Gadis Berdarah Suci (C)

By Beflwrs

1M 56.4K 1.7K

Gabriella Kattyrine seorang gadis yang bernasib malang. Tinggal di Negara Swirtens. Keluarganya meninggal ker... More

new story
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
maaf.
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Sorry!
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Follow, update.
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bukan update.
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 95
sorry.
Bab 96
Bab 97
PERHATIAN!
LETS READ!

Bab 51

8.3K 547 20
By Beflwrs

"Clara?"

Clara terus bangun dari duduknya.

"Marsha. Aku fikirkan siapa lah tadi." kata Clara.

Marsha menuju ke sofa lalu melabuhkan punggungnya. Clara juga turut melakukan perkara yang sama.

"Mana Gabriella?"

Clara hanya diam.

"Clara. Mana dia?" soal Marsha lagi.

"Saya tak tahu. Dia panggil saya tadi, bila saya dah muncul dia dah tak ada. Lepas tu saya jumpa surat dari dia."

"Surat? Surat apa?"

Clara menghulurkan surat kepada Marsha lalu Marsha mengambilnya dan membacanya.

'Jaga Marsha sampai saya balik. Elakkan daripada orang istana tahu. Saya akan cuba balik sebelum matahari terbit.'

Gabriella

"Dia pergi mana?" soal Marsha setelah membaca surat itu.

"Saya tak tahu. Saya tak dapat jejak dia." jawab Clara.

Marsha mengeluh.

"Mungkin dia cari ibu awak."

Marsha terus memandang Clara.

"Apa?"

"Sewaktu majlis hari kelahiran awak, saya ada bagitahu dia sesuatu."

"Apa dia?"

Marsha cuba untuk bersikap tenang walaupun dalam hatinya sudah rasa gelisah.

"Saya bagitahu Gabriella yang saya dapat rasa ibu awak dalam bahaya masa tu. Mungkin ibu awak tak balik lagi sebab kena buru dengan musuh." kata Clara dengan perasaan rasa bersalah.

"Apa?! Kena buru dengan musuh?! Ibu aku tak pernah ada musuh lah! Tak. Tak mungkin. Kenapa kau tak bagitahu aku!"

marah Marsha lalu dia bangun dari duduknya. Clara menundukkan kepalanya.

"Kenapa ni?" soal seseorang di pintu.

Marsha dengan Clara menoleh.

"Korang." kata Marsha lirih.

Air matanya sudah mengalir. Marsha menangis teresak esak. Kevin yang melihat Marsha menangis terus memeluknya.

"Shut. Kenapa ni? Tenang okayh. Saya ada dengan awak." kata Kevin sambil mengusap belakang Marsha.

"Clara." panggil Josh.

Clara terus bangun apabila namanya di panggil. Benny pula sudah terpempan melihat warna rambut Clara.

"Kau siapa sebenarnya?" soal Josh kepada Clara.

Clara hanya diam.

"Aku tanya kau ni. Kenapa diam?" soal Josh dengan nada sedikit tinggi.

"Dia pasangan aku."

mereka semua memandang ke arah Benny dengan pandangan terkejut. Kecuali Clara. Clara sudah mengetahui lama yang Benny adalah pasangannya cuma dia sahaja yang tidak mahu munculkan dirinya.

"Apa maksud kau ni Benny?" soal Josh.

Eric, Jessica dan Alvin hanya diam sahaja.

"Dia pasangan aku yang dah di tentu kan. Rambut berwarna hijau, anak mata berwarna hijau gelap, lemah lembut dan tinggi bahu aku."

Josh memandang semula ke arah Clara.

"Kau tahu dia pasangan kau?" soal Josh kepada Clara.

Clara mengangguk kepalanya perlahan lahan.

"Okayh. Macam ni lah semua duduk dulu, saya akan jawab apa yang korang nak tanya." kata Clara.

Mereka semua bergerak duduk di sofa. Marsha pula sudah berhenti menangis.

"Siapa nak tanya dulu?" soal Clara kepada mereka bertujuh.

"Tak perlu tanya. Clara cerita je apa yang dah jadi." kata Eric.

Clara mengangguk kepalanya.

"Saya di sini sebab di panggil oleh Gabriella. Tapi, bila saya muncul je dia sudah tidak ada. Yang dia tinggalkan hanya surat ni saja." kata Clara lalu menunjukkan surat yang di pegangnya.

Setelah mereka membaca, mereka meletakkan semula surat itu di meja.

"Jadi apa maksud surat yang dia tulis?" soal Alvin.

"Masa majlis hari kelahiran Marsha, saya ada bagitahu Gabriella sesuatu. Korang berdua ingat tak yang saya ada kata saya ada benda penting nak cakap dengan Gabriella?"

Alvin dengan Benny mengangguk.

"Benda penting saya bagitahu ialah pasal ibu Marsha. Saya bagitahu Bella yang saya dapat rasa ibu Marsha dalam bahaya. Mungkin sebab itu Gabriella tak ada. Mungkin dia tengah cari ibu Marsha."

Mereka semua terkejut kecuali Marsha.

"Dia seorang?" soal Alvin.

Dari mukanya terpapar kerisauannya terhadap Gabriella.

"Mungkin? Saya tak tahu lah."

"Jadi, sebab ini lah Marsha nangis?" soal Kevin pula.

Clara mengangguk.

"Tapi sebelum tu. Kau ni apa sebenarnya?" soal Alvin.

Clara tidak menjawab soalan Alvin. Dia hanya mendiamkan diri saja.

"Dah lah. Itu tak penting. Sekarang ni kita kena cari Maria dengan Gabriella. Aku takut dieorang dalam bahaya." kata Jessica.

"Masalahnya. Kita nak cari macam mana? Kita pun tak tahu dieorang dekat mana." kata Benny pula.

Alvin bangun dari duduknya.

"Kau nak pergi mana?" soal Eric.

"Aku tak boleh duduk diam. Aku kena cari Bella." kata Alvin dengan muka ketatnya.

"Al. Kau nak cari dia dekat mana? Lebih baik kita duduk dulu." kata Eric.

"Apa? Duduk? Kau boleh lagi suruh duduk? Kau tahu tak Bella dalam bahaya! Kalau dia mati macam mana?!" marah Alvin.

Eric terus bangun dari duduknya.

"Sekarang ni aku nak tanya kau? Kau nak cari dia dekat mana? Kalau kau cari pun tak ada guna! Lebih baik duduk sini kita bincang! Bukan cari tanpa hala tuju! Kau fikir aku nak ke tengok Bella mati?! Huh?!"

Muka Eric mula merah akibat terlalu marah dekat Alvin.

"Dah korang. Cukup lah. Jangan gaduh. Sekarang ni duduk kita bincang dulu. Aku yakin Bella takkan apa apa. Percayalah." kata Josh pula.

Mereka berdua masih lagi berdiri.

"Alvin. Duduk please?" giliran Jessica pula bersuara.

Alvin duduk semula di tempatnya dengan muka masamnya manakala Eric juga turut duduk semula.

"Sekarang apa rancangan kita?" soal Kevin.

"Jess. Ayah kau mana?" soal Benny.

"Dia tak ada. Dia sekarang ada dekat kerajaan dia." jawab Jessica.

"Bagus lah kalau macam tu. Jangan sampai uncle tahu masalah ni." kata Benny.

Mereka semua mengangguk setuju.

Di situasi Gabriella.

"Kau tu perempuan lemah! Buat apa aku nak lawan kau! Buang masa je." tengking lelaki berparut itu. Gabriella tersenyum sinis.

"Cakap jelah kau tak nak lawan aku sebab kau pengecut. Kan?"

lelaki itu memandang Gabriella tajam.

"Baiklah kalau itu yang kau mintak budak."

lelaki itu mula menyerang Gabriella dengan pedangnya namun dengan pantas Gabriella mengelak. Pelbagai serangan lelaki berikan kepada Gabriella namun tiada satu pun yang terkena. Lelaki berparut itu mula merasa berang. Dia mengeluarkan asap racun lalu menyembur ke arah Gabriella. Gabriella dengan pantas mengeluarkan kuasa perlindungannya lalu melindungi dirinya dan singa itu daripada terkena racun itu. Setelah racun itu menghilang, Gabriella mengambil kesempatan menyerang lelaki itu dengan kuasa suhunya. Matanya sudah bertukar warna merah. Lelaki itu mula meraung ke sakitan hingga seluruh badannya melecur akibat terasa panas. Tak lama kemudian lelaki itu mati lalu menjadi debu. Gabriella terus berlari ke arah singa itu tanpa rasa takut.

"Mana lukanya?" soal Gabriella sendiri setelah dia tidak nampak luka di kaki singa itu.

"Luka aku sudah sembuh dengan sendiri." kata singa itu.

Gabriella terkejut mendengar singa itu bercakap.

"Kau....boleh bercakap?" soal Gabriella.

Singa itu pun turut terkejut. Singa itu merasa tidak sangka yang Gabriella boleh memahaminya.

"Kau boleh paham apa aku cakap ke?" soal singa itu.

Gabriella menganggukkan kepalanya.

"Ke...napa? Selama ni tak ada yang paham cakap kau ke?" soal Gabriella.

"Tak. Siapa kau sebenarnya? Aku tengok kau ni manusia tapi macam mana boleh paham bahasa binatang? Kau ada kuasa boleh bercakap dengan binatang ke?"

Gabriella menggelengkan kepalanya.

"Aku tak ada kuasa tu. Aku sendiri pun tak tahu." kata Gabriella sambil mengangkat bahunya.

"Tak mungkin kau..."

singa itu tidak meneruskan percakapannya.

"Tak mungkin apa?"

"Tak ada apa. Terima kasih sebab tolong aku. Nama aku Aden." kata singa itu.

Gabriella tersenyum.

"Gabriella."

"Macam mana kau boleh ada dekat sini?" soal Aden.

"Aku sebenarnya dengan seseorang tadi tapi dia hilang entah kemana. Aku tengah cari ibu kawan aku. Dia dari petang semalam tak balik." kata Gabriella dengan nada sedih.

"Dia tu yang kena buru dengan seseorang ke?" soal Aden.

"Mungkin."

"Aku rasa aku ada Bau darah dia."

"Dekat mana?" soal Gabriella cemas.

"Agak jauh juga lah. Biar aku temankan kau cari dia." kata Aden. Gabriella mengangguk lalu tersenyum.

"Terima kasih."

"Tak perlu berterima kasih. Anggap sahaja ni balasan dari aku sebab kau dah tolong aku tadi." kata Aden.

"Dah naik cepat atas badan aku." kata Aden lagi.

"Tak apa ke?" soal Gabriella

"Tak apa. Cepat lah." Aden menuruni badannya sedikit agar Gabriella boleh menaiki ke atas badannya. Setelah itu mereka mula bergerak mencari Maria.

Macam mana?  Okayh? Hahaha. Rasa lawak pulak bab ni. 😂

Continue Reading

You'll Also Like

5.9M 218K 66
Luqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak...
28.6K 105 4
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg
73.7K 4.9K 35
[TeenFiction] Triple N? Sekumpulan gadis nerd yang sering dibuli kerana gaya pemakaian mereka yang agak serabut ditambah kaca mata bulat yang mereka...