Me vs You

By fvrvhlee

123K 3.9K 216

Barangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu pen... More

1 // Birthday
2 // Angan-Angan
3 // Kisah Dulu
4 // Nombor Telefon
5 // Family A
6 // Plan
7 // Kisah Ting. 6
8 // First Day
9 // Akmal
10 // Gay
11 // Nombor
12 // Saudara Jauh
13 // Call
14 // Baran
15 // Nekad
16 // Suprise!
17 // Kantoi
18 // Date
19 // Janji
20 // Saingan
21 // Partner
23 // Terakhir
24 // Malam Graduasi
25 // Permulaan
26 // Hati
27 // Rancangan
28 // Kucar-kacir
29 // Rahsia
30 // Separuh Rela
31 // Kebenaran
32 // Hati Yang Terusik
33 // Confession
34 // Esok
35 // Penentuan
36 // Air mata
37 // Seorang Diri
38 // Noktah
39 // Terkejut
40 // Hilang
41 // Berpisah
42 // Buku Baru
43 // Sunyi
44 // Geram
45 // Mimpi Ngeri
46 // Penjelasan
47 // Biarkan
48 // Impian
49 // Rumah
50 // Permulaan

22 // Berubah

2K 78 6
By fvrvhlee

Afiq termenung panjang ketika berdiri di balkoni biliknya. Suasana petang yang sejuk, tenang dan damai itu tidak dapat mengembirakan hatinya. Sungguh. Kusut fikiran jadinya. Dia sendiri tidak minta semua ini berlaku. Dia tidak mahu terlibat dengan cinta tiga segi. Apatah lagi dirinya seperti orang ketiga dalam perhubungan adiknya dan Adlina.

Walaupun Adlina sendiri belum memberi kata putus, tipulah jika dia mengatakan dia tidak dapat melihat keadaan Adlina yang seolah-olah mula menunjukkan minat terhadap Aqash, bukan dirinya.

​Perlahan-lahan dia menanggalkan kaca matanya lalu memasukkan di dalam poket seluarnya. Satu keluhan berat terluah dari bibir merahnya. Baru kini dia sedar. Dia sepatutnya mendengar kata Datuk Amrizi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan, bukan pendidikan.

Jika itu terjadi, dia tidak akan berjumpa dan mengenali siapa Adlina Haziqah.

Jika itu terjadi, dia takkan menjadi penghalang antara Aqash dan Adlina.

Dan jika itu terjadi, hatinya juga tidak akan jatuh cinta kepada gadis manis itu.

​Dalam diam, Datin Arisah mengintai anak lelakinya melalui pintu biliknya. Raut wajah Afiq seperti orang yang bermasalah membuatkan hati ibunya resah. Afiq terlalu berahsia dengannya. Sudah berbuih mulutnya mengajukan soalan tetapi Afiq tetap membatukan dirinya. Masih teguh dengan prinsipnya untuk mendiamkan diri.

Sudah hampir seminggu Afiq seolah-olah tenggelam dengan dunia ciptaannya sendiri. Jarang sekali dia mendengar Afiq bersuara sekarang, apatah lagi bergurau senda dengannya. Afiq pergi ke sekolah pada waktu pagi dan selepas dia pulang, dia akan mengurungkan dirinya di dalam bilik sehinggalah waktu makan malam. Itupun selepas puas dipaksa olehnya untuk turun makan.

Kelibat Afiq pun sudah tiada menemaninya pada waktu petang seperti sebelum ini. Duduk bersantai di halaman rumah sambil berbual dengannya. Afiq sudah berubah.

​"Takpelah mummy. Yeah, it's true that I'm not okay right now but don't worry. I can handle this," kata-kata Afiq terngiang-ngiang di cuping telinganya.

​Dia menyedari sikap Afiq mula berubah selepas peristiwa Adlina datang ke rumahnya. Sikap ceria Afiq yang menerima kunjungan gadis itu mula berubah selepas dia meminta Aqash menghantar Adlina pulang. Walhal, Afiq turut ingin berbuat sedemikian.

​Serta-merta, wajahnya berubah merah. Aqash, Adlina, Afiq, suaranya memanggil nama-nama itu perlahan. Mungkinkah Afiq menyimpan perasaan terhadap Adlina? Oleh sebab itu, sekarang Afiq berkecil hati kerana dia lebih memilih Aqash?

Datin Arisah mula serba salah. Dia memegang erat jari jemarinya. Peluh dingin mula membasah bajunya.

​Aqash pernah meluahkan perasaannya terhadap Adlina kepada Datin Arisah. Aqash juga meminta Datin Arisah membantunya untuk mendapatkan anak sepupunya itu. Pada ketika itu, Datin Arisah gembira mendengarnya kerana akhirnya, salah seorang anaknya menunjukkan minat kepada Adlina. Justeru baginya, itu merupakan satu berita yang baik kerana rancangannya dan Puan Narimah seolah-olah hampir berjaya.

​Namun, ternyata ada pihak yang berkecil hati dan merajuk. Dia tahu Afiq terluka meskipun masih tiada pengakuan yang terluah daripada anak sulungnya. Memikirkan anak-anaknya yang jatuh cinta pada gadis yang sama membuatkan hatinya rungsing. Dia tidak mahu Afiq dan Aqash bergaduh gara-gara Adlina. Siapa yang sepatutnya memiliki hati Adlina? Afiq atau Aqash?

Ini tak sepatutnya terjadi. Ni salah, semua salah, bisik hatinya sebak.

​Afiq yang memusingkan badannya terkejut melihat mummynya yang sedang berdiri kaku melihatnya. Dahinya mula membentuk garis-garis halus. Dia segera menuju ke arah Datin Arisah. Datin Arisah ditatapnya lembut. "Mummy," panggilnya.

Datin Arisah tidak menujukkan sebarang respon. Matanya masih memandang Afiq. Afiq mula merasa hairan. Tangannya dikibaskan ke kiri kanan beberapa kali.

​Tersentak Datin Arisah jadinya. Bertambah terkejut apabila melihat Afiq sudah berdiri di hadapannya.

​"Mummy berangan ya," usik Afiq. Datin Arisah tersenyum hambar. Afiq menarik lembut tangan Datin Arisah dan membawanya duduk di birai katil. Datin Arisah menurutinya sahaja.

​"Mummy fikir apa tadi?" soal Afiq sekadar berbasa-basi.

​"Takde apa-apalah. Ni Afiq pakai lawa-lawa nak pergi mana? Hari ni kan cuti. Duduk jelah kat rumah. Teman mummy," ujar Datin Arisah. Penampilan kemas Afiq membuatnya dia tersenyum kecil. Sememangnya Afiq mempunyai raut wajah yang tampan. Walaupun hanya memakai baju kemeja Polo berwarna kuning dan seluar jeans hitam, Afiq tetap nampak bergaya.

​Afiq ketawa kecil. "Haha. Sah, mummy lupa. Kan mummy jugak yang suruh Fiq pergi jumpa anak kawan mummy hari ni. Siapa namanya tu? Ha, Yana. Anak Datin Kalsom. Apalah mummy ni,"

​Datin Arisah mengecilkan matanya. Bila masa aku suruh? Ada ke? Hatinya bertanya.

​Afiq tersenyum melihat gelagat Datin Arisah. Dia bangun dan berdiri di hadapan meja solek. Rambutnya dirapikan hanya dengan menggunakan jari jemarinya. Kaca mata yang disimpan di dalam kocek seluar sebentar tadi dikeluarkan lalu dia memakainya semula.

​Datin Arisah mendiamkan diri walaupun matanya ligat memerhati Afiq yang sedang bersiap. Tuluskah hati Afiq menemui anak temannya itu? Atau sekadar patuh pada arahannya?

"Kalau Afiq rasa terpaksa, it's okay. Fiq tak payah pergi. Biar mummy call Auntie Kalsom cakap Fiq ada hal,"

"Tak baik, my. Kita dah janjikan?"

"Kalau Fiq sendiri tak rela, kenapa nak paksa diri buat benda yang Fiq tak suka juga? Sebab mummy?"

​Soalan Datin Arisah dibiarkan sepi. Afiq tersenyum hambar sebelum mendapatkan semula Datin Arisah. Dia menarik lembut tangan mummynya lalu menciumnya. Hati Datin Arisah mula merasa sebak. Tangan kirinya mula menggosok lembut rambut Afiq.

Sementara itu, Afiq cuba mengawal perasaannya sehabis baik. Dia mengangkat kepalanya dan bertentangan mata dengan Datin Arisah.

"Mummy....,"

​"Afiq bahagia?" soalan Datin Arisah mengejutkannya. Afiq menarik nafas panjang. Dia tahu Datin Arisah sedang cuba untuk mengorek isi hatinya lagi. Tetapi, biarlah. Dia tidak mahu menyusahkan dan membebankan hati Datin Arisah dengan masalahnya. Tambahan pula, ini adalah masalah hati dan perasaanya. Cukuplah beban ini ditanggung olehnya sendiri.

You're really going to be fine, Fiq.

​Afiq mengangguk dan mengukir senyuman palsu. "Fiq pergi dulu mummy," Afiq meminta diri lalu pipi Datin Arisah dikucup. Basah. Lama Afiq merenung wajah Datin Arisah sebelum meluru keluar.

Dia tahu sebenarnya dia bukan berminat sangat untuk menghadiri janji temu yang diaturkan oleh Datin Arisah. Tetapi apabila memikirkan mungkin dengan cara ini, dia dapat menjumpai cinta baru dan melupakan Adlina, dia sanggup.

Dia sanggup untuk memulakan segalanya dari mula dengan orang baru.

​Tidak lama selepas itu, Datin Arisah menuju ke arah balkoni. Dilihatnya sahaja kereta Mercedes Benz yang dipandu Afiq bergerak meninggalkan banglo rumahnya. Dia menelan air liur. Pahit rasanya.

*****

Adlina sedang mengemas biliknya ketika telefon bimbitnya berdering lantang. Nada dering kambing yang sedang berbunyi itu tidak dihiraukan. Dia sudah dapat mengetahui siapa pemanggilnya. Sengaja dia meletakkan nada dering itu apabila Aqash menelefonnya.

Adlina mengutip buku-bukunya yang jatuh di bawah katil. Ketika dia melintasi meja soleknya, dia menoleh sekilas ke arah telefon bimbitnya yang masih berbunyi.

​Ish kambing ni. Dah aku tak nak angkat, tak payahlah call lagi, gerutunya geram. Adlina terus menuju ke meja belajarnya dan menyusun buku-bukunya dengan rapi. Selesai membuat kerja itu, Adlina menarik langsir dan membuka tingkapnya seluas-luasnya. Cuaca pada petang itu memang sungguh menenangkannya.

​Seketika, telefon bimbitnya berhenti berdering. Adlina mengambil telefon bimbitnya lalu duduk di atas katil. Ada lima panggilan tidak dijawab. Dan apabila dia memeriksanya, semua panggilan itu datang daripada Aqash. Aqash, lelaki itu memang merimaskannya dengan sikap dan perangainya.

​Tiba-tiba, telefon bimbitnya kembali berdering. Ternyata 'kambing' a.k.a Aqash masih tidak jemu untuk menelefonnya. Adlina menekan punat hijau dengan rasa geram.

​"Hmm, nak apa?" soalnya malas.

​Aqash tersenyum apabila mendengar suara gadis manis itu sebegitu. "Busy sangat eh?" tanyanya tanpa mempedulikan soalan Adlina.

​"Aku baru lepas kemas bilik. Eh, kau nak apa? Cepatlah. Aku nak sambung kemas bilik ni," bohongnya. Sebenarnya, kerja mengemas bilik sudah selesai dilakukan. Dia cuma tidak berminat untuk meneruskan perbualan dengan Aqash. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menekan punat merah tetapi dia masih mempunyai perasaan belas ehsan padanya.

​"Adi," panggilnya lembut.

​"Apa?"

​"Hmm, kau tahukan about malam graduasi tu,"

​"So?" Adlina mengerutkan dahinya. Apahal ni?

​"Jadi date aku untuk malam tu," pinta Aqash.

Adlina ternganga mendengarnya. Serta merta hatinya berdebar kencang. What did he say just now? Ah, sudah. Mamat ni sibuk betullah.

​"Aku dah ada date," balasnya cepat. Aqash mengeluh kecil. Tapi persoalan mula menerjah dalam benak fikirannya. Lancar sahaja mulutnya bertanya. "Siapa?"

Siapa pulak yang berani mati ajak perempuan ni pergi majlis? Gila betul!

​Adlina mula gugup. Nak petik nama siapa ni? Kan aku cakap tipu, mesti mamat ni paksa aku jadi partner dia. Bantai jelah, fikirnya.

​"Adam," bohongnya lagi. Oh Adlina, kau memang mengumpul banyak dosa bila kau borak dengan mamat ni!

​"Betul ke?" soal Aqash ragu-ragu.

​"Nak percaya ke tak, terpulanglah. Aku busy. Bye," ujarnya lalu mematikan panggilan. Adlina termenung seketika diatas katilnya. Telefon bimbitnya dipandang sepi.

​Mengapa Aqash menjadi sebegitu? Adakah Aqash masih mengharapkannya? Tapi kenapa? Dia sudah menerangkan keadaan dirinya. Sejujurnya Adlina masih tidak mampu untuk menerima lelaki lain di dalam hidupnya. Apakah Aqash tidak mahu berputus asa dan berterusan mahu memikatnya?

​Adlina merasa serba salah. Dia sengaja bersikap dingin terhadap Aqash kerana tidak mahu Aqash menaruh hati kepadanya lagi. Tetapi Aqash tetap menganggunya. Tidak kecewa dan terasakah lelaki itu apabila melihat sikapnya?

Sedang dia mengelamun, satu mesej baru telah diterima daripada Aqash. Dengan rasa berat hati, dia membacanya.

Sorry aku kacau kau. Aku just nak tanya tu je. Takpelah kalu kau dah ada date. It's okay.

​Sudah sampai masanya untuk kau membuka hati kau, Adi. Kalau tak, ramai lagi yang akan terluka dengan sikap kau. Ingat pesanan arwah Akmal, dia nak kau teruskan hidup dan bahagia. Kalau perangai kau asyik macam ni, kau akan buat arwah sedih. Siapa tahu Aqash mampu bahagiakan kau. Cubalah terima dia Adi.

​Kata-kata itu bagaikan terngiang-ngiang di telinganya. Adlina menghela nafas berat. Betulkah dia sudah bersedia untuk mencintai orang lain? Betulkah dia sudah mampu untuk menggantikan tempat arwah Akmal dengan lelaki lain di dalam hatinya? Betulkah dia sudah yakin dengan perasaannya?

​Gambar Akmal dikerlingnya sekilas. Wajah lelaki itu yang sedang tersenyum ditatapnya sayu. Entah mengapa tiba-tiba, telinganya bagaikan terdengar suara lembut Akmal berbisik.

​"Ya sayang. Masanya sudah tiba,"

Continue Reading

You'll Also Like

1M 53.5K 73
TAD series 1 [Completed] 📌Amaran story ini cringe ya, memandang this is my very first story Ayeena Danisha. Seorang gadis berumur 19 tahun. Seorang...
293K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
146K 9.6K 32
Adam Hirdy | Azalea
96.3K 4.1K 57
[COMPLETE] ❗️Siapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan waktu senja" - Layla Sofea. "I love th...