HELLO ANGEL ©️

By jkshlvffy

12.3K 1.4K 37

Mencari yang ikhlas bukan senang. Bila ada yang sanggup menghargai, maka jangan dilepaskan. Tuhan sentiasa ad... More

00
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40

15

251 32 0
By jkshlvffy

~ ʜᴇʟʟᴏ ᴀɴɢᴇʟ ~








Angin malam yang bertiup perlahan membuat dua sejoli itu merasa tenang seketika. Mereka sedang menikmati pemandangan kota Seoul pada malam hari di Namsan Tower.

"Suka?" Soal Se Hun sambil menoleh ke arah gadis kecil itu.

Hye Seol mengangguk kepalanya. Dia tersenyum perlahan dengan matanya yang tertutup rapat.

"Tak kira apa yang awak buat, saya pasti akan suka." Ujar Hye Seol yang masih setia dengan senyuman di wajah manisnya.

Se Hun mengeratkan genggamannya di tangan kecil Hye Seol. Dia tak nak melepaskan tangan itu lagi.

"Seol, saya nak awak janji dengan saya."

Lelaki itu membetulkan posisi berdirinya untuk menghadap wajah cantik Hye Seol.

"Hmm? Apa dia?" Soal Hye Seol.

"Kalau saya hilang satu hari nanti, awak jangan sedih. Tetaplah seperti Park Hye Seol yang baru saya kenal dulu. Tolong jaga makan dan minum awak. Jangan larut dalam kesedihan awak. Saya nak awak ingat saya tak kira bila dan di mana. Yang penting, setiap hari, setiap masa, setiap saat. Kalau saya kembali lagi nanti, tolong jangan lupakan saya. Tak kisahlah saya hidup dengan wajah baru dan badan baru. Tapi, roh saya tetap sama." Pesan Se Hun.

Tangannya menggenggam erat kedua tangan Hye Seol. Berharap agar gadis itu mendengarkan nasihatnya.

Hye Seol terdiam apabila mendengar ucapan Se Hun.

"Boleh awak janji dengan saya untuk semua hal itu?" Soal Se Hun ingin kepastian.

"Please jangan cakap tentang hal ini." Pinta Hye Seol perlahan.

"Maaf, tapi saya tak nak tengok awak menderita macam sebelum ni. Saya tak nak awak menderita sebab saya." Lirih Se Hun serba salah.

Hye Seol menatap lurus ke dalam anak mata Se Hun. Bibirnya mengukir senyuman manis.

"Okey. Tapi, awak pun kena janji juga dengan saya." Balas Hye Seol lalu mengeluarkan jari kelingkingnya.

"Awak jangan sesekali lupakan saya. Sebab, mustahil saya akan lupakan Oh Se Hun. Promise?" Sambung Hye Seol.

Se Hun mengangguk kepalanya. Kali ini, jari kelingking mereka berdua bertaut dengan satu sama lain. Bibir cherry itu tersenyum lagi.

'Oh Tuhan, aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Tapi, aku mohon kuatkanlah jiwa dan raga ku untuk melepaskan dia pergi suatu hari nanti.'

Hye Seol menyandarkan kepalanya di dada Se Hun. Dia memeluk Se Hun seerat yang mungkin.

"Saya cintakan awak, Se Hun."



~ ¤ ~



"Oi, lembu. Bila nak bangun?"

Suara D.O bergema di dalam bilik Kai. Lelaki itu menggosok kedua matanya sambil menguap selebar-lebarnya.

"Ada apa hyung memekak pagi buta ini?" Soal Kai yang masih dalam keadaan mamai.

"Pagi buta kau cakap? Cuba tengok jam dah pukul berapa?" Soal D.O geram.

Sejak sudah menjadi malaikat bumi ini, kerja D.O asyik nak membebel saja. Tak adik-adik, abang-abang dia pula yang jadi mangsa. Haih.

Kai mengambil jam loceng di sebelah katilnya. Mata lelaki berkulit tan itu terbeliak bagai nak terkeluar biji mata.

"Dah tengokkan? Now, kau bersiap sekarang kami semua tunggu dalam kereta kalau kau tak nak ketinggalan makan tengahari hari ni. Kalau nak, kau boleh sambung membuta." Ujar D.O selamba.

Kai bergegas masuk ke dalam bilik mandi setelah mendengar ucapan D.O.

"Aish! Kenapa dia orang semua tak kejutkan aku?! Habis dah breakfast aku! Huhu.."

Meraunglah lelaki itu dalam bilik mandi meratapi nasibnya sendiri.



~ ¤ ~



Lu Han memakai blazer berwarna hitam yang sudah disediakan oleh pembantu rumah awal tadi. Lelaki itu mengagumi dirinya sendiri yang kelihatan sangat manly baginya.

"Park Lu Han tak pernah gagal dalam bab membunuh hati wanita." Ujar Lu Han dengan bangga.

"Erk,.. Hyung nak pergi mana?" Soal Se Hun yang sudah terkebil-kebil di depan pintu bilik mandi.

Lelaki yang 'manly' itu tersenyum ke arah adik kesayangannya itu.

"Hun, hyung nak masuk office hari ini. Hun jaga Seol eh? Kalau ada apa-apa, bagitahu hyung terus." Ujar Lu Han seraya menepuk bahu Se Hun perlahan.

"Okey. Hati-hati." Pesan Se Hun lalu merebahkan diri ke katil.

Lu Han melangkah keluar dari bilik mereka dengan gaya manly yang tak berapa nak manly sangat itu. Se Hun pula hanya menggelengkan kepalanya di balik iPhone 6 itu.

Ting !

Se Hun cepat-cepat membuka applikasi KakaoTalk. Nama Hye Seol terpampang jelas di skrin telefonnya.

From : My Lob

Hunnie,.. Awak dah bangun belum? Kalau dah, turunlah bawah. Saya tunggu kat meja makan.

Se Hun tersenyum bahagia. Entah apa yang membuat dia bahagia sangat di situ. 😅

To : My Lob

Okey. Saya akan turun sekarang. Tunggu tau.

Se Hun menekan butang send. Tanpa membuang masa, lelaki itu segera keluar dari bilik Lu Han.

"Hari ini kita jalan-jalan kat mall nak?" Soal Hye Seol semasa mereka sibuk makan.

"Okey. Nanti boleh beli baju baru. Hunnie nak baju macam yang Lu Han hyung pakai pergi office tadi. Nampak smart dan segak. Hunnie pun nak jadi macam itu juga." Ujar Se Hun over excited.

Hye Seol terkekeh perlahan. Se Hun tersenyum perlahan. Mereka berdua menghabiskan sarapan yang sudah disediakan sampai habis licin.



~ ¤ ~



Jungkook merenung jam di tangan kirinya. Sudah 10 minit berlalu sejak dia menunggu di situ. Namun, orang yang ditunggu belum juga muncul. Lelaki itu mengeluh perlahan.

"Ke mana budak ini?" Bebel Jungkook sendiri.

Tak lama kemudian, muncul orang yang ditunggu oleh Jungkook dari tadi.

"Ha, sampai pun. Ingatkan dah mati kat tengah jalan." Sindir Jungkook terlebih geram.

V tersengih macam kerang busuk. Dia lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Jungkook.

"Sorry lah. Aku terlajak tidur tadi." Balas V selamba.

"Lupakan sajalah hal tu. Ni, kau dah buat apa yang aku minta hari tu?" Soal Jungkook straight to the point.

V mengeluarkan sebuah fail kuning dari beg galasnya.

"Semua maklumat yang kau perlukan ada di sini. Tak kurang dan tak lebih seperti yang kau minta." Kata V.

Jungkook mencapai fail kuning itu. Dia membelek seketika helaian kertas dalam fail kuning itu. Kemudian, dia tersenyum.

"Good. Kau memang boleh diandalkan dalam hal macam ni." Ujar Jungkook.

"Well, Kim Tae Hyung." Balas V dengan bangga.

"Park Hye Seol."








•••

To Be Continued ...

#VOTE ⭐️
#COMMENT 💬



Halooooo ..............

Maafkan daku jika chapter nya terlebih pendek dan tidak memuaskan hati .

Saya akan cuba sehabis baik .

Mohon VOTE juseyooooo .......

Gomawoyoooooo ..........



사랑하자 ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

27.3K 772 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
1K 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...
4.7M 108K 58
Kerana satu insiden yang tidak di ingini telah menjadikan mereka sepasang suami isteri. Bukan atas kemahuan diri, bukan atas kerelaan hati. Safa Saf...
18K 519 16
"we meet again my love" -Tengku Adrian Arasyah Seorang jejaka Yang merupakan musuhnya ketika waktu kecil muncul kembali Dalam hidup Mikayla. Dipaks...