𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔

By ochlophobia-

403K 10.3K 1.1K

◇DONE◇ "Old ways won't open new doors." - ochlophobia- sᴜᴀᴍɪ ᴋᴇʀᴀs ᴋᴇᴘᴀʟᴀ ᴅᴀɴ ᴅɪɴɢɪɴ,ʙᴜᴋᴀɴʟᴀʜ ᴄɪʀɪ sᴜᴀᴍɪ ɪ... More

PROLOG
#01
#02
#03
#04
#05
#06
#07
#08
#09
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#18
#19
#20
#21
#23
#24
#25
MD
#26
#27
MD
#28
#29
#30
#31
#32
#33
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
#41
#42
#43
#44
MD
#45
#46
EPILOG
NOTES

#22

7.7K 194 19
By ochlophobia-

"sial, laju gila kau bawak! nak mati ke hah?!" jerit Fareez sambil menahan tangan kanan pada kerusi.

"laa.. laju ke?" soal Asyraf lalu terus menekan break.

emergency break -..-

gedebuk! muka Fareez tersembam ke dashboard. Fareez memegang dahinya. nafas di tarik dan di hembus menahan geram. wajahnya mula memerah menahan marah.

Asyraf Azham sudah cuak. dia menelan air liur. apahal aku pandai sangat break emergency?! bodoh!

"woi!! sakai la kau ni!! gila, bodoh!! kau nak kasi aku mati ke sial?! kau fikir ni litar F1?! bongok..mentang-mentang jalan clear kau buat ni macam jalan bapak kau! Sakai!" hambur Fareez. terkejut beruk Asyraf mendengar Fareez mencarut. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.

Fareez mengurut dadanya dan membetulkan nafas. "huh..astaghfirullahalazim..kau tau tak, dah berapa lama aku tak mencarut?" soal Fareez dengan nada dingin dan menahan sabar. Asyraf menggeleng laju.

"tiga..tahun.." sambung Fareez sambil memejam matanya. dulu Fareez memang seorang yang kuat mencarut dan bising. tetapi selepas hari pernikahan Aisya tiga tahun lepas, dia berazam tidak mahu mengeluarkan lagi kata-kata kesat itu. Namun..ia sudah kembali.

"aku mencarut kali terakhir..lepas belasah kau tiga tahun lepas.."ujar Fareez lagi.

terus terimbau kembali saat Fareez membelasah Asyraf bila lelaki itu tidak hadir ke majlis pernikahannya dan adik Fareez tiga tahun lepas.

bukk! satu tumbukan padu hinggap di pipi Asyraf Azham. Asyraf hanya rela di perlakukan begitu.

"bodoh! sial! kau tau tak kau beri harapan tinggi pada adik aku bodoh?!" jerit Fareez sambil menarik kolar baju Asyraf. Asyraf hanya menundukkan kepala.

"apasal kau tunduk? apasal kau tunduk Sakai?!"

bush! satu lagi tumbukan mengenai pipi kiri Asyraf pula. Asyraf tersembam ke tanah. Fareez mengusutkan rambutnya.

"argh! kau kenapa sial? apa masalah kau? apahal kau buat benda terkutuk ni hah?!" soal Fareez. gunung berapi sudah meletus. mukanya panas menggelegak.

"Reez.. maafkan aku Reez..aku tak berniat nak sakitkan hati Aisya Reez.."ujar Asyraf sambil memeluk kaki Fareez Daniel.

"argh! bodoh! kau jangan sesekali jumpa Aisya dah! sial, jauhkan diri kau dari dia! aku tak nak tengok muka kau!!" tengking Fareez lalu dia menendang perut Asyraf dan beredar meninggalkan Asyraf terkulai lemah di dataran Neelai yang sunyi itu.

"hoi! kau mengelamun apa?!"soal Fareez. Asyraf menggeleng laju. "dah la, kang sudahnya tak sampai-sampai..dah pukul 12 dah ni.." ujar Asyraf lalu dia menurunkan break.

Kereta yang di pandu Asyraf meluncur laju di atas jalan raya yang kini sudah mula sunyi.

"Hoi, kau bawa aku pergi mana ni?"soal Fareez. "Aku nak jual kau.."jawab Asyraf selamba. Tetiba telinga kiri Asyaf di tarik dan di pulas kuat.

"Sakit! Sakit!" Rengek Asyraf. "Kau fikir aku melawak ke?! Gilaaaa!!" Marah Fareez.

"Okay fine..aku bawak kau pergi jumpa seseorang ni.."

"Siapa?"

"Firasat aku mengatakan dia ada kena mengena dengan kes kehilangan Aisya.."

"Siapa?"

"Eh kau boleh senyap tak?! Aku nak memandu pun tak senang!" Marah Asyraf. Terdiam terus Fareez di buatnya.

Setibanya di satu bangunan condominium, Asyraf dan Fareez bergerak ke satu rumah.

Tok! Tok! Tok!

Asyraf mengetuk pintu itu dengan rakus dan perasaan marah. Loceng juga di tekan beberapa kali.

Fareez menyentuh bahu Asyraf, "kau pasti ke?"soal Fareez. Asyraf terdiam sebentar sebelum menjawab,"aku pasti."

Beberapa lama kemudian, pintu bilik itu terbuka. Terpampang wajah Rafeqa Syuhada yang seperti baru bangun tidur. Selekeh.

"Siapa?" Soal Rafeqa sambil menggosok matanya. Asyraf hanya memandang Fareqa, bengis. Rafeqa membuka matanya perlahan-lahan. Terbuntang matanya apabila melihat Asyraf Azham berada di hadapan rumahnya.

Segera dia menolak pintu. Tetapi sempat di tahan oleh Asyraf. "Lepas la! You nak apa malam-malam macam ni?!"soal Rafeqa sambil sedaya upaya menolak pintu melawan kudrat lelaki Asyraf.

"Bukak pintu ni! Ada benda aku nak cakap!"ujar Asyraf dengan tegas. Fareez yang sudah penat melihat aksi ini terus menghulurkan tangan membantu menolak pintu itu.

Sekali tolakan sahaja, pintu itu terbuka luas dan Rafeqa jatuh terjelopok di atas lantai.

Dua lelaki itu segera menerjah masuk. Asyraf menarik rambut Rafeqa supaya perempuan itu bangun. Rafeqa mengerang ke sakitan.

"Lepaskan! Sakit la!"

Fareez memegang bahu Asyraf. "Azham, Lepaskan dia.."ujar Fareez dengan dingin

"Dia memang patut kena!"jerit Asyraf Azham. Fareez menggelengkan kepala, "kita tak tau lagi, dia ke yang buat semua ni.."kata Fareez.

Nasib baik ada Fareez, kalau tak mati dah aku kerjakan aku betina.

Asyraf melepaskan Rafeqa dan perempuan itu terduduk.

"Kau nak apa ha?! Apahal kau kacau aku?!" Jerit Rafeqa.

"Semua salah kau betina! Semua salah kau!!"jerkah Asyraf. Terangkat bahu Rafeqa dek kerana terkejut.

Rafeqa memalingkan pandangan ke arah Fareez, "kau siapa?"soalnya.

Dengan dingin, Fareez menjawab, "aku abang Aisya Aqeela.."

Terus cuak dan pucat muka Rafeqa mendengar nama perempuan itu. "K-kau nak apa dari aku? "Soal Rafeqa, gugup.

"Mana Aisya?"Tanya Asyraf dengan nada yang cuba di kawal. Rafeqa menundukkan kepala.

"Mana Aisya bodoh?!" Tengking Asyraf. Rafeqa menggelengkan kepala, laju.

"Aku tak tau la! Aku tak tau! Lepaskan aku!!" Jerit Rafeqa. Asyraf yang kegeraman menarik rambut Rafeqa sehingga perempuan itu memandang wajahnya, "aku tau ni angkara kau! Kau bagitau sekarang!"jerkah Asyraf. Fareez cuba menenangkan Asyraf.

"Aku tak tau la! Tak faham ke! Aku tak tau betina tu kat mana!!" Jawab Rafeqa sambil meronta-ronta. Fareez terkedu. Mukanya berubah bengis.

"Kau jangan berani panggil adik aku betina! Kau siapa perempuan? "Ujar Fareez. Baginya perkataan betina untuk seorang wanita adalah murah.

"Huh..memang patut pun! Dia tu perampas! Perampas Aidan daripada aku!!" Jerit Rafeqa sambil tergelak sinis.

Fareez semakin terkedu. Macam mana pula dia kenal Aidan? Perampas?

"Ah, kau senyap la bodoh!" Asyraf menolak tubuh Rafeqa sehingga tersembam ke lantai.

Asyraf berjalan ke dapur dan mencapai sebilah pisau. Lalu pisau itu diacukan ke leher Rafeqa. Terbuntang mata Rafeqa dan Fareez.

Fareez memegang lengan Asyraf. "Apa kau buat ni?"soal Fareez. "Dengan cara ni je dia nak mengaku!" Balas Asyraf.

"Aku tak buat apa-apa! Tolong la Lepaskan aku! Aku tak tau la!!" Rayu Rafeqa. Dia sudah takut.

"Kau mengaku la!"

"Aku tak tau!!"

"Bagitau aku, kau kan yang culik Aisya?!" Asyraf mendalamkan pisau sehingga terasa menyentuh kulit Rafeqa.

Air mata Rafeqa mula menitis. Matanya di pejam. Dia ketakutan. Asyraf tergelak sinis.

"Kenapa? Kau takut? Takut mati? Hah?!" Tengking Asyraf. Terangkat bahu Rafeqa.

"Bagitau sekarang, atau kau nak mati!"ugut Asyraf.

"Fine! Ye! Ye! Aku! Aku yang culik dia! Aku terpaksa! Aku benci tengok dia dengan Aidan! Kau tahu tak, 3 bulan aku perhati diorang! Aku tak boleh la tengok diorang bahagia! Kebahagiaan tu sepatutnya untuk aku! Bukan perempuan tu!!"

Pap! Satu tamparan hebat mengenai pipi Rafeqa.

"R-Reez.." Asyraf terkedu dengan tindakan Fareez yang menampar pipi Rafeqa.

Fareez menunding jari ke arah Rafeqa.

"Aku, sumpah..kalau apa-apa jadi kat adik aku..kau orang pertama aku cari perempuan! Kau memang tak layak bahagia! Bodoh, rumah tangga orang pun kau nak runtuhkan. Kau fikir kau siapa? Dalam dunia ni, kenapa mesti suami orang kau nak ha?!" Tengking Fareez. Asyraf Azham turut tersentap dengan kata-kata Fareez.

"Lepaskan la aku!" Jerit Rafeqa. "Bagitau dia kat mana!" Arah Fareez. Rafeqa sudah tidak tahan lagi, "dia dekat...."

***

Bum! Pintu di sepak kuat. Lelaki bertopeng yang sedang bermain dengan rambut Aisya tersentak. Aisya sudah menangis teresak-esak.

Fareez dan Asyraf menerjah masuk. Alangkah terkejutnya Asyraf melihat Aisya tidak bertudung. Segera di memalingkan pandangan.

"A-angah.." ucap Aisya dengan sendu. "Macam mana kau tahu tempat ni?!"soal lelaki itu, bengis.

"Lepaskan adik aku!" Jerit Fareez. Lelaki itu tergelak sinis," adik kau rupanya..hahaha.."

Fareez berlari ke arah lelaki itu dan menerkamnya. Segala ilmu silatnya di buka. Lelaki itu di belasah teruk.

Asyraf sudah tidak tahan, dia berlari ke arah Fareez dan lelaki yang sedang bergelut. Perut lelaki itu di tumbuk kuat sehingga tubuh lelaki itu menyembah bumi.

Fareez mendapatkan Aisya dan membuka ikatan tangannya. Tubuh Aisya yang lemah itu di angkat dan sempat dia mengkaut tudung Aisya di atas lantai.

Mereka keluar dari tempat itu dengan selamat.

***

"Huh..sial Raf, kau tau tak apa jadi kat aku perempuan?!" Marah Thaqif.

"Aku tahu la..aku pun kena serang..tak apa, aku pasti akan balas dendam..kau tunggu je la Thaqif..aku pasti kau akan puas dapatkan Aisya.."

Talian di matikan. Thaqif menguntum senyuman sinis. Sebenarnya dia memang teringin merasa tubuh Aisya yang mantap itu.

***

"Qeel, kau okay tak?" Fareez memangku kepala Aisya. Aisya terkulai lesu.

"Jap Qeel..kita dah nak sampai rumah..bertahan..nanti kita jumpa Aidan.."ujar Fareez sambil menepuk pipi Aisya.

Sebak hati Asyraf mendengar kata-kata Fareez.

Mungkin tiba masanya untuk aku terima takdir. Takdir yang Aisya bukan di ciptakan untuk aku. Aidan, kau memang layak untuk perempuan baik seperti dia.

"Cepat sikit Azham!"arah Fareez. "Ye..cepat la ni..aku bawa laju macam tadi kang kau marah.." omel Asyraf. Fareez terdiam.

Tepat jam menilik ke angka 2 pagi, mereka tiba di perkarangan rumah banglo keluarga Aisya Aqeela.

Asyraf mengetuk pintu berkali-kali manakala Fareez menggendong Aisya.

Tiba-tiba pintu terbuka. "Aidan.."

Bush! Satu tumbukan tepat mengenai pipi Asyraf. "Aku dah agak! Mesti engkau, sundal! Kau buat apa ha dengan isteri aku?!" Tengking Aidan. Asyraf terdiam seribu bahasa. Pipinya berasa perit. Tadi sudah kena dengan Fareez, sekarang adik ipar Fareez. Apalah nasibnya.

"Dah la Aidan! Dia tak bersalah!" Jerit Fareez. Aidan mengalih pandangan ke arah Fareez.

"A-Aisya.." Aidan terus mengendong tubuh Aisya. Dengan gopohnya dia membawa tubuh itu naik ke biliknya.

Fareez memandang Asyraf, kesal. Fareez menyentuh bahu Asyraf. "Azham, kau balik la dulu..nanti aku ceritakan segalanya..terima kasih banyak bantu aku.."ujar Fareez sambil menyapu bahu Asyraf Azham.

Asyraf mengangguk lemah. Dia berasa bersalah terhadap Aidan dan Aisya. Ini angkara dia. Kalau bukan sebab dia, semua ini tidak berlaku. Kalau dia tidak meninggalkan Aisya dan berkahwin dengan kekasih Aidan dahulu tidak mungkin semua ini terjadi.

"Aku pergi dulu.."

***

"Sayang..maafkan abang.." ucap Aidan sambil mengelus pipi mulus Aisya. Air mata lelakinya bertakung. Tiba-tiba Aisya membuka matanya. "A-abang.." panggil Aisya, lemah.

"Aisya!" Aidan terus memeluk tubuh Aisya. "Sayang, I miss you.."ujarnya. Aisya tersenyum kecil.

"I miss you too.."

"Aisya..abang minta maaf tak jaga sayang betul-betul.." ujar Aidan kemudian air matanya menitis. Aisya terkejut. Pertama kali Aidan membahasakan dirinya abang.

Aisya membalas pelukan. "Bukan salah awak.." ujar Aisya. "Sayang, abang janji lepas ni, abang akan jaga sayang baik-baik.."

Aisya mengangguk perlahan.

Tiba-tiba Aisya teringat sesuatu. "Abang.." panggil Aisya.

"Hmm?"Aidan melepaskan pelukan. "Semalam, genap 3 bulan kita berumah tangga.." ujar Aisya. Aidan tersenyum kecil. Dia pun tidak ingat kerana asyik sibuk bekerja.

"Aisya sebenarnya nak buat kejutan..tapi..ini pula jadinya.."

Aidan memegang kedua belah pipi Aisya, "ini adalah kejutan yang tidak diduga sayang..awak hilang dan awak kembali..satu hari ni rasa macam satu dekat. Tak dapat abang bayangkan kehilangan sayang. Abang minta maaf. Cukup lah dua kali sayang hilangkan diri. Jangan tinggalkan abang lagi.." luah Aidan. Aisya menggelengkan kepala.

"Aisya tak nak tinggalkan abang lagi..satu benda yang saya boleh buat untuk awak meraikan selama tiga bulan kita bersama, saya mampu katakan, saya cintakan awak..saya cintakan professor dingin Aidan Rafael saya.." luah Aisya lalu dia menghadiahkan Aidan kucupan hangat pada bibir lelaki itu.

Aidan menutup matanya dan membalas ciuman Aisya.

Mampukah Dia

Continue Reading

You'll Also Like

1M 33.2K 43
(Game Series # 10) Tali coursed through life with ease. Coming from a family full of lawyers, she knew that getting a job would not be a problem. Kai...
76K 1.8K 43
Paano kung isang araw .. ang isang tagapagmana at tatakas ? at sa kanyang pagtakas ay mag cross ang landas ng dalawa ? the runaway heiress meets the...
3.7M 100K 63
[PROFESSOR SERIES I] Khione Amora Avila is a transferee student at Wesbech University who aimed to have a fresh start. She only had one goal in life...