๐˜ฟ๐™ž๐™– ๐™ˆ๐™ž๐™จ๐™จ ๐™๐™ค๐™ข๐™—๐™ค๐™ฎ!

Af syafasuha

471K 18.1K 635

Seawal pertemuan disangkakan lelaki namun disebaliknya dia adalah seorang wanita yang keras kepala,berhati ti... Mere

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45 (END)
NOTA
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART (END)

BAB 40

8.9K 295 4
Af syafasuha

Beg bagasi besar itu disusun Ezar dengan kemas ke dalam bonet."Zara betul ke nak pergi sana?"soal Mak Imah jujur dia berat hati untuk melepaskan anaknya pergi.

"Betul la Mak..Zara dah buat keputusan..Mak jaga diri tau masa Zara tak ada ni"

"Insyallah..yang penting Zara jaga diri elok-elok tau!

"Mak..Zara merayu sangat jangan beritahu sesiapa yang Zara dekat sana..Zara kalau boleh nak tenangkan fikiran dan lupakan segalanya tentang Farish.Mak janji tau?"

"Boleh..jaga diri tau Zara kalau sakit makan ubat.Jangan selalu tak makan yang paling penting Zara jangan tinggal solat.Allah akan sentiasa ada dengan kita."

"Mak..Zara pergi dulu nanti lambat sesak pulak jalan."Ezar menyalam tangan Maknya dan memeluk Mak Imah akhirnya pelukan itu terlerai.

"Assalamulaikum Mak..jangan lupa rindukan Zara tau!"usik Ezar sebelum masuk kedalam kereta.

"Mak akan selalu rindukan Zara.."monolog Mak Imah.

××××××

"Farish dah bersiap ke belum?"tanya Datin Ziera."Dah..Mummy"

"Okey jomlah..nanti lambat pulak!"

"Baik..Mummy!"

Datin Ziera masuk ke dalam kereta menunggu Farish."Ya Allah..KAU permudahkan segalanya.."doa Farish sebelum masuk kedalam perut kereta.Hari ini dia perlu kerumah Ezar untuk meminta maaf atas segala perbuatannya yang menuduh Ezar tanpa bukti dan memalukan Ezar dihadapan stafnya.."Aku masih sayangkan dia!"monolog hati Farish.

"Farish...kawan Farish yang namanya Aizrill tu tinggal dimana?"soal Datin Ziera.

"Ada la Mummy,kenapa nak tau?"

"Saja je..Mummy cuma nak bersua dengan dia je..ye la dia kan pernah jadi bekas tunang Zara"tutur Datin Ziera.

"Ouh..Mummy nak tanya dia apa?"tanya Farish lagi.

"Tak ada apa la..dah bawa cepat sikit nanti lambat sampai.Mummy dah lama rindukan dia"arah Datin Ziera pada Farish.

"Okey"balas Farish sambil mempercepatkan sedikit kelajuan kereta yang dipandunya.

"Lapar pulak..dah la pagi ni aku tak sarapan lagi!"monolog Ezar tangan kanannya memegang perutnya yang kempis itu.Perut Ezar yang berkeroncong minta diisi."Okey..ada kedai makan la.Nak isi perut sikit-sikit dah la kan"bisik hati Ezar segera memarkir keretanya.

"Okey..dah sampai hihihi nak isi perut dulu!"Ezar keluar dari perut kereta dan memasuki kedai makan itu.Di meja yang diduduknya itu sudah sedia terletak menu.Ezar membuka dan memilih makanan yang ingin dipesan sebentar nanti."Mak ai..semua nampak sedap la lagi-lagi nasi lemak sambal tumis udang ni..huish meleleh air liur tengok!! dah lama mengidam nak makan ni"kata Ezar seorang diri sambil membelek menu itu.

"Cik nak pesan apa?"soal pelayan yang tiba-tiba muncul dihadapannya tanpa dia sedari."Err..bila Mamat ni muncul terkejut aku!"gumam Ezar."Saya nak Nasi lemak sambal tumis udang ni dan air milo panas..tu je!"

"Okey..terima kasih!"balas pelayan itu lembut dan berlalu pergi setelah pesanan diambil.

"Apa la..macam mana aku tak boleh perasan pelayan tu ada depan aku,tu la asal nampak gambar makanan terus lupa,lagi pun memang selera aku lain macam pun sejak dua tiga minggu ni! patutlah Mia kata aku gemuk!"bebel Ezar seorang diri.Telefon Ezar berbunyi tertera jelas nama 'Mummy' diskrin.Rasa serba salah pulak kalau tak angkat."Aduh mesti Mummy nak pujuk la ni!"Ezar cuba untuk menjawab tapi belum sempat dia angkat telefon Datin Ziera telah matikan telefon."Aik..macam tau je aku memang tak ikhlas nak angkat!"kata Ezar seorang diri.Tiba-tiba nama Hanna pula naik diskrin telefon sudah tentu rakan baiknya itu.

"Hanna..pulak? Apa dia nak?"

"Assalamualaikum..Hanna kenapa call aku ni?"

"Walaikumussalam..Ezar jadi tak kau datang ni..Aku tunggu kau tau!"kata Hanna.

"Jadi la..lagi pun aku tengah on the way la sekarang ni aku tengah sarapan kejap..nanti dah sampai aku beritahu la..dah tak payah risau sangat!"ujar Ezar tenang.

"Okey..bawak kereta tu elok-elok ehh jangan laju-laju tau.Awak tu dah la perempuan!"pesan Hanna.

"Iye la...Cik Hanna oi! okey bye assalamualaikum Hanna"Ezar terus mematikan talian."Budak Hanna ni kalau membebel habis la nasi lemak yang aku order tadi pun boleh basi!"

Makanan yang dipesannya tadi sudah sampai dimeja.Sempat juga pelayan itu menjemputnya makan."Jemput makan cik"

"Comel je aku tengok udang ni! tak pe lagi comel lagi berselera la aku nak makan!"Ezar membaca doa sebelum makan dan terus memakannya.

××××××

Kereta dipandu oleh Farish mulai memasuki halaman rumah milik Mak Imah.Kelihatan kawasan rumah itu sunyi sahaja dan pertama yang dilihat adalah kereta kesayangan milik Ezar tiada."Mana pulak dia pergi?"bisik hati Farish.

Setelah mematikan enjin kereta.Datin Ziera keluar dan memberi salam."Assalamulaikum!!"

"Walaikumussalam.."balas Mak imah kedengaran suaranya berada dari dapur.Mak Imah segera kehadapan untuk melihat tetamu.Tergamam Mak Imah seketika melihat Datin Ziera dan anaknya ada dihadapan.Rasa sakit pula hatinya melihat wajah Farish umpama sakit hati yang dialami oleh Ezar seolah terkena tempias padanya.

"Masuklah!"pelawa Mak Imah tanpa banyak kata.Datin Ziera dan Farish hanya menurut sahaja.Jelas terpancar riak wajah Farish seolah-olah diselubungi rasa bersalah.

"Duduklah..macam tak biasa pulak"tambah Mak Imah lagi.Setelah duduk Mak Imah segera menanyakan soalan pada Farish."Farish...macam mana hubungan dengan Zara?"

Rasa mahu tercabut jantung Farish apabila disoal begitu seolah-olah memerli dirinya."Mak..Farish minta maaf!"

"Maaf..sebab apa?"suara Mak Imah jadi tegas.

"Sebab dah fitnah Zara macam-macam"balas Farish dengan riak wajah yang agak kesal.

"Farish tau tak bertapa sakitnya hati Mak bila dengar Zara cerita masalah korang berdua pada Mak.Ikutkan hati Mak ni dah lama Mak nak bersemuka dengan Farish beritahu hal sebenar tapi Zara sendiri yang halang!"

"Kak..berilah Farish peluang untuk dia perbetulkan keadaan"rayu Datin Ziera.

"Kak boleh je bagi peluang..tapi anak Kak boleh ke dia bagi? lepas kena hina macam tu? kena halau? ingat anak Kak tak ada maruah ke?"kata-kata pedas Mak Imah membuat Farish sentap.

"Kalau macam tu berilah kami jumpa dia sekejap..kami berbincang secara baik biar benda ni selesai"ujar Datin Ziera.

"Zara dia tak ada disini...dia dah pergi tempat lain untuk tenangkan fikiran dia"

"Bila dia pergi?"balas Farish terkejut.

"Subuh tadi..Mak betul-betul tak faham dengan Farish ni.Farish betul-betul ke sayangkan anak Mak? atau pun sekadar lakonan je supaya nampak baik dimata Mak macam tu?"

"Farish betul-betul sayangkan dia.Farish minta maaf sebab terlalu ikutkan perasaan marah dan cemburu."

"Kalau betul-betul sayang kenapa tak percayakan dia? kenapa fitnah dia macam-macam? kenapa halau dan buang dia sedangkan perkara ni boleh selesaikan secara baik? kenapa tak siasat dulu perkara sebenar? kenapa hina dia macam orang tak ada maruah dan perasaan? Farish kalaulah Mak berada ditempat Zara..Mak mungkin nak mintak berpisah.Tapi Mak tak tau pulak yang Zara ni kuat..dia sabar je bila jadi macam ni.Kadang-kadang Mak pun tak faham dalam masa sehari je dia menangis sepuasnya tapi esoknya dia dah boleh ketawa macam orang tak ada masalah.kalaulah Mak mesti dalam seminggu belum tentu airmata ni kering"

"Mak...beritahu Farish mana Zara pergi.Farish nak minta maaf atas kesalahan Farish"

"Mak tak tau dia pergi mana.Dia cuma kata dia akan pergi satu tempat yang dapat menenangkan hati dan fikiran dia"

"Takkan Kak tak tahu langsung?"Datin Ziera mencelah.

"Tak..tapi Kak cuma doakan supaya dia dalam keadaan sihat itu je."kata Mak Imah.

Farish mulai mengalirkan air matanya.Pertama kali dia menangis kerana isterinya."Aku rindu dia..aku sayang dia..Zara kenapa perlu tinggalkan aku"rintih hati Farish.

"Farish..tak perlulah menangis cukuplah Mak tengok anak Mak berendam air mata.Mak dah tak sanggup tengok orang lain pula menangis.Mak cuma nak ingatkan satu je selagi belum ada kepercayaan pada anak Mak! belum tentu Mak akan lepaskan anak Mak pada Farish."

"Tapi.."belum sempat menghabiskan kata-kata Farish."Tak payah tapi..kalau betul sayangkan dia..kalau nak bersama dengan dia semula carilah dia."tokok Mak Imah lagi.

"Farish akan cari dia..itu janji Farish"ujar Farish.

××××××

"Alhamdulillah..dah sampai pun..tapi apa alamat rumah Hanna ye? aku pun dah lupa ni!"monolog Ezar baru dia teringatkan alamat rumah Hanna yang dihantar melalui mesej semalam.

"Okey..nak pergi singgah kedai kejap pergi beli barang dapur sikit lepas tu pergi rumah Hanna.Baru la orang kata ada sikit buah tangan kan? iye la dah la menumpang rumah orang tak kan bawak tangan kosong je."bebel Ezar.

"Masuk sini kot.."teka Ezar masuk kali ini dia lalu ditempat sama.Ezar melihat semula pada alamat rumah yang dihantar oleh Hanna itu."Hah..aduhai aku salah masuk tempat..patut la tak jumpa!"kesal pula bila dan baca sepenuhnya.

"Okey..belok sini..lepastu masuk situ okey sampai!"sorak Ezar dan keretanya dihentikan ditepi jalan."Tapi mana satu rumah Hanna? ala call je la buat apa ada telefon tapi tak guna?"Ezar segera menelefon Hanna.

"Assalamulaikum..Ezar.Kau dah sampai ke?"soal Hanna.

"Walaikumussalam..Iye aku dah sampai! tapi mana satu rumah kau?"

"Rumah aku? hmm..kau nampak tak satu lorong ni?"

"Ada nampak kemain besar lagi!!"

"Kau masuk lorong tu dan kau terus je dan kau akan nampak rumah aku cat warna kuning pucat.Itu la rumah aku! cepat tau aku tunggu dekat depan rumah"

"Ha ok..dapat! sekarang jugak aku sampai!"kata Ezar.

"Cepat sikit tau! kakak aku dah teruja nak jumpa kau"gurau Hanna.

"Apasal pulak teruja?"

"Dah tak payah banyak soal! cepat sampai..cepat la kita sembang lama-lama!"

"Okey..Mak Cik Hanna!"Ezar mematikan telefon dan keretanya terus bergerak mengikut arah yang ditunjukkan oleh Hanna tadi.

Mudah sahaja akhirnya tiba juga rumah milik Hanna.Macam mana tak nampak dia.Dah Hanna tunggu depan rumah siap lambai tangan tadi sekali pandang tak ubah macam model tengah berjalan atas pentas.

"Ezar..Apa khabar? huish makin comel,cantik dan meletop lah!"kata Hanna sambil mencubit kedua-dua belah pipi Ezar tetapi ditepis perlahan olehnya.

"Kau dah kenapa Hanna puji aku macam-macam ni? demam ehh?"

"Aku puji ikhlas dari hati! tapi serius lah comel la kau bertudung ni!"

"Ouh..Ehhh Hanna tadi kau kata kakak kau teruja nak jumpa aku? mana kakak kau?"

"Kakak aku sebenarnya ada je dekat dalam tengah memasak untuk tetamu dia yang makin gemuk ni"

"Amboi kau..seronok kan kau kata aku gemuk!"

"Ehh memang..."usik Hanna tawanya masih tersisa."Dah..meh sini aku tolong kau angkat beg kau dalam bonet tu! nanti aku nak tunjuk kat kau bilik kau sendiri!"

"Ermm jom lah..lagi pun aku bawak batu bukan baju.Tu berat dia pun lain macam"gurau Ezar pula.

"Mula la tu merepek! cepatlah buka bonet kereta ni!"

"Sabar la Hanna..aku tengah buka la ni.Ehh tadi aku ada belikan barang dapur sikit.kau pergi ambil la dalam kereta tu!"ujar Ezar.

"Nanti aku ambil la!"balas Hanna.

"Ezar ni bilik kau! maaf la kalau kecik ke apa kalau tak selesa dengan bilik ni."tutur Hanna sambil meletakkan beg Ezar didepan almari.

"Ni pun dah kira baik la.Aku bersyukur sangat bila kau sudi tolong aku."

"Ezar kita ni dah berkawan lama kot takkan la benda ni nak berkira.Lagi pun aku banyak sangat terhutang budi dengan kau sebab kau banyak tolong aku.Kalau la kau tak selamatkan aku masa aku hampir kena langgar tu aku tak tau la apa nasib aku sekarang."

"Dah la..itu maknanya Allah masih bagi peluang untuk panjangkan umur kau.Aku berterima kasih sangat pada kau dan kakak kau sebab faham dengan keadaan aku"

"Tak ada hal la..jomlah jenguk kakak aku kat dapur tu kejap.Kang dia kata aku malas pulak!"

"Cepatlah! aku ikutkan kau je dari belakang"kata Ezar.Hanna mendahului Ezar berjalan ke dapur.

"Kak.."panggil Hanna.

"Apa?"wanita itu menoleh.

"Ni la kawan adik..yang adik cakap tu!"balas Hanna.Wanita itu seperti mengingati sesuatu dengan memandang Ezar.

"Adik..yang tolong Akak kena masa ragut hari tu kan?"soal Wanita itu pada Ezar.

"Aik..bila masa aku tolong dia masa kena ragut tu?"Ezar cuba mengingati.

"Takkan tak ingat? adik yang tangan luka sebab kena toreh dengan pisau tu kan? sebab tolong Akak.Lepas tu suami adik ada cari adik tapi masa tu adik pergi kejar peragut"

"Ouh..Akak ke? maaf la lupa tadi.Akak apa khabar sihat?"

"Sihat"balas wanita itu.Hanna tercengang melihat Ezar dan kakaknya sembang seperti sudah kenal.

"Panggil Akak...Kak Husna je"kata Kak Husna.

"Kak Husna boleh panggil saya Ezarra"balas Ezar.

"Dah lama..Kak Husna teringin nak jumpa Ezarra nak ucapkan terima kasih pada Ezarra sampai tak sempat nak tanya nama"

"Tak apa la kak..benda dah lepas pun luka tu pun dah tinggal parut kak"

"Hehe..ehh jemput la makan Kak Husna dah hidangkan ni.Kamu ni kenapa Hanna tercengang macam tu?"tanya Kak Husna memandang kearah Hanna.

"Tak ada apa la Kak.Ehh jom la makan sama-sama!"pelawa Hanna pula.

"Hanna..Hanna..patut la tak kahwin sampai sekarang tengok asyik berangan je!"bebel Kak Husna.

"Mana ada Hanna berangan"jeling Hanna.

"Dah duduk makan! dah tua-tua pun nak kena suruh makan."bebel Kak Husna lagi.

"Tengah duduk la ni.."balas Hanna.Ezar hanya ketawa kecil melihat gelagat Hanna dan Kak Husna itu.

********

Fortsรฆt med at lรฆse

You'll Also Like

142K 9.1K 53
[ My first malay baby say hello to you guys ] + ni crush ke batu ? โ Hello? Saya cakap dengan batu ke manusia?โž โ Saya tak pasti โž โ Apa maksud awak...
305K 11.4K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...
264K 16K 76
Sikap Puteri Nur Raina yang tidak dijangka membuatkan Dato' Luqman berasa tidak senang hati. Puteri Nur Raina akan buat apa sahaja yang dia mahukan w...
514K 23.7K 49
*my first novel,so it kind of noob sikit. ยฉ2017 Kumpulan badgirls atau lebih dikenali sebagai Problem Girls.Kumpulan paling nakal dan selalu membuat...