Gadis Berdarah Suci (C)

By Beflwrs

1M 56.4K 1.7K

Gabriella Kattyrine seorang gadis yang bernasib malang. Tinggal di Negara Swirtens. Keluarganya meninggal ker... More

new story
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
maaf.
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Sorry!
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Follow, update.
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bukan update.
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 95
sorry.
Bab 96
Bab 97
PERHATIAN!
LETS READ!

Bab 94

8.8K 553 73
By Beflwrs

Selepas sahaja berjumpa dengan Leo, Rossa menuju ke rumah penginapan Raja Hendri. Sampai sahaja,Rossa terus masuk ke dalam.

"Eh Bella." tegur Edward.

"Bella ada benda nak cakap." kata Rossa.

Penutup kepalanya di tarik ke belakang lalu duduk di sofa.

"Ada masalah ke?" soal Raja Hendri.

"Kamu nampak tak sihat Bella." kata Kirana pula.

"Jangan risau. Bella sihat je."

"Apa yang kamu nak cakapkan?" soal Raja Hendri lagi.

"Kita perlu pergi ke Kerajaan Kristal."

"Buat apa?" soal Romeo.

"Musuh dah tahu di mana letaknya lorong yang bersambung ke dunia lain. "

Dahi Raja Hendri berkerut.

"Kejap. Lorong? Wujud lagi ke?" soal Raja Hendri.

"Keenam enam lorong tu wujud. Cuma di sembunyikan." kata Kirana.

"Bila nak pergi?" soal Mark.

"Sekarang. Kita kena gerak sekarang."

"Baiklah. Auntie akan sediakan kenderaan untuk kamu semua pergi."

"Tak Auntie. Auntie dengan Diana akan ikut sekali."

"Kenapa?" soal Kirana.

"Robert akan ke sini. Dia cuba untuk menangkap Alvin. Kalau Auntie tak ikut sekali, Auntie dengan Diana akan dalam bahaya." terang Rossa.

"Baiklah. Kalau macam tu semua siap siap berkemas. Kita akan gerak sekarang." kata Raja Hendri.

Sampai sahaja di rumah Auntie Kirana, Auntie Kirana terus sahaja mengemas barang barangnya yang penting.

"Clara, Diana dengan Marsha tak balik lagi ke?" soal Rossa.

"Belum. Kejap lagi balik la tu."

"Kiteorang dah balik." jerit Diana.

Rossa terus sahaja mengahampiri Marsha dan Diana.

"Tepat pada masanya. Siap siap kita akan pergi."

Dahi Diana berkerut.

"Ke mana?" soal Diana.

"Kita kena pergi ke Kerajaan Kristal. Nanti dalam kereta aku cerita. Kita dah tak ada masa."

"Okayh."

Diana terus bergerak ke tingkat atas. Manakala Marsha masih lagi tidak bergerak.

"Marsha kali ini kau kena guna kuasa kau."

"Tapi kau tau kan bahaya kalau aku guna."

"Jangan risau. Kau sekarang boleh guna kuasa kau dah. Kau tak perlu sembunyikan nya."

"Jadi kau nak aku buat apa ni?"

"Aku nak kau pergi ke Kerajaan Wings. Bawa Uncle Dirga dan Eric. Nanti jumpa dekat Sungai Grieg. Aku dengan yang lain akan tunggu kat situ."

"Okayh. Aku akan pergi sekarang."

Baru sahaja Marsha ingin pergi, Rossa menyentuh lengan Marsha.

"Ada lagi?" soal Marsha.

"Ajak Kevin. Aku takut kau dalam bahaya. Setidaknya ada yang akan lindungi kau."

Marsha menganggukkan kepalanya. Kemudian dia pergi.

Selesai mengemas, mereka semua berkumpul kecuali Marsha dan Kevin. Mereka berdua telah pergi semula ke Kerajaan Wings. Rossa menghampiri mereka semua.

"Bella,Diana dengan Clara ikut kereta kedua. Yang lain ikut kereta yang telah Uncle tetapkan." kata Hendri.

Rossa masuk ke dalam kereta. Dia duduk di bahagian tengah. Di sebelah kirinya Alvin manakala sebelah kanannya Josh. Clara pula duduk di bahagian belakang bersama Benny dan Jack. Edward pula di tempat memandu. Dia yang akan membawa kereta. Manakala di sebelah Edward pula Diana.

Kereta yang di pandu Edward mula bergerak. Rossa menyandarkan badannya. Matanya di pejamkan. Clara yang melihat Rossa kelihatan lemah mula rasa hairan.

"Bella, awak okayh tak ni?" soal Clara yang berada di belakang Rossa.

Mereka semua memandang ke arah Rossa apabila Clara menyoalnya kecuali Edward dan Alvin.

"Kau okayh tak ni?" soal Josh risau.

"Aku..okayh." jawab Rossa perlahan.

Jack terus menyentuh dahi Rossa.

"Badan kau sejuk ni. Kau sakit ke?" soal Jack.

Rossa hanya diam. Soalan Jack tidak di jawab.

"Bella, awak betul betul okayh ke ni?" soal Clara lagi.

"Jack kau cuba lah check." kata Benny pula.

"Kalau aku check pun tak ada guna. Kuasa aku tak berkesan dekat dia." kata Jack.

"Habistu macam mana ni?" soal Diana pula.

"Badan dia makin sejuk lah." kata Jack.

Tangannya masih lagi menyentuh dahi Rossa.

"Bella, bangun." kata Josh sambil menepuk pipi Rossa lembut.

"Bella." panggil Josh sekali lagi.

Namun Rossa tetap tidak bangun.

"Dia tak sedarkan diri." kata Jack.

Edward terus memberhentikan keretanya. Kemudian menoleh ke belakang.

"Teruk ke?" soal Edward

"Suhu badan dia menaik." jawab Jack.

"Alvin, peluk dia." arah Edward.

Dahi Alvin berkerut.

"Cepat lah! Bagi badan dia panas balik!"

Alvin terus sahaja memeluk Rossa erat.

"Tunggu kejap." kata Edward lalu keluar dari keretanya.

Bonet kereta di buka lalu di tutup semula. Edward masuk ke dalam keretanya semula.

"Ni. Tutup semua badan Bella dengan selimut ni." kata Edward lalu mencampakkan selimut ke arah Josh. Josh terus menutup seluruh badan Rossa.

"Alvin, jangan sampai kau lepas pelukkan kau. Tunggu sampai dia sedar." kata Edward.

Alvin hanya diam saja. Kemudian kereta bergerak semula.

Setengah jam berlalu. Mereka semua masih lagi berada dalam kereta. Rossa membuka matanya perlahan lahan. Benda pertama dia nampak ialah muka Alvin. Pipi Rossa mula terasa bahang. Dia baru sedar yang dia berada dalam pelukan Alvin.

"Kau dah sedar." kata Alvin.

Rossa melihat anak mata Alvin. Kemudian dia cuba untuk menjarakkan dirinya dengan Alvin. Namun di tahan oleh Alvin.

"Jangan bergerak. Badan kau masih sejuk lagi." kata Alvin.

Rossa terus sahaja tak jadi menjarakkan dirinya. Kepalanya di gerakkan untuk melihat ke arah Edward dan Diana.

"Ed, sampai dekat Sungai Grieg aku nak kau berhenti. Bagitahu yang lain." kata Rossa.

"Kau dah sedar. Baguslah. Okayh." kata Edward.

Matanya melihat ke arah cermin untuk melihat Rossa. Rossa hanya tersenyum nipis. Kemudian Rossa menyandarkan kepalanya di dada Alvin.

"Yang lain tidur ke?" soal Rossa perlahan.

"Hm." jawab Alvin.

"Aku rasa dah boleh lepas kut. Aku dah okayh."

"Sampai Sungai Grieg aku lepas. Kau tidur lah balik." kata Alvin lembut.

Tanpa Rossa sedar, dia tersenyum. Kemudian matanya tertutup semula.

Leo berdiri di tengah jalan. Kereta yang sedang bergerak ke arahnya, berhenti. Leo menghampiri kereta tersebut lalu mengetuk cermin kereta di bahagian belakang. Cermin kereta itu menurun.

"Kau Leo. Kau buat apa dekat sini?" soal Robert.

"Saya cuma nak sampaikan maklumat penting."

"Apa dia?"

"Ketua Angel, Raja Hendri dengan yang lain berada di rumah wanita tersebut. Mereka semua akan bergerak ke Kerajaan Kristal." kata Leo.

Robert memandang Leo lama.

"Macam mana dieorang boleh berada dekat situ? Aku fikir budak permata naga tu je ada dekat situ."

"Mereka semua telah berada di sana semalaman. Lebih baik Tuan terus menuju ke Kerajaan Kristal."

"Boleh ke aku percaya kan kau ni?" soal Robert sambil tersenyum sinis.

Leo juga turut tersenyum sinis.

"Saya cuma sampaikan maklumat. Kalau Tuan tak percaya, itu bukan urusan saya. Jangan cakap saya tak bagitahu." kata Leo lalu pergi meninggalkan kereta tersebut.

"Kita tukar tempat. Terus sahaja pergi ke Kerajaan Kristal."

Seorang lelaki sedang berdiri di hadapan pasangan suami isteri yang terbaring tidak sedarkan diri. Dia tersenyum sinis.

"Kita tengok kalau Puteri kesayangan korang boleh selamatkan korang atau tak." kata lelaki itu lalu beredar dari ruang bilik tersebut.

"Tuan Groniel. Saya telah mendapatkan pisau yang Tuan nak." kata seorang gadis.

Lelaki yang bernama Groniel tersenyum jahat.

"Bagus. Berikan kepada aku." kata Tuan Groniel sambil tangannya di hulur.

Gadis itu tidak menyerahkannya malah dia hanya melihat Groniel saja.

Dahi Groniel berkerut.

"Kenapa?" soal Groniel.

"Bagitahu aku siapa yang bunuh bonda aku."

Groniel ketawa.

"Itu je? Baiklah. Yang bunuh bonda kesayangan kau tu adalah Ketua Angel. Nama dia Williane. Puas? Sekarang bagi aku pisau tu."

Gadis itu masih lagi tidak memberikannya.

"Apa lagi yang kau nak tanya?" soal Groniel dengan nada geram.

"Dia dekat mana sekarang?" soal wanita itu.

"Dia dah mati. Kalau kau nak balas dendam, kau pergi bunuh Ketua Angel yang sekarang."

"Kenapa aku perlu bunuh Ketua Angel yang sekarang?"

"Sebab Dia adalah pewaris dari Williane. Pisau yang kau pegang tu adalah kelemahannya."

"Okayh. Biar aku yang bunuh dia."

Groniel tersengih.

"Baiklah kalau yang tu kau nak. Dekat Negara Wingstone akan berlakunya peperangan. Kau kena cari lorong yang bersambung dengan kerajaan Kristal. Sebab peperangan akan berlaku dekat situ. Dari lorong tu kau dapat masuk ke Negara Wingstone dan kau boleh bunuh dia."

"Nak cari lorong tu akan ambil masa lama. Lebih baik kau bagitahu aku dekat mana lorong tu. Aku tahu kau tau."

Sekali lagi Groniel ketawa.

"Kau cari sendiri."

Wanita itu tersenyum sinis.

"Aku tahu kau nak Ketua Angel tu mati kan? Kau nak dia mati sebab kau nak rampas Negara Wingstone dan kau bagi aku bunuh Ketua Angel tu sebab mudahkan kerja kau nak rampas Negara tu. Aku tak bodoh. Kalau kau nak dia mati cepat lebih baik kau bagitahu aku."

Groniel berdecik.

"Jeslyn, Jeslyn. Aku saja nak cuba kepandaian kau. Baiklah. Lorong tu berada di Dark Forest. Tapi, aku yakin dekat sana ramai tentera dan raksasa. Jadi, kau pandai pandai lah hadap mereka semua tu."

"Okayh."

Gadis yang bernama Jeslyn itu kemudian pergi.

Mereka semua telah sampai di Sungai Grieg. Rossa turun dari keretanya di ikuti dengan yang lain. Keluar saja dari kereta, muka Josh kelihatan bengang apabila melihat Yora bersama Marsha. Bukan sahaja Yora, Sherine dengan Ferra juga turut ada.

"Habislah mesti gaduh dieorang berdua tu." bisik Benny kepada Edward.

"Kenapa ikut?" soal Josh kepada Yora.

"Kenapa? Tak boleh ke?" soal Yora balik.

"Orang bukan nak pergi berparti. Orang nak pergi berperang."

"Tahu. Jangan risau. Saya takkan menyusahkan awak dan saya takkan minta perlindungan dari awak." kata Yora sinis lalu dia masuk terus ke dalam kereta.

Josh yang ingin mengejar Yora terbantut apabila Rossa menahannya.

"Aku tahu kau risaukan dia. Kali ni bagi dia ikut." kata Rossa.

Josh mengeluh. Kemudian Rossa menuju ke arah Dirga.

"Uncle duduk dengan Uncle Hendri dekat kereta sana. Marsha, Eric dan Kevin dekat kereta ketiga. Sherine dengan Ferra kereta keempat sana." kata Rossa sambil menunjuk ke arah kereta.

Mereka semua mengangguk lalu bergerak masuk ke dalam kereta. Setelah semua masuk ke dalam kereta, mereka semua menyambung semula perjalanannya.

Di dalam kereta Edward.

"Josh, kau tak sepatut tanya macam tu dekat Yora." kata Rossa.

Josh mengeluh.

"Aku risau. Aku tak nak dia dalam bahaya. Aku tak nak kehilangan dia." kata Josh.

"Aku tau. Tapi bukan macam ni caranya. Kau tahukan Yora tu suka ikut benda benda macam ni. Kalau kau halang dia, dia akan kecik hati lepastu naik kepala. Kau sebagai kekasih dia kena lindungi dia. Itu dah memang tugas kau. Kau tak boleh suruh dia duduk istana diam diam. Itu bukan yang dia suka. Hati perempuan ni lain. Kau kena paham betul betul perasaan dia." bebel Rossa.

Benny dengan Jack ketawa kecil. Manakala Edward hanya mampu menggelengkan kepalanya saja.

"Lagi satu. Setiap dalam kehidupan, mesti ada kehilangan dan bahaya. Kau tak boleh elak semua tu. Kalau benda tu nak jadi, ia akan tetap jadi. Jadi, kau kena siap sedia untuk menerimanya." sambung Rossa.

Josh hanya mampu diam sahaja. Apa yang di kata Rossa adalah benar. Dia perlu siap sedia untuk merasa kehilangan.

"Aku bukan cakap dekat Josh je. Aku cakap dekat semua yang ada dalam kereta ni. Belajar menerima hakikat. Jadikan pengajaran jika berlakunyaa perkara buruk."

Mereka semua hanya mengangguk saja. Selesai Rossa membebel, suasana dalam kereta menjadi sunyi sepi. Semua sebuk melayan perasaan masing masing.

Alvin masih lagi terfikir dengan kata kata Rossa. Kata kata Rossa seolah olah untuk dirinya. Dia memandang gadis di sebelahnya yang nyenyak tidur. Tiba tiba hatinya rasa sebak. Teringat pula mimpinya. Dia takut. Takut kehilangannya lagi. Tapi dia perlu menerima kehilangannya.

Setelah 6 jam perjalanan. Mereka telah sampai ke Kerajaan Kristal. Raja Hendri, Cikgu Ken, Dirga dan Kirana telah pergi ke Istana Berlin. Manakala yang lain berada di hutan untuk persediaan peperangan.

"Kat sini selamat ke?" soal Diaz.

"Selamat. Jangan risau." jawab Rossa.

"Ni pakaian korang masa peperangan." kata Eric lalu memberikan kepada mereka semua.

"Kita je ke akan berperang?" soal Sherine.

"Nampaknya macam tu la." kata Tristan pula.

"Jangan risau. Bukan kita je. Tentera dari Kerajaan Kristal juga akan turut serta." kata Rossa.

"Tapi kalau musuh ramai macam mana?" soal Ferra pula.

"Kita akan menang walaupun pasukan musuh ramai." jawab Rossa.

"Dah dah. Semua siap sedia. Lepas pakai baju peperangan, aku nak semua berkumpul nanti. Aku nak bahagikan kumpulan dengan tugas." sambungnya lagi.

Mereka semua menganggukkan kepalanya.

Setelah membahagikan kumpulan dan tugas, mereka semua menuju ke tempat yang di tetapkan.

Di tempat Clara.

Clara menyentuh dadanya. Dia merasa akan ada perkara buruk berlaku. Makin lama makin tidak tentu arah Clara di buatnya. Benny yang melihat sikap Clara,  menyentuh tangan Clara.

"Kenapa ni?" soal Benny.

"Saya tak tahu. Saya rasa tak tenang." jawab Clara.

"Awak kena bertenang. Jangan sampai ganggu tugas awak."

Clara hanya menganggukkan kepalanya.

Setelah satu jam mereka menyorok, muncul beberapa tentera musuh dan Ahli Sihir. Mereka yang sedang menyorok memerhati gerak geri musuh.

Di tempat Rossa.

"Aku akan kesana. Cakap dekat mereka yang lain. Tunggu arahan aku." kata Rossa kepada Marsha, Mark dan Romeo.

Mereka bertiga menganggukkan kepala. Rossa menarik penutup kepalanya ke atas kemudian keluar dari tempat persembunyiannya.

Rossa melangkah dengan tenang menghampiri kawasan lorong tersebut.

"Nampaknya kita berjumpa lagi Robert." kata Rossa sambil tersengih.

Robert memandang ke arah Rossa.

"Woah. Ketua Angel dah muncul. Kali ni tak tutup muka pula." kata Robert sambil menepuk tangan.

"Jadi dia ni lah Ketua Angel?" soal seorang lelaki di sebelah Robert.

Rossa tersenyum.

"Selamat berkenalan Raja Jason. Saya banyak dengar tentang Raja."

Raja Jason ketawa.

"Nampaknya kau tahu banyak perkara tentang aku ye. Mesti tahu dari Leo kan?"

"Tentulah. Leo banyak membantu saya dan tentang maklumat yang Leo beritahu kepada Robert juga adalah rancangan saya. Saya tak nak lah musuh saya buang masa."

"Ouh. Terima Kasih." kata Robert.

"Jangan harap kau dapat gagal kan rancangan kami!" kata Raja Jason.

"Maaflah aku tetap akan gagalkan jugak sebab tugas aku adalah gagalkan rancangan korang semua." kata Rossa.

Bahasanya juga sudah berubah.

"Baiklah! Serang!" jerit Raja Jason.

"Keluar!" jerit Rossa pula.

Mereka yang bersembunyi mula keluar dari tempat persembunyian mereka. Kemudian menyerang semua musuh yang berada di situ.

Rossa menyerang Ahli sihir bersama Romeo dan Mark. Sedang leka mereka melawan, tanpa mereka sedar Raja Jason telah membuka pintu lorong tersebut.

"Clara! Bagi isyarat!" jerit Rossa yang sedang berlawan.

Clara yang tidak jauh dari Rossa menganggukkan kepalanya lalu mengeluarkan bunyi yang kuat. Mereka yang sedang berlawan terus sahaja menutup telinga masing masing.

"Bunyi apa tu? Yora ke yang buat?" soal Roy.

"Bukan. Tu Clara." jawab James.

Setelah bunyi itu menghilang, muncul beribu fairytale kecil berterbangan di udara kemudian mereka turun ke tanah. Saiz mereka telah menjadi normal. Pasukan Fairytale tersebut terus menghasilkan raksasa untuk melawan raksasa kegelapan.

"Wah. Fairytale lah!" jerit Diaz jakun.

"Diaz! Awas!" jerit Josh apabila melihat musuh ingin menyerang Diaz.

Benny yang berada berdekatan dengan Diaz terus sahaja melindungi Diaz dengan menggunakan kuasa kelajuannya.

"Nak berjakun pun bertempat la." kata Benny selepas menyelamatkan Diaz.

"Yelah." jawab Diaz sambil membuat muka.

Kemudian mereka sambung berlawan semula.

"Bella! Lorong tu kena tutup! Kalau tak makin banyak raksasa kegelapan akan masuk!" jerit Raja Hendri yang baru muncul.

"Jangan risau. Bella akan pergi tutup pintu Lorong tu." kata Rossa.

Rossa melangkah ke arah lorong tersebut namun Rossa telah di kepung oleh ahli sihir. Baru sahaja Rossa ingin menyerang muncul beberapa haiwan berupa singa, harimau, gajah, harimau Bintang menyerang Ahli sihir. Di udara juga terdapat pelbagai burung yang cuba untuk menyerang dari atas.

"Aden! Gio!" jerit Rossa gembira.

"Naik atas badan aku. Aku akan bawak kau ke lorong tu. Yang lain biar mereka sahaja selesaikan." arah Aden.

Rossa mengangguk lalu naik ke atas badan Aden. Aden terus membawa Rossa ke Lorong tersebut dengan pantas.

Di situasi Alvin.

Alvin memandang Robert dengan riak kosong. Manakala Robert pula tersenyum sinis.

"Nampaknya kuasa kau dah sempurna budak." kata Robert.

"Kalau ye kenapa?" soal Alvin.

"Tunjuk dekat aku kuasa kau. Aku nak tengok kau boleh kawal ke tak." kata Robert sinis.

"Aku takkan guna kuasa ni walau macam mana sekali pun."

Robert ketawa.

"Aku tak yakin dengan kata kata kau. Kau mesti guna punya."

"Mungkin bila terpaksa." kata Alvin selamba.

Di sekeliling Robert mula mengeluarkan asap berwarna hitam. Dia tersenyum sinis. Di tangannya juga mempunyai asap berwarna hitam. Robert mula menyerang Alvin dengan kuasa tersebut. Alvin dengan pantas menggunakan kuasa gravitinya namun tak berkesan terhadap Robert. Serangan Robert pula terkena di bahu Alvin.

"Kuasa biasa kau takkan berkesan dekat aku Alvin. Lebih baik kau guna kuasa hebat kau daripada kau buang buang tenaga menggunakan kuasa biasa kau." kata Robert.

"Kalau kuasa biasa aku tak berkesan, aku akan guna yang lain pula." kata Alvin sinis.

"Fire Dragon Red Black." seru Alvin.

Muncul seekor naga iaitu Red B. Dulunya dia hanya seekor naga biasa. Namun corak dan kulit pada tubuhnya sudah berubah. Kulitnya lebih berkilat dan mempunyai corak api pada bahagian kepalanya. Warna kulitnya juga lebih kepada warna hitam dan sedikit warna coklat pada bahagian ekornya.

Riak muka Robert kelihatan terkejut. Alvin pula sudah tersenyum sinis.

"Terkejut?" soal Alvin.

Robert ketawa untuk mengawal terkejutnya.

"Sikitlah. Cantik naga kau." kata Robert.

"Aku tak suka buang masa."

Alvin terus sahaja mengarahkan Red B menyerang Robert. Red B masuk ke dalam tanah. Kemudian muncul di bawah kaki Robert. Robert dengan pantas mengelak. Robert mengeluarkan pedangnya lalu menyerang Red B.

Di situasi Rossa.

Sampai sahaja di Lorong tersebut, Rossa melihat Raja Jason dan pengikutnya sedang melindungi Lorong tersebut daripada tertutup.

"Bella akan kesana. Aden bantu yang lain." kata Rossa.

"Tak boleh. Aden tak boleh biarkan Bella pergi sendiri." larang Aden.

"Aden jangan risau. Bella takkan apa apa. Pergilah. Mereka yang lain lebih memerlukan Aden."

Aden mengeluh. Kemudian Aden pergi.

Warna anak mata Rossa sudah berubah warna ungu. Kemudian dia berjalan menghampiri Raja Jason yang sedang leka melihat raksasa dari dunia lain masuk.

Rossa tersenyum sinis.

Anak matanya pula berubah warna biru. Raja Jason terkejut apabila melihat Rossa berada di depannya.

"Kau?!"

"Kenapa? Terkejut? Tak semudah tu untuk masukkan mereka." kata Rossa lalu menyerang Raja Jason.

Dengan pantas Raja Jason mengelak.

Kedua dua belah tangan Rossa mempunyai arus petir. Jika dia menyentuh seseorang, sekelip mata sahaja akan kehilangan nyawa.

Raja Jason terus mengeluarkan pedangnya. Pedangnya di acu ke depan lalu berlari menuju ke arah Rossa.

"Aku tak ada masa nak lawan kau." kata Rossa perlahan.

Rossa menghasilkan kabus tebal membuatkan orang yang sedang berlawan tidak kelihatan. Raja Jason terus sahaja berhenti berlari apabila tidak melihat keberadaan Rossa.

"Tak guna!" jerit Raja Jason.

Kakinya bergerak perlahan lahan dan berhati hati supaya dia tidak terkena serangan.

Rossa menghampiri semula ke lorong. Dengan menggunakan kuasa Angelnya, Rossa menutup gerbang Lorong tersebut. Anak matanya berubah warna Gold. Rossa perlu menutupnya secepat mungkin kerana kabus yang di hasilkan akan menghilang. Tangannya di halakan ke depan lalu menolak gerbang tersebut supaya tertutup. Manakala tangan sebelahnya lagi menghalang raksasa kegelapan masuk ke dunia Wingstone sementara gerbang tersebut cuba untuk di tutup.

Semakin lama kabus yang di hasilkan Rossa semakin hilang. Raja Jason yang cuba menghilangkan kabus tersebut, melihat Rossa dari jauh yang sedang mencuba menutup gerbang tersebut. Raja Jason mula naik berang. Dia terus sahaja berlari pantas sambil pedangnya di acu ke depan untuk menikam Rossa dari belakang. Rossa yang sedang fokus terhadap pintu gerbang tersebut tidak sedar bahawa Raja Jason sedang menuju ke arahnya. Pintu tersebut lagi sedikit sahaja ingin tutup sempurna. Kirana yang tidak jauh dari mereka, melihat Raja Jason yang ingin menyerang Rossa. Dengan pantas Kirana menghentak kaki lalu pergerakan Raja Jason terhenti.

Akhirnya tentera diraja sudah sampai di tempat peperangan. Raja Jason yang tidak bergerak, di gari oleh salah satu tentera. Kemudian Kirana menghentak semula kakinya untuk membolehkan Raja Jason bergerak semula.

"Buat selama lamanya kau akan di kurung." kata Kirana kepada Raja Jason.

"Takguna!" marah Raja Jason.

Tentera yang menangkap Raja Jason terus sahaja di bawa pergi. Pintu lorong tersebut akhirnya tertutup semula. Sekarang mereka semua hanya perlu musnahkan musuh yang telah masuk ke Kerajaan Kristal.

Di situasi Alvin.

Robert sudah kelihatan letih melawan Red B. Manakala Alvin tersenyum sinis melihat Robert letih. Red B ingin menyerang Robert sekali lagi namun Alvin menghalangnya.

"Biar aku je bunuh dia. Kerja dah selesai." kata Alvin kepada Red B.

Red B menganggukkan kepalanya. Kemudian Red B menghilang.

"Kau takkan boleh bunuh aku." kata Robert.

"Siapa kata?" soal Alvin.

"Sebab aku tak ada kelemahan!" jerit Robert.

Alvin ketawa.

"Semua orang ada kelemahan tak mungkin kau tak ada. Cuma kau saja sembunyikan kelemahan kau."

"Kau takkan pernah jumpa kelemahan aku!"

Alvin hanya diam. Buat masa ini dia masih lagi tidak jumpa kelemahan lelaki tersebut. Sudah pelbagai serangan dia berikan namun tiada satu pun yang berkesan.

"Kalau kau nak tahu, kelemahan aku adalah kuasa permata naga tersebut." kata Robert.

"Tak ada orang yang sanggup bagitahu kelemahannya kepada orang. Aku tak bodoh."

Robert ketawa lepas.

"Kau sebenarnya takut kan?" soal Robert.

Dahi Alvin berkerut.

"Takut?"

"Yelah. Kau takut nak gunakan kuasa permata tu sebab nanti kau tak dapat nak kawal kuasa tersebut. Betul kan budak?"

Alvin tersenyum sinis.

"Nampaknya kau dah silap."

Anak mata Alvin terus sahaja berubah.

"Kau paksa aku untuk guna. Jadi, kehidupan kau sampai sini je." kata Alvin.

Robert yang sedikit gentar, cuba untuk bertenang. Baru sahaja dia ingin menyerang, sebuah letupan muncul dari bawah kakinya. Kemudian tanah yang dipijaknya berbentuk lubang lalu Robert terjatuh ke dalam lubang tersebut. Lubang yang di hasilnya terus sahaja berubah menjadi tanah rata semula.

"Semoga kau tenang."

Mereka semua bertungkus lumus melawan raksasa yang telah di masukkan oleh Raja Jason. Lepas sahaja pintu Lorong tersebut tertutup, Rossa terus membantu rakan rakannya yang lain.

"Diaz! Hati hati!" jerit Rossa apabila melihat salah satu ahli sihir ingin cuba untuk menyerang.

Diaz tidak sempat mengelak. Perutnya terluka akibat terkena serangan Ahli sihir tersebut. Rossa berlari menuju ke arah Diaz.

"Diaz! Kau okayh tak ni?" soal Rossa panik.

Diaz tersengih. Perutnya yang berdarah di setuh.

"Aku..okayh."

"Bertahan Diaz. Gio! Aden!"

Muncul Gio di hadapan mereka.

"Apa dah jadi ni?" soal Gio.

"Dia terkena serangan Ahli sihir. Aku nak kau bawak dia jumpa Jack." arah Rossa.

"Tapi aku tak rasa Jack boleh sembuhkan dia."

"Kenapa?"

"Jack kekurangan tenaga. Dia dah banyak sembuhkan mereka yang lain."

Rossa mula panik. Fikirannya tak tentu arah. Tiba tiba muncul seorang gadis Fairytale.

"Biarkan saya sahaja sembuhkan dia." kata gadis itu.

"Siapa nama?" soal Rossa.

"Amber." jawab gadis bernama Amber itu.

"Kalau macam tu kamu sembuhkan dia di tempat selamat. Gio akan membawanya."

Amber menganggukkan kepalanya. Kemudia Gio membawa Diaz ke tempat selamat. Setelah mereka pergi, Rossa terus menyerang raksasa yang tidak jauh darinya.

Anak mata Alvin berubah ke asal semula. Dia tersengih apabila dapat mengawal kuasa barunya. Ini semua berkat kuasa Rossa yang telah memberikan separuh kuasa cahayanya. Kakinya mula berjalan. Matanya pula mencari seseorang. Langkah kakinya terhenti apabila dia melihat orang yang di carinya. Dari jauh dia melihat Rossa sedang berlawan dengan raksasa.

Alvin tersentak. Dia terundur kebelakang sedikit. Kepalanya di sentuh. Dia melihat ke arah Rossa kemudian dia melihat ke arah hutan. Alvin terkejut. Situasi yang berlaku sekarang sama dengan mimpinya.

Sekali lagi anak mata Alvin berubah. Dia melihat ke arah seseorang yang cuba untuk membunuh Rossa.

"1,2,3."

Selepas sahaja Alvin mengira, wanita itu berlari ke arah Rossa sambil memegang pisau.

Alvin menepuk tangannya. Di  Sekelilingnya terhenti dari segala pergerakan termasuk dengan masa. Alvin menggunakan kuasa manipulasi masa. Kemudian Alvin berlari ke arah wanita itu. Pisau di tangannya di ambil lalu menghampiri Rossa. Sekali lagi Alvin menepuk tangannya.
Semua kembali ke asal. Wanita itu terkejut apabila pisaunya tiada di tangannya. Rossa pula kebingungan melihat Alvin di sebelahnya.

"Siapa kau?" soal Alvin.

Anak matanya masih lagi tidak berubah asal. Wanita itu tidak bersuara. Dia cuba untuk melarikan diri namun terbantut apabila Alvin bersuara lagi sekali.

"Kau gerak, kaki kau akan lumpuh. Kalau tak nak lebih baik kau duduk diam diam."

Rossa cuba untuk melihat mukanya namun mukanya separuh ditutup hanya dapat melihat matanya saja.

"Kau kenal ke Alvin?" soal Rossa.

"Tak. Tapi dia cuba untuk bunuh kau guna pisau ni." jawab Alvin lalu menunjukkan pisau yang di pegangnya.

Rossa terundur ke belakang. Tiba tiba kepalanya terasa sakit. Rossa menyentuh kepalanya sambil mengerang.

"Bella, kenapa ni?" soal Alvin sambil mencuba untuk menyentuh Rossa.

Rossa menepis tangan Alvin.

"Jangan dekat!" kata Rossa sambil menahan sakitnya.

Mereka yang lain baru selesai menewaskan semua raksasa menghampiri Alvin dan Rossa. Clara dan Marsha melihat pisau yang di pegang Alvin. Mereka berdua terus sahaja berlari ke arah Alvin dan Rossa.

"Alvin! Jauhkan pisau tu dari dia!" jerit Marsha yang sedang berlari ke arahnya.

Baru sahaja Alvin cuba untuk menjauh, pisau yang di pegangnya terlepas dari tangannya. Kemudian pisau tersebut bergerak pantas ke arah Rossa lalu menusuk dada Rossa.

"Bella!" jerit Alvin lalu menghampiri Rossa.

"Bella, bertahan!" kata Alvin sambil mencuba mencabut pisau yang berada di dada Rossa.

Air mata Rossa mengalir. Tangannya menyentuh tangan Alvin yang cuba mencabut pisau tersebut.

"Ja...ngan.." kata Rossa.

"Alvin! Jangan cabut. Kalau kau cabut dia akan mati cepat." kata Marsha.

"Habistu takkan nak biarkan je?!" marah Alvin.

"Dah tak ada cara lain dah." kata Clara pula.

"Bella! Apa dah jadi ni?!" soal Raja Hendri.

Raja Hendri menyentuh pipi Rossa. Mereka yang lain hanya mampu memandang sayu saja.

"Bella, dengar cakap aku. Kau kena kuat. Jangan tinggalkan aku. Please Bella. Bertahan untuk aku." kata Alvin.

Air mata Alvin mengalir deras. Rossa cuba untuk tersenyum. Tangannya pula menyentuh pipi Alvin lalu mengelap air mata Alvin. Kemudian mata Rossa makin lama makin tertutup. Tangannya yang menyentuh pipi Alvin jatuh.

"Bella! Bangun! Bangun Bella! Jangan tinggalkan aku!" jerit Alvin lalu memeluk tubuh Rossa dengan Erat.

Mereka yang lain juga turut menangis.

"Dia masih hidup cuma dia tak sedarkan diri." kata Clara yang sedang menyentuh dahi Rossa.

"Jadi,apa yang perlu kita buat ni? Takkan nak biarkan je?" Soal Jack.

"Biar saya saja yang sembuhkan." Sampuk Yasmin.

Mereka semua memandang ke arah Yasmin.

"Tapi saya perlukan bantuan beberapa orang." Sambung Yasmin.

"Kami siap untuk membantu asalkan Rossa selamat."

Continue Reading

You'll Also Like

105K 4.6K 54
[Completed] PEMENANG WATTYS 2020 (PARANORMAL) Sebelum mula penulis mencadang agar semua tekan back dan tidak membaca cerita ni sebab tak best pun. Se...
73.7K 4.9K 35
[TeenFiction] Triple N? Sekumpulan gadis nerd yang sering dibuli kerana gaya pemakaian mereka yang agak serabut ditambah kaca mata bulat yang mereka...
239K 15.4K 44
#10 IN TEEN FICTION (25/01/2018) Perempuan memang pantang jumpa lelaki handsome dan hot ni. Mulalah mereka jerit meroyan jatuh pengsan dan seumpamany...