Let's Make Love Happen

By minsyubbuing

853K 16.3K 817

Cliché Perkahwinan antara Leesya dan Firash bukanlah atas kerelaan diri masing masing. Ianya atas dasar pemi... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Attention!
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Im so sorry T.T
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
A big thank T.T
Chapter 33
Last Chapter
Please Be Mine, Sayang.
A Life Of Tears

Chapter 24

15.3K 327 10
By minsyubbuing

Sebelum maghrib, Firash sudah pulang ke rumah. Firash memberi salam beberapa kali, namun tiada pun sebarang sahutan. Seperti tiada penghuni, sunyi. Firash ke dapur, mini garden, dan ruang tamu namun Leesya tetap tidak ada.

Ok ni confirm dia ada dalam bilik.

Langkahnya diperlajukan naik ke tingkat atas. Pintu bilik ditutup, namun tidak pula berkunci. Tangan Firash mula memulas tombol pintu itu.
Kelihatan Leesya yang baru sahaja keluar dari bilik air.

Leesya keluar dari bilik tanpa menyapa Firash. Riak wajah yang ditunjukkan adalah masam mencuka. Firash menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dah kenapa pula dengan isterinya kali ini? Mengapa wajah Leesya tidak seceria selalu?

"Sayang, sengaja goda abang ye?" Alamak, suara ni la yang selalu membuatkan jantung Leesya berdegup laju. Suaranya ya ampun! Menggoda sangat. Ni bukan Leesya yang menggoda, tetapi dia yang digoda. Leesya membuat tidak tahu, matanya tidak memandang Firash.

"Laa kenapa senyap ni? Abang ada buat salah ke kat sayang?" Firash menuju ke arah Leesya dan memegang bahu Leesya yang tidak berlapik kain itu dari belakang.

Leesya yang sedang menjengkit (?) kaki mengambil pakaian di dalam almari sedikit terkejut. Lagi sekali Leesya senyap dan terus memakai bajunya.

"Sayang, kenapa ni? Please tell me what's wrong?" Firash membuka bajunya dan menampakkan abs nya. Firash tahu, itulah kelemahan Leesya.

Oh please, jangan goda aku time ni! Jerit hati Leesya. Firash pula mendekati isterinya yang sedang memakai pakaian itu. Mata Leesya sedikit terbuntang, namun cepat cepat dia biasakannya.

Tangan Firash sudah mula melekat di kedua dua belah pipi Leesya. Baru sahaja ingin menyatukan bibir itu, Leesya membongkok. Tangannya digarukan di kakinya.

"Hisy banyak betul nyamuk dalam bilik ni!" Dengan cara ini, Leesya dapat melepaskan dirinya daripada ciuman itu. Bukan tidak mahu, Leesya sebenarnya mahu melakukannya juga. Tetapi bila difikirkan tentang perkara yang terjadi di mall itu tadi membuatkan dia terpaksa abaikan Firash.

Kedengaran Firash mengeluh panjang. Firash tahu bahawa Leesya sengaja berbuat demikian. Tapi kenapa?

Firash meninggalkan Leesya dan menuju ke arah bilik air. Mukanya nampak dingin, seperti hari pertama perkahwinan mereka itu. Muka itu menakutkan Leesya. Perasaan bersalah mula menujah masuk ke dalam diri Leesya.

Leesya menunggu Firash untuk solat maghrib bersama sama tetapi—eh kenapa Firash terus solat dan menghiraukan Leesya yang sudah siap bertelekung dan duduk menunggunya di atas katil.

Leesya tersentak dengan perbuatan Firash itu. Dia tidak peduli tentang aku ke? Dia tidak menghiraukan aku ke? Air matanya mengalir laju tanpa dipinta.

Sesudahnya Leesya selesai solat, dia melihat Firash sedang duduk di atas katil, merenungnya.

"Kenapa menangis?" Suaranya dingin. Tiada langsung suara suara yang didambakan seperti selalu.

Leesya hanya menggeleng.

"Tak payah nak tipu, hidung dengan mata merah tu.." Firash masih merenung isterinya itu. Leesya mengesat air hidungnya yang hampir terkeluar.

"Tak menangis pun, masuk habuk je.." Bohong Leesya. Egonya menjadi penghalang untuk dia berterus terang.

"Sayang.. Ingat, syurga di bawah tapak kaki suami. Kalau sayang terus terusan tipu abang, sampai bila masalah ni selesai?" Suara Firash kembali seperti sedia kala. Lembut.

"Sayang menangis sebab abang tak ajak pun sayang berjemaah sekali, padahal sayang dah tunggu abang. Abang dah tak sayang Leesya ke? Abang dah tak sayang baby dalam perut ni ke?" Leesya memegang perutnya, air matanya jatuh lagi.

Firash menarik nafas yang dalam.

"Oh pasal tu. Abang minta maaf sangat sangat, abang bukan apa, abang penat sangat tadi.. Balik balik je sayang dah bermasam muka dengan abang, abang tanya berulang kali, tetap sayang tak nak jawab. And abang sendiri pun, tak tau apa salah yang abang dah buat kat sayang sampai sayang bermasam muka dengan abang.."

"Leesya— tak bermaksud pun nak buat abang sakit hati.. Tapi, can you explain about that shit girl with you dekat mall tadi?" Mata Leesya merenung tajam ke arah Firash.

Dahi Firash berkerut, cuba memproses setiap perkataan yang dikeluarkan isterinya. Perempuan? Dekat mall? Sejak bila aku pergi mall sedangkan tadi aku di office?

"Sayang lupa ke? Abang kan dekat office tadi, banyak kerja yang bertimbun. Mana ada masa nak keluar dengan the girl that you called shit girl tu. Lain lah kalau sayang yang ajak,"

"Kalau curang, mana nak mengaku kan abang? Habis tu, siapa yang Leesya nampak tadi? Hantu abang?" Leesya sudah memeluk tubuh.

Firash sudah tahu, dia sudah tahu siapa yang Leesya maksudkan itu.

Firash senyum nipis.

"Muka dia sebijik macam abang?" Soalnya.

Leesya hanya mengangguk.

Firash mengeluarkan handphonenya dan gallery dibuka. Gambar itu ditunjukkan Leesya.

Satu gambar Firash bersama—kembarnya! Mukanya sebijik macam Firash. Cuma gaya rambut mereka yang membezakannya. Apabila di zoomkan, Firash tidak mempunyai tahi lalat dimukanya manakala kembarnya mempunyai satu tahi lalat halus di dagunya.

Leesya menggaru kepalanya. Tidak faham dengan situasi ini.

"Yup, abang ada kembar. Nama dia Fairuz Iszmel . Jangan cakap yang sayang dah lupa tentang ni, abang dah bagitau dulu.." Memang la Leesya tak tau sebab kau cakap masa Leesya dah tidur! Ha tengok, author dah mengamuk. Pheww.

"Mana ada! Abang tak pernah bagitau pun hal ni. But how can I trust you?"

"Sumpah sayang! Abang berani bersumpah yang itu memang Fairuz. Sayang.. dalam cinta ni, perlu ada kepercayaan yang kukuh.. Kepercayaan itu lah salah satu kunci kebahagian keluarga.. So its up to you sama ada nak percaya atau tidak,"

"Sayang bukan tak nak percaya, tapi-"

"Kalau boleh belah dada abang ni, sayang belah lah. Biar sayang dapat tahu nama siapa yang ada dalam hati abang ni, abang dah janji kan? Abang tak akan sesekali tinggalkan sayang, itu janji abang sampai mati."

Perlahan lahan terukir senyuman di bibir Leesya.

"Abang tak pernah ceritakan pun semua nya. And you know what? Dalam cinta juga tak ada satu pun rahsia yang perlu disorokkan, itu juga kunci kebahagian antara dua hati."

"Yup, apa yang sayang cakap tu memang betul. Tapi, abang tak tau nak cakap apa pasal dia sebab kitaorang bukannya rapat sangat. Lagipun, dia belajar kat Amsterdam. Abang jarang jumpa dia sejak dia sambung belajar kat sana,"

"Kan abang dah cakap, hati abang ni dah terkunci dengan berjuta juta mangga, and yes hati abang telah pun dikunci dan dimiliki oleh hati sayang.. Sayang pegang la kata kata abang ni, ingat sampai bila bila." Sambungnya lagi.

Whut? Kembar pun ada ke yang tak rapat. Ok ni agak pelik.

"Err Leesya minta maaf abang! Sumpah Leesya tak tau pun," Leesya memeluk erat kaki Firash. Firash menolak lembut tangan Leesya. Tidak perlu la sampai melulut, bukan kesalahan besar sangat pun.

"Nak abang maafkan? Ada satu syarat." Senyuman nakal diukir. Leesya mendongak ke atas, memandang raut wajah Firash.

"Apa syaratnya? Dengan isteri sendiri pun nak bersyarat bagai." Gumam Leesya.

Firash tidak membalas, sebaliknya hanya menunjuk pipi kanannya menggunakan jari telunjuknya.

Tanpa berlengah, leesya mencubit pipi kanannya.

"Apa ni sayang, sakit lah abang.." Pipinya digosok gosok menahan sakit.

"Eh, tadi kata nak cubit?"

"Bukan cubit! Nak kiss!" Jawab Firash.

"Nah, satu untuk abang minta. Satu lagi sayang hadiahkan." Dan tanpa berlengah juga, Leesya mencium kedua dua belah pipi Firash.

"That's good. I've got double kiss from you. Thankie!"

"Berbalik pada tadi, So ini bermaksud isteri abang cemburu la ye?" Satu ciuman yang syahdu hinggap di dahi leesya pula.

"No, bukan cemburu. Sorry sikit." Mulut menidakkan, tapi hati kata ya! Sudah sudah la meng-ego kan diri tu Leesya.

"Tak ingat dah apa yang abang cakap tadi? Syurga di manaaaa?" Ok kali ni kedua dua belah mata Leesya pula menjadi mangsa kucupan Firash.

"Ok ok syurga di bawah telapak kaki abang, and yes! Sayang memang jealous pun, well isteri mana lah yang tak jealous kan kalau suami dia buat macam itu."

"Okaay good girl, pandai. So sayang sayang abang lah kan?" Mulut Firash hinggap ke batang hidung Leesya.

"Of course lah! Siapa yang tak sayang kalau suami dia ni sweet mengalahkan gula gula kapas yang ada jual kat petronas tu," Firash ketawa halus. Geli hatinya mendengarkan mulut Leesya yang berceloteh itu.

Belum sempat bibir Firash mendarat ke bibir Leesya, Leesya terlebih dahulu menyambarnya.

"Nakal eh sayang sejak pregnant ni, siapa ajar hah?"

"Abang jugak yang cakap, nakal dengan suami tak apa. Abang juga cakap yang kita kena dengar cakap suami, so here I'm listening to you and ikut apa yang you buat."

***

"Abang..." Panggil Leesya meleret leret.

"Ye sayang, kenapa ni? Manja semacam je." Mood untuk menonton televisyen langsung tidak terjejas walaupun Leesya yang mengganggunya.

"Abang dah fikir ke pasal yang sayang cakap hari tu?" Hujung rambutnya yang dilepaskan dipintal pintal.

"Pasal apa? Banyak sangat yang sayang cakap, nasib baik telinga abang tak bernanah."

ADUH!

Telinganya ditarik oleh Leesya. Padan muka! Main main lagi, kan dah kena. Oops sorry

"Best kan kena? Nak kena lagi buat la, tangan sayang ni dah lama sangat tak jadi pengepit ketam. Rasa macam nak kepit telinga orang je," tangannya belum lagi melepaskan telinga Firash.

"Ok ok serious ni betul betul. Abang tak main main dah!" Telinganya dilepaskan. Firash masih lagi menggosok gosok telinganya yang dikepit Leesya sebentar tadi.

"Yang pasal butik tu la. Abang dah ada jawapan ke? Sayang nak sangat sangat ada butik. Impian tu sejak masa sekolah menengah lagi sayang simpan.."

Firash buat tidak tahu.

"Hehe abang main main je la, tapi kalau sayang nak buat lagi buat lah. Abang terima apa sahaja yang sayang lakukan sebab sayangkan intan payung emas permata abang,"

"Hm, kalau dah sayang nak sangat bukak butik, abang tak boleh buat apa dah. Itu kan impian sayang?" Sambungnya lagi.

Seriously? Leesya melompat keriangan. Gembira yang amat sehinggakan terlupa yang dia tu tengah berbadan dua.

Membesar mata Firash melihatkan isterinya yang sedang melompat di atas sofa. Tangannya pantas memberhentikan perbuatan Leesya dengan memegang pinggang Leesya.

"Ya Allah, sayang dah lupa ke dalam perut tu ada siapa? Please jangan buat macam ni, kalau jadi apa apa sayang nak tanggung?"

Tak semena mena otak Leesya kembali berfungsi seperti sedia kala. Senyuman kerang busuk diukirkan.

"Oops, sayang lupa. Abang la, bagi sayang happy sangat! Thanks a lot encik suami! Sayang dia!" Leesya memeluk erat suaminya itu.

Seketika dia berhenti dan mengusap perutnya.

"Baby, mama minta maaf ye. Mama tak sengaja pun nak buat kat baby macam itu. Mama janji perkara tu tak akan terjadi lagi." Leesya tersenyum halus, tak sabar rasanya untuk melihat wajah anak syurga itu.

Firash pula hanya menggelengkan kepalanya. Tangannya juga turut mengusap perut Leesya.

*******
Chapter yang lepas tu kan, korang dah dapat agak yang Firash ada kembar. Ala! Baru je macam nak surprise kan korang semua, tapi tak menjadi uhuks T.T

Pandai betul korang teka! Betul la, Firash memang ada kembar pun. And kenapa diaorang tak rapat? Ada sebabnya, and sebabnya ialah....

Next chapter please hahaha.

And myra nak promote satu cerita daripada soranh LMLH's reader ni. Myra ada baca jugak la cerita adik ni, tapi tak sampai habis lagi.. Kalau you guys ada masa terluang ke, baca la cerita yang bertajuk mimpi indah ke? Daripada @ifursab

Tolong menolong amalan mulia kan? So why not kita tolong orang? Huhahuha
Jangan lupa, baca tau! @ifursab yang bertajuk mimpi indah ke?

Last but not least, maaflah kalau korang confuse gila nama Firash, Fairuz and Farish tu. Abaikan je si Farish tu, entah ada ke tak nama Farish dalam next chapter. Haha, okay sekarang korang focus dekat nama Firash Iskandar dengan Fairuz Iszmel je okie dokie?

Okay lastly, kalau ada typo, confuse or apa apa yang tak kena, bagitau kat ruangan komen ye! Jangan takut takut, myra tak makan orang huhu. Bye! (≧∇≦)/

Much love,
Myra.

13 Feb
17:28
Sat

Continue Reading

You'll Also Like

659K 25.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
270K 8.9K 53
| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan...
3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
305K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...