Me vs You

Por fvrvhlee

123K 3.9K 216

Barangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu pen... Más

1 // Birthday
2 // Angan-Angan
3 // Kisah Dulu
4 // Nombor Telefon
5 // Family A
6 // Plan
7 // Kisah Ting. 6
8 // First Day
9 // Akmal
10 // Gay
11 // Nombor
12 // Saudara Jauh
13 // Call
14 // Baran
15 // Nekad
16 // Suprise!
17 // Kantoi
18 // Date
19 // Janji
20 // Saingan
21 // Partner
22 // Berubah
23 // Terakhir
24 // Malam Graduasi
25 // Permulaan
26 // Hati
27 // Rancangan
28 // Kucar-kacir
29 // Rahsia
30 // Separuh Rela
31 // Kebenaran
32 // Hati Yang Terusik
33 // Confession
34 // Esok
35 // Penentuan
37 // Seorang Diri
38 // Noktah
39 // Terkejut
40 // Hilang
41 // Berpisah
42 // Buku Baru
43 // Sunyi
44 // Geram
45 // Mimpi Ngeri
46 // Penjelasan
47 // Biarkan
48 // Impian
49 // Rumah
50 // Permulaan

36 // Air mata

2.1K 82 10
Por fvrvhlee

Menggigil tangan Adlina sewaktu memegang stereng keretanya. Air mata yang membasahi dan semakin mencurah keluar pantas disekanya. Kunci yang berada di tangannya sejak dari tadi diacuhkan pada tempat sepatutnya akhirnya jatuh. Adlina mengambilnya namun dia kaku seketika. Manik-manik jernih kembali membasahi pipinya.

Figura Aqash dan Adhia yang dilihatnya sebentar tadi seolah-olah melekat di kotak fikirannya. Tanpa Adlina sedari, satu jeritan kuat terluah dari bibirnya dan diiringi esak tangis yang semakin menggila. Bergema kereta Toyota Vios itu untuk seketika. Beberapa kali dia menghentak tangannya pada stereng kereta sehinggakan tangannya yang putih mulus bertukar merah. Akhirnya, dia bersandar di kerusi sambil menekup mukanya.

Tergamak Aqash memperlakukannya sebegini. Untuk apa dia memanggil Adlina ke situ jika sekadar untuk menunjukkan dosa yang dilakukan olehnya dan Adhia. Pada saat ini, Adlina mula menyalahkan dirinya. Menyalahkan dirinya kerana terlalu mempercayai setiap kata-kata Aqash di mana Aqash berjanji untuk tidak mengkhianatinya. Dia merasakan dia telah membuat satu keputusan yang paling bodoh dan salah selepas menerima lelaki itu masuk ke dalam hidupnya.

Aqash terus meluru keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka. Fikirannya cuma satu. Adlina! Dia perlu menjelaskan segala-galanya sebelum gadis itu pergi dan membuat tanggapan yang salah. Adlina mengangkat kaki keluar dari apartmentnya sebelum dia sempat menjelaskan apa-apa. Ternyata gadis itu terluka. Tidak. Dia perlu berjumpa dengan Adlina.

Adhia sudah mendapat hadiahnya di mana Aqash telah mengheretnya keluar dari apartment itu dan dibiarkan bersandar di dinding luar rumahnya. Penampilan Adhia yang seperti separuh bogel dan menangis teresak-esak tidak dipedulikan. Gara-gara Adhia, semuanya berentakkan. Kisah indahnya dan Adlina yang baru bermula bagaikan sudah tiba ke penghujungnya.

Tak tak. Aku kena selesaikan semua salah faham ni! Aku tak nak hilang dia.

​"Nampak perempuan menangis...," belum sempat Aqash habis berkata, Azad terus menunjukkan ke arah kereta Toyota Vios yang di parking di luar kawasan apartment itu. Aqash terus berlalu dan mendapatkan kereta Adlina meskipun hatinya sarat dengan pertanyaan.

​"Adi, bukak pintu ni sayang. Please, I need to explain all this shit things to you," rayu Aqash sambil mengetuk cermin kereta itu. Walau bagaimanapun, Adlina masih lagi diam. Bahunya kelihatan terenjut-enjut mengikut rentak tangisannya dengan kedua-dua belah tangan masih menutupi mukanya.

​"Sayang, please. It's not like what you think. I'm begging to you. So fucking begging right now. Bukak pintu kereta ni dan Qash akan terangkan semuanya," kali ini suara Aqash melirih sayu. Air matanya mula bergenang. Ah, persetankan semua ini! Dia sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kepercayaan Adlina kembali. Dia belum rela melepaskan gadis itu pergi.

Bagaikan suatu keajaiban telah berlaku. Adlina membuka pintu keretanya dan keluar. Matanya yang merah bertentangan dengan mata sayu Aqash. Dalam hati, Aqash sempat lagi memanjatkan rasa syukurnya kepada ILAHI kerana...

Pangggggg!

​Terkedu Aqash selepas menerima tamparan yang tidak diduga daripada Adlina. Spontan, tangannya memegang pipi kanannya yang merah. Adlina dilihat sedang mengetap bibir.

​"Adi...,"

​"Dengar apa yang aku nak cakap ni. I don't wish to say it twice, Encik Aqash Hizami Lee," lantang suara Adlina berkata. Beberapa pasang mata yang menyaksikan 'drama' mereka tidak dipedulikan.

Pergi mampos. Mereka tak rasa apa yang aku rasa, getusnya.

​"Look. I can explain. Please let me," pujuk Aqash lembut. Berharap agar Adlina sudi mendengar. Tetapi harapannya musnah. Adlina menekup telinganya dengan kedua-dua belah tangannya. Aqash bungkam. Saat ini, dia sudah tidak mampu berfikir dengan baik lagi. Mendengar apa yang akan diperkatakan oleh Adlina mungkin dapat melegakan hatinya. Mungkin.

​"Kau rasa apa yang aku rasa tak? Tentulah tak. Sebab kau duk berseronok dengan perempuan tu sedangkan aku? Aku macam orang gila Qash bila kau hantar mesej, cakap kau sakit. Aku kat sekolah nak ambik result tak tenang sebab fikirkan kau. Aku drive macam orang gila sampai nyawa aku hampir melayang. Bila sampai aku dapat apa? Aku dapat tengok wayang percuma korang!" air mata Adlina kembali jatuh berderaian. Apa yang Aqash rasakan sekarang tidak sama sepertinya kerana rasa pedihnya dua kali ganda lagi.

​Adlina menyeka air matanya sebelum menyambung lagi. "Lepas arwah Akmal, aku tak pernah bukak pintu hati aku kat sesiapa lagi. Aku jadi trauma. Tapi bila kau datang, aku takut. Lagi-lagi bila kau bagi aku harapan dan jaminan yang kau takkan tinggalkan aku. Buat pertama kalinya lepas arwah pergi, aku dapat tidur lena. Aku percayakan kau tapi dengan sekelip mata, kau musnahkan.

​Aku rasa akulah perempuan yang paling bodoh Qash! Percayakan kata-kata bekas seorang playboy... Oh silap. Kau masih lagi pegang gelaran tu, Qash. Aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni. Apa dosa aku? Apa salah aku sampaikan tergamak kau tipu aku? Aku ni memang nampak macam perempuan senang kena tipu, kena game ke, Qash? Kenapa mesti aku? Kenapa pilih aku? Why, Qash? Just fucking why?!" luah Adlina kuat sambil menangis teresak-esak. Aqash cuba untuk memegang bahu Adlina namun ditepis kasar.

​"Don't you ever dare to touch me!"tempelak Adlina. Aqash mengeluh lembut.

​"Dengar. Jangan cuba nak tunjukkan muka kau lagi depan aku lepas ni. It's over! Dan cincin kau ni...," Adlina menanggalkan cincin lalu dilemparkan tepat ke muka Aqash. Melantun cincin berlian itu beberapa kali sebelum berhenti tepat di hadapan kasut Aqash.

​"Qash sayang Adi...,"

​"Pergi mampus dengan sayang kau!" jerit Adlina sebelum masuk ke dalam keretanya semula. Selang dua minit kemudian, kereta Toyota Vios itu mula membelah kesibukkan jalan raya.

Air mata yang ditahan sejak dari tadi akhirnya menitis juga. Aqash terduduk di tepi jalan itu. Diambilnya semula cincin yang pernah diberikan kepada Adlina. Hatinya pedih tatkala mengenang kembali setiap patah perkataan yang terbit dari mulut Adlina. Tiada lagi panggilan mesra atau nama. Yang ada cuma aku kau.

Dia tidak menyalahkan Adlina. Jika dia berada di tempat gadis itu pun, semua rasa sayang dan kepercayaan akan terbang dengan sendirinya. Yang tinggalah cuma perasaan marah dan kesal. Marah kerana mendapat hadiah paling 'terbaik' di saat hatinya berbunga bahagia. Kesal kerana terlalu percaya kata-kata si dia.

Cuma seorang sahaja yang berhak dipersalahkan sekarang.

Adhia Nabila.

*****

Zack menggigit rakus bungkusan makanan Subway sebelum meletakkan semula di atas kerusi sebelahnya. Kaca mata hitam yang dipakainya dilurutkan sedikit di atas hidung selepas figura yang dinantikan sejak 20 minit lepas mula menjelma. Dia menarik nafas berat dan menghembusnya perlahan sebelum telefon bimbitnya berdering lantang.

"Kau kat mana? Kerja dah settle ke belum?" jerit Adhia selepas panggilannya dijawab. Zack mendengus kasar.

"Kau ni memang spesis tak reti sabarkan? Kau ingat senang ke nak bunuh orang?" nada suara Zack yang kuat jadi bergema di dalam kereta.

"Ah, aku tak peduli. Kau bunuh mak bapak betina tu sekarang. Aku dah hilang sabar ni! Now, Zack. Now!" berombak dada Adhia selepas menengking Zack. Amarahnya tidak dapat ditahan lagi.

Siapa sangka Aqash tergamak menghalaunya keluar, sehelai sepinggang ketika dia masih lagi memakai baju tidur satin. Pandangan orang ramai sewaktu dia memasuki lif takkan dia lupakan sama sekali. Aqash telah menghinanya dengan teruk sekali.

"Kau diam boleh tak? Aku tahulah kerja aku. Dah berambus sana. Jangan lupa bank in baki duit aku. Takde, kau kencing aku, bukti semua aku bawak pergi balai. Bye,"

Adhia mencampakkan telefon bimbitnya di sebelah kerusinya. Dia menutup mukanya pada stereng kereta untuk beberapa minit, cuba untuk menenangkan dirinya. Selepas nafasnya mula teratur semula, kadar denyutan jantung kembali normal, satu senyuman sinis terukir pada bibirnya.

Biarlah Qash malukan aku macam ni. Yang penting, dia dah putus dengan perempuan jahanam tu. Dan Adi... Ucap jelah selamat tinggal kat mak bapak kau tu. Kau akan menyesal sebab pernah rampas Qash daripada aku. Kau akan hilang semuanya kejap lagi. Just wait and see.

Adhia tersenyum meleret sebelum menghidupkan keretanya dan berlalu pergi dari persekitaran apartment Aqash.

Adlina menghentikan keretanya di tepi jalan selepas dia merasakan dia tidak mampu untuk memandu dalam keadaan sebegini. Air mata masih lagi menemani dirinya. Begitu laju menuruni, membasahi pipinya sehinggakan jalan raya di hadapannya menjadi kabur.

Bunyi telefon yang berbunyi sejak dari tadi tidak dipedulikan sama sekali. Nada dering yang diset khas untuk Aqash membuatkan hatinya membara. Untuk apa lagi lelaki itu mencarinya? Nak explain benda yang dah basi? Benda yang dah terpampang cantik depan mata?

Adlina menyapu sisa-sisa air mata pada pipinya. Telefon bimbitnya yang masih lagi berbunyi diambil kasar. Nama Aqash tidak pernah berhenti terpapar pada skrin itu. Dengan perasaan marah yang semakin menggunung, Adlina menekan kasar butang merah, mematikan panggilan. Nama Puan Narimah segera dicari.

"Mama?" Adlina memanggil nama Puan Narimah selembut mungkin. Cuba untuk menyembunyikan nada sedih pada suaranya.

"Ya sayang? Dah balik ke? Mama kat luar dengan abah ni. Tengah beli kek nak celebrate anak kesayangan mama ni," ceria nada suara Puan Narimah berkata. Sempat lagi Adlina menangkap bunyi tawa Encik Saifullah. Adlina tersenyum hambar.

"Lin kat luar lagi tapi dah nak baliklah ni. Mama ni... Tak payahlah susah-susah beli macam-macam. Buat biasa-biasa je," gerutu Adlina.

"Eee budak bertuah ni. Kita punyalah excited dengar result dia, dia boleh buat biasa je. Kenalah celebrate. Bila lagi nak celebrate benda-benda macam ni? Kan nanti mama dengan abah dah takde...,"

"Ma, please," sampuk Adlina serius. Puan Narimah tersengih mendengarnya.

"Ha yalah. Kita jumpa kejap lagi. Mama nak pergi kat kereta dah ni. Abang... Eh abang. Sabarlah tunggu saya. Kita....," belum sempat Puan Narimah menghabiskan ayatnya, telinga Adlina disapa dengan satu bunyi dentuman yang kuat.

"Mama!"

Seguir leyendo

También te gustarán

643K 24.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
90.5K 4.6K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
566K 19.4K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
3.4M 301K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...