Gadis Berdarah Suci (C)

By Beflwrs

1M 56.4K 1.7K

Gabriella Kattyrine seorang gadis yang bernasib malang. Tinggal di Negara Swirtens. Keluarganya meninggal ker... More

new story
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
maaf.
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Sorry!
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Follow, update.
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bukan update.
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 95
sorry.
Bab 96
Bab 97
PERHATIAN!
LETS READ!

Bab 63

7.7K 498 30
By Beflwrs

Sudah seminggu Gabriella bersama Leo. Kemana mana Leo selalu menemani Gabriella dan Leo juga turut selalu membantu Gabriella mengemas perpustakaan. Dan sudah seminggu dia tidak melihat Alvin. Dalam hatinya mula rasa rindu. Rindu dengan sikap jahilnya. Di istana juga dia jarang berjumpa dengan Alvin. Hari ini adalah hari cuti. Gabriella dari pagi hanya terperap sahaja di biliknya. Sehingga membuatkan Jessica, Clara, Marsha dan Maria risau. Ohya. Maria sudah keluar tiga hari lepas. Keadaannya juga sudah membaik.

Tok. Tok. Tok.

"Masuk."

muncul Clara dan Marsha. Mereka menutup semula pintu lalu menuju ke arah Gabriella yang sedang duduk di ruang berandar.

"Kau tengah buat apa Bella?" soal Marsha.

Gabriella memandang ke arah sahabatnya.

"Tak buat apa apa pun."

"Boleh kiteorang cakap sikit?" soal Marsha lalu mereka berdua duduk di hadapan Gabriella.

"Apa dia?"

"Sejak akhir akhir ni kau selalu terperap dalam bilik. Kau ada masalah ke? Ceritalah dekat kiteorang."

Gabriella tersenyum.

"Tak ada apalah. Aku cuma nak masa bersendirian je."

"Tak payah nak tipu. Ke ada kaitan dengan Alvin? Mesti korang gaduh kan?" teka Marsha.

"Mana adalah."

"Heh. Yelah tu."

"Bella, kalau awak ada masalah awak tak boleh pendam. Nanti kalau awak pendam sorang sorang awak akan mati rasa tau." kata Clara pula.

Marsha mengangguk setuju.

"Kiteorang ni sahabat kau tahu tak. Takkan kau pendam sorang sorang. Kongsi lah dengan kiteorang. Mana lah tahu kiteorang boleh tolong ke." kata Marsha pula.

Gabriella masih lagi mendiamkan dirinya. Di biarkan sahaja mereka bercakap.

"Kau nak tahu tak. Alvin kan sejak akhir akhir ni asyik menghilang je. Kalau dekat sekolah, dalam kelas dia selalu tidur, masa rehat pulak dia tak makan. Dia cuma termenung je. Lepas tu kalau balik sekolah dah tak pernah nak balik sama sama. Sekarang ni pulak, pagi pagi lagi dah keluar lepas tu nanti balik mesti tengah malam." kata Marsha panjang lebar.

Gabriella terkejut dengan perubahan Alvin. Setahunya Alvin tidak pernah bersikap seperti itu.

"Kenapa dia boleh jadi macam tu?" soal Gabriella ingin tahu.

"Kata Kevin, sejak Leo masuk tahap tinggi dia dah berubah sikap."

Gabriella terdiam sejenak.

"Aku nak tanya korang sesuatu boleh?"

mereka dua mengangguk kepala.

"Kalau kita suka seseorang walaupun dia bukan milik kita, apa yang korang buat?"

mereka terdiam seketika. Lalu Clara bersuara.

"Kalau saya, saya akan meluangkan masa bersamanya sehingga dia menjadi milik orang lain. Walaupun itu membuat diri kita tersiksa, setidaknya kita punya kenangan manis bersamanya." kata Clara.

Marsha mengangguk setuju.

"Betul tu. Aku sokong. Selagi dia tak menjadi milik orang lain, selagi itu kita boleh cipta kenangan manis bersamanya." kata Marsha pula.

Gabriella yang mendengar terangguk angguk.

"Kenapa kau tanya macam tu?" soal Marsha.

Tiba tiba Gabriella tersengih.

"Terima kasih korang! Sekarang aku tahu aku nak buat apa." kata Gabriella gembira.

"Baru sekarang kiteorang nampak kau gembira macam ni. Dulu terakhir aku nampak kau gembira masa ahli tahap tinggi melawat kau." kata Marsha.

"Betul tu. Tapi kiteorang seronok kalau Bella dah gembira balik."

Gabriella tersenyum.

"Kalau macam tu, aku nak cari Alvin kejap. Nak mintak tolong sesuatu."

Clara dan Marsha memandang satu sama lain.

"Tolong apa?"

Gabriella bangun dari duduknya lalu menuju ke pintu. Sebelum menutup semula pintunya Gabriella berkata.

"Adalah. Bye."

Clara dengan Marsha hanya mempu menggelengkan kepala saja.

"Ish. Mana dia ni." rungut Gabriella.

Semasa Gabriella sedang mencari Alvin Gabriella melihat budak kecil sedang berusaha mengambil mainan terbangnya yang tersangkut di pokok. Gabriella yang merasa kesian terus sahaja pergi ke arah budak kecil itu.

"Adik buat apa dekat sini?" soal Gabriella kepada budak perempuan itu.

Budak perempuan itu memandang Gabriella sambil menangis.

"Saya...nak..ambil....mainan...terbang tu." katanya sambil menangis.

Gabriella berlutut di hadapan budak perempuan itu lalu memegang bahunya.

"Nama adik siapa?" soal Gabriella.

"Flora." jawapnya.

"Okayh, Flora jangan nangis. Kak Bella akan ambilkan mainan terbang Flora."

dengar sahaja Gabriella berkata seperti itu terus sahaja mengelap air matanya sambil tersenyum.

Gabriella bangun lalu memanjat pokok itu. Sampai sahaja di atas pokok, Gabriella mengambil mainan itu lalu mencampakkannya ke bawah. Flora pula sudah bersorak riang. Gabriella cuba untuk turun semula namun dia tersilap kaki sehingga dia terjatuh dari pokok.

"Aw!" rintih Gabriella sambil memegang lututnya.

Flora yang melihat Gabriella jatuh terus pergi ke arahnya.

"Kak Bella lutut kakak luka." kata Flora apabila melihat darah di lutut Gabriella.

Air mata Flora mula bertakung di tubir matanya.

"Hye. Jangan lah nangis kak Bella tak apa apa pun. Luka sikit je ni." pujuk Gabriella.

Akibat berasa bersalah, Flora menangis.

"Kakak...maafkan Flo. Sebabkan Flo kakak....luka..." kata Flora sambil menangis.

"Hye. Jangan nangis. Daripada Flora nangis apa kata tolong kakak?"

Flora terus sahaja berhenti menangis. Aik? Tadi bukan main nangis sekarang dah berhenti pulak? Kelakar betul lah budak ni.

"Apa dia? Kak Bella cakap jelah. Flora akan tolong Kak bella."

Gabriella tersenyum.

"Tolong kakak bangun."

"Eh? Takkan nak bangun dengan kaki luka macam ni?" soal Flora.

"Tak apa. Sikit je ni." kata Gabriella.

Flora tidak bersuara. Dia memasukkan tangan kanannya ke dalam poket lalu mengeluarkan kain putih. Kemudian Flora menutup luka di lutut Gabriella dengan kain putih.

"Okayh dah siap!" kata Flora setelah siap membalut luka Gabriella.

"Wah. Pandainya Flora."

Flora tersenyum manis.

"Jom Flo tolong Kak Bella bangun." kata Flora.

Lalu dia membantu Gabriella bangun. Sampai sahaja di depan pintu istana, Mica melihat Gabriella dan Flora.

"Apa dah jadi dengan Princess?" soal Mica risau apabila melihat balutan di lutut Gabriella.

Flora pula sudah menunduk.

"Tak ada apa. Tadi saya terjatuh lepas tu Flora tolong saya." kata Gabriella.

"Flora ke yang buat Princess Gabriella luka?" soal Mica.

Gabriella menggelengkan kepalanya.

"Awak kenal Flora ke Mica?"

Mica tersenyum lalu mengangguk kepala.

"Dia anak saya. Saya bawa dia kesini sebab tiada yang jaganya."

"Anak awak? Patutlah muka macam kenal je."

"Maafkan saya Princess. Saya tahu ni mesti sebab Flora. Mesti mainan terbang dia tersangkut tu sebab Princess luka."

Gabriella tersenyum.

"Jangan marah dia, lagi pun sikit je ni."

"Nak saya ubatkan ke Princess?"

Gabriella menggelengkan kepalanya.

"Tak perlu. Saya boleh ubat sendiri."

"Baiklah." kata Mica.

Gabriella memandang Flora yang sedang menunduk.

"Flora, jangan risau, kakak Bella okayh je. Ibu Flora tak marah pun. Nanti kalau Flora bosan Flora jumpa kakak okayh? Nanti kita main sama sama." kata Gabriella sambil memegang bahu Flora.

Flora memandang Gabriella.

"Betul ni?"

Gabriella menganggukkan kepalanya.

"Yeah! Ibu, ibu Flo nak duduk sini je lah. Flo tak nak duduk dekat rumah jagaan." kata Flora kepada ibunya.

"Mana boleh." kata Mica.

Terus sahaja berubah riak muka Flora.

"Mica, tak apa lah. Bawak je dia dekat sini. Lagi pun saya tak ada kawan. Boleh lah saya main dengan dia."

Mica memandang ke arah Flora.

"Flora boleh main dekat sini tapi Flo tetap kena duduk dekat rumah Jagaan. Macam mana? Setuju?"

Flora tersenyum lagi.

"Setuju!" kata Flora.

Mica dan Gabriella tersenyum melihat Flora gembira.

"Saya masuk dulu ye Mica, saya nak pergi bersihkan luka ni."

Mica mengangguk kepala.

"Flora nanti kita jumpa lagi okayh?"

Flora mengangguk.

Gabriella pun mula melangkah masuk ke dalam istana. Semasa ingin menuju ke biliknya Gabriella terserempak dengan Alvin. Mereka berdua berdiam lama. Kemudian Alvin bersuara.

"Kenapa dengan lutut kau?" soal Alvin apabila melihat luka di lutut Gabriella.

"Bukan urusan kau." jawab Gabriella selamba.

"Bukan jawapan tu yang aku nak. Jawab Gabriella kenapa dengan lutut kau tu?"

"Jatuh." kata Gabriella sepatah.

Alvin tidak menyoal Gabriella lagi. Malah dia mendiamkan diri.

"Kau pergi mana?" soal Gabriella pula.

"Ada hal." jawabnya.

Gabriella tersenyum sinis.

"Mula dari sekarang kau tak perlu nak jadi pelindung aku." kata Gabriella.

Alvin terkejut tapi dapat di kawalnya.

"Kenapa? Kau nak Leo yang jadi pelindung kau macam tu?"

terasa hati apabila Alvin menyoalnya seperti itu. Dalam hati dia tak pernah pun teringin Leo menjadi pelindungnya.

"Kenapa perlu nama dia yang naik?"

Alvin mengangkat bahunya tanda tak tahu.

"Leo kan selalu dengan kau, manalah tahu kau berubah fikiran nak jadikan Leo tu pelindung kau ke."

kali ini Gabriella betul betul merasa kecewa dengan Alvin. Selama ini dia rapat dengan Leo kerana ingin membuat Alvin cemburu tapi sedikit pun tak memberi kesan kepadanya.

"Aku kecewa dengan kau."

Hello! Sis fikir nak buat bab untuk Leo dengan Gabriella, tapi terasa awal pulak nak buat part sweet dieorang. Ke sis tak yah buat? Apa pendapat korang. Tapi kan tangan sis rasa gatal pula nak buat part sweet Leo dengan Bella. Hehehe. Nak gantikan Alvin dengan Leo lah. Hahahaha. Jangan marah ye. 😂

Continue Reading

You'll Also Like

5.9M 218K 66
Luqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak...
219K 8.9K 63
[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari...
45.6K 10.6K 25
K A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tib...
6.1K 593 33
Azhar Iskandar merupakan seorang cikgu praktikal yang berusia 23 tahun memiliki wajah yang kacak anak mata berwarna Hazel mampu memikat mana mana per...