadapan gadis itu sehingga mengundang tanya tanya Adlina. Afiq tersenyum nipis sebelum dia membongkokkan badannya lalu melutut di hadapan Adlina.

Wait wait wait.

Jangan kata dia nak propose.

No.

Just no.

"Abang,"

Afiq merenung tepat ke mata Adlina dengan bibirnya yang masih lagi tidak lekang dengan senyuman manisnya. Wajah Adlina yang mulai berubah bagaikan ayam berak kapur membuatkan hatinya ketawa dalam diam. Afiq mula membuat gaya seperti ingin mengeluarkan sesuatu daripada kocek winter coat. Dan tatkala Adlina bagaikan mula dapat menangkap apa yang Afiq cuba lakukan selepas ini, dia terus menjerit dan menutup mukanya.

"Abang! Stop!"

Keadaan yang menjadi hening seketika dan Afiq juga terikut membisu memaksa Adlina mengintai dari celah jarinya. Dia dapat melihat bayangan Afiq yang seperti menunduk di hadapannya. Dihambat dengan rasa ingin tahu, Adlina terus mengalihkan tangannya dan cuba melihat apa sebenarnya yang dilakukan oleh Afiq sebelum dia menjadi kaku dan serta-merta mukanya merah padam menahan marah.

What?

What the actual fuck is that?

Afiq membuat muka selamba sambil lincah tangannya mengikat tali kasut Adlina. Selesai mengikat tali kasut sebelah kanan, tangannya mengikat tali kasut sebelah kiri pula. Selepas berpuas hati dengan hasil ikatannya, matanya dijamukan dengan pandangan wajah Adlina yang jelas nampak marah.

"Ya? Lin cakap apa tadi? Abang tak dengarlah," soal Afiq selamba. Adlina menggigit geram bibirnya sebelum menumbuk kuat bahu Afiq. Afiq yang hilang kawalan terus jatuh ke belakang sedikit sebelum hilai tawa meletus dari bibir merahnya yang bersih. Ketawanya yang kuat membuatkan Adlina merasa jengkel. Malas menunggu lebih lama, Adlina bingkas bangun dan berjalan meninggalkan Afiq.

Ketawa Afiq masih bersisa tatkala dia bangun dan berlari anak mendapatkan Adlina yang sudah jalan jauh ke hadapan.

"Lin, tunggulah abang!" laung Afiq. Adlina enggan membalasnya, malah dia semakin mempercepatkan langkahnya sebelum terhenti gara-gara tangannya dipaut oleh Afiq, memaksa dirinya berdiri berhadapan lelaki yang tidak pernah lekang dengan senyuman. Afiq membetulkan kaca matanya yang sedikit lurut sebelum turut membetulkan kaca mata Adlina.

"You do realize that we could make a cute nerdy couple, isn't it?"

Adlina tersengih sinis mendengar kata-kata Afiq sebelum muka Adlina berubah masam semula. Afiq tersenyum sebelum melepaskan pautan tangan Adlina daripada cengkamannya.

"Why? Lin fikir apa tadi? Lin ingat abang nak buat apa?" duga Afiq.

"Ma-mana ada apa-apa. Perasan!" jawab Adlina gugup.

Afiq sekadar tersenyum sumbing mendengar jawapan Adlina. "By any chance, did you think that I'm gonna propose you just now?"

Jeda.

"So, I can take yes as an answer since you're not answering me?"

Masih jeda.

Afiq masih tersenyum dan renungan matanya sedikit pun tidak berkalih daripada raut wajah comel Adlina meskipun liar mata Adlina melihat sekelilingnya. Memilih untuk tidak bertentang mata dengan lelaki yang semakin menyesakkan dada dan fikirannya.

But I still don't know if that's in a good or bad way, bisik hati Adlina perlahan.

"Lin. Tengok abang," pinta Afiq tenang. Adlina mengambil masa sebelum matanya dijamu dengan riak wajah Afiq yang manis.

"What if that was real? That was true? That I'm about to pull out a ring and ask you to marry me? Would you say yes? Would you marry me for real, Lin?" soal Afiq serius.

Adlina bungkam. Tidak tahu jawapan mana yang harus diberikan kepada soalan Afiq.

Bahkan dia juga bagaikan kehilangan suara untuk berkata. Fikirannya kosong.

Di hadapannya kini, berdiri seorang lelaki yang tidak pernah berputus asa. Yang sentiasa menyakinkan dirinya bahawa dia tidak akan keseorangan sama sekali. Akan tetap menunggunya dan menerima segala jawapan yang diberikan meskipun dia tahu akan ada hati yang terluka selepas ini.

Afiq tidak pernah memaksa dirinya untuk menerima lelaki itu secepat mungkin. Afiq cuma mengatakan bahawa dia akan tetap berdiri di sebelahnya, menunggu Adlina sedar akan kehadirannya dan menerimanya seadanya. Afiq cuma mengatakan semua itu cuma sekali.

Ya. Sekali sahaja. Itu pun sewaktu sebelum Adlina menjejakkan kaki ke Cumbria.

Kata-kata Afiq yang terakhir di lapangan terbang juga masih tersimpan rapi di dalam ingatannya sehingga sekarang. Kata-kata pertama dan terakhir Afiq kepada Adlina tentang luahan hati dan perasaannya yang disimpan selama ini.

"Lin ingat lagi tak apa yang abang cakap dekat Lin masa kat airport dulu? Before you came here? Did you?"

Adlina mengangguk perlahan. Ah dia ni. Macam tahu-tahu je aku fikir apa eh.

"Apa abang cakap kalau Lin ingat?"

"Ni nak test ke apa ni?"

"Haha. Try me,"

"Mmm. Abang cakap abang sayang Lin kan? That you hope that you can take all these things with me to the next stage but still you're giving me all the space and time that I need. And this will be the first and the last time you'll talk about this relationship and love stuff cause you wanna me to take it easy. Just take how much time that I need and at the end of the day, it doesn't matter if the answer is yes or no. As long as I'm happy with or without you, I'll always be your baby girl," jawab Adlina panjang lebar. Matanya juga sudah berkaca tatkala dia melafazkan semula bait-bait ayat Afiq kepadanya suatu ketika dahulu.

"Tu je?" soalan Afiq membuatkan Adlina termanggu. Ada lagi ke? Berkerut dahinya cuba mengingati semua perkara yang terjadi di lapangan terbang pada ketika itu namun gagal.

Did I really miss out something?

"Yes. You missed the part of "forever and ever"," Afiq menjawab sendiri soalannya selepas melihat kerutan dahi Adlina semakin jelas.

"Oh.. Haha. That one," sambung Adlina sambil menepuk dahinya. Adlina ketawa hambar. Cuba untuk menutup rasa resah yang semakin mencengkam dirinya.

"You still remembered everything and me too. Abang masih pegang semua janji abang jugak, Lin. That was the first and last time I opened up to someone and that was you, Lin. Abang takkan cerita about all these things lagi sampai Lin sendiri datang kat abang and ready for the next stage. I know if I'm talking too much about semua ni, confirm rasa serabut kan? Macam you've to reconsider about this all the time. Have to constantly think bout it.

I just wanna make it simple, Lin. Come to me only when you're totally prepare. Like bila Lin rasa Lin rindu abang sampai rasa nak meletup dada tu, then you know.. Time is up," seloroh Afiq. Adlina terikut ketawa mendengarnya.

"No pressure. Abang masih larat nak tunggu Lin. Okay?"

"You sure? Even the answer could be no in the end?"

"Abang dah katakan? Doesn't matter either it's yes or no. I'm fine,"

"Betul ni? Then, how abang nak tepis semua blind date yang mummy abang dah arrange or yang more to come after this?"

"Haha. Amboi dah jealous ke ni,"

"Jealous sangat. At least they can see you whenever they want. Lin kena tunggu balik Malaysia dulu baru boleh jumpa abang," Adlina sengaja mengendurkan suaranya seperti seakan merajuk. Afiq mencuit hidung gadis itu sehingga Adlina terjerit kecil.

"Haaa main-main lagi. Haha. Dah. Jom. Laparlah. Mana Nina?"

"Eh lupa kita datang dengan Nina sekali hahahaha. Kejap Lin call dia,"

Adlina mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar jeansnya sebelum jarinya lincah mencari nama Nina dan menelefonnya. Habis bebelan makcik seorang tu keluar gara-gara lama menunggu di bandar Keswick. Diajaknya datang ke mari tasik ini, dengan pantas dia menolaknya. Berbeza dengan Adlina seorang pencinta alam, Nina lebih gemar menghabiskan masanya dengan secawan kopi panas sambil ditemani novelnya.

"Cepatlah datang kat The Wild Strawberry. I even finished my second cup of latte, you know," bebel Nina. Adlina tersenyum mendengarnya sambil matanya dijamukan dengan pemandangan keluarga kecil yang sedang bergelak ketawa melihat telatah anak perempuannya bermain bola. Menjerit kecil si budak comel itu tatkala ayahnya mengusik untuk mengambil bola daripadanya. Si ibu sekadar berdiri sambil tersenyum melihat mereka kedua.

"Ya aku nak datang dah ni. Sabar kejap boleh tak? Bukannya jauh pun cafe tu dengan Derwentwater ni," balas Adlina geram namun kakinya mula melangkah menuju kafe yang disebut oleh Nina. Afiq mengikutinya diam-diam sebelum langkahnya terhenti sewaktu dia perasan Adlina tertinggal jauh di belakangnya. Diperhatikan Adlina memandang terus ke arah keluarga tadi yang masih meneruskan aktivitinya. Dengan pantas, dia mendapatkan Adlina yang sedang kaku berdiri di situ dengan telefon yang masih melekap di telinganya.

Afiq menarik telefon Adlina sebelum menekan butang merah, tidak mempedulikan bebelan Nina yang masih tidak berhenti.

"Lin. Hey. What's wrong?" soalnya risau.

Adlina tetap mendiamkan diri. Matanya juga tidak berhenti memandang ke arah yang sama. Afiq mulai perasan sesuatu saat dia memerhatikan riak wajah Adlina yang kelihatan agak kaget.

Mata Adlina berkaca.

Dan bagaikan menunggu masa untuk menangis sahaja.

Pada masa yang sama, bola bercorak kartun Frozen tiba-tiba bergolek menghampiri pasangan itu dan menyentuh kaki Afiq. Sang ayah kepada budak perempuan comel tadi tidak menunggu masa lama untuk mengambil semula bola tersebut dan berjalan ke arah mereka.

Berubah serta merta air muka Afiq tatkala melihat pemilik wajah tersebut.

"Qash?" panggil Afiq tersekat-sekat. Cuba untuk menyakinkan dirinya bahawa lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang bukan Aqash Hizami Lee. Bukan Aqash yang dikenalinya. Bukan Aqash, adik kandungnya.

Aqash yang menundukkan badannya tatkala mengambil bola akhirnya berdiri tegak, berdepan dengan Adlina dan Afiq yang tampak terkejut akan kehadirannya. Bertambah terkejut apabila mereka mendengar suara budak perempuan comel yang memanggilnya kembali semula.

"Daddy!"

Continue Reading

You'll Also Like

392K 13.9K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
79.2K 1.4K 7
Pertengkaran sepasang suami isteri akhirnya membawa kepada penyelesaian yg tidak dijangkakan
298K 14K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
645K 24.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...