HELLO ANGEL ©️

By jkshlvffy

12.3K 1.4K 37

Mencari yang ikhlas bukan senang. Bila ada yang sanggup menghargai, maka jangan dilepaskan. Tuhan sentiasa ad... More

00
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40

11

284 34 1
By jkshlvffy

~ ʜᴇʟʟᴏ ᴀɴɢᴇʟ ~








Hye Seol terjatuh di lantai simen koridor sekolah itu. Air matanya mengalir dengan deras

'Mana awak Sehun? Takkan awak dah pergi? Kenapa tak bagitahu saya dulu? Sampai hati awak tinggalkan saya.' Lirih Hye Seol dalam hati.

Tanpa Hye Seol sedari, dia sedang diperhatikan oleh seseorang dari jauh. Lelaki itu mengeluh perlahan.

"Haih.. Maafkan saya, Hye Seol-ssi. Saya tak berniat nak pisahkan awak dengan Sehun. Tapi, ini untuk kebaikan Sehun juga. Saya tak nak dia hilang. Awak pun tak nak dia hilang untuk selamanya kan? Maaf. Saya terpaksa pisahkan awak berdua." Lirih Lay pilu.



~ ¤ ~



Sehun membuka matanya perlahan. Sakit kian menjalar di kepalanya apabila dia cuba bangun.

"Hun, kau dah sedar?" Soal Kai gembira.

"Hun kat mana?" Soal Sehun dalam keadaan mamai.

"Jangan risau. Hun selamat dekat sini." Ujar Kai sambil tersenyum.

"Hye Seol mana?" Soal Sehun lagi apabila tidak melihat kelibat gadis kesayangannya itu.

Kali ini Kai diam. Tak lama kemudian, muncul Chan Yeol dengan D.O.

"Hun, makan dulu ubat ni. Luka Hun makin teruk itu." Ujar D.O sambil meletakkan ubat di atas meja.

Sehun merenung kosong ubat yang berada di atas meja itu.

"Hun tanya tadi, Hye Seol mana? Kenapa Hun ada kat sini?" Soal Sehun lagi.

Kali ini suaranya terdengar sedikit emosi.

Chan Yeol, D.O dan Kai termati kata.

"Dia sendiri yang serahkan Hun kepada kami. Hye Seol sendiri yang cakap dia penat jaga Hun. Dia penat asyik dianggap gila sebab bercakap dengan Hun. Hye Seol pun ada cakap yang Hun menyusahkan hidup dia dari awal lagi." Jelas Kris yang muncul entah dari mana.

Sehun terdiam. Air matanya mengalir dengan perlahan.

"Tipu! Hyung tipu! Hye Seol tak sejahat yang hyung cakap!" Bantah Sehun keras.

"Hun nak percaya ke tak, itu terpulang kepada Hun. Tapi, itulah yang sedang terjadi sekarang. Hye Seol tolong Hun sebab Hun malaikat. Dia ingat, Hun boleh tolong dia bila dah mati nanti. Itu saja." Tambah Suho lagi.

Sehun menggelengkan kepalanya.

"Hun, manusia tak pernah ikhlas. Mereka cuma ingin mengambil kesempatan ke atas malaikat macam Hun." Pujuk Chan Yeol pula.

Tanpa mereka sedari, Lay mendengar perbualan mereka itu. Dia mengepal kedua tangannya dengan erat.

"Hyung, aku nak cakap sikit dengan kau orang." Celah Lay setelah lama mendiamkan diri.

Kris dan Suho mengikuti langkah Lay menuju ke belakang rumah mereka.

"Lay nak cakap apa?" Soal Suho perlahan.

"Kalau ya pun, janganlah tipu Sehun sampai macam tu sekali. Bagitahu sajalah kisah sebenar. Kau orang pun tahukan yang menipu tu dosa?" Ujar Lay tak puas hati.

"Lay, kita menipu untuk kebaikan Sehun. Kalau dia masih dengan perempuan tu, peluang dia hilang semakin besar. Kau nak ke Sehun hilang?" Ujar Kris cuba membela diri.

"Memang aku tak nak Sehun hilang. Tapi, tolong jangan burukkan Hye Seol depan dia. Kau orang kena ingat, kalau Hye Seol tak ada Sehun itu dah lama mati." Balas Lay balik.

"Memang dia penyelamat Sehun. Tapi, dalam masa yang sama juga Hye Seol itu penyebab Sehun akan hilang. Kau pun kena ingat. Manusia dengan malaikat tak pernah berjodoh. Tolonglah, Lay. Jangan buat perkara bodoh yang membolehkan kita semua rugi besar." Tegas Kris.

"Lay, fikirkanlah hal ni. Jangan sampai kita semua menyesal seumur hidup. Aku tak nak kehilangan Sehun. Cukuplah kita kehilangan Luhan." Sambung Suho sambil menepuk bahu Lay perlahan.



~ ¤ ~



Hye Seol melemparkan beg sekolahnya ke atas katil. Kemudian, dia menghempaskan badannya di atas katil itu. Tangannya meraba tempat Sehun selalu baring.

"Hiks... Awak pergi mana? Hiks... Kau memang suka buat aku risaukan? Hiks... Tolonglah,... Balik.. Hiks... Aku belum sempat lagi nak cakap yang aku suka kau. Hiks... Oh Sehun..." Rengek Hye Seol.

"tok tok tok"

"Cik muda,.. Tolong, buka pintu." Rayu Rini dari luar.

Hye Seol pula memilih untuk tidak mendengarkan suara perempuan itu. Dia malah menutup telinganya dengan bantal.



Di luar bilik Hye Seol



"Maafkan saya, Tuan muda. Tapi, Cik muda tak nak keluar." Ujar Rini serba salah.

"Tak apa. Pergi ambil kunci pendua di atas meja bilik saya." Arah lelaki berambut dirty blonde itu.

Rini kembali bersama seutas kunci yang dimaksudkan oleh lelaki tadi.

Clak ...

"Seol, ni oppa." Panggil lelaki itu lembut.

Kepala adiknya lalu diusap dengan lembut. Hye Seol menoleh ke arah abangnya.

"Luhan oppa,... Hiks..." Rengek Hye Seol lalu memeluk abangnya itu.

"Aigoo.. Kenapa ni? Apa yang jadi ni? Kenapa Seol menangis?" Soal Luhan sambil membetulkan rambut Hye Seol yang kusut tu.

"'Kucing' Seol hilang. Sampai hati dia tinggalkan Seol. Hiks.. Seol tak tahu nak buat apa, oppa. Hiks.. Seol sayang dia. Seol tak boleh hidup tanpa dia, oppa. Macam mana ni? Hiks.." Jelas Hye Seol sambil menangis tersedu-sedu.

"Shh,... Tak elok menangis macam ni. Dah-dah. Nanti oppa belikan kucing baru untuk Seol. Jangan risau. Banyak lagi kucing dalam dunia ni. Bukan dia seorang saja." Pujuk Luhan yang cuba memahami apa yang sedang berlaku sekarang.

"SHIREO! Seol nak 'kucing' lama Seol! Seol tak nak yang baru!" Bantah Hye Seol sekeras-kerasnya.

Luhan habis kata ingin memujuk adiknya itu.

"Okey. Macam nilah. Nanti oppa akan tolong Seol cari kucing tu. Okay? Now, please don't cry, lil sis." Ujar Luhan akhirnya.

Hye Seol menangis dalam pelukan Luhan sehingga dia tertidur.

Luhan mengusap puncak kepala Hye Seol perlahan. Kemudian, dia mengecup kepala Hye Seol dengan lembut.

"Oppa janji, oppa akan cari 'kucing' yang Seol maksudkan tu." Bisik Luhan di telinga Hye Seol.

Tubuh mungil Hye Seol lalu dibaringkan dan diselimutkan dengan kemas. Sekali lagi dahi Hye Seol menjadi tempat bibir Luhan mendarat. Kemudian, Luhan lalu keluar dari bilik Hye Seol.



~ ¤ ~



Sehun termenung di dalam biliknya. Bintang di langit sangat cantik. Tapi, mood dia tak ada nak menikmati pemandangan yang indah tu. Sehun mencapai iPhone 6 yang Hye Seol belikan untuknya. Dia membelek telefon itu.

"Tak mungkin Seol jahat. Dia yang bagi aku makan dan minum. Dia juga yang ajar aku semua yang ada dalam bumi ni. Kalau dia jahat, kenapa dia sanggup bazirkan duit dia untuk beli benda segi empat yang mahal ni? Hyung dah salah faham tentang Seol." Bebel Sehun seorang diri.

"tok tok tok"

Sehun menoleh ke arah pintu biliknya. Muncul kelibat Lay yang sedang tersenyum manis ke arahnya.

"Hun tak tidur lagi ke?" Soal Lay lalu duduk di birai katil Sehun.

Sehun menggelengkan kepalanya perlahan.

"Hun tak boleh tidur." Balas Sehun.

"Sebab Hye Seol ke?" Soal Lay tanpa diduga.

Sehun menoleh ke arah Lay.

"Hyung kenal Hye Seol juga ke?" Soal Sehun balik.

"Kenal. Dia kawan hyung kat sekolah." Balas Lay.

"Hyung, Hun nak tanya sikit boleh?" Soal Sehun ragu.

"Sure. Hun nak tanya apa?"








•••

To Be Continued ...

#VOTE ⭐️
#COMMENT 💬



Lepas membaca amalkan amalan VOTE ya, wahai adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sekalian.

Sekian, terima kasih. ❤️



사랑하자 ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

673 171 11
Seonghwa bermimpi, tentang dia yang berbau seperti padang yang mekar dengan bunga lavender. Namun setiap kali dia bangun dari bermimpi, identiti si...
74.1K 387 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
26.5K 532 15
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
2.1K 429 52
"Aku mempunyai seutuh kasih yang tidak pernah terusik hanya untukmu." [Not edited]