Tengku BUAYA Aku Punya!!

De AzzSofia

586K 16.1K 552

Demi dendam yang telah lama dipendam,Tengku Rayyan Aiman sanggup melakukan apa sahaja termasuk merampas perem... Mais

TBAP!! 1
TBAP!! 2
TBAP!! 3
TBAP!! 4
TBAP!! 5
TBAP!! 6
TBAP!! 7
TBAP!! 8
TBAP!! 9
TBAP!! 10
TBAP!! 11
TBAP!! 12
TBAP!! 13
TBAP!! 14
TBAP!! 15
TBAP!! 16
TBAP!! 17
TBAP!! 18
TBAP!! 19
TBAP!! 20
TBAP!! 21
TBAP!! 22
TBAP!! 23 (BTS)
TBAP!! 24
TBAP!! 25
TBAP!! 26
TBAP!! 28
TBAP!! 29
TBAP!! 30
TBAP!! 31
TBAP!! 32
TBAP!! 33
TBAP!! 34
TBAP!! 35
TBAP!! 36
TBAP!! 37
TBAP!! 38
TBAP!! 39
TBAP!! 40
TBAP!! 41
TBAP 42
TBAP 43!
TBAP!! 44
TBAP!! 45
TBAP!! 46
TBAP!! 47(END)
New Story.
SPECIAL
SAYONARA! RAYYAN(SPECIAL)
SAYONARA!RAYYAN (SPECIAL 2)
Important
-NEXT ROMANCE 4 1K-
Notice ^_^

TBAP!! 27

9.7K 286 9
De AzzSofia

Rayyan berjalan menuju ke arah keretanya.Belum sempat dia membuka pintu kereta,kedengaran suara seseorang memanggil namanya.
Dengan perasaan malas,Rayyan memusingkan badannya.

"Rayyan...kenapa susah nak tengok you kat club sekarang ni??hm..I miss you,you know.."ujar seorang perempuan sambil merangkul tangan Rayyan.

"Erk...sape pulak ni??nak kata budak U ni,macam bukan.."

"Hey..mengelamun,ni I la..Elvira."ujar perempuan itu seakan-akan tahu bahawa Rayyan tidak mengingatinya.

"O...you Elvira.Anything??"balas Rayyan pura-pura ingat.

"Come,teman I ke club malam ni,sekarang you teman I shopping dulu jom,please.."rayu Elvira.

"Sorry,I'm busy."jawab Rayyan malas.

Sebenarnya dia malas hendak melayan Elvira,lagipun dia dah hilang keinginan untuk melawat tempat-tempat syaitan itu.

"Ala..."rengek Elvira.

"Erk...sorry,I'm bussy right now,so..can I??"ujar Rayyan sambil memandang tangan Elvira yang memaut lengannya,tanda supaya Elvira melepaskan tangannya.

"Ok,ok..Bye Rayyan.."

Dengan pantas,Rayyan segera membuka pintu kereta dan berlalu keluar dari U tersebut.

"It's ok Rayyan,bukan you sorang lubuk emas I.Huh!!"ucap Elvira sambil memandang kereta Rayyan yang semakin menjauh.

Elvira bukan pelajar di U ini,dia cuma mahu menunggu Rayyan.Dulu dia pernah berjumpa dengan Rayyan di kelab yang selalu dikunjungi Rayyan dan kawan-kawan Rayyan dahulu.






"Abang...angkatla telefon.."ujar Sofia sambil memandang telefonnya,kedengaran nada gementar dalam percakapannya.

Oleh kerana Sharil sudah balik semalam,Sharil memberitahu Sofia bahawa dia ingin menghantar dan menjemput Sofia hari ini.

'Abang,adik balik dengan bas tau,jangan risau,adik ok,Assalamualaikum.'

Sofia memandang telefonnya lalu menekan butang 'send'.

Bukannya dia tak mahu menunggu,tetapi dari tadi lagi dia berasa seperti seseorang sedang mengekorinya.Dan,semestinya dia tahu siapa orang itu.



Sofia tiba di bus stop,belum sempat dia menarik nafas lega,kelihatan orang yang mengekorinya berjalan menuju ke situ.

"Ya Allah..kau lindungilah hamba-Mu ini Ya Allah."

Tanpa berfikir panjang,Sofia terus berlari ke arah jalan raya untuk ke seberang,namun belum sempat dia sampai ke seberang,kelihatan sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.

Sofia memejamkan apabila melihat kereta tersebut bergerak laju ke arahnya.

"Ya Allah..aku redha jika ajal ku telah tiba."

Kedengaran bunyi yang kuat apabila tayar kereta tersebut bergesel dengan jalan raya,tanda si pemandu menekan 'brek'.

Sofia segera membuka matanya,kereta tersebut betul-betul berada di hadapannya,hampir sahaja melanggar dirinya.

Dengan linangan air mata,Sofia jatuh terduduk.Siapa yang tak takut jikalau berada di ambang maut.

Kelihatan pemandu tersebut keluar dari keretanya dan berjalan ke arah Sofia yang masih berada dalam keadaan tadi.

"Eh??dia.."ujar si pemandu itu dalam hati.

Kelihatan raut wajah si pemandu itu risau dengan keadaan perempuan yang dilihatnya itu.

"Kau ok??"tanya si pemandu sambil kakinya melangkah ke arah Sofia.

Tidak membalas,Sofia hanya diam sambil cuba menyeka air matanya,sebenarnya dia bukan hanya takut disebabkan kejadian hampir dilanggar ini,tetapi dia bertambah takut apabila teringat bahawa dia  diekori.

"Kenapa kau melintas tak tengok kiri kanan,kalau aku terlanggar kau tak ke aku yang kena nanti.haish.."

Sofia hanya diam mendengar si pemandu tersebut meluahkan amarahnya.

"Dah,jom..aku hantar kau balik."pelawa si pemandu tersebut.

Mendengar ajakan si pemandu itu,Sofia segera mengangkat kepalanya yang dari tadinya hanya menunduk memandang jalan raya.

"Rayyan.."




"Kenapa kau pergi dekat bus stop tu??abang kau tak jemput ke??kawan kau tu,Ika,kenapa tak balik dengan dia??bukan ke kau selalu balik dengan dia."Tanya Rayyan agak panjang.

Sofia hanya berdiam diri.Mulanya tadi memangla dia tak nak tumpang,tapi bila teringat bahawa dia sedang diekori,dia segera bersetuju.

"Kau taknak jawab ke soalan aku??"tanya Rayyan sambil memandang ke sebelah kiri sekilas sebelum memandang ke arah hadapan semula,tengah bawak kereta doh..takkan pandang tepi.

Sofia masih lagi senyap,tanpa menjawab apa-apa soalan dari Rayyan.Fikirannya masih lagi buntu.

Rayyan hanya mengangkat bahu apabila tidak mendengar sebarang balasan dari Sofia.

"Maaf,kalau saya buat awak marah dan susahkan awak."Setelah beberapa minit berdiam diri,akhirnya Sofia bersuara.

"Kau bukannya buat aku marah,tapi buat aku risau..eh,yang aku nak risau dengan dia ni kenapa.."

"Kenapa aku tengok kau macam tergesa-gesa tadi?"tanya Rayyan hairan.

"Er..takut kena tinggal bas."tipu Sofia,malas mahu menceritakan masalahnya kepada orang luar.

"La...takut kena tinggal bas je..hailah dia ni.."

Rayyan tersenyum,terlupa bahawa dia bukan seorang diri.

"Eh kau ni Rayyan,boleh pulak senyum,kalau dia nampak,sah jatuh ego aku.."





"Maaf sekali lagi,dan..terima kasih hantar saya.Saya harap ini kali terakhir awak tolong saya.Assalamualaikum."ujar Sofia lantas berjalan masuk ke perkarangan rumahnya.

"Nope,ini bukan kali terakhir,Nur Sofia Amirah."





Sofia melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan langkah yang agak perlahan,setiap pergerakannya pasti tangannya akan berpegang pada dinding.
Mungkin kerana kejadian tadi membuatkan dia pening dan letih.Lagipun dari pagi dia tidak makan menyebabkan gastriknya datang.Bukannya dia tak nak makan,namun disebabkan dia terlampau memikirkan orang yang mengekorinya,seleranya tiba-tiba hilang.

Umi dan abahnya pula keluar untuk membeli barangan dapur,manakala abangnya pula masih di tempat kerja.Tiada siapa yang berada di rumah.

Sofia menuju ke arah dapur untuk mencari makanan bagi menghilangkan rasa sakit,namun baru sahaja kakinya melangkah ke ruang dapur,penglihatannya mula kabur.

"Umi..."hanya sebutan tersebut sahaja yang terkeluar daripada mulut Sofia sebelum dia terbaring tidak sedarkan diri.









Sofia membuka matanya,agak lama juga dia tidak sedarkan diri,mungkin dalam sejam agak-agaknya.
Dia melilaukan pandangan ke sekeliling.

"Eh..ni bilik tetamu,macam mana.."

Lamunan Sofia terhenti apabila bunyi pintu bilik itu dibuka.Pandangannya dialihkan ke arah pintu.

Sofia terkejut dan dalam masa yang sama dia kaku apabila melihat wajah orang yang membuka pintu tersebut.

"Bagusla kau dah sedar."

"Apa kau buat ni hah Rayyan??kenapa kau masuk rumah aku,kau tak takut dosa ke Rayyan??!!"bentak Sofia kepada Rayyan yang berdiri di hadapan pintu.

Mata Sofia mula berair.

"Mungkin bagi kau keluar masuk dari rumah orang yang bukan mahram kau,biasa,tapi bagi aku tak Rayyan..aku bukan macam perempuan yang selalu kau bawak Rayyan.!!"Sofia melepaskan semua amarahnya,mana taknya,dia tidak pernah berdua-duan dengan lelaki yang bukan mahram di dalam rumah.

Mendengar semua amarah itu,ego lelaki Rayyan berasa tercabar.Baginya,bukannya dia salah,dia tak tengok sedikit pun aurat perempuan di hadapannya.Dia datang ke rumah ini pun bersebab.

"Huh!!Aku datang sini pun sebab kau tau tak,kau yang cuai,tinggal buku dalam kereta aku buat apa,niat aku cuma nak hantar buku,tapi bila aku datang,aku tengok pintu tak berkunci,aku just..takut ada apa-apa je,sebab tu la aku masuk,tengok-tengok kau terbaring dekat dapur.So,aku terpaksa la angkat kau datang sini.Aku tak buat apa-apa pun.Cuba kau tengok,tudung kau pun masih ada.."jelas Rayyan panjang lebar.

"Keluar!!Keluar dari rumah aku sekarang!!"bentak Sofia.

Rayyan akur dan berjalan ke arah pintu rumah.Dia membuka pintu namun setelah pintu dibuka riak wajahnya terus bertukar terkejut.

-TBC-

Hoho...lama sis tak muncul,hope dimaafkan...

Continue lendo

Você também vai gostar

5.5M 153K 66
Muhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa b...
10.7M 241K 31
US Mafia: 2nd Series [COMPLETE] Highest rank #1 in Romance [No.1 hot in Killer] [No.1 hot in Mafia] [No.1 hot in Comedy] Ariq Frandy Louise memang d...
4.1M 248K 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami ran...