Gadis Berdarah Suci (C)

By Beflwrs

1M 56.4K 1.7K

Gabriella Kattyrine seorang gadis yang bernasib malang. Tinggal di Negara Swirtens. Keluarganya meninggal ker... More

new story
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
maaf.
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Sorry!
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Follow, update.
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 89
Bab 90
Bukan update.
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 95
sorry.
Bab 96
Bab 97
PERHATIAN!
LETS READ!

Bab 88

8.5K 491 6
By Beflwrs

Alvin memandang gadis yang sedang terbaring tidak sedarkan diri. Muka gadis tersebut di pandang sayu. Dari semalam lagi gadis itu tidak bangun bangun. Alvin melabuhkan punggungnya di sebelah gadis tersebut. Tangan milik gadis itu di sentuh kemudian di cium.

"Bella, bangun. Aku tak kuat tengok kau terbaring lemah macam ni. Please bangun Bella." kata Alvin seorang diri.

Tangan Rossa di genggam kuat. Pipi milik gadis tersebut di usap. Kalau dia lebih awal sampai, Rossa takkan jadi seperti ini. Tiba tiba pintu bilik Rossa terbuka. Nilon menutup pintu semula lalu menghampiri Alvin.

"Kau jangan risau. Dia akan sedar punya. Tapi tu la mungkin ambil masa lama." kata Nilon.

Kerusi meja solek di tarik lalu melabuhkan punggungnya.

"Kenapa? Kenapa ambil masa lama?" soal Alvin.

"Kau tak tahu ke? Dia separuh manusia istimewa dan separuh Angel la."

dahi Alvin berkerut.

"Maksud kau? Bukan ke dia dah jadi Angel sepenuhnya."

Nilon menggelengkan kepalanya.

"Dia memang sepatutnya sepenuh Angel, tapi di sebabkan roh Rossa Elrica ada dalam badan Gabriella, jadi dieorang dah sebati. Sebab tu dia separuh Angel dan separuh manusia." terang Nilon.

"Dari mana kau tau?"

"Mark dengan Romeo bagitahu aku."

"Macam mana boleh jadi macam tu?"

"Macam ni.."

Nilon mula menceritakan dari awal sehingga akhir seperti mana Aden menceritakan kepada Gabriella.

Memori yang tadinya di tayangkan kepada Rossa, lenyap. Kemudian Rossa menyentuh lagi salah satu serpihan memori yang ada di depannya.

"El!" panggil Aden.

El yang sedang bermain bersama binatang lain menoleh ke arah Aden.

"Sini kejap!" sambung Aden.

El berhenti bermain lalu menuju ke arah Aden.

"Ada apa?" soal Rossa.

"Nak ikut Aden tak?"

"Pergi mana?"

"Taman bunga."

El dan Aden keluar dari lorong yang menyambung ke kerajaan Animals. Kemudian mereka bergerak ke taman bunga yang tidak jauh dari tempat mereka.

"Bukan ke Aden kata yang El tak boleh keluar dari kerajaan Animals?" Soal El.

"El dah dua bulan tak keluar dari kerajaan Animals. Aden tau yang El bosan sebab tu Aden bawa El keluar. Tapi bukan tak berarti El dah boleh keluar. El boleh keluar bila dengan Aden sahaja." kata Aden panjang lebar.

El tersengih.

"Terima kasih Aden!"

Sampai sahaja di taman bunga El terpegun melihat bunga bewarna warni di depannya.

"Woah! Cantiknya!" jerit El lalu menyentuh bunga yang berdekatan dengannya.

"El suka?"

El menganggukkan kepalanya laju.

"Suka sangat! El tak pernah tahu pun kat hutan ada taman bunga."

"Bukan taman bunga je. Tasik pun ada. Tapi tasik tu agak jauh. Tempat tu dekat dengan kawasan istana Crown."

El terangguk angguk mendengar kata kata Aden.

"El pergilah tengok bunga bunga tu. Kalau El nak petik pun boleh. Aden tengok El dari sini."

El tersenyum girang.

"Okayh!"

Semasa Aden sedang memerhatikan El, muncul pula Permiasuri Williane. Permaisuri Williane memandang El yang sedang berseronok memetik bunga kemudian Permaisuri Williane memandang Aden pula. Aden terus sahaja menunduk hormat.

"Ada apa Permaisuri datang ke sini?" soal Aden.

"Saya dapat berita buruk." kata Permaisuri Williane.

"Apa dia?"

"Makhluk kegelapan dan puak Vampire sedang cuba untuk masuk ke dunia Wingstone."

"Untuk apa?"

"Mereka sudah mengetahui tentang El. Bila bila masa mereka akan menyerang El. Jadi saya mohon dekat kamu untuk lindungi El. Mungkin akan berlakunya peperangan."

Aden terkejut.

"Pe...perangan? Tapi macam mana pulak nanti ada peperangan?"

"Kamu tahu sendirikan Dunia Wingstone mempunyai musuh yang ingin kan dunia ni. Bila makhluk kegelapan dan puak vampire datang untuk mencari El, mereka akan bekerjasama bagi memudahkan mereka untuk mendapatkannya. Ia akan menyebabkan peperangan." terang Permaisuri Williane.

"Saya rasa, kita patut bagitahu El supaya senang untuk dia berjaga jaga."

Permaisuri menggelengkan kepalanya tidak setuju.

"Tak boleh. Kalau El tahu, dia akan bertindak di luar jangkaan. Kamu tahu sendirikan El orang dia macam mana. Dia takkan duduk diam bila orang sekelilingnya teseksa."

"Betul juga tu."

"Kalau boleh jangan sampai El syak benda ni."

Aden menganggukkan kepalanya.

"Permaisuri jangan risau. Saya dan yang lain akan berusaha untuk melindunginya."

"Permaisuri Williane!" panggil El dari jauh.

Permaisuri Williane menoleh. El berlari mendekati mereka berdua.

"Selamat tengah hari Permaisuri." kata El sambil menunduk hormat.

Senyumannya ditayang.

"Selamat tengah hari juga El." balas Permaisuri Williane.

"Permaisuri buat apa dekat sini?"

"Saya ada benda nak berbincang dengan Aden. Tapi, kami dah selesai."

El hanya terangguk angguk.

"Kalau macam tu saya minta diri dulu. Ingat Aden pesan saya."

Aden menganggukkan kepalanya. Kemudian Permaisuri menghilang.

"Banyaknya El petik. El nak letak kat mana semua bunga ni."

El tersengih.

"El nak letak kat rumah la. Nak taruk dekat dalam bilik."

"Hah yelah. Jangan lupa letak air. Tak pasal pasal mati pulak bunga tu."

"Baik bos!"

Seperti tadi memori itu lenyap. Kepingan memori yang tadinya banyak juga turut hilang. Hanya dua memori sahaja yang ada. Tanpa membuang masa, Rossa terus sahaja menyentuh salah satu memori tersebut.

Seorang gadis sedang bermain di taman permainan dengan rasa gembira. Setelah bermain, gadis itu melihat seorang pakcik sedang menjual ice cream yang tidak jauh darinya. Gadis itu terus sahaja menuju ke arah pakcik tersebut lalu membeli ice cream coklat. Setelah membelinya gadis itu kembali ke taman permainan semula. Namun, semasa gadis itu sedang menikmati ice creamnya sambil berjalan, seseorang telah melanggar dirinya sehingga ice cream yang di pegangnya terkena pada baju lelaki tersebut.

"Ish! Buta ke?!" tengking lelaki itu.

Lelaki itu melihat bajunya yang terkena ice cream milik gadis tersebut.

"Kau tengok ni! Kotor dah baju aku!" tengkingnya lagi.

Gadis itu menunduk.

"Ma..af sa...ya tak se...ngaja." kata gadis itu dengan gagap.

Lelaki itu mengeluh.

"Hari ni aku lepaskan kau. Kalau aku jumpa kau lagi, jangan harap kau dapat lepas dari aku." kata lelaki tersebut.

Kemudian dia pergi. Gadis itu mengeluh lega.

"Harap harap tak jumpa dia lagi. Salah dia aku pulak yang kena. Habis ice cream aku." bebel gadis itu.

Kesokannya. Gadis itu berjalan bersendirian di kawasan hutan. Semasa dia sedang berjalan, seseorang telah menariknya masuk ke dalam semak. Mulut gadis itu di tutup.

"Shut. Kalau kau bising nanti kita kena tangkap dengan penjahat. Lebih baik kau diam." kata seseorang.

Dari suaranya dia seorang lelaki. Gadis itu hanya menurut sahaja. Setelah lama menyorok, akhirnya lelaki itu melepaskan tangannya dari mulut gadis tersebut. Gadis itu menoleh untuk melihat lelaki itu.

"A...wak?!" soal gadis itu terkejut.

Lelaki itu tersengih.

"Nampaknya kita jumpa lagi. Ahh.. Kali ni aku takkan lepaskan kau." kata lelaki tersebut.

"Sa...ya kan dah mintak maaf pasal semalam. Takkan awak masih berdendam?" soal gadis itu tak puas hati.

"Aku tak cakap pun aku dah maafkan kau. Aku cuma cakap aku akan lepaskan kau je semalam." kata lelaki itu selamba.

Tangannya di silang di dada.

"Ish! Lantak awak lah kalau taknak maafkan. Asalkan saya dah mintak maaf."

lelaki itu tersengih.

"Hari ni pun kau dah buat kesilapan."

"Apa? Setahu saya mana ada buat kesilapan."

"Tadi. Kau hampir buatkan penjahat tu tahu. Kalau aku tak tarik kau, kau dah kena bawak dengan penjahat tu."

gadis itu terdiam.

"Kenapa kau boleh jalan sorang sorang dekat sini? Ini kan hutan. Kau tahu kan hutan ni banyak penjahat."

"Bukan urusan awak."

lelaki itu tersenyum sinis.

"Okayh. Sebagai denda, kau kena jadi kuli aku."

terbeliak biji mata milik gadis itu.

"Tak nak!"

"Nak tak nak kau kena jugak."

"Hish! Tak nak lah!"

"Okayh kalau kau tak nak, aku akan panggil penjahat tu. Biar dia tangkap kita."

"Ish awak ni!"

"Cepat. Nak ke tak?"

gadis itu merengus geram. Dia diam sejenak.

"Berapa lama?"

"Em.. Seminggu."

"Okayh."

lelaki itu tersenyum puas.

"Nama Al."

lelaki itu memperkenalkan diri.

"Saya El."

Al ketawa.

"Kau ni. Memang sengaja eh?"

El berkerut dahi.

"Sengaja? Apa yang sengaja?"

"Yelah. Mentang mentang nama aku Al lepastu kau pun nak nama panggilan dua huruf."

"Mana ada! Nama panggilan saya memang El lah."

"Nama panjang kau apa?" soal Al.

"Adalah la. Kalau awak bagitahu nama panjang awak, saya pun akan bagitahu."

Al mencebik.

"Dah la. Aku tahu setiap pagi aku nak kau dah ada dekat taman permainan. Okayh bye!" kata Al sebelum dia pergi.

"Tak nak!" jerit El apabila Al sudah pergi.

Tayangan memori itu menghilang. Rossa tersenyum sendiri. Kemudian dia menyentuh pula memori terakhir.
"Maafkan saya. Saya terpaksa bunuh kamu." kata seorang wanita.

Air mata El mengalir.

"Kalau saya tak bunuh kamu, mereka akan mencari kamu. Kamu tahukan akibatnya jika mereka dapat kamu." kata wanita itu lagi.

El mengelap air matanya.

"Baiklah. Saya sedia untuk mati. Tapi saya ada satu permintaan Permaisuri Alora."

"Apa dia?" soal wanita bernama Alora.

"Masukkan semua jiwa dan memori saya pada pewaris seterusnya." kata El.

Permaisuri Alora diam sejenak.

"Kita tak tahu pewaris seterusnya adalah lelaki atau perempuan. Kalau lelaki macam mana?"

"Saya yakin pewaris seterusnya adalah perempuan kalau bukan perempuan, saya takkan minta seperti ini. Tapi kalau tekaan saya salah. Permaisuri tidak perlu masukkan memori dan jiwa saya."

"Baiklah. Saya akan tunaikannya. Tapi saya juga mempunyai syarat."

"Apa dia?"

"....."

Dahi Rossa berkerut apabila dia tidak mendengar suara Permaisuri Alora. Rossa cuba lebih dekat lagi namun dia tetap tidak mendengar suara Permaisuri Alora.

"Kenapa ni? Kenapa aku tak dengar? Apa syarat dia?" soal Rossa diri sendiri.

Kemudian tayangan memori itu menghilang. Di depan Rossa sudah kosong hanya berwarna putih sahaja di sekelilingnya.

Dahi Rossa berkerut.

"Kenapa aku tak dengar part akhir? Ergh! Apa syarat Permaisuri Alora?"

kepala Rossa mula terasa sakit. Tiba tiba tubuhnya di sedut.

"Argh!" jerit Rossa lalu bangun dari pembaringannya.

Kepalanya di sentuh.

"Rossa!" jerit Nilon terkejut.

Kebetulan pula Nilon berada di bilik Rossa. Rossa memandang Nilon.

"Kau dah sedar! Baguslah!" kata Nilon lalu memeluk Rossa erat.

"Ish! Lepas lah! Aku tak boleh nak bernafas!" kata Rossa sambil memukul badan belakang Nilon.

"Sorry." katanya sambil tersengih.

Pelukannya di lepas.

"Aku dah berapa hari tak sedar?" soal Rossa.

"Empat hari. Nasib baik tak seminggu." jawab Nilon.

"Apa dah jadi masa aku pengsan?"

Nilon diam. Dia tidak menjawab soalan Rossa.

"Woi. Pekak ke?" soal Rossa lagi.

"Eh! Aku turun bawah kejap. Nak panggil yang lain." kata Nilon kemudian dia keluar dari bilik Rossa.

"Nilon! Kau tak jawab pun soalan aku!" jerit Rossa geram.

Semua memandang Rossa tiada satu pun yang bersuara. Termasuk Raja Hendri. Rossa mengangkat kening sebelahnya. Apahal semua senyap ni? Hilang dah ke suara?

"Semua dah kenapa senyap?" soal Rossa.

Mereka masih lagi diam. Rossa mengeluh.

"Korang tak suka aku sedar ke?"

terkejut mereka mendengar soalan Rossa.

"Eh! Mana ada! Kiteorang semua suka!" kata Benny.

"Habis tu? Asal semua senyap?"

"Er. Tak ada apa lah. Kiteorang tak tau nak cakap apa." kata Marsha pula.
"Apa yang dah jadi masa Bella pengsan?"

mereka semua memandang satu sama lain. Ada yang menunduk ada yang pandang tempat lain.

"Bella tanya ni. Uncle, apa yang dah jadi?" soal Rossa kepada Raja Hendri.

"Lupakan jela pasal tu. Kau dengan Nilon kan dah selamat." kata Josh pula.

Makin angin pula Rossa dengan mereka.

"Korang semua boleh keluar." kata Rossa dingin.

"Bella, kiteorang..."

"Aku kata keluar!" marah Rossa.

Kevin yang bersuara tadi terus sahaja senyap.

"Keluar lah. Emosi dia tak stabil lagi." bisik Edward.

Mereka semua hanya akur sahaja. Kemudian mereka semua keluar. Hanya tinggal Edward sahaja yang ada di bilik Rossa. Edward menghampiri Rossa lalu duduk di tepi Rossa.

"Dieorang semua bukan tak nak bagitahu. Cuma Bella baru sedar. Dieorang tak nak emosi Bella tak terkawal. Jadi, Bella rehat dulu tenangkan fikiran." kata Edward lembut.

Rossa memandang Edward.

"Bella okayh la. Susah sangat ke nak bagitahu apa yang dah jadi? Emosi Bella dah stabil. Jadi tolong bagitahu Bella, Ed." rayu Rossa.

"Okayh. Ed akan bagitahu tapi Bella kena makan dulu."

Rossa menganggukkan kepalanya tanda setuju.

"Kejap lagi ada pelayan hantar makanan. Ed turun bawah dulu. Ingat makan sampai habis."

"Okayh."

Ed bangun dari duduknya. Kemudian dia keluar dari bilik Rossa. Rossa mengeluh. Kenapa susah sangat nak bagitahu aku? Ada benda buruk ke yang dah jadi? Pintu bilik Rossa di ketuk. Rossa memandang ke arah pintu.

"Masuk."

muncul dua orang pelayan membawa makanan. Makanan itu di letakkan di atas meja.

"Puteri, mari makan." kata salah satu pelayan.

Rossa turun dari katilnya. Salah satu pelayan itu cuba untuk memimpin Rossa.

"Tak apa. Saya boleh jalan sendiri." kata Rossa.

Pelayan tadi yang ingin membantu Rossa terus sahaja tidak jadi.

"Kamu berdua boleh keluar." sambung Rossa.

Pelayan itu menunduk hormat lalu keluar dari bilik Rossa. Rossa memandang makanan di depannya. Entah kenapa dia rasa tidak selera pula nak makan. Tetapi dia terpaksa makan. Kalau tidak makan dia takkan tahu apa yang dah jadi. Selesai sahaja makan, Rossa bangun dari sofa. Pinggan dan cawannya di angkat dan dibawa turun ke dapur.

"Eh! Puteri!" tegur Mia.

Rossa menoleh lalu tersenyum.

"Puteri nak kemana ni?" soal Mia.

"Saya nak hantar ni kat dapur." kata Rossa lalu menunjukkan pinggan yang di pegangnya.

"Biar saya saja yang hantar." kata Mia lalu mengambil pinggan dari tangan Rossa.

"Terima kasih Mia."

"Puteri tahu nama saya?" soalnya hairan.

Aduh! Lupa pulak Mia tak tahu aku ni Gabriella.

"Mestilah. Semua nama pelayan dekat sini saya tahu."

Mia terangguk angguk.

"Puteri ada nak apa apa lagi tak?"

Rossa berfikir sejenak.

"Yang lain mana?"

"Mereka semua dari tadi ada di ruang tamu."

"Ouh. Okayh. Kalau macam tu saya ke sana dulu."

Mia menganggukkan kepalanya. Kemudian Rossa menuju ke ruang tamu. Semasa Rossa ingin ke ruang tamu, Rossa terdengar perbualan mereka semua.

"Macam mana ni Uncle? Kita nak cakap apa kat Bella pasal Alvin hilang?" soal Kevin.

Raja Hendri mengeluh.

"Uncle pun tak tahu."

"Apa? Alvin hilang?"

semua terkejut lalu memandang ke arah Rossa.

"Bella." panggil Raja Hendri.

Rossa memandang Raja Hendri.

"Apa semua ni? Macam mana Alvin boleh hilang Uncle?"

"Bella, duduk dulu. Uncle akan cerita dekat kamu apa yang dah jadi." kata Raja Hendri.

Dia cuba untuk menenangkan Rossa. Rossa mengambil tempat di sebelah Marsha.

"Cerita kat Bella. Sekarang."

"Pada malam tu, sebelum Bella pingsan, Bella ada nampak seseorang yang telah lindungi Bella kan?"

Rossa menganggukkan kepalanya.

"Alvin. Dia yang selamatkan Bella dengan Nilon."

muka Rossa terlihat terkejut.

"Waktu tu Nilon kata Alvin dah macam orang tak siuman. Dia hampir membunuh Robert namun ada seseorang telah sempat membawa lari Robert. Alvin pula masih lagi dengan emosi yang tak terkawal dan masa tu jugak Nilon hampir kena bunuh dengan Alvin. Tapi nasib baik Mark dengan Romeo datang tepat pada masanya. Alvin telah di pengsankan oleh Romeo. Kemudian mereka membawa kamu, Nilon dan Alvin ke sini." terang Raja Hendri.

"Selepas Alvin dah sedar, satu hari dia menjaga Bella. Makan pun dia kurang. Tapi besoknya dia bersikap pelik. Dia macam sedang menahan sakit. Dia tak habis habis berkurung dalam biliknya. Di sebab kami semua rasa risau, Kevin telah membuka pintu bilik Alvin dengan kunci pendua. Masuk sahaja, bilik Alvin gelap. Tingkap semuanya di tutup. Kevin pun buka lah lampu. Terkejut Uncle bila tengok bilik Alvin bersepah. Lepastu nampak Alvin tengah memeluk tubuhnya di penjuru bilik. Kepalanya di benamkan. Kevin cuba sentuh dia tiba tiba dia angkat kepalanya dan paling terkejut mata dia. Anak mata dia lain. Kevin cuba beranikan diri untuk sentuhnya tetapi dia menepis. Dia cuba menyerang Kevin dengan Uncle."

Rossa menekup mulutnya. Mukanya kelihatan terkejut.

"Uncle dengan Kevin cuba untuk tenangkan dia, tapi tak dapat. Dia terus sahaja keluar dari bilik kemudian dia keluar dari istana. Benny pula cuba untuk mengejarnya namun tak berjaya dia lebih pantas. Benny yang mempunyai kuasa kepantasan pun tak dapat kejar."

"Tapi kenapa dia boleh jadi macam tu?" soal Rossa.

Raja Hendri senyap. Manakala yang lain menunduk.

"Dia mempunyai kuasa kegelapan." jawab Kevin.

Rossa memandang Kevin.

"Kuasa kegelapan? Maksud kau... Kejap. Jangan kata yang dalam badan dia ada permata naga?"

"Macam mana Bella tahu?" soal Eric pula.

Rossa terkejut.

"Selama ni korang tahu la?"

Mereka semua menganggukkan kepalanya.

"Korang tahu tak dia dalam bahaya! Kenapa tak bagitahu Bella awal awal!" marah Rossa.

Tadi mulanya dia duduk sekarang dia berdiri akibat terlalu marah. Semua terkejut. Baru kali ini mereka melihat Rossa marah.

"Kiteorang tahu dia dalam bahaya tapi kiteorang tak tahu pula yang Bella tahu pasal permata Naga ni." sampuk Josh.

"Bella ni Angel! Kalau benda ni berkaitan dengan Dunia, Bella mesti tahu! Korang tahu tak Robert tu tengah cari permata Naga!"

Mereka semua memandang satu sama lain. Raja Hendri pula hanya mampu terdiam.

"Apa maksud Bella?" soal Eric.

"Bella...duduk. Cuba bertenang. Benda boleh selesai dengan cara elok. Kalau kau marah marah macam ni, kau takkan dapat jalan keluar dia. Lagi pun benda dah jadi. Kau marah pun tak ada guna."

kali ini Edward bersuara.

Rossa masih lagi berdiri. Kemarahannya masih lagi membuak buak.

"Bella, duduk la." kata Marsha.

Rossa mengeluh. Akhirnya dia duduk semula.

"Sebenarnya Robert sedang mencari permata Naga. Dia sebenarnya dah cari lama. Dia nak permata tu sebab mampu memberikan kuasa yang lebih kuat. Nak di kata kan kebal la." terang Edward.

"Patutlah Herry kunci kuasa Alvin." kata Raja Hendri.

"Apa maksud Uncle?" soal Edward.

"Dulu masa pertama kali Uncle Herry kamu terjumpa Alvin, dia merasakan sesuatu yang pelik pada Alvin. Tetapi dia ambaikan saja. Selepas tu, Alvin di masukkan ke sekolah. Dari situ la pertama kali mengetahui kuasa Alvin. Mrs. Qis orang pertama mengetahui kehadiran kuasa kegelapan. Nasib baik Alvin belum menunjukkan kuasanya kalau tidak musnah semuanya."

"Jadi, apa yang Mrs. Qis buat?" soal Edward.

"Mrs. Qis bagitahu Uncle Herry dan Uncle Herry mengunci kuasa kegelapan tersebut daripada diguna." jawab Eric.

"Ouh. Patutlah."

"Kenapa?" soal Raja Hendri.

"Yelah. Patutlah sampai sekarang dia tak jumpa. Rupa rupanya dia hilang jejak kuasa tu." kata Edward.

"Jadi apa rancangannya?" soal Benny.

"Er. Yang tu kena tanya Bella." kata Edward sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Semua memandang ke arah Rossa yang diam membisu.

"Buat masa ni tak perlu buat apa apa. Bella akan cari jalan penyelesaiannya." kata Rossa dingin.

"Tapi, Bella tak boleh selesaikan sendiri. Kami semua akan tolong Bella." kata Raja Hendri.

"Betul tu. Kiteorang ni risau. Bagi lah kiteorang buat sesuatu biar kurang rasa risau." sampuk Josh.

"Bila Bella perlukan bantuan, Bella akan minta bantuan dari korang semua. Tapi ingat. Tunggu arahan dari Bella."

Mereka semua mengangguk setuju.

"Nasib ujian dah habis." kata Benny.

Yang lain mengangguk setuju.

Alvin termenung. Dia sudah dua hari tidak balik ke Istana Crown dan dua hari juga lah dia sudah tidak melihat Rossa. Perasaan risau muncul di dalam dirinya. Fikirannya pula banyak dengan persoalan tentang keadaan gadis tersebut.

Seseorang telah masuk ke dalam biliknya.

"Alvin."

Alvin menoleh.

"Jom. Turun makan. Kamu dah dua hari tak turun makan."

"Nanti Alvin turun. Auntie Kirana turun lah dulu."

"Okayh. Auntie tunggu bawah. Jangan lama lama nanti makanan sejuk."

Alvin menanggukkan kepalanya. Kemudian wanita yang digelar Auntie Kirana melangkah keluar dari bilik.

Alvin mengeluh.

Dia lah wanita yang selalu memerhati Istana dan dia lah yang telah menyelamatkannya dari terus menjadi mahkluk yang kejam. Kalau tidak ada dia, mungkin dirinya telah membunuh orang. Di sini lah dia berada. Di rumahnya. Rumah yang jauh dari Kerajaan Wings. Dimana rumah ini terletak di kerajaan Roseland.

Alvin berjalan keluar dari biliknya. Sampai sahaja di ruang makan, Alvin menarik kerusinya lalu melabuhkan punggungnya. Auntie Kirana yang sendang menghidangkan makanannya di pandang.

"Sampai bila saya kena menyorok?" soal Alvin.

Tangannya bergerak menyenduk nasi.
"Sampai pasangan kamu jumpa kamu." jawab Auntie Kirana.

Selepas sahaja menghidang makanan, Auntie Kirana mengambil tempat di hadapan Alvin.

"Dia takkan dapat jumpa saya punya. Lagipun tempat sini dengan istana Corwn jauh tu." bantah Alvin.

"Lagipun nak tunggu dia datang sampai bila? Kalau ambil masa lama macam mana? Auntie tahukan kuasa ni bila bila je akan muncul." sambungnya lagi.

"Jangan risau. Takkan ambil masa lama punya. Dia orang yang bijak, dia tahu apa yang perlu dia buat. Pasal kuasa kamu tu, kamu jangan risau. Selagi kamu dengan saya, kamu takkan jadi makhluk jahat."

Alvin mengeluh.

"Dah. Lebih baik kamu makan nanti makanan jadi sejuk pulak."

Alvin mengangguk lalu mereka berdua makan dengan senyap.

Flashback.

Alvin berlari sepantas mungkin. Dirinya tidak sedar bahawa dia telah di kuasai dengan kuasa kegelapan. Kakinya terus berlari menuju ke arah pekan. Mungkin mencari mangsa untuk di bunuh.

Semasa dia sedang berlari, dia melihat seorang lelaki tua sedang membawa biri birinya. Alvin terus sahaja menyerang lelaki tua itu. Biri birinya pula sudah lari bertempiaran.

Leher lelaki itu di cengkam kuat sehingga kakinya tidak menyentuh tanah.

"Argh...le...pas...kan...sa...ya..." rayu lelaki tua itu.

Suaranya tersekat sekat.

Alvin tersenyum sinis. Cengkamannya makin bertambah kuat.

Muncul seorang wanita dari belakang Alvin kemudian menyentuh kepala Alvin. Alvin terus sahaja jatuh pengsan. Lelaki tua itu juga turut pengsan. Wanita itu memindahkan lelaki tua itu ketepi. Biri biri yang hilang juga turut di kumpulkan semula lalu di ikat di pergelangan tangan lelaki tua itu.

Selepas itu, muncul sebuah kereta mewah. Wanita itu terus sahaja membawa Alvin masuk ke dalam kereta.

Flashback off.

Rossa mengeluh. Dia perlu membuat perancangan secepat mungkin. Rossa menggigit jarinya sambil bermundar mandir. Mukanya kelihatan risau.

"Puteri, cuba bertenang." kata Mark yang sedang memerhati gerak geri Rossa.

Dia pula yang pening melihat Rossa.

"Puteri, bertenang lah mesti ada cara punya." sampuk Clara.

Romeo dengan Marsha pula hanya membisu saja.

Rossa berhenti dari mundar mandir. Mereka berempat di pandang.

"Mana aku nak bertenang kalau Alvin hilang! Lagi lagi dia orang yang Robert cari. Kalau Alvin ada di tangan Robert macam mana? Kalau Alvin tak dapat kawal kuasa tu macam mana? Kalau dia bunuh orang tak bersalah macam mana?" soal Rossa bertubi tubi.

"Bella, Cuba bertenang kalau kau bertenang, semua soalan kau tu akan dapat jawapannya. Jadi sekarang kau duduk tenangkan diri dulu." kata Marsha.

Rossa mengeluh. Kemudian dia melabuhkan punggungnya di katil. Manakala mereka berempat di sofa. Rossa menarik nafasnya dalam dalam lalu menghembusnya.

"Kenapa aku jadi gelabah?" soal Rossa.

Mereka berempat memandang satu sama lain.

"Mungkin sebab dari sikap Rossa Elrica." jawab Romeo.

Mark dan Clara mengangguk setuju.

"Yela kut."

Rossa hanya mengiyakan saja. Malas dia nak fikir.

"Jadi, boleh kita mula buat perancangan?" soal Mark.

Rossa mengangguk.

Edward duduk di kerusi sambil termenung. Josh pula sedang berlatih bersama naganya manakala Kevin pula melihat latihan Josh. Muncul Benny yang sedang membawa dulang berisi makanan. Makanan itu diletakkan di atas meja lalu dia mengambil tempat di sebelah Edward.

"Kau termenung apa?" soal Benny.

Edward masih lagi tidak sedar keberadaan Benny di sebelahnya.

"Woi!" jerit Benny.

Di sebabkan terkejut, Edward tertampar Benny.

"Sakit lah!" rungut Benny.

Pipinya yang sakit di usap.

Edward tersengih.

"Sorry. Siapa suruh jerit kat telinga aku. Kan dah kena."

"Dah tu. Aku tanya kau termenung je. Aku jerit lah. Biar kau sedar dari lamunan kau tu."

"Hah apa yang kau tanya?"

"Kau termenung apa? Ingat kekasih hati ke?"

Edward berdecik.

"Kekasih? Dari mana pulak aku dapat kekasih? Ke kau nak bagi kekasih hati kau kat aku?"

Pak!

"Sakit lah!"

"Tahu pun sakit. Siapa suruh cakap macam tu. Gila ke aku nak bagi kekasih hati aku kat kau. Jangan harap!" kata Benny sambil membuat muka.

Terburai ketawa Edward.

"Aku gurau jela."

"Kau tak jawab pun soalan aku."

"Ouh, soalan kau. Aku cuma terfikir pasal Bella dengan Alvin."

"Kenapa dengan dieorang?"

"Perjalanan cinta dieorang rumit."

Dahi Benny berkerut.

"Maksud kau?"

"Cuba kau fikir balik. Sepatutnya Bella dah tahu siapa pasangan dia tapi sampai sekarang dia tak tahu."

"Alvin belum bersedia nak bagitahu Bella. Dia ada sebab tertentu kenapa dia tak nak Bella tahu. Terutamanya pasal kuasa yang dia tak nak tu. Kau tahukan kuasa yang ada pada Alvin tu bahaya. Lagipun Alvin tak yakin dapat mengawal kuasa tu. Jadi, dia tak nak Bella dekat dengannya." kata Benny panjang lebar.

"Dia silap. Dia tak boleh buat macam tu. Dia akan buat Bella salah paham. Lagipun dulu Alvin selalu ada di sisi Bella dan ia membuatkan hati gadis tu tersentuh. Perempuan kalau dah sayang susah nak buang rasa tu. Bila dia tahu yang dia bukan pasangan Alvin, dia cuba untuk buang rasa sayang tu dan yang ini membuatkan cinta dieorang rumit."

"Kau tengok sekarang dah jadi apa? Dieorang dah macam musuh aku tengok."

"Tapi Alvin cuba nak berbaik dengan Bella." sampuk Josh yang baru selesai habis latihan.

Kevin pula berada di belakang Josh.

Benny dan Edward memandang Josh dengan Kevin.

"Tapi tu la. Dua dua ego." kata Kevin pula.

Mereka berdua sudah mengambil tempat di depan Benny dan Edward.

"Bukan ego. Cuma salah paham je tu." kata Edward.

"Tapi aku risau lah." kata Josh.

"Apa yang kau risau?" soal Benny.

"Aku takut Alvin bunuh orang. Ataupun Robert dapat dia." kata Josh.
"Hm. Tu la. Kalau kita lambat bertindak mesti Alvin dalam bahaya." kata Kevin pula.

"Kita tak boleh nak buat apa. Kita kena tunggu arahan dari Bella. Kalau kita bertindak sendiri, Bella akan marah. Aku yakin dia dapat cari jalan penyelesaian nya dan korang pun kena yakin dengan Bella." kata Edward pula.

Mereka berdua terdiam apabila Edward berkata seperti itu.

Sebuah tempat tersembunyi. Raja Jason berjalan menuju ke bilik seseorang. Di belakangnya pula ada Leo. Sampai sahaja di bilik tersebut, Raja Jason memusingkan tombol pintu.

"Macam mana keadaan kau?" soal Raja Jason yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

"Aku okayh. Cuma dada aku je sakit."

"Macam mana kau boleh jadi macam ni? Kuat sangat ke kuasa budak tu?" soal Raja Jason lagi.

Dia duduk di hadapan Robert. Manakala Leo berdiri di belakang ayahnya.

"Dia orang yang selama ni aku cari."

"Apa maksud kau."

"Dia memiliki permata Naga."

Riak muka Raja Jason terkejut.

"Tapi macam mana boleh ada dekat dia?"

"Aku tak tahu. Aku pun pelik. Dulu aku cuba cari tapi tak jumpa. Tapi, sekarang baru dia muncul."

"Aku rasa dia ada kaitan dengan ketua Angel tu." sambungnya lagi.

"Apa? Ketua Angel? Kau jumpa dia? Kenapa kau tak bagitahu aku."

"Aku sendiri pun tak tahu yang aku akan jumpa dia. Dia datang ke rumah Smith dengan Nilon."

"Nilon? Lelaki ular tu?"

Robert menganggukkan kepalanya.

"Tak guna. Dia dah lama menghilang sekarang baru muncul lepastu bekerjasama dengan Ketua Angel pula tu!" kata Raja Jason geram.

"Aku rasa sekarang dieorang tengah nyorokkan budak tu sebab aku dah tahu. Aku perlukan permata tu secepat mungkin."

"Kau jangan risau. Aku akan dapatkan budak tu untuk kau. Yang penting sekarang kau cepat sembuh. Bila kau dah sembuh, kita boleh jalankan rancangan kita."

Robert menganggukkan kepalanya.

Selepas sahaja berjumpa Robert, Raja Jason terus sahaja berjumpa dengan orang bawahannya.

"Aku nak kau cari budak yang mempunyai permata Naga. Dia ada kaitan dengan Nilon dan ketua Angel. Dapatkan maklumat tentang mereka bertiga."

Arah Raja Jason kepada Swarde. Swarde mengangguk lalu melangkah pergi. Leo memandang Raja Jason.

"Kenapa dia?" soal Leo.

Raja Jason memandang Leo.

"Aku dah cakap. Aku masih tak percayakan kau." kata Raja Jason lalu meninggalkan Leo bersendirian.

"Aku akan pastikan rancangan kau gagal." gumam Leo.

Vote & comment.

Continue Reading

You'll Also Like

5.9M 218K 66
Luqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak...
129K 1.5K 32
〖first book〗 Aoi seorang budak perempuan yang ceria hinggalah keluarganya ingin dia kahwinkan dia dengan lelaki kaya tetapi aoi menolak dan melarikan...
73.7K 4.9K 35
[TeenFiction] Triple N? Sekumpulan gadis nerd yang sering dibuli kerana gaya pemakaian mereka yang agak serabut ditambah kaca mata bulat yang mereka...
94.2K 3.9K 40
[COMPLETED] Si jejaka yang agak kasar. "What's wrong with you? Lain kali jalan, tengok sekeliling. Please la jangan langgar orang sesuka hati." "Same...