Me vs You

De fvrvhlee

123K 3.9K 216

Barangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu pen... Mais

1 // Birthday
2 // Angan-Angan
3 // Kisah Dulu
4 // Nombor Telefon
5 // Family A
6 // Plan
7 // Kisah Ting. 6
8 // First Day
9 // Akmal
10 // Gay
11 // Nombor
12 // Saudara Jauh
13 // Call
14 // Baran
15 // Nekad
16 // Suprise!
17 // Kantoi
18 // Date
19 // Janji
21 // Partner
22 // Berubah
23 // Terakhir
24 // Malam Graduasi
25 // Permulaan
26 // Hati
27 // Rancangan
28 // Kucar-kacir
29 // Rahsia
30 // Separuh Rela
31 // Kebenaran
32 // Hati Yang Terusik
33 // Confession
34 // Esok
35 // Penentuan
36 // Air mata
37 // Seorang Diri
38 // Noktah
39 // Terkejut
40 // Hilang
41 // Berpisah
42 // Buku Baru
43 // Sunyi
44 // Geram
45 // Mimpi Ngeri
46 // Penjelasan
47 // Biarkan
48 // Impian
49 // Rumah
50 // Permulaan

20 // Saingan

2.1K 81 1
De fvrvhlee

Afiq mengerutkan dahinya apabila melihat riak wajah Datin Arisah yang tampak resah. Ada kalanya dia berdiri di tepi tingkap dan mengintai di sebaliknya. Jika dia terdengar bunyi kenderaan yang melewati kawasan perumahan mereka, pasti Datin Arisah akan bergegas melihatnya. Walau bagaimanapun, setakat pemerhatian Afiq, wajah Datin Arisah hampa setiap kali.

​Afiq mengerling ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 4.30. Dia cuba untuk tidak mempedulikan Datin Arisah yang berjalan mundar mandir. Lantas, alat kawalan jauh Astro dicapainya. Satu demi satu saluran dibuka namun kecewa. Matanya tetap tertangkap pada mummynya yang semakin gelisah. Akhirnya, dia mengaku kalah.

​"Is something going wrong here, mummy?" soalnya pelik. Datin Arisah berhenti berjalan. Dia duduk di sebelah anak sulungnya. Afiq sempat menangkap keluhan kecil yang terluah dari mulut Datin Arisah.

Pelik, kenapa dengan mummy ni? Hatinya bertanya hairan.

​Melihatkan Datin Arisah yang membatukan diri dan termenung jauh walaupun matanya terancap pada televisyen, Afiq mengoncang lembut bahu Datin Arisah. Tersentak Datin Arisah.

​"Mummy. Are you okay?" nada suara Afiq mula kedengaran risau. Gelagat Datin Arisah merisaukannya. Kebiasaannya, Datin Arisah tidak sebegini. Selalunya juga pada waktu petang sebegini, Datin Arisah akan 'berkelah' di halaman rumah. Menyiram pokok bunga dan bersantai di meja kopi di situ sudah menjadi rutin hariannya. Tetapi tidak pada hari ini.

​"Kenapa Fiq?" Datin Arisah bertanya pula. Afiq menggelengkan kepalanya. Buntu fikirannya seketika. Dia menarik nafas panjang sebelum menjawab pertanyaan Datin Arisah.

​"Fiq tanya mummy, mummy tanya Fiq balik. Mummy tunggu sape ni? Dari tadi lagi duk ke hulu hilir. Pening dah Fiq rasanya ni," rungut Afiq tidak berpuas hati. Datin Arisah tersenyum malu. Rupa-rupanya, Afiq memerhatikan kelakuannya sejak dari tadi lagi.

​"Mummy tunggu Qash. Patutnya time macam ni dah sampai dah. Eh, Fiq tak nampak ke Qash kat sekolah tadi?" Datin Arisah memandang wajah tampan anaknya. Mustahil Afiq tidak melihat adiknya di sekolah tadi, fikirnya hairan.

​Afiq tersengih. "Tadi ada mesyuarat sampai pukul 3. Habis je meeting, Fiq terus balik. Lupa pulak pasal Qash,"

​Datin Arisah mengeluh kecil. Melihatkan riak wajah Datin Arisah yang sedikit hampa dengan kata-katanya, dia menyambung lagi. "Tapi kan mummy. Qash kan bawak kereta hari ni. Masa Fiq nak balik tu, sempat jugaklah Fiq tengok kereta-kereta kat tempat student. Tengok kereta Qash dah takde pun kat situ," katanya yakin. Sedikit sebanyak keterangan Afiq membuatkan Datin Arisah tersenyum. Jadi, betullah Aqash dan Adlina sudah lama meninggalkan perkarangan sekolah dan berhenti solat. Persoalannya, kenapa tidak sampai lagi?

​Perbualan mereka anak beranak terganggu apabila terdengar bunyi kereta di luar rumah. Serentak Datin Arisah dan Afiq berpandangan sesama sendiri. Afiq mengerutkan dahinya tatkala senyuman lebar mula terukir manis di bibir mummynya. Pantas, Datin Arisah bangun dan membuka pintu rumahnya.

​Aqash je yang balik pun. Yang mummy beriya-iya sangat kenapa, gerutunya sambil meneruskan menonton televisyen. Suara riuh rendah di hadapan pintu tidak dihiraukannya. Fikirnya, mungkin mummy sedang membebel kerana kelewatan Aqash pulang ke rumah. Walau bagaimanapun, suara halus gadis yang turut kedengaran menyentak hatinya. Spontan, dia mengalihkan pandangannya ke arah pintu. Termangu dia seketika tatkala melihat Datin Arisah sedang berjalan beriringan bersama Aqash dan Adlina.

​Adi? Jeritnya tiba-tiba lalu bangun dari sofa empuknya. Adlina yang baru melangkah masuk ke dalam banglo mewah Aqash terkejut. Bertambah terkejut apabila melihat Afiq yang hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju. Dengan cepat, Adlina menutup kedua-dua belah matanya dengan tangannya. Mukanya dirasakan merah padam.

​Siot betul dia ni. Tahulah rumah dia. Dah tahu aku nak datang, pakailah elok-elok sikit, desis hatinya. Datin Arisah dan Aqash yang pada mulanya terpinga-pinga, akhirnya ketawa terbahak-bahak melihat gelagat Adlina dan Afiq di mana masing-masing menahan malu.

​Afiq tersengih sebelum mendaki tangga rumahnya dan menuju ke arah biliknya. Mukanya merah padam menahan malu. Sambil menukar seluar dan mencapai baju T-shirt, mulutnya membebel akibat geram.

​Patutlah dari tadi mummy macam kucing hilang anak. Adi nak datang rupa-rupanya. Buat malu aku je Adi tengok aku pakai boxer macam ni. Jatuh saham aku! Mummy ni, jahatlah. Saja je nak malukan aku depan minah tu. Selepas dia merasakan penampilannya agak baik sebelum ini, dia turun semula ke ruang tamu. Dilihatnya Datin Arisah, Adlina dan Aqash sedang duduk berbual di situ.

​Afiq memilih untuk duduk di sebelah Aqash, bertentangan dengan Adlina dan Datin Arisah. Segan juga baginya untuk menatap wajah gadis itu selepas kejadian memalukan itu berlaku sebentar tadi. Mujurlah raut wajah Adlina yang agak bersahaja melegakan sedikit keresahan dan malu yang bertandang di hatinya.

​"Lawa boxer. Lin nak pinjam. Boleh?" ejek Aqash selamba. Afiq mengerling geram ke arah Aqash yang sedang berpura-pura menonton televisyen. Laju sahaja tangannya membuat satu cubitan di lengan adiknya. Gara-gara itu, Aqash terjerit kecil.

​"Apa ni main cubit-cubit. Asyik kena buli je orang hari ni. Tadi Lin. Ni kau pulak," rungutnya sambil mengusap lembut lengannya yang berubah merah. Sungguh. Aqash merasakan nasibnya begitu malang sekali pada hari ini. Bermula dengan Nazihah yang mencubit perutnya ketika di sekolah, Adlina mengambil giliran pula dengan menolak kepalanya. Sekarang Afiq turut mengenakannya. Apa ni?

​"Lin buat apa?" soal Datin Arisah penuh minat.

Adlina ketawa kecil. Takkanlah aku nak cerita yang aku tolak kepala anak dia? Oh, cari nahas namanya tu.

​"Takdelah. Lin main-main je tadi. Aqash yang manja sangat. Bukan sakit pun," ujarnya bersahaja. Renungan tajam Aqash dibalasnya.

​"Yes, Qash memang manja," sokong Afiq.

​"Mummy!" rengek Aqash lalu duduk bersimpuh berhampiran Datin Arisah. Kepalanya disandarkan di atas peha mummynya. Adlina membeliakkan matanya. Mak ai! Betul-betul anak mak ni!

​Datin Arisah pula tampak segan dengan keletah anak bongsunya itu. "Apa Qash ni. Tak malu kat Lin ke," tegurnya perlahan. Aqash tidak mempedulikannya.

​"Semua orang buli Qash. I can't stand it anymore," katanya sambil memuncungkan mulutnya. Pecah ketawa Datin Arisah, Afiq dan Adlina apabila melihatnya.

​"Datin, ini minumnya," bibik datang menyampuk. Dia yang sedang menatang dulang yang berisi empat gelas jus oren meletakkannya dengan berhati-hati di atas meja kaca ruang tamu terbabit. Selepas itu, bibik berlalu menuju ke dapur semula.

​Datin Arisah mengambil segelas jus oren itu dan menyuakannya kepada Adlina. "Minum Lin," pelawanya. Dengan senang hati Adlina menyambutnya lalu meneguknya. Aqash dan Afiq turut minum.

​"Agak-agak Lin nak kahwin umur berapa?" soal Datin Arisah tiba-tiba. Tersedak Adlina mendengarnya namun mujurlah dia sempat mengawalnya. Berbeza dengan Aqash dan Afiq. Habis jus oren yang diminum oleh mereka tersembur keluar. Malang buat Datin Arisah kerana jus yang disembur oleh Aqash mengenai skirt putihnya. Terkejut dia dibuatnya.

​Huh, soalan cepumas betul mak dua pupu aku ni, gumam Adlina perlahan.

​Aqash tersengih tatkala Datin Arisah merenungnya tajam. "Tulah mummy. Bukan setakat Lin tersedak, Qash pun sekali. Fiq pun sama. Soalan mummy ni kalah wartawan tau," gerutu Aqash sambil tersenyum. Dia sendiri tidak menyangka mummynya akan bertanya soalan maut kepada Adlina. Aku pun mummy tak tanya, tanya Adi pulak.

​Datin Arisah menggelengkan kepalanya. "Kejap ya Lin. Auntie nak salin skirt kejap," kata Datin Arisah lalu berlalu menuju ke biliknya. Salahnya juga kerana tiba-tiba bertanya soalan sebegitu kepada Adlina. Jadi, memang patutlah Aqash dan Afiq terkejut mendengarnya. Namun, hatinya begitu melonjak ingin mengetahui segala perkara tentang Adlina selepas dia mengaturkan rancangan dengan Puan Narimah semalam.

Aqash mencapai sehelai tisu lalu mengelap bibirnya yang sedikit kebasahan. Begitu juga dengan Afiq. Adlina meletakkan kembali gelasnya diatas meja. Direnungnya wajah Aqash.

"Qash," panggilnya. Aqash segera menoleh. Afiq turut menoleh walaupun bukan namanya yang disebut.

"Apa?"

"Aku takut," ujarnya dengan riak wajah takut. Baik Aqash mahupun Afiq, kedua-duanya mengerutkan dahi mereka.

"Kenapa?" soal mereka serentak.

"Mummy koranglah. Tiba-tiba, tanya soalan macam tu. Cuak doh," jawab Adlina pantas. Aqash dan Afiq terfikir sejenak selepas mendengar kata-kata Adlina. Mereka berpandangan sesama sendiri. 1001 soalan mula menerjah di dalam benak fikiran mereka berdua. Ada benar juga kata Adlina bagi Afiq. Dia merasakan perangai Datin Arisah sedikit aneh pada petang ini.

"Kau perasan tak perangai mummy pelik gila hari ni," Afiq merenung wajah adiknya yang tampak kehairanan.

"Pelik? Maksudnya?" tanya Aqash. Adlina memasang telinga untuk mendengar apa yang Afiq bakal perkatakan.

"Yelah. Aku tak tahu pun yang Adi nak datang hari ni. Before korang sampai, punyalah mummy risau gila. Sekejap-sekejap, intai tingkap. Pantang bunyi kereta, mesti dia usha jalanlah. Takkanlah sebab Adi nak datang, mummy jadi sampai macam tu. Bila aku tanya, cakap takde apa-apa. Hai, sejak bila mummy pandai berahsia dengan aku. Yang nak datang pun Adi je. Tapi haram! Tak bagitahu aku pun," terang Afiq panjang lebar. Aqash menoleh ke arah Adlina yang tampak gelisah.

"Takutlah," kata Adlina perlahan.

"Apa yang kau takutkan?" Aqash bertanya.

"Tu bila cikgu cakap macam tu. Macam ada something je," jawabnya sambil memuncungkan bibirnya ke arah Afiq. Adlina masih lagi tidak dapat memanggil Afiq abang walaupun lelaki itu memintanya berbuat sebegitu. Katanya, lidahnya sudah diajar untuk memanggil Afiq dengan panggilan cikgu. Susah pula kalau panggil abang.

"Ala, buat bodoh je," ujar Aqash selamba. Adlina mula mengetap bibirnya. Mamat ni!

"Entah-entah, mummy kau nak jual aku kat Thailand kot," selorohnya sambil ketawa kecil.

Afiq dan Aqash ikut tergelak mendengarnya.Afiq membaling bantal kecil kepada Adlina namun gadis itu sempat menyambutnya. Adlina menjelirkan lidahnya.

"Jelir lidah. Potong baru tahu," kata Afiq. Adlina tidak mempedulikannya malah berterusan berbuat sebegitu. Aqash tersenyum ceria lalu duduk di sebelah Adlina menggantikan mummynya.

"Duk sanalah. Nanti mak kau datang, dia halau kau, padan muka," ejek Adlina sambil menolak bahu lelaki itu supaya beredar. Namun, Aqash membatukan dirinya. Selang beberapa minit kemudian, Datin Arisah muncul kembali.

"Hai, rancak berbual," sapa Datin Arisah ramah. Hatinya gembira melihat anak-anaknya bergurau senda dengan Adlina. Ini bererti rancangannya dan Puan Narimah akan dapat dilaksanakan jika hubungan anak-anak mereka bertambah erat. Perbualan mereka berdua terngiang-ngiang kembali di cuping telinganya.

*****

"Suka saya tengok anak-anak kita macam tu kak. Mesti mereka pun tak sangka yang mereka tu ada hubungan kekeluargaan," ujar Puan Narimah sambil tersenyum lebar. Datin Arisah tergelak kecil mendengarnya. Selesai makan malam dan membasuh pinggan, mereka duduk berbual-bual di ruang tamu. Walau bagaimanpun, suara gelak tawa anak-anak mereka menarik minat mereka.
​Lantas, mereka berdua-dua mengintai di sebalik langsir tingkap ruang tamu tersebut. Senyuman merekah manis di kedua-dua bibir wanita yang bergelar ibu itu. Masing-masing terleka seketika.

​"Err, Imah," panggil Datin Arisah dengan perlahan. Puan Narimah yang khusyuk melihat Adlina dan anak-anak sepupunya mengalih pandangannya ke arah Datin Arisah. Dahinya mula berkerut tatkala melihat perubahan wajah Datin Arisah.

​"Kenapa kak?" soal Puan Narimah pelik.

​"Macam mana akak nak cakap ya,. Malu pulak," Datin Arisah ketawa kecil. Segan pula rasanya untuk mengatakan rancangan yang sudah terbit di dalam benak fikirannya. Bimbang jika niat baiknya disalah ertikan Puan Narimah.

​"Apa pulak kak. Cakap jelah," gesa Puan Narimah tidak sabar.

​Datin Arisah menghela nafas panjang sebelum menyambung kembali. "Tapi akak harap apa yang akak cakap ni, Imah tak salah anggap pula,"

​Puan Narimah semakin pelik apabila mendengar Datin Arisah berkata sebegitu. Hatinya mula berdebar-debar. Apa yang Kak Risah cuba perkatakan sebenarnya?

​"Cakap je kak,"

​"Begini, baik akak mahupun Imah, masing-masing suka bila tengok hubungan anak kita makin rapat. Akak sebenarnya dah berkenan bila tengok si Lin...," Datin Arisah mengerling ke arah Puan Narimah yang semakin resah. Dia berdehem kecil sebelum meneruskan bicaranya.

​"Terpegun betul akak tadi bila tengok kecantikan Lin. Sungguh! Dahlah cantik, baik, hormat orang tua pula tu. Kalau boleh, akak nak lah dia jadi menantu akak. Tak kisahlah dia kahwin dengan Fiq ke Qash ke. Akak dah jatuh sayang kat anak Imah tu. Lagipun, kan elok kalau kita berbesan. Kita pun boleh jadi bertambah rapat lagi," terang Datin Arisah tenang.

​"Jadi, akak plan nak jodohkan anak kitalah?" Puan Narimah tersenyum meleret ketika bertanya.

​"Itupun kalau Imah sudi," jawab Datin Arisah pendek.

​Puan Narimah tersenyum ceria. Lantas, tubuh Datin Arisah dipeluk erat. "Ya ALLAH kak. Kalau akak sudi terima Lin seadanya, saya okay je kak," ujarnya gembira. Tidak menyangka bahawa Datin Arisah ingin menjodohkan anak gadisnya dengan salah seorang anak lelaki isteri sepupunya. Datin Arisah membalas pelukan Puan Narimah. Senyuman lebar tidak lekang dari bibirnya.

​Selang beberapa saat kemudian, pelukan dileraikan. Ketawa kecil terluah dari bibir kedua-dua wanita itu.

​"Tapi kalau nak jodohkan anak-anak kita, kita kena kerja kuat sikitlah. Kalau tak, tak merasalah kita nak berbesan," seloroh Datin Arisah.

​Puan Narimah mengangguk. "Ala kak. Waktu kan panjang lagi. Biarlah si Lin tu habis sekolah dulu. Lepas tu, baru kita fikir macam mana nak rapatkan hubungan mereka tu,"

​"Betul tu. Tapi kalau diberi pilihan, Imah nak Lin dengan siapa? Fiq ke Qash?"

​"Saya tak kisah kak. Kalau ikutkan, kena ikut pandangan si Lin tu lah. Dengan siapa dia rasa selesa, gembira dan bahagia. Saya tak boleh buat keputusan nak pilih Fiq ke Qash. Kedua-dua orang anak akak tu memang baik dan sopan saya tengok," jawab Puan Narimah lembut. Tersenyum Datin Arisah mendengarnya. Kini, rancangan perlu diaturkan sepenuhnya agar apa yang dirancang berjalan dengan sempurna.

*****

"Mummy? Are you okay?" soalan Aqash mengejutkan Datin Arisah dari lamunan yang panjang. Terkebil-kebil dia seketika tatkala melihat Aqash, Afiq dan Adlina sedang berdiri di hadapannya. Ketiga-tiga mereka ternyata hairan dan pelik apabila melihat gelagatnya.

​"Dahlah senyum sorang-sorang. Are you okay?" tanya Afiq pula. Adlina tersenyum nipis.

​"Takde apalah. Eh, kenapa berdiri je ni? Jom duduk," Datin Arisah menarik lembut tangan Adlina namun dengan sopan, Adlina menahannya. Datin Arisah merenung wajah Adlina yang tampak resah.

​"Kenapa Lin?" soalnya prihatin.

​"Err, Lin nak balik. Dah lewat petang ni. Takut abah dengan mama risau pulak. Boleh kan Auntie? Lin janji nanti Lin datang lagi," jawab Adlina berhati-hati. Mukanya ditundukkan. Bimbang sekiranya Datin Arisah menganggap dia tidak suka tinggal di rumahnya lebih lama. Dia segan sebenarnya. Apatah lagi, Datin Arisah merupakan ahli keluarga yang baru dia ketahui. Jadi, untuk beramah mesra dengan wanita itu, dia agak malu.

Datin Arisah tersenyum hambar mendengarkannya. Sedikit sebanyak kecewa juga apabila mendengar Adlina berkata sebegitu. Takpelah Risah, esok-esok ada lagi, pujuk hatinya.

​"Buat susah-susah Lin je datang. Datang borak dengan Auntie kejap, lepas tu minum je, tak sempat pun nak makan," kata Datin Arisah berbasa-basi. Dia berjalan mengiringi Adlina ke pintu depan. Aqash dan Afiq yang mendiamkan diri mengekori sahaja.

​"Takpelah Auntie. Lagipun, masa on the way nak datang sini, Lin dah makan dah dengan Qash,"

​Terkedu Datin Arisah mendengarnya namun cepat-cepat dia mengawal perasaannya. Baginya, ini sudah dikira baik kerana Adlina mempunyai hubungan mesra dengan Aqash. Sedikit pun dia tidak tersinggung dengan tindakan Aqash yang membawa Adlina makan di luar. Sebaliknya, hatinya senang.

​Aqash mengecilkan matanya. "Sorry mummy. Lapar sangat tadi," ujarnya sambil tersenyum malu. Datin Arisah menggosok lembut kepala anaknya itu. Afiq menghela nafas panjang. Cuba untuk mengawal perasaan cemburu yang mula menjentik hatinya.

​"Siapa nak hantar Lin ni?" tanya Datin Arisah sambil memandang wajah anak-anaknya.

​"Saya!" jawab Aqash dan Afiq serentak. Spontan, mereka berpandangan sesama sendiri dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Datin Arisah yang menyedari perubahan wajah Afiq dan Aqash pantas mencelah.

​"Biar Aqash jelah. Lagipun tadi kan Lin datang dengan dia. Takpe kan Lin kalau Qash yang hantar," Datin Arisah menoleh ke arah Adlina yang turut terpinga-pinga melihat situasi Afiq dan Aqash. Apalah! Nak hantar aku pun berebut. Nasib baik Qash yang hantar. Kalau si Afiq tu, memang sibuk je nak bertanya.

​"Okay je," balasnya pendek. Sempat dia menarik nafas lega.

​Aqash menuju ke arah kereta BMW dan mula menghidupkan enjinnya. Adlina bersalaman dengan Datin Arisah. Tiba-tiba, Datin Arisah memeluknya. Tergamam Adlina dibuatnya.

​"Kirim salam kat mama dengan abah ya," bisik Datin Arisah. Adlina sekadar mengangguk. Selepas Datin Arisah meleraikan pelukan, Adlina menuju ke arah kereta lalu duduk di dalamnya. Perlahan-lahan, kereta BMW itu keluar dari banglo mewah keluarga itu dan meluncur laju di jalan raya.

​Datin Arisah menoleh sekilas ke arah Afiq yang jelas tampak kecewa. Hatinya mula dibelenggu dengan pertanyaan. Lantas, bahu anak sulungnya itu ditepuk.

​"Fiq okay?" soalnya. Afiq membalas pandangan mummynya dan mengangguk sebelum melangkah masuk kedalam rumah, meninggalkan Datin Arisah yang termanggu-manggu dengan sikapnya.

Continue lendo

Você também vai gostar

294K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
564K 19.3K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
850K 85.1K 72
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
62.7K 3.7K 60
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...