HELLO ANGEL ยฉ๏ธ

By jkshlvffy

12.3K 1.4K 37

Mencari yang ikhlas bukan senang. Bila ada yang sanggup menghargai, maka jangan dilepaskan. Tuhan sentiasa ad... More

00
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
35
36
37
38
39
40

34

220 34 0
By jkshlvffy

~ ʜᴇʟʟᴏ ᴀɴɢᴇʟ ~







Bunyi kicauan burung membuat tidur gadis itu terganggu. Dia membuka matanya perlahan dan cuba membiasakan dirinya dengan keadaan sekeliling.

'Aku kat mana?'

Gadis itu bangun dari baringnya. Matanya meninjau keadaan sekeliling dengan penuh tanda tanya. Pertanyaan yang sama berulang kali muncul di dalam fikirannya.

Gaun putih yang longgar dan agak besar dari tubuh kecilnya itu dipandang sekilas. Patutlah rasa tak selesa. Berbeza sangat dengan saiz sebenarnya. Kaki yang tidak bersarungkan apa-apa itu mula mengatur langkah untuk menjelajah dunia baru itu.

Indah. Cantik. Tenang. Damai. Nyaman.

Itu kata yang gadis itu ulang dalam hatinya. Tak pernah lagi dia melihat keadaan sebegini rupa selama dia hidup.

Tangannya menyelak daun-daun pokok yang menghalangnya. Di hujung sana, dia terdengar pula deras air terjun yang sedang mengalir. Sungguh tenang dan menyamankan. Bibir merah muda itu tersenyum lagi.

Kaki kecilnya masuk ke dalam air sungai yang jernih dan sejuk itu. Seketika dia menggigil akibat terlalu sejuk. Tetapi, itu tidak lama ketika dia kembali dibuai oleh keindahan alam semula jadi di situ.

Zapp !

Hye Seol terduduk di sungai tersebut apabila ada sebuah anak panah menuju tepat ke arahnya. Tapi, mujurlah dia sempat mengelak. Kalau tidak, kembali menjadi arwahlah dia jawabnya.

"Maaf, awak okey tak cik?" Soal seorang lelaki muda.

Jelas tergambar riak risau dan serba salah di wajah kacak itu.

Tangan besar lelaki itu dihulur ke arah si gadis yang masih belum dapat mencerna apa yang baru saja terjadi.

Teragak-agak dia menyambut huluran lelaki tersebut.

"Maafkan saya sekali lagi. Saya ingatkan awak penceroboh tadi." Ujar lelaki itu sekali lagi.

"Eh, tak..tak apa." Balas Hye Seol tiba-tiba gagap.

"Awak datang dari mana? Saya tak pernah nampak awak pun kat sekitar ini sebelum ni." Soal lelaki itu setelah keheningan kembali melanda.

"Engg? Eo. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh ada kat sini. Tempat ini pun saya tak tahu. Bangun saja saya dah ada kat sini." Jawab Hye Seol.

Lelaki itu mengangguk seolah dia memahami sesuatu.

"So, awaklah roh tanpa takdir itu." Gumam lelaki itu perlahan.

"By the way, nama saya Shi Xun. Saya penjaga hutan ini. Kalau ada sesiapa yang keluar masuk sesuka hati, mereka akan berurusan dengan saya dan juga penjaga yang lain." Ujar lelaki bernama Shi Xun tersebut.

"Sehun?" Soal Hye Seol ingin kepastian.

Lelaki itu membulatkan matanya. Tangannya dengan pantas menekup mulut gadis itu.

"Shh.. Mana boleh awak sebut nama Putera Angin kat sini? Kalau ada orang dengar, awak akan diheret masuk penjara." Ujar lelaki itu dengan tegas.

Hye Seol ternganga mendengar ucapan Shi Xun.

"Maksud awak, Oh Se Hun itu ialah Putera Angin kat sini?" Soal Hye Seol lagi.

Nak tergelak pun ada juga. Tapi, terpaksa dia tahan. Kang, ada juga yang ingat dia gila.

"Awak memang nak mati ke? Kalau nak, saya boleh bunuh awak sekarang." Ujar Shi Xun geram dengan perangai degil Hye Seol.

Gadis itu tersenyum hambar.

"Bukan saya memang dah mati ke?" Soal Hye Seol perlahan.

"Tak. Siapa cakap awak dah mati?" Soal lelaki itu pelik.

"Yalah. Seingat saya, sebelum saya tak sedarkan diri, saya kena tikam lepas itu dilanggar pula dengan kereta. After that, saya tak tahu apa yang jadi." Jelas Hye Seol.

"La, awak tak hilang? Ingatkan awak hilang." Ujar Shi Xun mula faham.

Tapi yang semakin tak faham sekarang ialah Hye Seol. Entah apa yang lelaki mirip Sehun ini merepek dari tadi.

"Saya tak hilang, Shi Xun-ssi. Now, boleh awak bagitahu saya kat mana saya sekarang? Dah sampai syurga belum?" Soal Hye Seol.

Shi Xun hampir tergelak apabila mendengar pertanyaan gadis itu.

"Yak, apa yang kelakar?" Soal Hye Seol lagi geram.

"Yak. Awak tak mati lagilah. Sekarang awak berada dalam alam mimpi. Awak akan berada di sini sampai awak jumpa jalan keluar." Jelas Shi Xun.

"What? Maksudnya, kalau saya tak jumpa jalan keluar sampai bila-bila, then saya akan tinggal di sini sampai bila-bila?" Soal Hye Seol terkejut.

Shi Xun mengangguk perlahan.

"Huwaaa!!! Appa eomma oppa!!! Nak balik!!!!!!"

"Shhh!!!!"

Shi Xun menutup mulut gadis itu dengan susah payah. Yalah, kang dia pula yang kena sebab buat anak orang menangis.

"Shh.. Dah. Jom, ikut saya balik." Ujar Shi Xun setelah gadis itu kembali diam.

"Awak ada rumah ke?" Soal Hye Seol.

Bodoh.

Itu yang difikirkan oleh Shi Xun setelah gadis itu mengutarakan soalan bodoh itu.

"Mestilah saya ada rumah. Apa awak ingat saya tarzan ke apa tidur atas pokok?" Ujar Shi Xun geram.

Gadis itu tersengih apabila menyedari kebodohannya yang mula terserlah.

"Jom."



~ ¤ ~



Lelaki kacak itu memejamkan matanya cuba untuk meredam rasa sakit yang mencucuk di dadanya.

"Hun, okey tak ni?" Soal Luhan apabila melihat keadaan adiknya yang seakan nazak itu.

Sehun mengangguk kepalanya. Jam di dinding dipandang sekilas. Sudah pukul 8 malam.

"Hyung tak balik ke?" Soal Sehun setelah lama mereka diam.

Lelaki manis itu menggeleng perlahan.

"Hyung nak jenguk Seol. Lama rasanya hyung tak jenguk dia sebab terlampau sibuk." Ujar Luhan sambil tersenyum.

Lelaki itu hanya mengangguk mendengar jawaban si abang.

"Hun, jangan dera diri macam ni lagi. Balik dan berehat. Biar hyung yang jaga Seol malam ni." Nasihat Luhan.

"Tak apalah, hyung. Hun nak tunggu Seol sedar. Kalau boleh, Hun nak pindah masuk ke hospital untuk jaga dia supaya Hun tak tinggal apa-apa berita tentang keadaan dia." Ujar Sehun perlahan.

Luhan menggeleng. Dia dengan Hye Seol dua kali lima je. Sama-sama degil. Ha, padanlah kalau ditakdirkan bersama.

"Okey. Tapi, jangan abaikan makan minum Hun. Ni kalau Seol tahu, memang dia akan paksa Hun makan 5 pinggan bila balik nanti. Jangan ingat hyung tak pernah kena." Ujar Luhan.

Mereka ketawa perlahan apabila mendengar ucapan Luhan itu.

"Muka macam itu boleh juga paksa orang. Ingatkan cuma tahu cakap saja." Ujar Sehun sambil tersenyum.

Luhan menepuk bahu Sehun perlahan.

"Percayalah, Seol tak akan pergi macam itu saja. Kalau ya, pasti Tuhan akan memberi peluang kepada kita untuk ucapkan selamat tinggal. Seol seorang yang kuat. Tak pernah ada lagi budak perempuan berumur 8 tahun belasah ketua gengster sampai lunyai. Entah macam mana dia belasah pun hyung tak tahu. Sampai saja kat rumah, dengar dia kat balai polis sebab belasah orang. Ingatkan rakan sekelas, rupanya ketua gengster."

Sekali lagi mereka berdua ketawa mendengar cerita Luhan.

"Ganas juga. Tak padan dengan badan kecil." Perli Sehun.

And, again. Mereka ketawa lagi. Ya, begitulah cara mereka untuk melepaskan rindu pada gadis itu.








[][][]

TO BE CONTINUED ...

#VOTE #KOMEN #THANKYOU
#사랑하자

I got nothing to say. Continue love my story and don't forget to vote. Love you all. 💋

Annyeong

감사합니다 엑소 사랑하자

Continue Reading

You'll Also Like

9.9K 766 49
๐—œ ๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ | ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ . . . Remake From:- ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ {๐— ๐—ถ๐˜€๐—ถ:๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ธ}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
1.5M 81K 70
2020 | Action Romance story [COMPLETE] โ๐™ƒ๐™š'๐™จ ๐™ข๐™ฎ ๐™†๐™ž๐™ฃ๐™œ.โž Kerana masa silamnya, dia berubah. Menjadi seorang yang kejam, dingin dan bengis. Ha...
29.1K 581 15
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
18.9K 1K 72
"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa...