Me vs You

By fvrvhlee

123K 3.9K 216

Barangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu pen... More

1 // Birthday
3 // Kisah Dulu
4 // Nombor Telefon
5 // Family A
6 // Plan
7 // Kisah Ting. 6
8 // First Day
9 // Akmal
10 // Gay
11 // Nombor
12 // Saudara Jauh
13 // Call
14 // Baran
15 // Nekad
16 // Suprise!
17 // Kantoi
18 // Date
19 // Janji
20 // Saingan
21 // Partner
22 // Berubah
23 // Terakhir
24 // Malam Graduasi
25 // Permulaan
26 // Hati
27 // Rancangan
28 // Kucar-kacir
29 // Rahsia
30 // Separuh Rela
31 // Kebenaran
32 // Hati Yang Terusik
33 // Confession
34 // Esok
35 // Penentuan
36 // Air mata
37 // Seorang Diri
38 // Noktah
39 // Terkejut
40 // Hilang
41 // Berpisah
42 // Buku Baru
43 // Sunyi
44 // Geram
45 // Mimpi Ngeri
46 // Penjelasan
47 // Biarkan
48 // Impian
49 // Rumah
50 // Permulaan

2 // Angan-Angan

5.6K 154 1
By fvrvhlee

Aqash mengeluh kecil ketika sedang baring di atas katilnya. Dia tidak mampu berhenti berfikir tentang Adlina sehingga sekarang. Dengan peristiwa yang berlaku di sekolah tadi juga membuatkan otaknya semakin ligat mengingati gadis itu.

Kenapa minah tu buat macam tu kat aku tadi? Aku saja je nak kenakan dia. Tengok-tengok, dia kenakan aku pula. Aqash tersenyum kecil.

​Adlina Haziqah Ahmad Saifullah.

Tanpa dia sedari, dia menyeru nama gadis itu. Siapa sahaja yang tidak mengenali gadis cantik itu? Pelajar cemerlang yang selalu memberi keputusan cemerlang dalam setiap peperikasaan di sekolahnya. Belum lagi menyentuh tentang kepakarannya dalam bidang pidato. Adlina yang mudah tersenyum dan peramah membuatkan ramai orang mudah mendekatinya. Tidak mustahillah jika ramai yang menaruh perasaan terhadap gadis itu termasuk mereka yang boleh dipanggil adik.

Tak dilupakan juga, golongan pengkid dan lesbian.

Aneh, kenapa sekarang baru dia nampak kecantikan yang teramat pada wajah Adlina?

Spontan, Aqash tersenyum nakal lalu memejamkan matanya. Dia cuba untuk membayangkan detik-detik manis antara dia dan Adlina jika mereka bercinta. Ohh Adlina, datanglah ke dalam mimpi abang.

*****

"Sayang, laparlah," Aqash merengek manja. Ketika itu, mereka sedang berkelah di taman. Adlina tersenyum manis sehingga menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya yang dalam. Aqash bagaikan terpukau. Direnungnya wajah cantik Adlina.

​"Alolo. Lapar ke? Buka mulut cepat. Saya suapkan sandwich ni eh," Adlina menyuakan sandwich telur ke dalam mulut Aqash. Aqash membuka mulutnya lalu mengigit sandwich itu sehingga terkena sedikit jari runcing Adlina. Kemudian, dia ketawa terbahak-bahak. Muka Adlina sudah merah padam.

​"Jahatlah sayang ni. Sakit tau," rengek Adlina manja. Muncung mulut yang sengaja dibuat menjadikan mukanya lebih comel. Hai budak, kau ni keturunan mana eh? Kenapalah kau comel sangat? Nak je aku gigit-gigit kau, bisik nakal hati Aqash.

​Dicubit lembut pipi Adlina. "Sorry sayang. Saya geram tau tengok pipi awak. Janganlah merajuk. Tak sayang saya ya," Aqash pula membuat muka merajuknya. Adlina menjadi serba salah. Nak merajuk juga eh. Adlina tersenyum nakal. Dia mencubit kuat peha Aqash. Aqash yang terkejut mengaduh kesakitan.

​"Awak ni! Saya yang patut merajuk tau. Ni awak pula. Mana aci. Padan muka!" terkekeh-kekeh Adlina ketawa melihat buah hatinya. Adlina segera bangun dan berlari-lari anak. Bila-bila masa saja je mamat tu boleh balas pulak, fikirnya.

​"Sayang, tunggu! Nakal eh," Aqash mengejar Adlina yang sudah jauh ke hadapan. Adlina menoleh sekilas ke arah Aqash di belakangnya. Dia juga sempat menjelirkan lidahnya. Walaupun sakit, susah untuk Aqash nafikan yang dia sebenarnya bahagia dengan situasi itu.

*****

Gedebukkk! Aqash mengerang kesakitan. Mana Adlina? Kenapa ada katil pulak kat taman ni? Dia cuba bangun perlahan-lahan. Dikerling kiri kanannya. Spontan, dia ketawa besar. Aku mimpi rupanya. Buat malu je.

​"Best mimpi?" tegur satu suara. Aqash segera menoleh ke arah pintu biliknya. Ada susuk tubuh yang sedang berdiri di pintu sambil berpeluk tubuh. Mukanya berubah masam sementara pemilik suara itu sudah mula ketawa melihat kelakuan Aqash.

​"Dah lama ke duk tersadai baik punya kat depan pintu?" soal Aqash sambil membuat muka selamba. Dia cuba menutup malu sebenarnya. Risau juga jika abangnya menyaksikan aksinya ketika berangan.

​"Haha.. takdelah lama sangat. Aku tengok pintu bilik kau terbuka tadi. Teringat pulak hari ni birthday kau. So, sebagai abang yang mithali, mestilah kena wish kan? Tup tup, dapat tengok wayang free pulak. Baik punya mimpi eh? Feeling gila kau. Perempuan mana pula kali ni?" abang Aqash menyoalnya sinis. Aqash merenung geram wajah tampan abang kandungnya itu.

Siot.

Aqash cuma mempunyai seorang abang di dalam keluarganya. Afiq Hazlami Lee. Itulah orang yang paling rapat dengannya. Mungkin disebabkan mereka hanya dua beradik, segala masalah diceritakan kepada abangnya. Afiq baru sahaja menghabiskan pengajiannya dalam bidang pendidikan di Universiti Malaya. Sekarang, dia cuma duduk di rumah sebelum menunggu keputusan kementerian menghantarnya mengajar di mana-mana sekolah.

​Ada kalanya Afiq hairan dengan sikap adiknya. Kenapa dia lebih rela memilih untuk meneruskan pelajaran melalui tingkatan 6? Nak kata keputusan SPM teruk, dia mendapat 7A 2B dalam peperiksaan. Matrik, Politeknik, Universiti dan kolej swasta berlambak menghantar surat tawaran melanjutkan pelajaran kepadanya. Dia masih ingat kata-kata adiknya ketika dia memujuk supaya masuk ke universiti.

​"Tak kisahlah belajar mana-mana, yang penting niat dan semangat tu ada," kata putus Aqash untuk mengambil tingkatan 6 di sekolah lamanya dalam Pengajian Perniagaan mematikan pujukannya.

​Berbanding Aqash yang mukanya lebih comel dan chinesse look, Afiq pula mengikut muka kemelayuan ibunya. Dia mempunyai wajah tampan, berkulit sawo matang. Dengan tubuhnya yang tinggi lampai, dadanya yang bidang dan lesung pipitnya yang ada pada kedua-dua pipinya, tidak mustahil jika orang mengatakan antara dia dan Aqash bukan adik-beradik. Hakikatnya, muka mereka memang tidak sama langsung!

​"Hoi! Orang tanya dia boleh berangan lagi. Kau angau ke dik?" ditolaknya kepala Aqash dengan geram.

​Aqash terkejut. "Sakitlah monyet!"

​"Berani kau panggil abang kau monyet. Sini kau," Afiq memeluk geram kepala Aqash. Aqash sudah mula menjerit, minta dilepaskan. Afiq tidak mempedulikannya malah makin kuat cengkemannya.​

​"Kau lupa eh. Kau panggil aku monyet. Maknanya kau adik monyetlah," ujar Afiq sambil ketawa terbahak-bahak.

​"Apa ni? Birthday orang buat camni," Aqash cuba melawan. Tiba-tiba, Afiq bagaikan teringat sesuatu. Dilepaskan Aqash serta merta. Aqash yang berang segera menolaknya abangnya sehingga jatuh terduduk ke atas katil. Dia cuba untuk membalas kembali tetapi niatnya terbantut apabila melihat abangnya diam dan seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia segera duduk di sebelah Afiq. Dia memandang wajah Afiq.

Pelik. Apahal ni?

​"Kau kenapa?" tanya Aqash. Perbezaan umur 4 tahun antara Aqash dan Afiq tidak menghalang mereka menjadi seperti kawan. Mereka lebih senang menggunakan aku kau berbanding panggilan formal seperti abang adik. Geli kata mereka kepada mummy satu ketika dulu.

​Afiq merenung wajah jambu adiknya. "Aku lupa nak bagitahu kau something. Kalau boleh, kau anggap je ni sebagai hadiah hari jadi kau eh," kata Afiq sambil tersenyum nakal. Aqash terfikir sejenak. Risau betul bila tengok senyuman mamat ni macam ni. mesti ada-apa ni. For sure, berita baik untuk dia tapi bukan untuk aku, detik hatinya.

​"Apa dia?" soal Aqash berhati-hati. Oh Tuhan, kuatkan hati hambamu untuk menerima berita daripada abangnya yang gila ini.

​"Aku dapat tawaran mengajar kat sekolah kau!" jerit Afiq. Aqash membutangkan matanya.

What the hell he said just now?

​"Kau.. Janganlah main-main weh!" Aqash memerlukan kepastian daripada abangnya. Mamat ni biar betul!

​"Betullah! Ingat aku main-main ke,"

​"Hari ni hari apa?" soal Aqash. Afiq membuat muka hairan kepada adiknya tetapi dijawabnya juga.

​"Khamis. Kenapa?"

​"Allahu.. Esok dah nak kiamat agaknya!" ujar Aqash sambil meraup mukanya dengan sebelah tangan. Dia merasakan dunianya sudah gelap gelita apabila mendapat tahu Afiq mengajar di sekolahnya. Afiq ketawa terbahak-bahak.

​"Kau jangan nak acah drama sangatlah, beruk. Kau risau apa ni? Risau aku tahu perangai kau? Lepaklah. Aku dah fahamlah perangai buaya kau. Don't worry. I won't tell to papa and mummy," Afiq memeluk bahu Aqash. Aqash mengerling wajah Afiq.

​"Sure? Lagi satu, kalau boleh aku tak nak orang tahu kau abang aku, boleh?"

​"Ingat aku nak bakal-bakal student aku tahu ke kau tu adik aku," balas Afiq selamba.

​Aqash tersengih sementara Afiq tersenyum. "Anway, congrats! Haha. Oh ya, kau ajar apa? Form berapa?" Aqash menanyakan soalan sebelum dilihatnya Afiq mahu beredar dari biliknya. Afiq tersenyum nakal.

​"Tingkatan 6, Pengajian Perniagaan," kata Afiq selamba sambil melangkah pergi. Aqash tergaman.

​"What???? Weh!!!!!! Amende ni?!!!!!!" laungan Aqash bergema.

​Afiq tergelak besar di luar bilik adiknya. Dia segera menuju ke biliknya. Tidak sampai seminit, wajah Aqash yang bengang tersembul di pintu biliknya pula. Afiq yang mengadap komputer riba di hadapannya membuat muka selamba di atas katilnya.

​"Cakaplah betul-betul," kata Aqash dengan nada tidak puas hati. Afiq menjeling muka Aqash.

​"Teruk sangat ke kalau aku mengajar kat sekolah kau? Kau tak suka ke?" Afiq sengaja mengendurkan suaranya dan menarik muka sedih. Aqash yang pada mulanya bengang mulai merasa gelabah. Dia merapati abangnya dan memeluk bahu abangnya.

​"Hak alah. Jangan nak buat teruk okay. Aku bukan apa weh. Nak kata teruk tu, teruk jugaklah. Habislah reputasi aku as the famous boy kat sekolah. Cuba kau tengok muka kau kat cermin. Not bad kot," Aqash cuba menceriakan abangnya namun gagal. Afiq tetap dengan reaksi mukanya.

​"Weh, dengarlah aku cakap ni. Yelah yelah aku minta maaf," perlahan suara Aqash didengarinya. Aku merajuk, dia pula nak join sekali. Afiq menoleh ke arah Aqash yang sudah tunduk memandang lantai.

"Ya apa dia? One more time please?" Afif menjungkitkan keningnya.

"Ya beruk ya! Aku mintak maaf,"

​"Tau takut. Macam ni pun lemah. Nama je hero gadis," Afiq menggosok kepala adiknya. Aqash tersenyum sinis sebelum mukanya kembali masam.

​"So, siapa pelajar perempuan yang paling cantik kat sekolah tu? Cikgu ke. Mana tau, bila aku dah start mengajar kat sana ke, aku boleh bawa calon menantu kat mummy,"

​Afiq yang perasan air muka Aqash berubah mula ketawa. "Mesti ada kan,"

​"Ramai," jawabnya pendek.

​"Paling cantik?" Afiq memasang perangkap.

​"Err...,"

​"Cepatlah!"

​"Ya, ada sorang. Budak kelas aku. Adlina Haziqah. Perghh, gua cakap lu, perempuan tu cun gila. Aku memanglah on the way nak ayat dia la ni. Tapi tulah...," ayat Aqash terhenti.

​"Apa?" tanya Afiq tidak sabar.

​"Takde apa-apalah. Kau jangan gedik nak ngorat dia. She's mine," ugut Aqash. Afiq tersenyum nipis.

​"Kita tengok!"

​"Ahhh, kau kejam!" Aqash membaling bantal peluk ke arah abangnya. Dia menghentak kaki lalu melangkah keluar dari bilik abangnya. Afiq ketawa kecil mengenangkan kelakuan Aqash.

Dah macam takde kerja pulak aku nak mengorat student sendiri. Apa dah takde orang lain ke dalam dunia ni? Bisik Afiq perlahan.

​Afiq mengalihkan pemandangannya ke arah gambar latar belakang komputer ribanya. Gambarnya bersama sahabatnya yang paling akrab ketika dia menuntut di UM. Sahabatnya yang telah pergi buat selama-lamanya. Sahabatnya yang telah meninggalkan amanahnya yang terakhir sebelum dia meninggal.

​Zariff, kalau kau ada bersama aku sekarang, mesti kau pun dah dapat surat tawaran mengajar kat mana-mana sekolah. Dah lama rasanya kau tinggalkan aku tapi macam baru semalam kita bergurau-senda, lawan siapa punya markah test lagi tinggi. Takkan ada siapa boleh jadi kawan baik aku selain kau. Kau jelah paling memahami aku. Otaknya ligat memikirkan kenangan lalu.

*****

"Kau tau kenapa aku suka kawan dengan kau?" pertanyaan Zariff mengejutkannya. Ditolehnya wajah tenang lelaki yang duduk disebelahnya. Lelaki itu masih tekun mengadap kerja-kerja di komputer ribanya.

​"Kenapa?" soal Afiq. Pelik. Tak pernah-pernah mamat ni tanya macam ni.

"Tekalah!"

​"Hmmm, esok jelah," Zariff mula geram dengan kelakuan Afiq.

"Kepala otaklah. Hahaha. Seriuslah!"

​"Habis tu, bagitahu jelah reason kau amende," kata Afiq dengan nada geram.

​"Sebab aku suka, tu jelah," ujar Zariff sambil tersenyum.

​"Jangan-jangan kau gay,"

​"Hoi! Ingat aku spesis tu ke? Haha. Aku dah ada awek pun. Takdenye nak couple sejenis, lagi-lagi dengan kau," balasnya selamba. Afiq membutangkan matanya.

Zariff ada makwe? Wow! Dalam diam!

​"Siapa?" soal Afiq tidak sabar.

​"Adalah,"

​"Ala, dengan aku pun nak rahsia, blahlah,"

​"Okay. Nanti aku kenalkan dia kat kau. Tapi, kau jangan nak kebas dia pulak,"

​Afiq tergelak. "Ingat aku desperate sangat ke sampai nak rampas girlfriend member aku sendiri. Takde maknanya. Kalau nak compare muka aku dengan muka kau, handsome lagi aku. So, sorrylah kalau awek kau terpikat dengan aku," usik Afiq.

​"Ceh, bapak perasan. Dah berambus sana," templak Zariff. Afiq ketawa besar.

​"Bila boleh jumpa? Tak sabar ni,"

​"Amboi, excited, "

​Afiq tersengih malu. Zariff tersenyum kecil.

​"Kau janji dengan aku. Kalau jadi apa-apa kat aku, kau tolong jaga dia eh," permintaan Zariff membuatkan Afiq tersentak lagi sekali. Mamat ni.

"Tadi kata jangan kebas,"

"Nak kebas pun tunggulah aku mati dulu. Aduh kau ni pun,"

​"Apa cakap macam ni? Tak sukalah," Afiq mula membuat muka kurang senang.

​"Hahaha. Janji jaga Adi ya,"

​"Adi?" soal Afiq pelik. Zariff mengangguk.

​"Asal nama cam laki je," kata Afiq sambil ketawa terbahak-bahak. Zariff sekadar tersenyum nipis.

*****

​Adi...

Aku tak sempat tau pun nama penuh kau apa. Apatah lagi gambar kau. Macam mana aku nak jaga kau? Zariff pergi sebelum dia cerita lagi banyak tentang kau. Hatinya mula merasa sayu.

Continue Reading

You'll Also Like

20.5K 400 10
Mengisahkan hidup seorang isteri yang masih belum mempunyai cahayamata, sering ditinggalkan suami kerana terlalu sibuk berkerja..mencari kemewahan hi...
50.1K 5K 26
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
1.8M 14.6K 10
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai ma...
71.5K 3.4K 63
2nd Next generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kena...