Dia, Limited Edition! [C]

i-HANAN tarafından

488K 15.5K 1K

DIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu a... Daha Fazla

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
EPILOG

BAB 21

9.8K 367 19
i-HANAN tarafından

"BANYAK lagi ke yang nak kena kemas ni?" Ethan menyoal sambil menyeka peluh yang lencun didahinya. Sedikit mengah kerana mengangkat perabot yang maha berat Hannah. Tak berkenan pula dengan susunan sebelum ini katanya. Rumah dah lama kena tinggal, lama jugaklah masa yang diambil untuk mengemasnya semula. Buat kerja berdua tapi ibarat membuat kerja seorang diri. Hannah kerjanya mengarah je. Bengkak hati den ni.

"Susun barang dekat kabinet dapur tu," arah Hannah tanpa memandang Ethan. Ada objek bulat berbulu yang menarik perhatiannya.

Anak kucing gebu berbulu coklat cair bergesel dekat dengan kaki Hannah. Mata biru kucing tu menggoda Hannah sepertimana Hannah tergoda dengan mata biru Ethan.

"Eh, comelnya dia." Hannah mengangkat perlahan tubuh anak kucing yang sedang memanjat kakinya itu. Kepala ditala kearah Ethan yang sibuk menyusun barang dikabinet dapur pula.

"Kucing kau ke?" Digomol kucing berbulu lebat itu.

"Ada orang lain ke dalam rumah ni?" Hannah mencebik. Tanya sikit pun perli. Menyampah. Cubalah bawa berbaik dengan isteri terchenta ni. Ahaks.

"Tak sangkakan kau suka kucing. Apa nama dia?" soal Hannah lalu duduk dan meriba anak kucing comel itu.

"Marchmellow." Jeling Ethan sedikit pada Hannah yang duduk melepak. Ewah-ewah, senang betul kerja mak cik tu. Dia suruh kita buat kerja, dia pulak pergi duduk rileks goyang kaki. Tabahkan hatimu Ethan.

"Sweetnya nama dia." Hannah tersenyum sendiri lalu melagakan hidung mancungnya dengan hidung Marchmellow.

"You lagi sweetlah cupcake. Manis bergula." Manis Ethan tersenyum seraya mengenyit sebelah matanya nakal. Okey, boleh cair meleleh tambahan pulak dengan cuaca panas dekat luar.

"Kalau manis sangat nanti cepat muak. Aku nak jadi fruitheart je. Tak manis sangat, tak masam sangat. Sedang-sedang je. Elok untuk penghadaman pulak tu." Hannah sengih nakal sambil matanya menganalisa riak wajah encik suami.

"Kalau you ni buah. I nak ngap jadikan you dessert lunch nanti."

Erkk! Sendiri nak kenakan, sendiri yang terkena. Makan dalam oo. Boleh tahan jugak gayboy ni.

Ting!

"Aha, cakap pasal lunch. Erm sebenarnya.. Sebenarnya.." Hannah teragak-agak mahu memberitahu Ethan. Jari-jemarinya bersulam sesama sendiri. Bibir merahnya yang basah digigit perlahan.

"Barang dapur takde ke?"

Geleng.

"Peralatan nak masak takde?"

Geleng.

Ethan mendengus. Kalau dah semuanya bukan, dah tu apa?

"You nak apa sebenarnya Hannah Adlina?" Bibir diketap rapat melihat Hannah tersengih-sengih.

"Jom makan luar. Aku malas nak masaklah." Hannah sengih tayang gigi. Ethan menarik nafas panjang dan dihela perlahan. Argh, aku sekeh jugak budak ni karang! Nak ajak makan luar mengalahkan orang nak ajak kahwin.

Kuat drama.

HANNAH menutup mulutnya yang menguap luas, mengantuk. Lama betullah makanan ni nak sampai. Dahlah perut dah buat perhimpunan haram dah ni. Hoi makanan, kemarilah engkau.

Kecundang, Hannah menjatuhkan kepalanya diatas meja sementara Ethan mengetuk-ngetuk meja itu dengan hujung jari-jemari cantiknya. Bosan. Ethan geleng kepala tengok Hannah. Dahlah keluar ni pakai ikut dan je. Selebet segala, kasut pun pakai kasut selipar up sikit dari selipar jamban.

"Sorry kak bang, dekat dapur tadi ada drama sikit, tu pasal lambat." Pelayan lelaki yang Hannah kira lebih kurang baya adik dia tersengih lebar. Akak ni tengah lapar tahap nak telan meja kau orang dekat dapur boleh buat drama ya. Drama sangatlah kau dik. Nanti trylah join ujibakat lakonan. Kau memang berbakat dik.

Hannah juling mata keatas.

Ethan tarik sengih sedikit melihat Hannah. Lapar sangat sampai nak makan orang ke? Kesian. Hahaha.

"Dah, jangan nak jeling orang. Cepat makan," arah Ethan bila Hannah tak lepas memandang pelayan lelaki tadi. Nak mengurat ke apa? Adik-adik kut, agak-agaklah.

Aik Ethan... Bunyi macam jealous je.

"Hannah. Tengok sini kejap." Ethan angkat telefonnya dan... Klik. Sempat saja Hannah tersenyum. Nilah yang orang kata hantu selfie ataupun Bahasa Melayunya swafoto. Nampak kamera je senyum. Senyum je mesti ada kamera. Tengah tidur pun boleh senyum kalau orang tangkap gambar.

Ethan menekan-nekan skrin iPhonenya sambil tersengih nakal.

~Lapar? Makan Snickers. My Cupcake ni bila lapar, macam nak telan meja je gayanya Laugh Laugh Laugh~

View all 10 comments.

MeAnwar : Amboi, makan tak mengajak @Ethan.H

KikiLala : Aww, sweet. Love Love Love.

BRANDON_ : Nice picture bruh.

Ethan.H : Mehlah datang sini @MeAnwar. Thanks @KikiLala @BRANDON_

Adlina.H : Huarghhh. Why? Kenapa gambar yang ni @Ethan.H? Selebetlah!!

Ethan ketawa kuat. Memang dia sengaja letak gambar Hannah yang buruk. Panjang muncung minah tu. Boleh ikat dengan tali rafia dah.

"Hai," tegur satu suara dan Hannah tahu siapa itu walaupun tanpa melihat wajahnya. Juling mata Hannah keatas melihat betapa lebarnya senyuman Ethan dan manusia durjana dihadapannya ini.

Bala dah datang dah..

Kenapa time orang nak dating macam nilah kau boleh muncul haa syaiton?

"Hai baby." Ethan senyum hingga ketelinga. Hannah rasa nak muntah. Adam mengambil tempat dihadapan Ethan. Nasib baik tadi Hannah duduk sebelah Ethan, kalau tidak lagi menyampah.

"You buat apa dekat sini sayang?" soal Adam lalu menggenggam tangan Ethan yang ada diatas meja. Alamak peh. Fikir sweet ke? Senyuman acah manis Adam dah cukup meloyakan tekak. Hannah tak habis fikir. Macam manalah orang yang nampak macam lelaki sejati macam Adam dan Ethan ni boleh terfikir nak bercinta sesama jenis. Musykil betul.

"Berenang." Hannah menjawab malas. Terang lagi berspotlight mereka tengah makan.

Adam menarik nafas panjang. Dia kena bersabar untuk merampas Ethan semula. Hey lady, Ethan is mine.

Ethan pula menjeling Hannah sekilas. Kalau dah namanya Hannah, buat muka bodoh sudahlah. Lebih baik dia makan dari tengok drama sebabak yang hero dengan heroinnya sama spesies. Bukan kenyang pun.

"Woi, tak reti nak makan ke? Takde kenyangnya kalau kau orang main tenung-tenung macam tu," perli Hannah baik punya. Berbulu mata dia tengok Ethan dengan Adam. Hannah menyuap nasi masuk kedalam mulut dengan lahap sekali sambil matanya membulat merenung tajam dua makhluk yang turut sama berada dimeja itu. Suapan terakhir lalu pinggannya ditolak kehadapan. Ethan pula masih belum menghabiskan makanannya.

Adam menopang kepala dengan menggunakan tangan kanannya, melepas rindu memandang Ethan. Juling keatas mata Hannah. Ni kalau setiap hari dia tersepit antara pasangan gay ni, mahu juling terus mata dia.

Mata Adam dan Hannah bertembung. Serentak mereka tersenyum sinis. Persaingan mereka tidak akan berakhir selagi Ethan tidak memilih salah seorang antara mereka. Meskipun nanti Ethan akan memilih Adam, Hannah tidak akan pernah mengundur diri. Entahlah, seakan ada suatu rasa yang aneh terbit didalam hatinya apabila berdekatan dengan Ethan. Hatinya bagai berteka-teki dengan dirinya sendiri.

Tajam mata Adam dan Hannah bertentang sebelum Hannah tersengih sinis. Ni Hannah Adlina lah. Apa yang jadi miliknya akan kekal menjadi miliknya.

Tangan kiri Ethan yang berada diatas pehanya digenggam Hannah erat. Terhenti suapan Ethan. Wajah bersahaja sang isteri direnung tidak percaya. Sinis Ethan tersenyum. Ni kes tak nak kalah dengan Adam lah ni.

Okey, kita teruskan permainan ni.

Ethan turut membalas genggaman tangan Hannah. Mata Hannah membulat tidak percaya tetapi hanya sekejap cuma sebelum dia menayang wajah bangga kepada Adam. Adam yang tidak tahu menahu, mengangkat kening. Ada sesuatu yang dia tidak tahu ke?

Bawah meja diintai Adam. Membulat matanya melihat tangan Hannah dan Ethan melekat bersama bagai diikat tidak akan lepas.

"Sayang! You pegang tangan dia?" Suara Adam menghentak keras. Ethan direnung tajam, tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Mana perginya Ethan yang menjadi kesayangannya selama ini? Baru seminggu Ethan berkahwin, takkan sudah berubah?

Sepantas kilat Ethan melepaskan tangan Hannah. Hannah tayang muka tidak puas hati.

"Ekeleh jantan ni, laki aku kut. Suka hati dialah nak pegang tangan aku ke apa?" Hannah bersuara marah. Gedik betullah Adam ni. Lepas ni nak acah merajuklah tu konon. Menyampah kita.

"Masalahnya dia partner I." Adam berdiri lalu menghempuk meja restoran itu dengan tangannya.

"So what. Dia suami aku!" Hannah pula berdiri dan menghempuk meja. Bagai ada aliran eletrik renungan mata Hannah dan Adam berlaga tajam. Lebih tajam dari mata pedang. Ku lempang satgi Adam ni.

Ethan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sudah... Nak bergaduh pulak. Menyesal dia ajak Adam sekali tadi. Menyesal sekarang dah tak guna Ethan, baik kau hentikan pergaduhan ni.

"Adam, Hannah boleh tak kalau..."

"Tak boleh." Adam dan Hannah menyahut serentak. Dari tak gatal jadi gatal kepala Ethan nak melayan dua orang ni. Adam dan Hannah memeluk tubuh sendiri dan memalingkan muka. Merajuk.

"Baby..." Senyap.

"Cupcake..." Juga senyap.

Huh, pening. Ethan mengeluh. Kalau dah dua-dua nak merajuk, baik Ethan pun merajuk sekali.

"Suka hati you dua oranglah. I malas nak layan." Setelah meninggalkan not 50 Ethan bangun dan terus berjalan keluar dari restoran tanpa menghiraukan Adam dan Hannah yang memanggilnya.

Hah baru tau rasanya.

"Ni semua salah kau," tuduh Hannah memuncungkan mulutnya. Adam mendengus kasar. "Salah youlah." Bebola matanya sengaja diputar Adam. Menyampahlah kononnya tu.

"Boleh tak kalau kau mengalah je? Ethan tu dah sah jadi suami aku." Hannah cuba untuk menggunakan cara berhemah. Siapa tahu hati Adam tersentuh dan dia mengundurkan diri. Senanglah misi Hannah nak meluruskan suaminya tu.

"What? No way. Kami dah couple lama okey. You tu yang tiba-tiba datang menyelit antara kami. You perampas."

Hannah mengetap bibirnya. Geram pulak hati kita mendengarnya. Sedar sikit yang jantina kau tu sama dengan jantina laki aku. Nak berkasih sayang konon. Pigidah.

Cuba untuk mengukir senyuman. Hannah senyum macam orang gila, cuba untuk menghilangkan amarahnya.

"Aku tahu kau baik Adam dan aku yakin kau tak macam ni sebenarnya. Kau ada masa lagi nak berubah. Percayalah cakap aku, mesti beratur punya perempuan nak dekat kau. Kau ada rupa, ada harta. Petik jari je 100 orang datang dekat kau. Pintu taubat tu sentiasa terbuka Dam. Allah sentiasa menerima taubat hambanya. Kau masih ada masa. Aku yakin kau sebenarnya keliru kan? Kau keliru sama ada rasa yang selama ni kau rasa bila dekat dengan Ethan tu suka atau cintakan? Allah ada jawapannya Dam. Kembali kepadaNya. Jangan suatu hari nanti kau menyesal dengan tindakan kau sekarang."

Hannah senyum. Ikhlas.

Terkedu. Serius Adam terkedu. Tiada siapa pun selama ini yang menasihatkannya. Selalunya orang hanya akan memandangnya jelek dan menganggap orang sepertinya akan kekal begitu selamanya. Tapi sekali pun mereka tidak pernah cuba untuk menegur.

"Walaupun kita baru je kenal. Dari tunang jadi musuh cinta. Tapi aku anggap kau macam kawan aku. Aku taknak kawan aku nanti nabi tak mengaku umat. Aku boleh tolong kau kalau kau nak berubah. Kita cari orang yang arif hal macam ni sama-sama ya."

Adam bingung. Mengapa Hannah ingin membantunya pula? Bukankah dia musuh Hannah dalam merebut hati Ethan. Ikhlaskah gadis dihadapannya ini? Ataupun sebenarnya dia jijik?

"Argh tak payah berlagak baik. Kalau you jijik dengan orang macam I, cakap je you jijik."

Wajah Hannah berubah mendung. Sampai mati pun dia tidak akan pernah jijik dengan golongan LGBT ni. Kerana dulu... Argh sudah. Masa silam jangan diiingat lagi Hannah. Pandang kedepan.

"Jijik? Buat apa nak jijik. Kau orang pun sama je macam manusia biasa cuma nafsu kau orang je yang pelik sikit. Tapi tu semua boleh diubahkan?"

Sumpah tidak pernah sekali pun Hannah berasa jijik. Mereka ini cuma tersalah pilih jalan. Dalam banyak-banyak pilihan dalam hidup, mereka terpilih pilihan yang salah. Itu saja. Tetapi mereka masih mampu mengubah pilihan mereka selagi nyawa masih dikandung badan, selagi matahari tidak terbenam disebelah barat Allah akan menerima taubat hambaNya.

"Dahlah, aku balik dulu." iPhonenya yang berada diatas meja diambil lalu keluar meninggalkan Adam yang sedang mengelamun jauh, memikirkan kebenaran kata-kata Hannah.

Semua orang berhak diberi peluang kedua dalam hidup dia dan Hannah sangat berharap yang suatu hari nanti Ethan akan berubah.

Ya Allah, kurniakanlah Hidayah teragung Mu kepada suamiku. Cucurkanlah rahmatMu kepada rumah tangga kami. Berikanlah kebahagiaan kepada kami suami isteri kerana sesungguhnya cinta ini keranaMu. Ya Allah perkenankanlah doa hambaMu yang lemah ini. Ameen.


Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

1.3M 45.3K 86
[SINOPSIS]: (Raisya Amyra) Seorang bos yang sangat komited. Tahap garang dia tak usah cakaplah. Mak singa pun boleh lari kalau dengar dia mengamuk...
237K 6.1K 58
Auni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Aba...
287K 10.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1.2M 34.6K 53
Tengku Asyraf Raiz atau dikenali sebagai Tengku Raiz seorang lelaki yang terkenal pada usia mudanya disebabkan oleh kekayaan yang dimiliki olehnya W...