Gadis Berdarah Suci (C)

By Beflwrs

1M 56.4K 1.7K

Gabriella Kattyrine seorang gadis yang bernasib malang. Tinggal di Negara Swirtens. Keluarganya meninggal ker... More

new story
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
maaf.
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Sorry!
Bab 69
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Follow, update.
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bukan update.
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 95
sorry.
Bab 96
Bab 97
PERHATIAN!
LETS READ!

Bab 70

7.9K 484 14
By Beflwrs

"Perkara apa?" soal Maria.

Benny dan Clara duduk di hadapan Maria.

"Sebelum tu, Permai..."

"Jangan panggil saya Permaisuri. Panggil sahaja Maria."

"Tapi..."

"Hanya untuk keselesaan. Lepas sahaja perbincangan ini, kamu berdua boleh panggil saya Permaisuri."

"Baiklah." kata Clara.

"Sila sambung."

"Tentang Marsha, Maria tak risau ke?"
Maria tidak menjawab.

"Saya tahu semuanya. Saya kenal ayah Marsha."

Maria terkejut mendengar ayat Clara.

"Apa maksud kamu kenal dengan ayah Marsha?"

"Saya adalah seorang pari pari kepada seorang Angel. Jadi sudah tentu saya boleh mengenali ayah Marsha."

"Kamu pari pari? Tapi macam mana? Bukankah Angel sudah tiada?"

Clara menggelengkan kepalanya.

"Gabriella adalah pewaris seterusnya."

"Apa?!" soal Maria terkejut.

"Tak...tak mungkin..." kata Maria yang masih tidak percaya.

"Tapi itu yang sebenarnya."

"Jadi....akan ada peperangan lagi lah?" soal Maria risau.

"Itu saya tak pasti, tapi kami akan cuba untuk mengelakkan peperangan. Maria jangan risau."

"Jadi apa kaitan Marsha dengan Gabriella?" soal Maria.

"Itu tidak penting tapi yang sekarang, Marsha dalam bahaya."

Benny yang berada di situ hanya mampu mendengar sahaja.

"Apa Maksud kamu?" soal Maria hairan.

"Semasa kejadian makan malam saya melihat gelang elektrik di tangan Marsha. Gelang yang di pakainya adalah gelang yang jenis berbahaya. Ia boleh membawa maut jika seseorang itu menggunakan kuasanya ataupun ingin melepaskan gelang itu." terang Clara.

"Jadi kamu nak kata ada seseorang telah meletakkan gelang itu di tangan Marsha lah?"

Clara mengangguk.

"Musuh telah menjumpainya dan memakaikannya gelang itu."

"Jadi...yang sebenarnya..."

Maria tidak menghabiskan ayatnya.

"Betul. Dia datang sini untuk menyampaikan dua pesanan." kata Clara.

"Tapi, saya masih lagi tak tahu apa yang dia cuba sampaikan. Lagi pun Clara kata dia tak boleh guna kuasa sebab gelang kat tangan dia kan?" kata Maria.

Clara menganggukkan kepalanya.

"Tapi, saya boleh baca isi hatinya. Itu adalah salah satu kuasa pari pari." kata Clara.

"Jadi, kamu boleh baca isi hati orang lain lah?"

Clara menganggukkan kepalanya lagi.

"Maria jangan risau, saya akan baca isi hati orang bila perlu je."

Maria tersenyum.

"Tak apa saya tak kisah. Jadi, apa pesanan dia?"

"Dia kata jangan risau. Dia akan menjaga dirinya sebaik mungkin. Dan dia kata dia terpaksa berkasar. Walaupun dia kecewa dengan Maria dan Gabriella, tapi dia percaya yang Maria dan Gabriella mempunyai sebab tertentu." kata Clara.

Maria membuang nafas leganya.

"Baguslah. Saya harap musuh takkan menggunakan kuasa pemukauan." kata Maria.

"Jangan risau. Perkara ni takkan berlaku sekali lagi."

"Jadi apa rancangan kamu berdua?" soal Maria.

"Saya dan Clara akan pergi ke kerajaan Ruen untuk berjumpa dengan Gabriella." kata Benny.

"Bukan ke Kevin tak mahu Gabriella tahu?"

"Yup. Tapi Gabriella patut tahu. Jika dia tak tahu pasal ni dia akan lebih marah. Lebih baik bagitahu." kata Benny lagi.

"Maria jangan bagitahu Kevin dengan yang lain ye?" kata Clara.

Maria menganggukkan kepalanya.

"Bila kamu berdua akan pergi?" soal Maria.

"Mungkin lepas berbincang kami berdua akan pergi." jawab Benny.

"Maria tolong bagi alasan ye bila dieorang tanya nanti okayh?"

"Baiklah. Tapi, ingat. Hati hati. Saya nak kamu berdua... Tak bukan kamu je, saya nak kamu berdua dan Gabriella selamat."

Clara dan Benny mengangguk kepala.

Gabriella duduk di berandar sambil melihat Bintang Bintang di langit. Dalam fikirannya penuh dengan rancangan rancangan yang sedang dia susun untuk langkah seterusnya. Walaupun dia cuba berusaha untuk berfikir tentang rancangan seterusnya, dia masih lagi berfikir tentang dirinya. Jantungnya sudah tidak berfungsi. Nadinya juga turut tidak berdenyut. Dia sudah menjadi separuh Angel. Mungkin besok malam dia akan berubah sepenuhnya. Terimbas semula perbualanya dengan Mark dan Romeo.

Flashback on.

"Tentang lohong hitam tu dah selesai. Sekarang tentang kau pulak." kata Mark.

Gabriella memandang Mark hairan.

"Kenapa dengan aku?" soal Gabriella.

"Cuba kau cari nadi kau." kata Mark.

"Buat apa?" soal Gabriella.

"Cari jelah dulu."

Gabriella pun mencari nadinya. Namun, dia tidak menjumpai nadinya dan dia juga baru dapat merasakan sesuatu yang pelik tentang dirinya. Kemudian dia memandang semula ke arah Mark dan Romeo.

"Apa yang dah jadi?" soal Gabriella terkejut.

"Kau dah tak perlukan jantung atau nadi untuk hidup dan bukan tu je, kau pun tak perlu bernafas." kata Mark.

"Tapi kenapa?" soal Gabriella hairan.

"Aku rasa kau kena banyak baca buku lah." sampuk Romeo.

Gabriella hanya mencebik sahaja.

"Seorang Angel tak perlu mempunyai jantung atau udara untuk hidup. Sama juga dengan pari pari. Kau sekarang dah separuh Angel. Mungkin besok malam kau akan berubah seratus peratus." terang Mark.

"Maksud kau?"

"Semua rupa, bentuk badan, rambut kau akan berubah seratus peratus. Orang dah takkan kenal kau kecuali orang yang tahu kau adalah Angel."

Gabriella terdiam.

"Kau jangan risau. Walaupun paras rupa kau berubah, sikap kau takkan pernah berubah. Kau tetap Gabriella yang orang lain nampak. Kalau orang sekeliling kau kenal perangai kau macam mana, dieorang dapat teka kau adalah Gabriella yang dulu." kata Mark yang ingin menyedapkan hatinya.

"Betul kata Mark, tapi buat masa sekarang kau kena luangkan masa yang sedikit ni untuk cipta memori bersama orang yang kau sayang sebelum kau jadi Angel sepenuhnya." kata Romeo.

"Kalau aku tak cipta?"

"Kalau kau tak nak tak apa. Tapi ini untuk kenangan. Kau takkan balik ke istana Crown semula bila kau dah masuk dalam lohong hitam tu. Walaupun kau berjaya sekali pun, kau tak boleh balik semula ke istana Crown" kata Romeo.

"Tapi kenapa?"

"Sebab kau tak boleh tunjukkan diri kau siapa sebenarnya. Kalau tak Negara Wingstone ni akan dalam bahaya."

"Tapi kalau aku dah jadi Angel, mesti ahli Angel yang lain akan hidup semula kan? Mesti orang lain dapat tahu."

"Memang Angel yang lain akan hidup semula, memang Rakyat dekat seluruh negara ini akan tau. Tapi dieorang takkan tahu siapa ketua Angel. Kalau dieorang tahu kau adalah Angel tak ada masalah. Tapi kalau musuh? Susah nanti." kata Romeo.

"Jadi kau nak aku bersembunyi macam tu?"

Romeo mengangguk kepala.

Gabriella tersenyum sinis.

"Aku takkan bersembunyi."

"Tapi kenapa?"

"Aku akan hadapi semua ni. Aku taknak lagi negara ini mempunyai musuh. Kalau aku bersembunyi siapa yang nak musnahkan musuh?"

"Romeo ada. Angel yang lain pun ada. Kalau dieorang yang musnahkan dieorang takkan mati. Sebab nyawa dieorang ada pada kau. Itu sebab kau kena bersembunyi."

Gabriella menggelengkan kepalanya.

"Musuh takkan dapat tewaskan aku dengan apa apa senjata sekali pun."

"Apa maksud kau?" soal Romeo.

"Aku adalah gadis berdarah suci. Jadi hanya satu sahaja senjata yang boleh membunuh aku. Tapi senjata tu susah untuk di dapatkannya."

Romeo dan Mark terkejut.

"Tak...tak mungkin." kata Mereka serentak.

Gabriella merasa hairan.

"Selama ni korang tak tahu aku Angel jenis apa ke?"

"Kau bukan Angel biasa ke? Maksud aku dia Ketua Angel tapi dia Angel biasa. Macam ni lah. Aku bagi contoh. Permaisuri Williane dia ketua Angel tapi dia juga macam Angel lain. Dia jadi ketua sebab kuasa dia tak ada pada orang lain tu je."

Gabriella mengangguk paham apabila Mark menerangkannya.

"Lagi pun kiteorang susah nak percaya kau ialah gadis berdarah suci. Sebab gadis yang memiliki darah suci telah di bunuh oleh Permaisuri Alora."kata Romeo pula.

"Kenapa susah nak percaya?"

"Sebab perebutan setiap puak." jawab Romeo.

"Perebutan? Apa yang mereka rebutkan?"

"Darah yang ada pada gadis itu lain dari yang lain. Dengan hanya setitik sahaja mampu mengebalkan seseorang dalam masa sehari apalagi kalau musuh membunuhnya dan mengambil jantungnya. Ia boleh membuatkan seseorang jadi kebal dan kuat selamanya. Jadi sebab itu Permaisuri Alora terpaksa bunuh dia."

baru dia teringat kata kata Clara. Jadi maksud Clara untuk berhati hati adalah di sebabkan peristiwa ini lah.

"Angel dengan gadis yang milik darah suci ni berbeza lah?"

Romeo menganggukkan kepalanya.

"Jadi aku ni Angel sekaligus Gadis berdarah suci lah?" soal Gabriella lagi ingin kepastian.

"Mungkin. Tapi yang peliknya, kenapa darah kau tak berbau eh? Sepatutnya kalau memiliki darah suci, kau akan berbau harum."

Gabriella mengangkat bahunya.

"Dah la. Yang tu tolak ke tepi. Sekarang ni kau bergembira lah sebelum kau masuk ke dunia sebenar kau." kata Romeo.

Flashback off

Gabriella bangun dari duduknya lalu melangkah masuk ke dalam. Dari petang lagi dia tidak melihat Alvin. Takkan masih marah lagi? Gabriella mengeluh. Dia pergi ke biliknya untuk mengambil jacket kemudian dia keluar dari rumah penginapan untuk mencari Alvin. Semasa Gabriella sedang berjalan menuju ke penginapan Eric, Gabriella melihat seseorang sedang duduk sambil melihat langit yang di penuhi Bintang. Dengan perlahan lahan Gabriella melangkah ke arahnya.

"Alvin?" panggil Gabriella.

Alvin yang sedang melihat langit terus sahaja menoleh ke arah Gabriella.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Alvin.

Gabriella tersenyum lalu duduk di sebelah Alvin.

"Aku cari kau." jawab Gabriella.

"Cari aku? Buat apa cari aku?" soal Alvin kemudian memandang semula ke langit.

"Aku nak mintak maaf kalau aku ada buat kau marah, sakit hati atau kecewa." kata Gabriella.

Alvin memandang Gabriella semula dengan pandangan hairan. Gabriella pula memandang langit sambil tersenyum.

"Selama ni aku dah banyak menyusahkan kau. Terima kasih sebab dah jaga aku dengan baik. Terima kasih juga dah buat aku gembira. Aku akan ingat sampai bila bila." kata Gabriella lagi.

"Apa yang kau merepek ni? kenapa kau cakap macam nak pergi selamanya? Kau ada masalah ke?" soal Alvin.

Gabriella memandang Alvin sambil tersenyum. Kemudian dia menggelengkan kepalanya.

"Dah tu kenapa cakap macam tu?"

"Saja. Mana tahu aku tak sempat nak cakap ke kan. Lebih baik aku cakap awal awal. Mungkin besok aku last jumpa kau ke."

"Dah lah. Kau takkan pergi ke mana mana. Kau kena ada dengan aku selalu."

Gabriella tergelak kecil apabila melihat muka Alvin berkerut.

"Alvin. Aku nak tanya boleh?" soal Gabriella.

"Apa dia?"

"Kau akan marah tak kalau aku pergi tak bagitahu?"

"Mestilah marah. Macam semalam kau pergi sorang sorang. Niat nak marah je tapi aku tahan." jawab Alvin.

Gabriella tersenyum.

"Kau betul ke tak ada masalah? Risau betul lah aku dengan kau ni."

Gabriella tersengih.

"Jangan risau lah. Aku tak ada masalah pun. Cuma malam ni terbawa perasaan je. Tu yang kata merapu rapu." kata Gabriella.

Mereka berdua memandang langit semula.

"Kalau kau rindu aku, kau tengok lah Bintang. Kalau Bintang tak ada tengok bulan. Kalau bulan tak ada tengok matahari." kata Gabriella.

Alvin yang mendengar, tergelak.

"Kalau aku tak nak tengok tu macam mana?" soal Alvin.

"Habis tu kau nak tengok apa?" soal Gabriella yang masih lagi melihat bintang.

"Aku nak tengok muka kau je sebab muka kau yang buruk ni mampu menarik perhatian aku."

Gabriella memandang Alvin. Kalau jantung dia masih berfungsi mesti dia merasa berdegup laju.

"Bella, janji dengan aku takkan pergi mana mana dan janji selalu ada di depan aku." kata Alvin.

"Kalau ingkar?" soal Gabriella.

"Aku akan marah dan benci kau."

Gabriella terdiam. Dia tak tahu ingin berkata apa.

"Bella, janji?"

Gabriella masih lagi berdiam.

"Bella." panggil Alvin.

"Okayh janji." kata Gabriella.

Alvin tersenyum lalu memeluk Gabriella.

Malam ini adalah malam paling indah buat Gabriella. Walaupun terseksa baginya setidaknya ini yang di ingin kan. Masuk sahaja dalam bilik, Gabriella melihat dua orang sedang duduk di kerusi. Gabriella menutup pintunya dan kunci.

"Benny? Clara? Korang buat apa dekat sini?" soal Gabriella lalu duduk di atas katil.

"Maaf kacau kau tengah malam ni. Kiteorang ada benda nak bagitahu kau." kata Benny.

"Apa dia? Nampak macam serius sangat."

"Marsha, dia..."

Holla! Next bab. Yeah! Hahahaha. Have fun guys! 😘

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 51.9K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
155K 6.5K 17
Dear Readers , Saya cuma perlukan imaginasi yang tinggi daripada anda semua . Bayangkan anda mempunyai seorang stalker . Bagaimanakah hari-hari anda...
2.2M 75.8K 51
"Kenapa Encik Buaya pilih saya" "Sebab saya suka perempuan yang spesies Ulat"
12.7K 354 15
STAR HIGHSCHOOL.. Setiap kisah pasti ada permulaan di mana ia bermula. Seterusnya membawa kepada pertengahan sebuah cerita, iaitu detik-detik memegan...