Tengku BUAYA Aku Punya!!

By AzzSofia

586K 16.1K 552

Demi dendam yang telah lama dipendam,Tengku Rayyan Aiman sanggup melakukan apa sahaja termasuk merampas perem... More

TBAP!! 1
TBAP!! 2
TBAP!! 3
TBAP!! 4
TBAP!! 5
TBAP!! 6
TBAP!! 7
TBAP!! 9
TBAP!! 10
TBAP!! 11
TBAP!! 12
TBAP!! 13
TBAP!! 14
TBAP!! 15
TBAP!! 16
TBAP!! 17
TBAP!! 18
TBAP!! 19
TBAP!! 20
TBAP!! 21
TBAP!! 22
TBAP!! 23 (BTS)
TBAP!! 24
TBAP!! 25
TBAP!! 26
TBAP!! 27
TBAP!! 28
TBAP!! 29
TBAP!! 30
TBAP!! 31
TBAP!! 32
TBAP!! 33
TBAP!! 34
TBAP!! 35
TBAP!! 36
TBAP!! 37
TBAP!! 38
TBAP!! 39
TBAP!! 40
TBAP!! 41
TBAP 42
TBAP 43!
TBAP!! 44
TBAP!! 45
TBAP!! 46
TBAP!! 47(END)
New Story.
SPECIAL
SAYONARA! RAYYAN(SPECIAL)
SAYONARA!RAYYAN (SPECIAL 2)
Important
-NEXT ROMANCE 4 1K-
Notice ^_^

TBAP!! 8

11.3K 355 4
By AzzSofia

Hari yang ke-dua berada di Kelantan, Sofia dan Sharil membuat keputusan untuk bersiar-siar di kawasan pantai yang agak terkenal.

"Abang, best kan Kelantan ni? cantik pun cantik." ucap Sofia sambil mendudukkan dirinya di atas pasir.

"Em, tak sia-sia abang bawak adik datang sini."

"Ye la..."

"Jap, abang nak ambik gambar tempat ni, nak hantar kat abah."

Sharil menyeluk poketnya di bahagian kanan, kemudian beralih pula ke bahagian kiri.

Sofia yang pelik melihat abangnya seperti mencari sesuatu terus menegur.

"Kenapa? macam hilang anak je.." sempat lagi menyakat.

"Hish adik ni, abang rasa telefon abang tertinggal kat bilik hotel la. Abang pergi tengok jap tau, adik nak ikut ke nak tunggu sini?"

"O...takpe la, adik tunggu sini."

Sharil mengangguk dan terus melangkah menuju ke hotel yang berdekatan dengan pantai.

"Hem ...nak buat apa eh? bosannya..." keluh Sofia, al maklumla, tak tahu nak buat apa.

"Hai akak cute, kenape akak dok sorang-sorang?Mana suami akak?"

Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 6-7 tahun datang menyapa Sofia.

Sofia sedikit tergelak mendengar kepetahan kanak-kanak itu.

"Tu la..entah ke mana suami akak ni, em..apa kata kalau adik yang teman akak?"

"Boleh-boleh!" jerit kanak-kanak tersebut girang.

"Meh, duk atas riba akak."

Tanpa banyak kata, kanak-kanak tersebut terus duduk di atas riba Sofia.

"Adik nama ape? mana mama dengan papa adik? adik datang dengan sape?"

"Akak panggil Rayqal je, Rayqal datang dengan family, tapi yang bawak Rayqal datang pantai ni abang Rayqal. Mama dengan papa ada kerja."

Sofia hanya membuat mulut berbentuk 'O'.

"Habis abang Rayqal tak marah ke Rayqal datang tempat akak ni? abang Rayqal dekat mana?"

"Tadi Rayqal suruh abang tolong belikan aiskrim. Nanti abang datang la."

Sofia sekali lagi membuat bentuk 'O'. Baginya Rayqal seorang kanak-kanak yang amat petah dan bijak.

"Cantik kan warna pantai tu kak.."

"Em.."

"Rayqal!"





"Maafla kalau adik saya menyusahkan awak."

"Mana ada la bang, akak happy tau dengan Rayqal."

Rayqal memuncungkan mulutnya tanda merajuk dengan abangnya.

"Em, dia tak menyusahkan pun, lagipun saya suka tengok gelagat dia. Petah bila bercakap."

"Bagusla, awak datang bercuti eh?"

"Em, dengan abang Sharil."

"O.."

"Saya tak tahu pulak awak ada adik selain Tengku Rayyan."

Tak tersangka jugak si Sofia ni, tup tup Rayqal ni adik kepada Tengku Rafieq.

"Rayqal ni adik tiri abang je kak, tapi Rayqal sayang abang-abang Rayqal."

Sedikit kesayuan terbit di wajah Sofia. Tegarnya seorang kanak-kanak, walaupun dia mengetahui perkara sebenar.

"Bagi saya dia adik saya, saya sayang dia macam adik kandung saya."

"Bertuah Rayqal ada abang macam awak."

"Ting!!"

Telefon Sofia berbunyi menandakan ada sms masuk.

"Saya kena balik hotel dulu, Assalamualaikum."

"Kejap kak!"

Baru selangkah Sofia berjalan, kedengaran suara Rayqal memanggilnya.

"Ada apa Rayqal?"

"Esok Rayqal nak jumpa akak lagi boleh? Rayqal tak puas lagi bercakap dengan akak."

Sofia berfikir sejenak.

"Ok, kita jumpa esok tau, kat sini..pukul 9.30 pagi. Akak pergi dulu. Assalamualaikum."

....................

"Ya Allah, adakah ni petanda yang kau nak dekatkan aku dengan dia? adakah dia jodoh aku.."

"Abang, cantik kan akak tadi? Rayqal suka kakak tadi."

Ucapan Rayqal seolah-olah dibawa angin.

"Abang...!" panggil Rayqal meleret apabila abangnya itu tidak memberi sebarang balasan.

"R..Rayqal kata apa tadi?"

"Hem...aduh!"

"Kenapa Rayqal? Rayqal sakitke?"

"Rayqal lupa la nak tanya nama akak tadi."

"La..tu je, haha, nama akak tadi Sofia, Nur Sofia Amirah."

"Abang kenal dia eh? wah! tapi..akak dah ada suami.."

"Eh? apa maksud Rayqal?"

Muka Rafieq sedikit kecewa.

"Dah-dah, tidur, dah lewat ni, esok nak jumpa akak pulak kan."

"Satu lagi soalan."

"Ok, last."

"Kenapa abang Rayyan tak ikut kita?"

"Em..abang Rayyan busy kot. Dahla, jom tidur."

..................

Kedengaran muzik yang agak kuat dan rancak di seluruh ruang tersebut.

Kelihatan tiga orang lelaki yang sedang bercakap.

"Weh, hari ni bapak kau tak marah ke kau balik lewat, selalunya kau balik awal. Tak sampai pukul 2 pun kau dah balik."

"Family aku takde, diorang ada keje dekat Kelantan."

"Abang kau?"

"Dia ikut jugak, dahla, serabut tau tak kau asyik sebut pasal dia."

"Rilek Rayyan..jom kita enjoy, kali ni aku tengok ramai yang cun-cun tau tak.."

"Yeke weh? aku nak jugak wey.." ucap lelaki yang berada di sebelah kanan Rayyan.

"Hai Rayyan.."

Tiba-tiba terdengar suara seorang perempuan menegur mereka, atau tepatnya Tengku Rayyan.

"Eh, awak Rina, duduklah." ajak Haziq, kawan kepada Tengku Rayyan.

Tanpa segan silu, Rina terus mengambil tempat di sebelah Rayyan.

"I miss you Rayyan.."

Ucap Rina dan cuba mencium pipi Rayyan, namun cepat-cepat Rayyan mengelak.

"Giler punya perempuan, aku bukannya nak sangat dengan kau la.."

Walaupun Rayyan seorang yang boleh dikatakan playboy tahap kritikal, tetapi dia tidak pernah membuat perkara-perkara yang terlampau teruk seperti bercium, paling tidak pun hanya pelukan yang diberikan.

"Aku nak balik dulu."

"What? but.."

"Weh Rayyan.."

Tanpa menghiraukan panggilan dari orang-orang tersebut, Rayyan terus keluar dari club tersebut.

.................

"Akak!" jerit Rayqal sambil berlari ke arah Sofia.

Tengku Rafieq mengikuti langkah Rayqal menuju ke arah Sofia.

"Sorry, Rayqal rindu awak sangat tu.."

"Takpe, biasa la budak-budak kan.."




Setelah dipujuk oleh Rayqal, Rafieq dan Sofia telah bersetuju untuk makan di sebuah restoran.

"Abang awak tak marah ke awak keluar ni?"

"Tak, saya dah bagitau dia tadi, lagipun saya dah bagitau dia yang awak ada kat sini jugak."

"O..boleh saya nak tanya satu benda?"

"In shaa Allah, kalau saya boleh jawab, saya jawab."

"Rayqal bagitau yang awak dah ada suami. Betul ke?"

"Betulla, akak yang bagitau Rayqal semalam, kan kak?"

Sofia tersenyum.

"Maaf Rayqal, akak gurau je dengan Rayqal semalam. Maaf tau.."

Sedikit kelegaan datang kepada Tengku Rafieq.

"La...beerti abang ada peluang la kan.."

"Eh?"

"Er..Rayqal, cepatla makan, nak balik dahni."

"Ok-ok.."

-TBC-

Wohoo....idea tetiba datang!!!fall in love with Tengku Rafieq Aiman...he....

Continue Reading

You'll Also Like

7.5M 226K 68
Arissa, yang dibeli oleh Rayyan dari kelab malam tidak ubah dilayan seperti perempuan simpanan Rayyan. Bukan cuma itu, Rayyan mengurungnya di dalam k...
1.4M 6K 2
𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 2 "𝑱𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖 𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓..." TUAN IAN AL- FATTAH. ARLUNA INSYIRAH. NAWAL SALWANA...