Me vs You

By fvrvhlee

123K 3.9K 216

Barangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu pen... More

1 // Birthday
2 // Angan-Angan
3 // Kisah Dulu
4 // Nombor Telefon
5 // Family A
6 // Plan
7 // Kisah Ting. 6
8 // First Day
9 // Akmal
10 // Gay
11 // Nombor
12 // Saudara Jauh
13 // Call
14 // Baran
15 // Nekad
16 // Suprise!
17 // Kantoi
18 // Date
19 // Janji
20 // Saingan
21 // Partner
22 // Berubah
23 // Terakhir
24 // Malam Graduasi
25 // Permulaan
26 // Hati
27 // Rancangan
28 // Kucar-kacir
29 // Rahsia
30 // Separuh Rela
31 // Kebenaran
32 // Hati Yang Terusik
33 // Confession
34 // Esok
36 // Air mata
37 // Seorang Diri
38 // Noktah
39 // Terkejut
40 // Hilang
41 // Berpisah
42 // Buku Baru
43 // Sunyi
44 // Geram
45 // Mimpi Ngeri
46 // Penjelasan
47 // Biarkan
48 // Impian
49 // Rumah
50 // Permulaan

35 // Penentuan

1.7K 72 5
By fvrvhlee

Adlina memandang pelik ke arah pintu pagar sekolahnya. Aneh. 10 minit yang lepas, Aqash telah menghantar mesej kepadanya, mengatakan bahawa dia sudah berada di sekolah. Tetapi sampai sekarang dia tidak nampak kelibat Aqash. Bukan setakat kelibat! Batang hidung dan bayang-bayang pun tak nampak juga. Perasaan risau mula bertandang dalam hatinya.

Nazihah merenung ke arah sahabatnya. Sesekali, pandangannya beralih pada pintu pagar sekolah. Apa yang dicari oleh Adlina? Kenapa dengan Adlina? Lantas, lengan temannya itu disiku. Adlina sedikit kaget sebelum memandang ke arahnya.

​"Kau kenapa? Gelisah semacam je aku tengok," soal Nazihah.

​"Takde apa-apalah," katanya sambil tersenyum hambar.

​"Tunggu Aqash eh," usik Nazihah. Adlina berpura-pura tidak mendengarnya.

​"Alahai makcik ni. Slow benor. Mesejlah dia. Tak pun telefon terus. Tanya dia kat mana. Kau tak penat ke duk tenung pintu pagar je memanjang," cadangnya. Adlina mengeluh kecil. Sudah berpuluh mesej yang dikirimkan kepada lelaki itu. Sudah berulang kali dia menelefonnya namun hampa. Entah ke mana dia menghilangkan diri pun dia tidak tahu.

Eeeee. Tahu tak orang risau? Dia ingat dia single lagi ke?!!!

​"Biarlah. Pandai-pandailah dia datang kejap lagi," ujar Adlina malas.

​Nazihah tersengih busuk. Adlina merajuk? Wow merajuk?

​"Alolo merajuk pun comel. Dahlah boleh kira berapa kali je sebenarnya boleh tengok kau merajuk. Ni kira hari bertuah aku ke macam mana?" Adlina menjengilkan matanya. Hilai tawa meletus dari bibir kedua-dua gadis tersebut.

​"Sayang!" jerit Danial dari jauh. Adlina dan Nazihah menoleh serentak kepada Danial dan Adam yang tersenyum lebar.

​"Berapa?" tanya Adlina tidak sabar.

​"Aku dapat 3.98. Danny pun sama," Adam menjawab sambil tersenyum riang. Dia memanjangkan rasa syukurnya kepada ILAHI kerana mendapat keputusan yang cemerlang.

​"Alhamdulillah. Tahniah!"

​"Kau dapat berapa? Tadi aku tanya, kau suruh kita orang pergi ambil result dulu. Sekarang dah tahu kan? Berapa?" Danial membuat muka tidak puas hati. Adlina dan Nazihah tersengih busuk.

​"Aku dapat 3.95 je. Adi? Four flat lah bro," lantang suara Nazihah berkata. Tergamam kedua-dua lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.

​"Ya ALLAH Adi. Tahniah! Aku ingatkan aku boleh kalahkan kau dengan result aku. Tapi hampeh! Kau memang terbaiklah!" gembira suara Adam berkata.

​"Ala, aku dapat result best pun sebab korang. Kalau korang tak heret aku buat study group petang-petang dulu, takde maknanya aku dapat four flat," Adlina merendah diri. Sejujurnya, benar apa yang diperkatakan sebentar tadi. Kalau bukan kerana teman-temannya yang bersemangat untuk belajar bersama-sama dengannya, pasti keputusan STPMnya tidak sebagus ini.

​"Tapi, okaylah! At least, kita semua berjayakan," tambahnya sambil tersenyum lain. Mereka bertiga ikut tersenyum sambil mengangguk.

​"Kejap eh. Aku nak call parents aku," pinta Adam lalu bergerak sedikit ke hadapan. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Begitu juga Nazihah dan Danial. Masing-masing menangis kegembiraan sewaktu memberi khabar keputusan mereka. Adlina tersenyum memerhati gelagat mereka. Baru sebentar tadi, dia juga telah menelefon abah dan mamanya. Ternyata mereka begitu berbangga dengan keputusannya.

​Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang diterima. Aqash, bibirnya menyeru nama lelaki itu.

Sayang, I kat apartment ni. Boleh datang and tolong I tak kejap? I datang nak ambik barang tadi. Tiba-tiba, I rasa tak sihat, badan rasa pelik semacam. Kalau u datang, ambik je kunci bawah karpet depan rumah I kalau nak masuk. I tak larat nak bukak pintu

​Sakit? Aqash sakit apa? Adlina tidak membalas mesej tetapi terus menelefonnya. Perasaan risau mula mengetuk pintu hatinya. Bimbang jika Aqash mengalami kesakitan seperti yang dimaksudkan atau kecelakaan.

​Ya ALLAH, mintak-mintaklah takde apa-apa yang berlaku, doanya di dalam hati.

​Tetapi Aqash tidak mengangkat panggilannya. Sudah puas Adlina menelefonnya tetapi lelaki itu masih diam. Dia tahu apartment yang dimaksudkan oleh Aqash. Apartment mewah yang terletak di Taman Kenchana sememangnya tidak jauh dari sekolah mereka. Aqash pernah menunjukkan kepadanya dulu tetapi dia melihat sekilas sahaja. Itu pun semasa mereka berada dalam kereta.

​Adlina bingkas bangun. Beg sandang Guccinya diambil. Dia berlari anak mendapatkan kereta Toyota Viosnya yang di parking di dalam sekolah. Nazihah yang baru sahaja selesai berbual dengan ibunya perasan akan gelagat Adlina.

​"Adi!" laungnya namun Adlina tidak mendengarnya. Gadis itu terus masuk ke dalam kereta dalam keadaan tergesa-gesa. Beberapa saat kemudian, kereta Adlina terus meluncur keluar dari sekolah itu. Tidak seperti sebelum ini. Selalunya temannya itu akan memanaskan enjin kereta terlebih dahulu. Berkerut dahi Nazihah apabila memikirkan Adlina yang kelihatan seperti dalam kecemasan.

​"Kenapa tu?" soal Adam. Danial memerhati sahaja ke arah Nazihah dengan pandangan kosong. Sempat lagi dia menangkap satu keluhan kecil yang terbit dari gadis kesayangannya itu. Nazihah menjungkit bahu tanda dia juga tidak mengerti.

​"Risaulah," ujarnya perlahan. Danial memaut bahu Nazihah.

​"Jangan risaulah. InsyaALLAH, everything is okay. Adi tu kan memang macam tu. Kelam kabut sikit," gurau Danial, cuba untuk menghidupkan suasana. Nazihah tersenyum hambar. Mungkin ada sesuatu yang terjadi sehingga membuatkan Adlina pergi meninggalkan mereka begitu sahaja.

​Atau mungkin cuma perasaan dia yang terlalu risau selepas melihat keadaan Adlina sebentar tadi.

*****

Adhia tersenyum sambil melihat telefon bimbit Aqash yang berada di dalam pegangan tangannya. Mesej yang menentukan kejayaan rancangannya untuk memutuskan hubungan Aqash dan pasangannya sudah dihantar kepada orang yang sepatutnya. Sebentar lagi, semuanya akan selesai. Zack sendiri sudah menelefonnya mengatakan dia sedang bersiap-siap untuk menunaikan hajat yang dipinta olehnya.

​Pandangannya tertumpu ke arah Aqash yang sedang terbungkam di atas katil apartmentnya. Lelaki yang cuma memakai seluar pendek kelihatan sungguh menggoda di hadapannya. Adhia menjeling sekilas pula ke arah penampilan seksinya. Dengan hanya memakai baju tidur satin berwarna putih, dia telah memperlihatkan tubuh badannya dengan sengaja. Tujuannya cuma satu, untuk menyakiti hati Adlina.

​Perlahan-lahan, dia berjalan menuju ke arah katil lalu duduk di sebelah Aqash. Dibengkokkan sedikit tubuh badannya agar rapat dengan Aqash yang masih tidak sedarkan diri selepas dipengsankan olehnya. Dibelai-belai rambut Aqash yang berwarna hitam dan sedikit coklat. Teringat dia kata-kata Aqash sewaktu mereka mesra sewaktu dulu. Katanya, rambutnya memang sebegitu sejak kecil lagi. Dia tidak pernah mewarnakannya.

​Ya, mengingatkan kembali kisah bahagia mereka sewaktu mereka masih dalam hubungan cinta membuatkan bibirnya menguntumkan senyuman. Aqash benar-benar seorang lelaki yang romantis dan mampu menggetarkan hati setiap perempuan dengan ayat-ayat cintanya. Tetapi sayang, pada waktu itu baik dia mahupun Aqash, masing-masing tidak mahu terikat dengan perhubungan yang serius. Aqash bebas untuk keluar dengan perempuan lain dan dia juga bebas untuk keluar dengan lelaki lain. Akhirnya apabila kedua-dua mereka berasa bosan, mereka mengambil keputusan untuk putus.

​Sejak dari itu, Adhia mula membandingkan setiap lelaki yang pernah ditemuinya dengan Aqash. Sungguh! Hatinya begitu menginginkan Aqash kembali semula kepadanya. Hatinya tidak mampu untuk menerima lelaki lain lagi. Pada saat dia meluahkan rasa hatinya kepada Aqash, jawapan yang diterima sangat menyakitkan. Aqash menolak. Sebabnya cuma satu, Adlina. Dan sekarang, semua halangan itu akan terhapus.

​Deringan telefon bimbitnya mematikan lamunannya. Dengan perasaan malas, dia mengambil telefon bimbit dan melihat siapa gerangan yang menelefonnya. Ditekan butang hijau selepas mendengus kecil.

​"Hmm, nak apa?" soalnya kasar.

​Sarah terkesima namun dia cuba untuk berfikir positif. "Kau kat mana? Tak nak ambil result ke?"

​"Aku ada hal. Ala, kau kan ada. Ambil je bagi pihak aku," jawabnya. Sarah menghela nafas berat.

​"Dah, aku dah ambilkan," kendur suara Sarah menuturkan.

​"So?"

​"Kau tak nak tau keputusan kau ke, Dhia?" tanya Sarah perlahan.

​"Hmm, berapa?"

​"Kau dapat 3.87,"

​"Aqash dapat berapa?" soal Adhia tiba-tiba.

Berkerut dahi Sarah tiba-tiba. Susah betul nak faham dia ni! Sibuk tanya result orang lain pulak, bebel Sarah di dalam hati. Nazri yang setia berdiri di sebelah Sarah cuma diam walaupun mulutnya begitu ringan untuk bertanya.

​"Qash dapat four flat. Sama macam Adi," jawapan yang dilontarkan oleh Sarah membuatkan Adhia menjadi bengang. Tanpa menunggu lebih lama, dia menekan butang merah. Dia sudah tidak mempedulikan apa yang Sarah ingin berkata lagi. Aqash dipandang dengan rasa yang sebal. Tangannya kembali mengusap rambut lelaki itu.

Kau dengan perempuan tak guna tu sama je kan? Kau rasa kau boleh ke hidup dengan Adi untuk selama-lamanya? In your dream Qash, katanya perlahan sambil tersenyum sinis.

*****

Tercunggap-cunggap Adlina seketika sebelum kembali berlari ke arah Apartment Taman Kenchana. Perasaan risaunya terhadap keselamatan Aqash tidak dapat dibuang. Sewaktu memandu tadi pun, nyaris-nyaris dia kemalangan gara-gara tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di jalan raya. Hatinya juga berdebar kencang. Entah kenapa, dia sendiri tidak tahu. Keretanya sengaja diletak di luar kawasan apartment itu.

​Tiba-tiba, lariannya terhenti selepas ditahan oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di hadapan kawasan apartment itu.

​"Ni kenapa ni? Tak boleh jalan elok-elok ke?" soal lelaki itu bengis. Adlina menarik nafas panjang lalu dihembuskan perlahan-lahan. Sedikit sebanyak pertanyaan pengawal keselamatan itu membuatkan dia berasa marah namun dia cuba menahan perasaan marah yang mula menguasai diri. Ada perkara penting yang lebih memerlukan perhatiannya sekarang.

Aqash. Aqash lagi penting.

​"I need to see someone, bang. Tolonglah. Dia tengah sakit tu dalam rumah dia," rayu Adlina.

​"Sakit apa pulak?" jerkah pengawal keselamatan yang bernama Azad itu.

​"Saya tak tahu. Dia mesej saya macam tu je,"

​"Nama dia apa?"

​"Aqash Hizami Lee. Dia duduk kat tingkat 2, apartment nombor 4,"

​"Oh, budak tu ke? Baru saya ingat, dia ada suruh perempuan nama Adlina Haziqah naik pergi rumah dia. You nama Adlina ke?" tiba-tiba Azad bertukar menjadi ramah pula. Bibirnya juga menguntumkan senyuman. Adlina pelik namun dia cuma mengangguk.

​"Okay. Dia pesan suruh ambil kunci yang dia tinggal bawah karpet depan rumah dia,"

​"Saya tahu," Azad tersengih. Dilihat kelibat Adlina yang berlalu menuju kearah lif sehingga hilang dari pandangan matanya. Dikeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya. Satu set nombor didailnya.

​"Cik, Adlina dah sampai. Dia on the way pergi rumah Tuan Aqash," katanya sebaik panggilan bersahut. Beberapa saat kemudian, panggilan diputuskan.

​"Kerja cakap macam tu pun dah dapat RM1,000. Sedap betul kalau kerja macam ni hari-hari," ujarnya sambil mengingatkan kembali seorang perempuan yang sebaya dengan Adlina, bernama Adhia menyogoknya dengan wang hanya untuk bercakap sebegitu dengan gadis itu. Siapa yang mampu menolaknya jika kerja yang diberikan itu terlalu senang? Tambahan pula, dia memang perlukan duit pada masa kini.

​Adlina terus meluru keluar dari lif sebaik pintu itu terbuka. Matanya melilau mencari rumah apartment milik Aqash sebelum pandangannya jatuh pada apartment bernombor 4 di tingkat 2 terbabit. Dengan pantas, dia mengangkat karpet merah yang bertulis 'Welcome' itu. Ada segugusan kunci di situ. Adlina terus mengambilnya dan meletakkan kembali karpet ke tempat asalnya. Pintu apartment itu terus dibuka.

​"Qash!" laungnya sebaik sahaja masuk ke dalam rumah itu. Senyap. Adlina jalan sekeliling di apartment itu mencari Aqash. Di ruang tamu, dapur dan balkoni. Kosong.

​"Qash. Lin dah sampai. Qash kat mana?" jeritnya lagi. Kali ini suaranya semakin kuat. Tiba-tiba, Adlina menepuk dahinya. Bagaimana dia boleh lupa untuk memeriksa di tempat itu? Bilik tidur!

​"Kau... Kau buat apa kat sini?" tanya Aqash yang baru terjaga sambil memegang kepalanya yang terasa sakit. Adhia yang duduk di sebelahnya tersenyum.

​"You kan sakit. I bawak you balik ke apartment you ni. You yang mintak I hantarkan you ke sini. Takkan you dah lupa sayang?" Adhia memegang lengan Aqash yang jelas nampak terpinga-pinga dengan semua ini. Senyuman terukir manis di riak wajahnya. Bagus, semuanya berjalan sama seperti yang dirancangkan, getus hatinya.

​Aqash menepis kasar pautan Adhia pada lengannya. Dia memerhati keadaan sekelilingnya. Benar. Ini rumahnya. Apartment pemberian Datuk Amrizi kepadanya. Tetapi kenapa Adhia berada di sini? Hal terakhir yang dia mampu ingat ialah dia pergi ke sekolah untuk mengambil keputusan STPM. Baru sahaja dia ingin melangkah masuk ke dalam sekolah, ada dua orang lelaki datang dan menekupnya dengan kain. Selepas itu, pandangannya mula gelap gelita.

​Kejap... Aku pengsan? Aqash memandang ke arah tubuh badannya yang cuma dibaluti dengan boxer. Hati Aqash mula berdebar-debar. Dia menoleh pula ke arah penampilan Adhia yang seksi itu. Matanya dibulatkan. Gerak hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang buruk akan terjadi.

​"Kau! Kau... kau buat apa dengan aku? Macam mana kau boleh ada kat sini?" jerkah Aqash lantang. Belum sempat Adhia menjawab, tiba-tiba pintu bilik dibuka oleh Adlina. Tergamam Aqash seketika. Adhia tersenyum sinis. Adlina kaku tanpa mengeluarakan sebarang suara.

​"Adi...," panggilnya walaupun dia tahu saat itu, apa yang akan diperkatakan sebentar lagi semuanya tidak berguna.

Continue Reading

You'll Also Like

621K 23.9K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
280K 13.5K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
59.9K 3.6K 60
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
127K 8.6K 32
Adam Hirdy | Azalea