HELLO ANGEL ©️

By jkshlvffy

12.3K 1.4K 37

Mencari yang ikhlas bukan senang. Bila ada yang sanggup menghargai, maka jangan dilepaskan. Tuhan sentiasa ad... More

00
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40

28

204 30 0
By jkshlvffy

~ ʜᴇʟʟᴏ ᴀɴɢᴇʟ ~







Tangan gadis itu mengigil kecil apabila membawa cawan yang berisi kopi itu ke dalam bilik bosnya.

"Tok tok tok"

"Masuk."

Hye Seol sedaya upaya untuk melindungi kopi di tangannya agar tidak tumpah ke atas permaidani di pejabat Sehun. Kalau tak, memang tak akan balik dia malam ini untuk membersihkan permaidani mahal itu.

Wajah lelaki itu sememangnya sudah tegang sejak awal dia masuk kerja tadi. Bahkan, Hye Seol yang terlambat seminit pun dia marah habis-habisan macam gadis itu melakukan sebuah kesalahan yang sangat besar.

"I..ini ko..kopi, tuan." Ujar Hye Seol tergagap tanpa sengaja.

"Kau tak letak racunkan dalam minuman aku?" Soal Sehun datar tanpa menoleh sedikitpun ke arah gadis itu.

Hye Seol cuba menahan rasa geramnya.

"Kalau saya memang jahat, dah lama saya bunuh tuan dari awal saya bekerja lagi. Tak payah nak tunggu masa yang sesuai untuk bunuh awak." Ujar Hye Seol geram.

PAP !

Bahu gadis itu terhinjut akibat terkejut. Fail berwarna biru tua yang terbaring di atas lantai itu menjadi pusat perhatiannya. Ya, siapa lagi yang membalingnya jika bukan Oh Se Hun?

"Ada aku suruh kau menjawab? Aku suruh kau bawa kopi saja ke sini. Bukan suruh kau melawan cakap aku. Kau ingat kau berhak bersuara kat sini? Siapa kau untuk melawan aku?!"

Bahu gadis itu terhinjut kembali apabila Sehun menekankan ayat terakhirnya dengan kasar.

Tanpa sedar, air mata gadis itu mengalir perlahan dari tubir matanya. Seluruh wajahnya terasa panas.

"Ma..maaf. Memang saya bukan siapa-siapa kat sini. Tapi, tak boleh ke tuan presiden berhenti berfikiran buruk tentang saya? Jahat sangat ke saya di mata tuan? Hina sangat ke manusia macam saya di mata seorang malaikat macam awak? Saya tahu saya tak semulia awak dan tak sesuci awak. Tapi, saya masih punya hati. Saya tak ada apa-apa kecuali hati saya. Hati ini yang saya gunakan untuk kuatkan semangat saya agar terus hidup di dunia yang kejam dan penuh dengan tipu daya ini. Saya tak minta banyak, tolonglah jaga perasaan dan hati saya walau sedikit." Ujar gadis itu dengan berani.

Sehun terkedu mendengar ucapan gadis itu.

"Maaf. Saya tak akan melawan cakap tuan presiden lagi dan saya tak akan bercakap dengan tuan presiden lagi kalau tuan presiden rasa menyampah mendengar suara saya. Akan saya pastikan itu." Ujar Hye Seol lalu mengatur langkah keluar dari bilik Sehun.

Keluar saja Hye Seol dari bilik Sehun, gadis itu lalu mencapai beg tangannya. Kakinya pula tergesa-gesa mengatur langkah keluar dari bangunan tersebut. Air matanya jangan cakap. Dah seperti air terjun. Para staf yang melihat gadis itu hanya mampu buat muka pelik.

Lelaki itu mengeluh perlahan. Pintu pejabatnya dipandang lama. Rasa serba salah mula menghimpit dadanya.

"Ya Tuhan, apa yang aku dah buat? Huft.." Gumam Sehun perlahan.



~ ¤ ~



Pemandangan di taman itu berjaya menyejukkan hati Hye Seol yang sedang terbakar. Air matanya pula sudah lama mengering. Tetapi, dia masih tidak mahu berganjak dari situ. Biarlah dia tenangkan hatinya terlebih dahulu. Kejadian pagi tadi dan pagi semalam begitu mengejutkan baginya.

Kalau Luhan menyangka yang dia tidak mendengar perbualan mereka, abangnya itu salah besar. Bahkan, Hye Seol telah mendengarnya dari awal sampai akhir. Tidak sedikit pun dari cerita Luhan yang dia tinggal. Semuanya jelas.

"Ya Tuhan,... Apa yang tak kena dengan hidup aku sekarang? Kenapa makin hari peluang itu makin hilang? Tak peluang untuk pulihkan ingatan Sehun mahupun peluang untuk hidup. Kenapa susah sangat nak rasa kebahagiaan itu walau sekejap? Hukuman apa ini, ya Tuhan? Tak cukupkah Engkau menghukum ku selama bertahun-tahun dengan mengambil orang yang aku sayang? Tak cukupkah?"

Kepalanya tertunduk. Air mata kembali membasahi wajahnya.

"Kalau betul aku akan hilang tak lama lagi, aku mohon ampunkan semua dosa ku dan peliharalah seluruh keluarga, kawan-kawan dan juga cinta ku, ya Tuhan. Aku tidak mempunyai siapa-siapa lagi di dunia ini selain daripada mereka semua. Terima kasih kerana telah mengizinkan aku untuk hidup sementara di dunia-Mu ini."

Kedua matanya tertutup rapat. Entah dari mana datangnya angin tetapi ia menyamankan apabila menerpa wajah cantik gadis itu. Terasa seperti semua masalahnya telah hilang begitu saja mengikuti perjalanan angin tersebut.

'Aku akan menganggap bahawa angin ini adalah jawapan-Mu, ya Tuhan.'

Bibir tipis berwarna merah muda itu tersenyum segaris. Entah dari mana datangnya semangat yang telah lama hilang dalam hatinya. Semangat itu telah mengubati hatinya yang terasa rapuh selama bertahun-tahun ini.

"Huft.. Park Hye Seol. Kau cuma ada waktu beberapa minggu lagi untuk hidup. So, nikmatilah apa yang ada. Jangan sia-siakan semuanya kerana kau tak akan pernah merasakannya sekali lagi nanti. Hwaiting!" Ujarnya cuba menyemangatkan dirinya sendiri.



~ ¤ ~



Gadis itu teragak-agak ingin mengetuk daun pintu pejabat Sehun. Dia bahkan terpaksa berfikir banyak kali sebelum dia membuat keputusan tersebut.

Clak ...

Bahu gadis itu terhinjut akibat terkejut. Yang membuka pintu pun ikut terkejut tetapi tidak lama.

"Kau nak apa?" Soal suara dingin tersebut.

Jantung Hye Seol hampir nak meletup akibat terlalu berdebar.

"Sa..saya nak cakap sikit dengan bos. Te..tentang Luhan oppa." Ujar gadis itu ragu.

"Masuk."

Bulu roma Hye Seol meremang apabila mendengar suara dingin lelaki itu kembali menyapa gegendang telinganya.

"Kau nak cakap apa?" Soal Sehun lagi.

Hye Seol menarik nafasnya sedalam yang mungkin sebelum menghembuskannya kembali.

"Tentang semalam, lupakan apa yang Luhan oppa suruh awak lakukan. Biarlah dia desak awak macam mana sekalipun, jangan pernah ikut cakap dia. Saya tahu awak sayangkan dia dan saya yakin awak bijak dalam hal macam ini. Lagipun, manusia memang akan mati. Cuma masa saja. Sama ada cepat atau lambat. Mungkin sudah takdir saya untuk hidup dalam jangka masa yang pendek. Tapi, jangan sesekali termakan pujukan Luhan oppa. Itu saja permintaan saya dan saya minta maaf kalau Luhan oppa sudah menyusahkan awak semalam."

Badannya membungkuk 45ºC selepas mengucapkan apa yang penting.

"Itu saja?" Soal Sehun dengan nada yang lebih kepada menyindir.

Hye Seol kembali diam.

"Listen, tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku nak ubah nasib kau. Tapi, aku kesian pula tengok Luhan hyung merayu bagai nak rak agar kau tetap hidup. Tapi, kalau kau sendiri dah bersedia untuk pergi meninggalkan dunia ni, aku tak boleh nak buat apa dan takziah aku ucapkan. Jangan ingat kau tak akan jumpa aku lagi. Kita akan berjumpa lagi di hari penentuan kau, wahai roh tanpa takdir."

Lelaki itu tersenyum sinis.








[][][]

TO BE CONTINUED ...

#VOTE #KOMEN #THANKYOU
#사랑하자

Huhu... Hidup memang kejam, Seol. Jangan lupa kegiatan VOTE anda. Sekian.

Annyeong !

감사합니다 엑소 사랑하자

Continue Reading

You'll Also Like

4.2K 545 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...
18K 520 16
"we meet again my love" -Tengku Adrian Arasyah Seorang jejaka Yang merupakan musuhnya ketika waktu kecil muncul kembali Dalam hidup Mikayla. Dipaks...
1K 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...
29.3K 583 15
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...