HELLO ANGEL ©️

By jkshlvffy

12.3K 1.4K 37

Mencari yang ikhlas bukan senang. Bila ada yang sanggup menghargai, maka jangan dilepaskan. Tuhan sentiasa ad... More

00
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40

01

896 60 0
By jkshlvffy

~ 𝗛𝗲𝗹𝗹𝗼 𝗔𝗻𝗴𝗲𝗹 ~








16 Oktober 2014, 8:15 PM

Aku melihat pantulan diri di cermin bilik. Gaun selutut berwarna cream membaluti tubuh dan dipadukan dengan sebuah skarf putih di kepala membuat aku tersenyum puas.

"tok tok tok"

Bunyi ketukan di sliding door bilik membuat aku menoleh. Seram pula. Sebab, mana ada orang lain kat sini selain aku. Dengan langkah yang agak berani, aku menghampiri sliding door yang ditutupi oleh langsir berwarna putih itu.

Srek..

Aku melihat seorang lelaki sedang duduk sambil menyandar di sliding door bilik ku. Cepat-cepat aku menutup kembali langsir itu. Jantung aku berdegup kencang. Satu saja yang aku rasa sekarang.

TAKUT

Aku takut. Mana tahu dia itu hantu or lagi teruk PEMBUNUH UPAHAN?! Huwaaa!! I cannot!

"tok tok tok"

"To..tolong.."

Aku mendengar suaranya meminta tolong. Tapi aku keraskan diri untuk tidak berganjak dari situ.

Clak..

Aku terkejut melihat kelibat si ibu masuk ke dalam bilik. Dia menatap aku pelik.

"Seol? Kenapa tercegat kat situ? Semua orang tengah tunggu Seol." Tanya eomma pelik.

"Hehe.. Eomma, Seol ada hal nak uruskan. Eomma turunlah dulu. Nanti Seol turun." Kata ku beralasan sambil tersenyum semanis mungkin.

"Okey. Tapi, jangan lama-lama. Kesian tetamu menunggu terlalu lama." Pesan eomma sebelum keluar dari bilik itu.

"tok tok tok"

"Ci..cik. To..tolong. Sa..saya tengah sa..sakit sekarang."

Suara lelaki itu kedengaran lagi di telinga ku. Setelah berdiam sejenak, muncul rasa kesian dalam diri. Tanpa membuang masa, aku segera membuka sliding door itu walaupun hati aku tak nak. Tapi, aku tak nak jadi kejam sehingga harus membiarkan dia kesakitan dan kesejukan di situ.

Aku memapah tubuh tinggi itu menuju ke katil. Aku merebahkan dirinya di sana. Darah mengalir laju di perutnya. Seolah dia baru saja pulang dari berperang. Tapi aku tak sempat nak tanya sebab kelam kabut.

Aku berlari menuju ke bilik mandi. Aku mencapai tuala kecil yang tersedia di bilik mandi itu dan membasahkannya. Peti kecemasan yang berada di kabinet atas aku capai. Kemudian, aku menghampiri lelaki tadi.

"Awak bukalah dulu baju awak. Saya nak cuci luka awak itu." Kata aku sedikit ragu.

Mana tak? Ini first time aku rawat seorang lelaki. Dalam bilik aku lagi! Huft.. Entah apa akan jadi kalau eomma tahu.

Lelaki itu segera membuka bajunya. Aku terbeliak melihat lukanya yang sangat dalam. Kalau dijahit mungkin akan menjadi 10 jahitan. Fuh.. Apa dah jadi dengan dia? Kenapa sampai macam ini sekali?

Aku menyapu kain basah tadi pada lukanya. Dia mengerang kesakitan. Setelah aku membersihkan lukanya, aku meletakkan ubat pengering luka agar luka itu tak dijangkiti dan berair. Nanti dia rasa tak selesa dan pedih.

Aku membalut lukanya dengan kain warna putih yang tersedia dalam peti kecemasan itu. Kemudian, aku lalu mencapai botol minuman yang berada di atas meja bersebelahan katil. Lalu aku hulurkan kepadanya. Dia menunjukkan reaksi 'kenapa' kepada ku.

"Minumlah. Muka awak pucat. Mungkin sebab banyak darah yang keluar."

Dia hanya mengangguk seraya menyambut huluran botol air itu.

"Awak tunggulah di sini kalau awak nak. Saya nak turun. Nanti eomma marah kalau saya lambat. Tapi ingat! Jangan sentuh apa-apa di dalam bilik ini." Kata aku seraya memberi amaran.

Dia mengangguk kepalanya. Aku lalu keluar dari bilik.

~ ¤ ~

Jam di tangan aku lirik seketika. Sudah pukul 10:45 malam. Huft.. Bila majlis ni nak habis? Aku meluru ke arah eomma yang sedang bersembang dengan kawan-kawan dia.

"Eomma.." Panggil ku.

Dia menoleh seraya tersenyum manis ke arah aku.

"Yes, honey?" Tanya eomma lembut.

"Seol nak masuk bilik dulu. Rasa tak sedap badan pula tiba-tiba." Kata ku sambil buat muka macam tak larat.

"Seol okey ke? Kalau tak okey, makan ubat dulu. Lepas itu rehat." Tanya eomma risau.

"I'm okay. I just need a rest. Eomma janganlah risau. Kalau macam itu, Seol naik atas dulu. Nanti kalau ada apa-apa, Seol panggil eomma." Kata ku sambil tersenyum manis.

"Okey."

Aku laju mengatur langkah menuju ke bilik ku.

Clak...

Sekujur tubuh yang sedang baring di atas katil menjadi fokus ku. Aku menghampiri lelaki asing tadi. Dia sedang tertidur dengan lena. Mungkin penat. Satu hal yang membuat muka aku bersemu merah. Lelaki itu tak pakai baju! Aku melihat baju putih yang telah dinodai darah di atas lantai.

Huft.. Pastu dia tak ada baju lagi. Macam mana ni? Aku mana ada baju lelaki kat sini. Baju abang aku adalah. Tapi, takkan aku nak main redah je bilik dia? Nanti dia marah.

Huft.. Macam mana ni? Takkan nak biar dia tak pakai baju? Nanti perut dia masuk angin macam mana? Kalau eomma nampak? Lagi mampus! Nanti dia orang ingat aku dengan dia buat benda tak senonoh pula!

Selepas bertengkar dengan hati sendiri, aku memutuskan untuk pergi ke bilik abang aku. Maafkan Seol, abang. Seol tak ada pilihan. Nanti Seol ganti balik baju abang.

~ ¤ ~

"Awak,.. Bangunlah." Gumam ku perlahan.

Lelaki itu membuka matanya. Dia cuba untuk bangun tapi tak dapat.

"Tak apa. Awak baring saja. Saya cuma nak bagi baju ini. Awak pakailah dulu baju abang saya. Nanti saya ganti balik. Jangan risau." Ujar ku lembut.

"Ba..baik. Maaf, saya menyusahkan awak." Kata namja itu serba salah.

"Tak apa. Awak pakailah dulu. Saya nak tukar baju sekejap. Nanti kalau eomma saya masuk, awak sembunyi saja dalam selimut. Tapi jangan bagi dia nampak pula." Pesan ku sebelum aku masuk ke bilik mandi.

"Eomma awak bukan boleh nampak saya walaupun saya tak sembunyi." Ujar lelaki itu perlahan.

Aku menoleh ke arah lelaki itu ingin penjelasan.

"Saya bukan manusia macam awak. Hanya orang terpilih saja yang boleh nampak saya. Dan orang itu adalah awak." Jelas lelaki itu lagi.

Okey. Dia buat aku semakin TAKUT. Mana tak? Tadi dia tiba-tiba muncul kat depan sliding door bilik aku. Lepas itu, dia cakap dia bukan manusia. Habis itu, siapa dia? Hantu? Tapi, takkan hantu ada muka handsome macam dia? Erk.. Handsome ke? Bolehlah.

"Mungkin awak takkan percaya. Tapi, saya seorang MALAIKAT yang telah sesat masa turun ke bumi." Jelas lelaki itu lagi seakan boleh membaca fikiran aku.

"Seol?"

Aku terkejut. Eomma masuk ke dalam bilik aku! Aku menjeling lelaki itu tadi. Tapi, lelaki itu masih tak berganjak dari tempatnya.

"Eo..eomma..."








•••

To Be Continued ...

#VOTE ⭐️
#COMMENT 💬



Helloo anak-anak !

Ini new version lepas di edit . Tak banyak pun yang di edit . And content semua masih sama .

I hope you enjoy ❤️



Don't forget to VOTE , love . 💋



사랑하자 ! ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

3.9K 545 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...
40.3K 3K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
27K 759 49
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
10K 1.7K 51
Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikgu Wan, makhluk berupa harimau dan berger...