Epilog Cinta Mikayla

Von theannemoha

405K 15.6K 518

[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla... Mehr

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 31
AUTHOR's NOTE
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Author's Note โœ๐Ÿป
T e a s e r
Sorry ๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ™๐Ÿป
Bab 52
Bab 53
HELPP ๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ™๐Ÿป
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58

Bab 30

7.1K 267 3
Von theannemoha

Zaim dengan rela hati menawarkan diri untuk menemani ibunya ke butik Mia untuk mengambil pakaian yang ditempah sempena majlis perkahwinan adiknya.

Matanya sedari tadi melilau mencari kelibat Mikayla namun gadis tersebut langsung tidak kelihatan.

"Mikayla dah tak kerja sini ke Mia?" Soal Zaim sebaik ibunya selesai berbual dengan Mia dan membelek pakaian yang tergantung.

Mia menguntum senyum sebelum menjawab soalan Zaim. "Kay tu part time je haritu masa cuti sem. Sekarang dia dah masuk belajar balik." Jawab Mia menjelaskan keadaan sebenar.

Zaim mengangguk faham meskipun hatinya sedikit kecewa dengan jawapan yang diperoleh daripada Mia.

Sudahlah Mikayla merupakan seorang yang tidak membalas mesej. Sudah beberapa kali Zaim mencuba nasib dengan menghantar mesej Whatsapp buat Mikayla namun mesejnya hanya diberikan bluetick sahaja. Hanya sekali mesejnya dibalas, itu pun sewaktu Zaim beberikan locarion workshop sebelum ini.

Jual mahal betul.

"So dia memang takkan kerja dekat sini lah kan?" Soal Zaim dengan harapan yang masih tersisa.

Mia teragak-agak sebelum menjawab. "Yang tu tak pasti lah pula. Tapi kalau dia nak kerja nanti kami terima je dengan hati yang terbuka. Indirectly dia pun ada hak dengan bisnes ni." Balasnya sekaligus memberikan Zaim harapan kerana Mikayla mungkin akan kembali bekerja di situ.

"Wait. Apa maksud you dia pun ada hak?" Tanya Zaim tidak memahami maksud Mia.

Mia duduk di kerusi berhampiran kaunter pembayaran. Dia yang cepat penat dan tidak boleh berdiri lama disebabkan perutnya yang semakin membesar.

"She's a family."

Dahi Zaim berkerut dengan jawapan Mia. Setahunya Mia memang mempunyai adik perempuan namun dia yakin bahawa bukan Mikayla adik Mia kerana anak bongsu Datin Anis bernama Melissa.

"Maksud you? Dia bukan adik you kan? I kenal adik you." Soal Zaim dengan yakin. Dia pernah terjumpa Melissa di beberapa majlis sebelum ini dan wajah Melissa sangat jauh berbeza berbanding Mikayla.

"She is." Jawab Mia dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibir.

"Maksudnya?" Zaim memandang Mia tunak. Dia inginkan jawapan disebalik ayat Mia.

"Dia adik ipar I."

Ayat Mia mampu membuatkan jantung Zaim seakan terhenti. Dia seolah-olah ditampar realiti yang maha hebat.

Adik ipar atau dalam erti kata lain Mikayla sudah berkahwin. Patutlah setiap kali dia menghantar mesej, dirinya langsung tidak dilayan.

Jawapan kepada kemusykilan sewaktu di lapangan terbang beberapa bulan yang lalu juga turut terjawab.

Zaim tersalah jatuh cinta rupanya. Gadis yang diangankan untuk dijadikan sebagai suri hari rupanya sudah menjadi milik orang. Silapnya juga tidak menyiasat terlebih dahulu. Namun Mikayla sendiri tidak pernah memberitahu bahawa dirinya sudah berkahwin.

🌸🌸🌸

Muiz kebosanan di rumah. Entah apa agaknya yang sedang dilakukan oleh Mikayla di hostel. Niat dihati mahu sahaja dia menyuruh Mikayla tinggal disitu namun dia perlu bertoleransi dengan Mikayla yang awal-awal sudah memberitahunya bahawa dia mempunyai banyak kerja minggu ini.

"Tiga hari je Muiz." Dia memujuk dirinya sendiri sambil dada diurut perlahan. Entah kenapa perasaan rindunya kepada Mikayla membuak-buak kali ini walaupun dia baru sahaja berjumpa Mikayla tengah hari tadi untuk makan bersama.

Macam ni agaknya orang panggil angau bercinta.

Muiz ketawa dengan teori yang difikirkan itu.

Heh duduk sorang lama-lama boleh jadi sasau.

Telefon Muiz bergetar di dalam poket. Segera dia mengambil telefon milknya itu dan hatinya melonjak gembira apabila Mikayla menelefonnya dengan menggunakan facetime.

"Sayang buat apa tak tidur lagi?" Soal Muiz sebaik melihat masih di meja belajar sedangkan jam sudah lewat malam.

Mikayla menggeliat sebelum menjawab soalan Muiz. Dia mahu membetulkan segala urat dan sendi yang terkunci disebabkan dia duduk dengan agak lama.

"Baru siap buat kerja sikit. How about you?" Balasnya seraya bangun dari meja dan beralik ke katil.

"Tengah landing-landing sambil teringatkan sayang." Jawab Muiz selamba.

Mikayla ketawa sebaik mendengar jawapan Muiz.

"Lambatnya lusa." Keluhnya perlahan.

Muiz senyum segaris. "Tak lama pun. Sayang sabar sikit je. Esok kalau nak makan sama b free je." Pujuknya.

Sebolehnya Muiz ingin mencuri waktu untuk berjumpa dengan Mikayla walaupun cuma lima minit sehari. Itu sudah cukup buatnya.

Memorinya terimbau di saat dia ingin menghantar Mikayla pulang ke kampus. Mikayla tidak lepas memeluk lengan Muiz. Mereka berdua sedang duduk di sofa ruang tamu secara bersebelahan.

Dahi Mikayla dikucup lembut. "You can always stay here sayang." Ujar Muiz sebaik melihat reaksi Mikayla. Hatinya ingin memaksa Mikayla tinggal di situ namun akalnya menolak. Mikayla mungkin akan merasa serba salah nanti sedangkan awal-awal lagi dia sudah memberitahu bahawa dia agak sibuk minggu ini.

"Hmm. Just give me a minute." Pinta Mikayla sambil memeluk pinggang Muiz pula dan kepala disandaekan kepada dada Muiz. Hatinya terasa berat mahu meninggalkan rumah tersebut setelah melalui hujung minggu yang penuh dengan kenangan indah bersama Muiz.

"I'm all yours." Balas Muiz senang hati. Rambut Mikayla dibelai lembut.

Mikayla senyum senget dengan jawapan Muiz.

"Sayang, boleh tanya sikit tak?" Soal Muiz sekaligus mencuri perhatian Mikayla.

"You already asked me a question." Jawab Mikayla selamba. Wajahnya didongakkan sedikit untuk melihat Muiz. Wajah serius dipamerkan buat Muiz.

"Main-main kan?" Ujar Muiz dengan marah yang dibuat. Hidung Mikayla ditarik oleh Muiz.

Terbit ketawa di bibir Mikayla. Sikap Muiz terasa lucu pada pandangannya. "Tanyalah."

"Sayang dah tertawan ke belum dengan b?" Muiz menyoal Mikayla sambil tersengih-sengih.

Mikayla mengalihkan pandangan yang awalnya tidak lepas dari memandang Muiz.

"Taknak jawab." Balas Mikayla dengan sedikit memuncung. Salah jawab nanti tak pasal-pasal dia menjadi mangsa bahan Muiz pula.

Dagu Mikayla diangkat dengan jari. "You know what.. I'll take that as a yes." Muiz memberitahu Mikayla dengan senyum yang terkoyak di hujung ayatnya.

"Mana boleh b suka-suka assume macam tu." Mikayla sudah tayang muka tidak puas hati.

Muiz menjongketkan bahu. "Your gustures answer everything. Lagipun kalau tak, you'd confidently say not tapi sayang cakap taknak jawab kan tadi." Dia mulai mencemik sebagai tanda tidak setuju dengan Mikayla yang sudah terdiam.

"Tak salah pun sebenarnya kalau sayang mengaku je, men need an assurance too. See sayang pun cakap tak boleh main assume je kan?" Sambungnya lagi.

Tersentuh dengan penjelasan Muiz, Mikayla kembali memandangnya. "Kena jawab juga lah ni?" Soalnya inginkan jawapan.

Segera Muiz mengangguk dengan senyuman lebar.

Mikayla mengalihkan pandangam serta pelukan dileraikan sedikit demi sedikit. Dia kemudiannya menjauh dari Muiz sebelum bangun dari sofa.

"Dah." Jawabnya sepatah sebelum cepat-cepat berlalu dengan berlari anak untuk masuk ke dalam bilik tidurnya. Ada ke patut Muiz menyoalnya dengan soalan sebegitu. Semestinya Mikayla malu untuk menjawab. Sudahlah rasa malu dengan dengan kejadian sebelum ini baru berkurangan, ditambah pula dengan soalan cepumas itu.

Kalau belum tertawan masakan Mikayla menyerah diri kepada Muiz.

Langkah Mikayla terhenti apabila Muiz lebih cepat menyambar tangannya.

"Nak pergi mana pula ni?" Tanya Muiz.

Alahai dia ni tak faham ke Mikayla tengah awkward.

"Err.. I nak guna toilet." Tangannya minta dilepaskan. Dia tidak tahu bagaimana mahu memberitahu bahawa dia tidak betah untuk berbicara mengenai perkara sebegitu secara terang-terangan. Jadi alasan lain pula yang terbit dari mulutnya.

Muiz hanya melepaskan tangan Mikayla dari pegangannya.

"Kalau I tumpang b petang Khamis tu boleh? Maybe I lambat sikit dari biasa sebab nak kena jumpa lecturer dulu." Soalan Mikayla menyentak Muiz dari lamunannya.

Entah-entah sudah lama Mikayla berbual seorang diri tanpa diketahui Muiz memandangkan fikirannya sudah jauh melayang ke tempat lain.

Kebiasaanya Mikayla pulang dengan menaiki bas pada waktu tengah hari kerana kelas Muiz sampai ke petang pada hari Khamis. Menurut Mikayla, dia mahu menyediakan makanan buat Muiz dan sekiranya mereka pulang bersama, banyak masa yang akan dibazirkan.

Namun disebabkan Mikayla turut mahu membawa pakaian yang sudah tidak dipakai sekali ke rumah mereka, dia merasa agak leceh untuk membawa bagasi besar menaiki bas.

"Of course lah boleh. Anything for you." Balas Muiz dengan berbesar hati. "Sayang pack baju lebih sikit tau nanti." Pesan Muiz kemudiannya.

"Kenapa?" Soalnya dengan kerutan di dahi.

Muiz ligat memikirkan idea bagi menjawab soalan Mikayla.

"Heater rumah kita rosak. B takut orang tu tak sempat baiki." Jawab Muiz dengan nada kesal.

Mikayla pasti akan menurut cadangannya memandangkan dia tidak gemar dengan cuaca sejuk.

"Okey." Balas Mikayla tanp menyoal dengan lebih lanjut. Muiz menyimpul senyum dengan rancangannya yang hampir berjaya.

Sebaik sahaja panggilan diputuskan, Mikayla tidak jadi tidur kerana tekaknya terasa dahaga. Dia mengambil tumbler yang sudah kosong untuk diisi di pantri.

Keluar sahaja dari dalam bilik, Mikayla bertembung dengan Izzy. Semenjak kejadian beberapa bulan yang lalu, Mikayla sudah jarang berjumpa Izzy dan kalau boleh dia mahu mengelak dari berjumpa dengan Izzy.

Mikayla menghadiahkan senyum buat Izzy. "Baru nak keluar ke?" Soalnya berbasa basi.

"Haah. Kay." Panggil Izzy sambil menayang wajah teragak-agak kepada Mikayla.

"Kenapa?"

"Haritu Luke tanya I pasal you, dia marah sebenarnya you main blah je dari club dia tanpa explanation. I bagitahu dia yang you kena raba dengan teruk so you tak boleh terima and that's why you lari. I oun bagitahu dia yang you dah habis belajar. So anything just be safe Kay. Selalu hati-hati dengan keliling you. Luke tu, kalau dia nak perempuan dia akan buat apa je. Since I tahu you perempuan baik-baik je, I taknak you diapa-apakan." Jelas Izzy panjang lebar. Riak Mikayla berubah-ubah dengan ayat Izzy.

"InshaAllah. You pun jaga diri." Balas Mikayla tidak mahu memanjangkan isu itu. Dia sudah seriau namun tidak mahu menyesakkan fikirannya dengan perihal tersebut.

"I pergi dulu." Izzy meminta diri dan Mikayla pula meneruskan niat asalnya untuk ke pantry.

Sedikit sebanyak Mikayla terganggu dengan kata-kata Izzy meskipun dia memilih untuk tidak memikirkan soal tersebut pada awalnya.

Mikayla:
B dah tidur ke? 😞

Mikayla menghantar mesej buat Muiz. Dia merasa sedikit tenang dan selamat sekiranya tahu Muiz ada dengannya.

Muiz:
Tak lagi. Why sayang?

Melihatkan balasan Muiz beberapa saat kemudian itu mengundang senyum di bibir Mikayla.

Mikayla:
I tak boleh tidur.

Muiz mengambil masa yang lama untuk membalas. Mikayla sudah menutup telefonnya dan memujuk diri untuk tidur. Mungkin saja Muiz sudah tertidur.

Bunyi deringan menyentak Mikayla yang sedang mencuba untuk tidur itu. Muiz ingin membuat panggilan video dengannya. Segera Mikayla menjawab.

"Sayang tak tidur lagi kan?" Soal Muiz sebaik terpandangkan Mikayla yang sudah berbaring dan berselimut.

Segera Mikayla mengeleng. "Tak, sejuk je."

"Sorry, b pergi ambil ni tadi." Ujar Muiz setelah meletakkan telefon di atas meja. Di tangannya terdapat gitar akustik.

"B nak buat apa?" Tanya Mikayla yang pelik dengan perbuatan Muiz.

Muiz sengih tayang gigi. "Sayang tak boleh tidur kan. B nak nyanyi lullaby untuk you." Jelas Muiz sebelum mula memetik gitarnya itu. Lagu sayang oleh Faizal Tahur dinyanyikan dengan panuh perasaan buat Mikayla.

Dapat Muiz melihat mata Mikayla yang semakin lama semakin kuyu dan akhirnya tertutup itu. Sebaik sahaja lagu yang dinyanyikan habis, mikayla sudah tertidur.

Muiz mengambil telefon yang disandarkan kepada kotak di atas meja lampu tidur dan mengucup skrin telefonnya yang memaparkan wajah Mikayla yang sedang tidur.

"Semoga tidur you nyenyak malam ni sayang." Bisiknya sebaik mengucup wajah Mikayla di dalam telefon itu sebelum dia memutuskan talian.

🌸🌸🌸
Jangan lupa untuk vote and comment ok ☺️😉

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

406K 14.4K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1.4M 40.5K 84
~COMPLETED~ Kerana desakan...lamaran itu diterima. Walaupun hati tidak mahu tapi dia rela. Iman Saffiya seboleh mungkin menafikan apa yang ada dihat...
3.5M 305K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
1.4M 53.3K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...